"Dah bersenam, dah peluh tapi kenapa berat tak turun?"
Jawapannya mungkin sebab masa bersenam tu tak cukup lama.
Kurang 150 minit satu minggu.
Maksudnya sehari kurang dari 25 minit.
Hasil : Berat tak turun.
Kalau nak turun 2-3 kg?
Perlu buat 150 - 225 minit seminggu.
= 30 - 45 minit sehari, 5 kali seminggu
Contoh aktiviti :
-Jalan laju keliling taman
-Ikut senaman aerobik, zumba
-Ikut senaman aerobik, zumba
Nak hasil lebih jelas 5 - 7 kg?
225 - 420 minit seminggu
= 45 - 60 seminggu
Contoh :
-Hiking santai
-Berbasikal petang-petang
-Jogging
Bukan soal cepat tapi soal konsisten.
Berat yang turun perlahan, lebih mudah dijaga untuk jangka masa panjang.
Jadi, ayuh teruskan! Jangan putus asa okay! ;)
Bila bermusafir, pattern makan akan cacamarba. Asyik lapar dan nak cuba makanan di luar kawasan. JJCM Alor Setar, naik 1kg lebih. Hehe.
ReplyDeletekena konsisten..MA dah ke laut dah..alahai
ReplyDeletePetang2 bLik kerja on You tube... Cari yang "walk at home"...
ReplyDeleteDapat juga 30 min lebih.. Berpeluh juga lah.. Disamping menambah steps nk cukupkan 10k...susah betul sekarang nak dpt 10k..hahaha
Setuju, kena konsisten. Baiklah. Marilah kita berusaha! 💪
ReplyDeleteya konsisten tu kunci nya...Taufik bekerja dalam pejabat ni memang agak susah laaaa nak bersenam kalau takde terlibat dengan program....Taufik cuma boleh kurangkan minuman bergula je
ReplyDeleteKonsisten tu yang susah. Selalunya ke laut la. Haha
ReplyDeleteDear kerajinan silalah berdamping denganku untuk aku hapuskan segala lelemak tepi yang meghantuiku. :)
ReplyDeletelama tk bersenam...tp dlu2 time rajin buat briskwalk je tu pn indoor briswalk kt treadmill..dpt la kuar peluh juga
ReplyDeletekiranya akak turun naik tangga ke tingkat 7 sehari 2 kali tak cukup lagi la hahahha... 2 kali turun 2 kali naik.... hahahha
ReplyDeleteKalo nak cepat, usahakan ada workout beban juga. Krn dengan beban bisa bertambah massa otot. Massa otot bertambah, artinya metabolisme akan kerja 24 jam membakar kalori atau lemak.
ReplyDeleteTurun berat badan? Sikit je la...akak masih x konsisten nak turunkan berat...selalunya kawal pengambilan makanan dan jugak briskwalking..dh tua2 ni senaman perlu..
ReplyDeleteteringat doktor sy penah ckp...
ReplyDeletebersenam tu mmg bagus daaa
tp part kawal mkn minum tu, boleh buat tak?
kalau boleh buat 2x kompem lg cepat awak kurus hahahaha