Mesin Refill Sabun ni sudah lama wujud tapi hanya beberapa minggu
baru ada di kawasan kejiranan tempat kami tinggal.
Sebelum ni guna sabun jenis serbuk putih
(pernah juga gunakan cecair pencuci pakaian jenama D & beberapa jemnama lain,
tapi ada sikit sensitif pada kulit)
Bong selalu complain ada kesan tompok-tompok putih tertinggal
pada baju atau seluar dia bila gunakan sabun pencuci jenis serbuk.
Jadi, petang semalam lepas Bong pulang dari kerja & dia nampak
kewujudan mesin refill sabun ni dekat bangunan tak jauh dari tempat kerja dia.
Dan setelah melihat beberapa testimoni daripada rakan sekerja dia,
ramai yang beri maklumbalas positif menggunakan sabun refill ni.
Bau pakaian yang dibasuh wangiiiiii & takda kesan putih.
Bong pun dengan menggunakan kuasa veto dia,
mengarahan kakak dia ni untuk cuba.
Tanpa mahu menghampakan perasaan Bong, si Kakak pun turutkan.
Ikut arahan pada mesin & tekan warna pilihan sabun yang kita mahu.
Kakak pun cucilah semua pakaian yang ada,
untuk memenuhi permintaan Bong.
Dan wowwww ya terbukti bau nya wangi!
Takda kesan tompok putih pada pakaian!
Dannnn takda kesan sensitif pada kulit yeayyyy!
Nampaknya mungkin boleh terus menerus gunakan sabun refill
selagi mana mesin tu mampu bertahan di situ hehehe
ada nampak dekat satu kawasan ni, tapi jauh dari area ss tinggal. Sini masih belum ada lagi yang dekat mesin refillnya. Jadi tak pernah cuba lagi. Kalau ada area sini, memang akan cuba.
ReplyDeleteBaru tahu machine tu wujud. Kalau jumpa area sini, nk cubalah. Nampak macam menarik pulak. Memudahkan kerja pun ye jugak ni.
ReplyDeleteSememangnya tidak pernah kuketahui kewujudannya sekiranya tidak membaca entri kamu ini.
ReplyDeleteSejenis yg tidak pandai basuh baju didobi dan sabun beli dengan member ja, sebulan 10kg RM35, lately lebih dari sebulan sebab daktiga semua dah besar, jimat sikit sabun.
Kak SA pun dah statt guna sabun ni dan dah refill byk kali dh....
ReplyDeleteat sini sy jumpa ada dalam AEON. kat tempat2 biasa mmg tak ada...
ReplyDeleteDi Perlis ni, setakat yang akak perasan - orang letak mesin refill sabun di tepi jalan bukan di bangunan. Ada banyak jugak akak nampak, sana sini mesin sabun. Tapi akak belum pernah try beli. Bagus ada mesin refill gini, boleh bantu kurangkan botol sabun terpakai selain tujuan utama bantu jimatkan duit.
ReplyDeleteKenapa tak perasan mesin ni?
ReplyDeleteBest sabun wangi² ni...
tak pernah jumpa lg mesin ni, mudah macam ni...bagus reviewnya...yg best tu..wangiii..
ReplyDeletePernah nampak tapi belum beli. Senang jugak kan.
ReplyDeleteMemudahkan nampaknya ya.....kalau habis kita refill je.
ReplyDeleteWahhhh...Menarik ni..Tpi dekat area sy belum nmpk lg...=D
ReplyDeletePernah try beli guna machine...tapi bukan machine jenis ni...mcm xberbaloi...
ReplyDeleteKadang kesan putih sabun serbuk tu ikut jenis sabun. Akk pernah terkena.
ReplyDeleteSudah makin banyak mesin ini memang. Di sini ada, tapj jauuuuuh dr rumah saya pula kak 🤣🤣. Jadi tak bisa lah beli. Besar di ongkos menuju kesana daripada harga sabun nya 😂
ReplyDeleteTp teman saya pakai, dan dia bilang bagus juga. Dan murah kan
Ada nampak mesin ni tepi jalan. Nanti, nak cuba la beli.
ReplyDelete1st time tgk mesin refill sabun
ReplyDeletebagusnya..kalau jumpa, MA pun nak try ni
ReplyDelete