Sebenarnye kesah ni masa sebelum tragedi Bimbo takmau hidup haritu. Abah dan Mak aku beberapa kali bercerita tentang Sungai Besar yang terletak dalam daerah Sabak Bernam, Selangor. Kebetulan masa cuti tahun baru 1 Januari haritu, takde plan ke mana-mana pastu Abah aku pun terus bunyi ajak pergi ke Sungai Besar.
Aku memang pertama kali jejak ke Sungai Besar selama aku hidup ni. Abah dan Mak aku masa 10 - 15 tahun dulu selalu jugak pergi ke pekan Sungai Besar ni terutama masa musim perayaan. Harga barang-barangnya memang jauh lebih murah kalau dibandingkan dengan harga barang di kawasan tempat aku tinggal (Tanjung Malim pun tak boleh nak lawan harga Sungai Besar ni walaupun Tg Malim tu agak femes dengan kedai harga murah.)
Abah aku terus bawak ke kawasan Pekan Baru Sungai Besar je masa kamiorang pergi tu. Sebenarnya aku ada research (cewahh research kemain engko Ana ! hahaha) beberapa tempat menarik di Sungai Besar ni tapi disebabkan aku pergi tu dengan Mak dan Abah aku, jadi agak terhad untuk aku explore ke segenap ceruk tempat kat sana. Takpelah nanti ada rejeki, aku terjah sana lagi hehehe
TEMPAT MENARIK DI SUNGAI BESAR:
1.Jeti Sg Hj Dorani
2.Homestay Sg Hj Dorani
3.Pantai Bagan Nakhoda Omar (jauh juga kena masuk ke dalam untuk sampai ke sini)
4.Cendol Borhan
5.Kompleks Barangan Murah (dalam Pekan Sg Besar)
6.Pusat Jualan Kerepek (femes dengan Kerepek walaupun bukan musim perayaan)
7.Pusat Jualan Nata De Coco (ada yang jual 3 timba yg standard supermarket selalu tu dengan harga RM10.90 , Wow! Kategori murah tu !)
TEMPAT MENARIK DI SUNGAI BESAR:
1.Jeti Sg Hj Dorani
2.Homestay Sg Hj Dorani
3.Pantai Bagan Nakhoda Omar (jauh juga kena masuk ke dalam untuk sampai ke sini)
4.Cendol Borhan
5.Kompleks Barangan Murah (dalam Pekan Sg Besar)
6.Pusat Jualan Kerepek (femes dengan Kerepek walaupun bukan musim perayaan)
7.Pusat Jualan Nata De Coco (ada yang jual 3 timba yg standard supermarket selalu tu dengan harga RM10.90 , Wow! Kategori murah tu !)
sumber gambar : Dorani Homestay
Sawah padi memang kat kiri kanan jalan sepanjang menghala ke pekan Sungai Besar tu. Snap dari dalam kereta aje guna kamera cabok. Belum ada rejeki lebih untuk dapat Gopro ehemmm~
Ini bukan kat kawasan Sungai Besar. Masa ni dah menghala balik kat kawasan Estate United Plantation Engineering Bhd (kawasan Ulu Basir / Ulu Bernam Estate) . Penduduk kat kawasan ni memang kena guna perkhidmatan 'feri tarik' ni untuk menyeberang disebabkan ada sungai dan tiada jambatan yang boleh menghubungkan kedua-dua belah kawasan tu. Perkhidmatan Feri Tarik ni dikenakan RM5.00 untuk satu hala dan cuma yang datang dari kawasan seberang UP Bhd sahaja yang dikenakan caj.
Penduduk kat sini majoritinya berbangsa India tapi diorang peramah semuanya. Abah aku lah sempat borak-borak dengan Uncle Assistant Kapten Feri Tarik tu. Feri tu takdelah besar macam Feri Pulau Pinang, kecik aje ferinye. Dapatlah memuatkan 4-5 buah kereta + beberapa motorsikal dalam sesuatu masa. Jaraknye pun takdelah jauh macam naik feri Pulau Pinang tu. Feri ni cuma ambil masa 5 minit gitu aje sebab jarak kawasan seberang sini dengan kawasan seberang sana takdelah jauh sangat (aku rasa aku baru duduk dalam 5 minit je pastu dah sampai seberang hehehe).
Rumah ni pulak salah sebuah rumah milik Orang Asli yang tinggal kat kawasan Estate Erong. Abah aku bawak aku balik jalan dalam kebun kelapa sawit. Kereta Persona aku tu Abah aku buat macam 4 X 4 dah gayanya hahaha. Sipbaikla jalan kebun kawasan ni agak baik kalau nak dibandingkan dengan kawasan kebun sawit kat petempatan aku sana tu.
Rumah ni unik sebab dia anyam pelepah rumbia untuk dijadikan dinding. Memang unik dan cantik sangat. Mulanya cadang nak je aku ajak Abah dan Mak aku berhenti untuk mohon izin buat sesi lawatan sambil belajar kat rumah ni tapi tak nampak pulak sesiapa yang ada sekitar situ untuk aku mohon izin. Kalo main redah masuk je takot 'tak jumpa jalan keluar' pulak nanti. Naya je karang hehehe
Tudia sedikit sebanyak Eksplorasi Jalan-Jalan Sungai Besar yang aku tak sempat jalan-jalan sangat pon sebenarnye. Next time InshaAllah aku datang terjah lagi hehehe
Tudia sedikit sebanyak Eksplorasi Jalan-Jalan Sungai Besar yang aku tak sempat jalan-jalan sangat pon sebenarnye. Next time InshaAllah aku datang terjah lagi hehehe
tak pernah ke Sungai Besar atau Tanjung Malim :( tapi tempatnya nampak menarik aje
ReplyDeletetakpe ada rezeki nti FZ cubalah ke sana hehe
DeleteMacam cantik, macam best je. Teringin pulak nak pergi
ReplyDeleteKim Chaa try la pergi nanti hehehe
Deletemacam tengok kawasan nak ke kuching je gambar dia....tapi yg ni besau ag la...
ReplyDeleteowhh nak ke Kuching ada jugak feri cenggitu ye Sofie?
Deleteadalah masa zaman doulu2...sekarang semua jambatan suda...
Deletewaaaaa kampung saya kat situ la hahahaha
ReplyDeletehuh ? kampung Leo kat situ? Sg Besar ke?? hahahaha
DeleteNk kerepek.. Nk nata de coco..
ReplyDeletemai sini la kalo nak Amir oit
DeleteNk kerepek.. Nk nata de coco..
ReplyDeleteuish sampai DUA kali Amir drop komen.
Deletebetoi2 nak sungguh ni kehkehkeh
Hahahaha..
DeleteTak pernah lagi pergi tapi pernah la merasa suasana sawah padi sebab rumah kita pun kat kampung. Hihihi. Part barang murah tu yang seronok
ReplyDeletetu la syok dok layan sawah padi dia hehe
Deletepart barang murah lagi syok hehe
Wow!
ReplyDeleteSelalu dengar cerita orang je yang SUngai Besar ni best.
Bila tengok gambaq2 tu rupanya betul2 best.
Nak try pegi laa nanti :)
aku ni pon baru 1st time sampai Sg Besar ni cEro.
Deletetu pon tak puas sbb byk tmpt takdan exlpore.
nantilah aku repeat p lagi hehehe
Sungai Besar ni dekat mana ya?
ReplyDeleteSg Besar ni dlm daerah Sabak Bernam. kat area Kuala Selangor Farah :)
Deletesesekali ke sini macam menarik pula...jauh dari kesibukan kota
ReplyDeletebetul tu arz. rasa tenang sangat.
Deletenaik feri tu mesti best walaupun dekat je. dpt lah jugak merasa. takyah pergi pulau pinang. heheh.
ReplyDeletehaah dptlah jugak merasa dok dlm tu 5 minit hehehe
DeleteBanyak lagi rupanya tempat di Malaysia yang boleh kita explore yer
ReplyDeleteada banyaaak lg sbnrnye tmpt menarik dlm Malaysia ni Zumal hehehe
DeleteDorani Homestay tu macam menarik.
ReplyDeletepart tu memang menarik ekceli HA :)
DeleteNice, tak pernah pi lagi sini, nice view ;3
ReplyDeleteview sawah padi tu mmg subhanallah :)
Deletemenarik jugak noh
ReplyDeletebanyak lg yg menarik kat situ ZF
DeleteDah lama akak tak ke sana. Last pegi 10 tahun lepas kot...
ReplyDeleteAna baru 1st time pergi kak Farrah. bes jugak. tp tu lah tak sempat explore sangat.
DeleteCantiknya rumah tu. Bila akak ckp dia diperbuat dri anyaman tu buat sy rasa nak tengok dengan sendirinyaaaa
ReplyDeletemmg cantik rumah tu Wardah tp tu lah K.Ana pun tak sempat nk stop explore hehe
DeleteCantiknya rumah tu. Bila akak ckp dia diperbuat dri anyaman tu buat sy rasa nak tengok dengan sendirinyaaaa
ReplyDeleteha tudia smpai 2 kali hehehe
DeleteBest tempat ni kalau nk relax2..nampak tenang je dgn sawah padi tu semua. Barang pun murah, bagus sgt la kalau nk beli brg kt sini disaat kos hidup tinggi ni..
ReplyDeleteBtw, cendol borhan pun ada ke? Aku pernah gak prgi cendol borhan ni tp kat kl la, x ingat specific tmpat... Ada rupanya kat sungai besar.
tu la mmg best tgk pd sawah padi apa segala semua tu. kos hidup pun tak tinggi.
Deleteada gak cendol Borhan. sedap gak. tetengah pns mmg layaannn hehehe
homestay di kelilingi sawah...cantik!
ReplyDelete