Mengapa Dipanggil Tenggiling?

15 May 12 Comments

 




Alkisahnya Kak Ezna Khalili tanya kenapa dipanggil tenggiling ya? hehehe

Ada sesetengah orang panggil kereta atau kenderaan mereka dengan nama.

Tenggiling aku ni tak terkecuali. 

Dulu masa awal kehadiran dia ke tangan aku, aku beri dia nama BIMBO.

Ya aku bagi nama dia BIMBO konon sebab bunyi sedap & cute sangatlah.

Bila aku tahu apa arti sebenar BIMBO itu, terus aku batalkan saja niat nak panggil nama Bimbo.


Pada asalnya, tenggiling selalunya menjadii rujukan pada 'motorsikal' beroda dua.
Sebelum kehadiran Tenggiling Hijau tu, Tenggiling Dua Roda ni sajalah sebagai tunggangan ke sana sini.

Bila ada sedikit simpanan, Tenggiling Dua Roda ditambah ahli keluarganya.
Maka terus sajalah sambung panggilan legasi 'Tenggiling' itu walaupun Tenggiling tu 4 roda.

Walaupun Tenggiling Biru tu lebih awal muncul,
tapi Tenggiling Hijau tetap dilabel sebagai Abang Long.
Kasi chance lah Tenggiling Biru jadi Abang Ngah.

Mana tahu nanti-nanti akan ada 'Pasangan Tenggiling Merah'
atau pun Tenggiling warna lain yang 4 roda kan? hehehe



Memberi Nafas Baru

15 May 7 Comments

 

Sudah berkhidmat bermula Mac 2011 hingga kini 2024.

Banyak kenangan pahit manis semuanya dengan si tenggiling kelabu ni.

Sekarang semua digital. "Kalau cik nak yang bukan digital, perlu pergi ke JPJ terdekatlah cik"
Rajinnnn pulak aku nak pergi ke JPJ terdekat di pekan Tapah,Perak sana nunnnnnnnnnnn~
Malehhhh haku. Biarlah digital pun digital saja lah lantak situ.

Aku ingatkan renew 13 Mei 2024 akan expired 13 Mei 2025.
Rupanya tamat awal 12 Mei 2025.
Ishhh baru nak locked date 13 Mei hehehe

Sebenarnya bermulanya kehidupan tenggiling kelabu tu bersama aku pada 31 Mac 2011.
Setelah beberapa belas tahun berkhidmat dengan warna asal Kelabu tu, kita beri nafas baru.
Kita tukarkan dia menjadi tenggiling hijau! 


"Tarikh Birthday" tenggiling pun sudah diganjakkan dari tarikh asal.
Dulu pada asal bday dia 31 Mac. Bermula sekarang Bday dia 13 Mei.

Biar sama dengan Bday tuan dia.
Lebih mudah untuk ingat.
Bday muncul je nanti roadtax mati & lesen memandu mati.

Hamekawww kumpul terus semua satu tarikh =P

Makan-Makan Sempena Birthday

15 May 6 Comments

 

Sweet 17 nampak muda remaja gitteeeew hehehe


Ini semua disebabkan tukang sponsor kek adalah adik-adik yang muda remaja daripada kita.

Dan sebab diorang buat surprise masa lunch hour 13 Mei 2024 & tak bagi kita pergi mana-mana.

itu yang atas kek diorang tulis "Kak Ana" .

Sepatutnya tulis "Adik Ana" hehehe


Sebenarnya kakak ke atau adik ke, bukan itu yang kita kisahkan.

Ingatan & effort tu yang sangat dihargai.

Moga diorang semua (adik-adik & kakak-kakak) yang plan buat kejutan diberi kesihatan yang baik.

Bersyukur sangat bila kita dikelilingi kawan-kawan yang baik dan jenis tak berkira.

Moga segala kebaikan Allah balas dengan setinggi-tinggi kebaikan juga buat semua aminnnn~


Meraikan Ibu

14 May 14 Comments

Hujung minggu baru-baru ni, kebetulan Bong cuti & Bong ajak menggembirakan hati Mak.

Tiap hari mak asyik berlegar dalam rumah je dari dapur ke depan, dari depan ke dapur.

Bila waktu anak-anak cuti, bolehlah ambil peluang bawa Mak keluar.

Bukanlah nak menyambut hari ibu, lebih kepada nak menggembirakan hati Mak.

Aku & Bong bawa Mak cuci mata di kedai kasut.

Biarkan Mak pegang, belek dan pilih mana yang Mak suka.

Tapi macam biasalah jawapan Mak : 

"Takda yang Mak bekenanlah"

Dan Mak terus cuci mata pegang kasut di ruangan kanak-kanak.

Teringatkan pada cucu-cucu dia yang 3 ketul di bandar tu lah.

Macam tu lah hati Mak / Ibu / Opah / Nenek.

Selalu mendahulukan orang lain daripada diri dia sendiri kan?

 

Membawang Terus Pantang Mundur!

10 May 12 Comments

 


Sebagai anak jati negeri Perak dan agak hampir dengan lokasi tanaman Bawang di Bikam, saya tumpang bangga dengan penghasilan bawang dan dipasarkan ke seluruh negara hari ni. 

Haritu ada berkongsi Alkisah Bawang.

Selain di Bikam Perak, Projek Rintis Bawang juga ada ditanam di Kelantan.

Ada muncul dalam Majalah 3 beberapa minggu lepas.

Moga Projek Rintis Bawang berjaya kurangkan bergantung pada bawang import.

Membawang Terus Pantang Mundur! Yeahhhh~



Memudahkan : Segi Fresh Felda

09 May 12 Comments

 

Pasaraya D'Mart yang dahulunya amat sinonim dalam kawasan Felda, kini diberi nafas baru.

Bermula Mei 2024, ada beberapa Pasaraya D'Mart Felda telah bertukar wajah.

Kini dikenali sebagai D'Mart Segi Fresh.


Wajah baru yang bertamah segar ini sememangnya memudahkan warga Felda.

Sebelum ni kalau nak berbelanja barang dapur memang perlu ke pekan terdekat lebih kurang 20-30km.

Wujudnya wajah baru D'Mart Segi Fresh ni membuka peluang pekerjaan juga pada warga Felda.

Mudah juga pada warga emas yang nak berbelanja.

Dah tak perlu pergi jauh lagi tertumanya musim perayaan kan?



Menu Bekal Bong

08 May 13 Comments

Bong (adik bongsu aku) mula takut tengok bacaan pada penimbang berat sebab melantak macam-macam sepanjang jamuan raya sepanjang Syawal.

Disebabkan Bong rasa berat badan semakin naik dan baju seluar mula ketat sendat, jadi Bong bercita-cita nak kurangkan pengambilan nasi dan karbohidrat lain.


MENU BEKAL BONG DAY 1 : CHICKEN WRAP 



MENU BEKAL BONG DAY 2 : SANDWICH TELUR DADAR




MENU BEKAL BONG DAY 3 :  BAKED POTATO WITH GRILL CHICKEN





Disebabkan Bong nak control pengambilan nasi jadi kita tumpang sekali.
Dah lama tak aktif buat bento / bekal macam ni. 
Seminggu dua ni baru nak recover daripada demam.
Moga dipermudahkan urusan kita semua ya aminnnnnn

Maaf Tumpas

08 May 10 Comments

Musim demam batuk selsema rasanya sekarang ni. 
Aku mula rasa perit pada tekak masa 30 April minggu lalu.
Celik mata masa bangun pagi,makin sakit bila telan air liur.


Makin hari makin bertambah perit tekak.
Tak terdaya nak menanggung sakit.
Pulang dari klinik berbakul ubat kena makan.
Aku sejenis jarang sakit demam, tapi bila datang demam, agak teruklah.
Bila bangun nak berdiri rasa berpusing juga alam sekeliling :( 

Sambil makan ubat klinik, amalkan jugak makan perahan limau,madu & air suam.
Dan amalkan juga kumur dengan mouthwash supaya boleh hapuskan bakteria dalam mulut.

Tersiksa rasa bila nak telan air liur pun terasa sakit perit.
Itu baru sikit kesakitan jika nak dibandingkan dengan derita saudara kita di Palestin sana :(

Moga diberi kesihatan yang baik buat sahabat blog saya semuanya aminnn

Ada Yang Pertikai Harga

29 April 19 Comments

 




Ada pembeli yang mempertikaikan harga Roti Jala kerana katanya mahalnya harga sedangkan bahan-bahan roti jala itu kan cuma menggunakan tepung, telur, sedikit pewarna sahaja.

Yes memang benar bahan-bahan untuk membuat Roti Jala itu hanya beberapa sahaja tetapi proses untuk menghasilkan Roti Jala yang sedap lazat dan tidak jemu dimakan itu perlu ambil kira pelbagai aspek.

Dan yessss benar seperti apa yang dikongsikan oleh salah satu komentar di facebook itu.

Jual barang makanan bukan jual 'barang makanan' itu semata-mata.

Ia merangkumi juga aspek modal, tenaga, masa malah juga kepakaran dan skill.

Dalam isu Harga Roti Jala, kalau rasa mahal, silalah tebar hasilkan sendiri jala seperti anda suka.

Aku bukan penjual roti jala (hanya terima tempahan daripada paksaan kawan-kawan yang order), 

sebab itulah wujud pepatah "Ukur Baju Di Badan Sendiri" , jika rasa mahal, sukat poket sendiri.

Nak murah, buat sendiri & nilai sendiri sanggup ke tidak nak jual harga sekian-sekian.

Nak lagi murah, kalau kedekut dan berkira, tak perlu buat ye dak? hehehe