Jom Bersegmen : Refresh Bloglist Kembali Lagi

27 June 11 Comments

 


Okay kalini nak join segmen Refresh Bloglist Kembali Lagi oleh sis THISNI3ZA 


Syarat nk join aktiviti ni mcm standard je...
1 - Mesti la kena buat 1 entry khas ttg segmen ni.
2 - Dah buat entry, content tu kena la tampal banner yang gigih aku buat ni. 😁
3 - WAJIB korang tinggalkn link entry tu dkt entry ini. utk aku jejak blog korang.
4 - Mesti la support segmen ni dgn follow jgk blog ni utk yg belum follow 😆

Ayuhhh! support men-support sesama kita hiyakkk~ hehehe


Jeng Jeng Jeng : Harimau Menangis

26 June 12 Comments



Ya disebabkan Raya Haji sinonim dengan sembelihan korban, maka haruslah menchoba menu ini hehe.

Daging Harimau Menangis diberi nama menunya.
Tiruvasi saja senarai resepi yang ada di sosial media.
Dan ternyata bukan harimau saja yang menangis,
manusia juga turut menangis kerana kesedapannya.

Sayu terkenangkan nasib saudara seagama di Palestin sana :(
Setiap saat menempuh sengsara peperangan dan kekurangan segalanya.

Ada juga saudara seagama di negara sendiri yang turut sama diuji.
Sama ada dari segi kewangan, kesihatan & lain-lain.
Moga diberi kekuatan & ketabahan buat semua ya.


Jari Jemari Abang Salleh

24 June 14 Comments


 



Ini tugasan bidan terjun apabila rakan sekerja (Faizah) nak buat surprise deco untuk Mak dia.

Masa minggu yang agak sibuk & Faizah cuba untuk booking slot deco tapi semua dah full.

Jadi Faizah ambil keputusan untuk beli barang & deco sendiri sempena birthday Mak dia.

Faizah kata tangan dia keras kalau bab-bab nak deco apa semua ni.

Dipujuknya si Kakak Bong ini untuk beri bantuan hiaskan bakul buah.

Sebenarnya kita ni tidaklah pandai benar nak menghias tapi demi bestie ayuhhhh!

Kita buat dia kan? Apa ada hal. Deco lah se-kreatif mungkin.

Mak Faizah diserang strok dan terlantar atas katil sahaja.

Moga Mak Faizah diberi kesihatan yang baik sahaja hendaknya aminnnn~


Jom Buat Kek Batik

11 June 24 Comments

 





Ini semua permintaan Bong dan juga Mak. 
Mak kata Bong boleh ke makan ni sebab kan tengah jaga kalori.
Bong kata boleh je makan tapi kena kerjaaa kerasss lebih lah hehehe

Kek paling mudah untuk dibuat.
Perlu ada kerajinan lebih sedikit saja.
Kalau tidak, tak jadi juga kek paling mudah ni hehehe

Buat sendiri mudah untuk kawal manis, masin dan lain-lain tu.
Maklumlah tekak si Bong lain maciammm sedikit.
Awaass bakal isteri Bong nanti perlu punya kesabaran yang tinggi ya hehehe


Japanese Tofu

10 June 14 Comments

 


Ini salah satu menu favourite Mak dan Bong.

Kakak Bong pun suka juga menu sayur campur macam ni.

sebab senang kerja semua campak masuk je dalam kuali hehehe

Meratah macam tu saja pun memang cukup membuatkan perut kenyang kan?

Ada yang tak suka Japanese Tofu ke?


Jejari Ketam Crispy

10 June 13 Comments


 Menu mudah untuk minum petang.

Potong-potong jejari ketam dan campur saja dengan sayur.

Kalau ada kobis, kucai, bokoli pun sedap juga masuk sekali.

Gaulkan saja dengan tepung, tambahkan serbuk perasa.

Goreng makan panas-panas tak sedar licin hehehe



Jagung Bubur Dan Biskut Petak

07 June 15 Comments



Menu petang ada jagung lebih dalam peti ais & kita jadikan dia bubur jagung.

Mak suka makan bubur jagung macam dengan sagu banyak-banyak.

Abah pula suka makan dengan roti putih gardenia dicarik-carik campak masuk dalam mangkuk tu.

Bong pula tak suka makan bubur atau kuih yang manis-manis.

Kakak dia pula suka makan bubur jagung ditambah biskut atau roti petak.

Menambah 2-3 mangkuk makan macam tu, kena azan di telinga baru berhenti hehehe



Jejari Ayam Kentang

06 June 8 Comments

 



Ini semua disebabkan Bong sedang dalam usaha mengawal pengambilan kalori dan gula.

Sebolehnya semua Bong minta Kakak dia ni tolong buat sendiri 'home made'.

Bong teringin nak makan nugget / jejari kentang tapi taknak beli yang dah siap frozen tu.

Jadi gigihkan seorang Kakak dia rebuskan kentang dan isi ayam dan bahan-bahan lain.

Siang tak sempat nak buatlah sebab sibuk kerja.

Balik dari kerja barulah sempat bersilat di dapur sementara selesaikan urusan hal lain.

Buat ni waktu malam tenang sikit sebab cuaca kurang panas berbanding siang.

Menggentel lah si Kakak tolong siapkan stock chicken potato nugget si Bong ni hehehe


Japanese + Korean Chicken

06 June 9 Comments

Ini semua permintaan Bong & Abang pada Bong (Sofian = Ayah Adik Kakak)

Diorang ni bila dapat berkumpul, segala macam menu dimintaknya.

Tapi Kakak ok je asalkan bila dah buat tu makan kasi licinnnnn hehehe

Selalunya Korean Chicken kan? Ini kenapa pulak Japanese Korean Chicken?

Sebenarnya ada nak tambah Omurai (Telur Dadar Cair) tapi Bong taknak.

Jadi tak nampaklah Japanese kat situ kehkehkehkeh






 

Jabatan Pertanian : Geran Agroprenuer Muda (GAM)

06 June 3 Comments

 









Bermula Suku Kedua Tahun 2022 haritu, permohonan Geran Agroprenuer Muda (GAM) telah dibuka untuk semua warganegara berusia 18 hingga 40 tahun.

Apa sahaja perusahaan terutama pertanian seperti penanaman, penternakan, perikanan dan industri asas tani layak membuat permohonan.

Geran yang dijanjikan adalah sebanyak 20 ribu (dalam bentuk pembiayaan dari segi peralatan & pembangunan industri). 

Ini peluang anak muda!