Sumber : Facebook Putra Heights & Buletin TV3
Tragedi Letupan Saluran Paip Gas di Putra Heights, Selangor.
Berlaku pada 02 Syawal 1446H (01 April 2025).
Akan meninggalkan titik hitam buat seluruh mangsa yang terlibat.
Ada perkongsian 'screenshot' perbualan dari whatsapp salah seorang
penduduk yang tinggal di sekitar kawasan tersebut (bertarikh 17 Dec 2024),
waktu itu pun mereka (penduduk) sudah mula berasa gusar dengan aktiviti
korek-mengorek jentera berat di kawasan sekitar situ.
Sehinggalah berlakunya letupan kuat pada 01 April 2025.
Rumah Abang Long aku juga terletak lebih kurang 11km saja dari lokasi kejadian.
Syukur Alhamdulillah sangat tiada terkena kesan bahang kebarakan tersebut.
Sewaktu kejadian letupan tu, Abang Long berada di Terengganu (beraya di rumah mertua).
Dan ramai juga pemilik rumah yang menjadi mangsa letupan tu,
kebanyakan memang sedang berada di kampung kerana masih berhari raya di kampung.
Moga siasatan telus dapat dilakukan & pelaku sebenar dapat dibawa ke muka pengadilan.
Dan moga semua mangsa juga mendapat pembelaan sewajarnya.
Banyak kerosakan harta benda.
Jiwa juga tak kurang sakitnya.
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Sedangkan dibawa arus banjir (air) pun, sudah berat untuk menanggung.
Ini pula tragedi letupan melibatkan kebakaran & kerosakan 'total lost' :(
Moga Allah berikan ketabahan & kekuatan pada semua mangsa. aminnnn.
Hanya mampu berdoa utk mereka agar diberi keadilan sewajarnya dan dipermudahkan segala urusan 🤲🏻
ReplyDeleteSyukur rumah Abg Ana tak terjejas. Tapi mesti beraya pun tak tenang kan, teringat rumah :(
kalau betul ni salah pihak kontraktor mau bankrupt nak byr ganti rugi
ReplyDeleteDgr ceta di medsos petronas pulak yg bayar ganti rugi... tp kontraktor yg buat keja... mmg rasa x adillah kalau kontraktor lepas tgn... kesian mangsa area situ, mmg total lost habis rumah dan kereta mereka
ReplyDelete