Kalini perlu tukar timing belt pula.
Bengkel yang memang aku selalu bawa selama ni, Abang tu dah pindah negeri.
Aku dah biasa dengan bengkel tu sebab harga dia memang mesra poket.
Terkejut juga bila datang nampak signage "Pindah".
Mulanya aku ingatkan pindah ke lokasi lain.
Bila aku tanya-tanya pada jiran sebelah, katanya ada issu rumahtangga.
Dan tanah bengkel tu hak milik bapa kepada isterinya.
Jadi bila berlaku konflik rumahtangga & berpisah, tutup terus bengkel tu.
Makcik jiran tu beritahu, Abang tu pulang semula ke negeri asalnya di pantai timur.
Hurmm terpaksalah aku bawa ke bengkel lain.
Beza betul harga di bengkel yang lain :
Harga Barang : RM 150 + Harga Upah : RM 180 = Jumlah RM 330.00
Jika dulu di Bengkel Abang tu, harga barang RM 150 + Harga Upah RM 50.00.
Jauhhhh bezanya kan? Hurmm moga dipermudahkan urusan Abang tu hendaknya.

.png)

Jauh pulak beza harga ya.
ReplyDeleteMoga dipermudahkan urusan mereka, setakat itu je jodohnya nak buat cemana kan.
Mengganti timing belt memang penting agar mesin tetap bekerja dengan baik. Kalau sudah waktunya diganti, sebaiknya jangan ditunda supaya tidak menimbulkan kerusakan pada mesin.
ReplyDeleteSecara mengejut pindah.
ReplyDeleteUpah itu yang mahal.
Mahal upah dari harga barang ganti tu ... Tapi timing belt ni perlu ditukar bila masanya.
ReplyDelete