Benarlah Allah Maha Agung & Kisah Buah Dada Diikat Dan Disepit

20 October 33 Comments



kisah ini mungkin ada yang pernah baca. cukuplah sekadar mengingatkan diri sendiri dan sahabat-sahabat wanita aku yang lain supaya peliharalah mahkota kita sebagai wanita. 




"Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah menguruskan jemaah haji dan umrah,ada satu kejadian yang tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. Berlaku kepada seorang pramugari berusia pertengahan 30-an.

Sebaik sahaja kakinya mencecah bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tak sedarkan diri. Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Pelbagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Akhirnya, dia dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Selepas beberapa hari, akhirnya wanita itu membuka mata. Sebaik terpandang wajah saya, wanita itu terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya.

Saya bertanya kepada wanita tersebut, "Kenapa kak menangis?"

"Lan... kakak taubat Lan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda tu! Kakak bertaubat, betul-betul taubat."

"Kenapa kak?" tanya saya masih terpinga-pinga.

Katanya, "Mazlan, kak ni dah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tp kak ni cuma Islam pada nama dan keturunan. Ibadat satu apa pun tak buat. Kak tak sembahyang, tak puasa. Rumah akak penuh dengan botol arak. Suami tu akak sepak terajang, tak hormat langsung," katanya tersedu-sedan.

Kemudian, wanita itu menceritakan,

"Mazlan...Allah itu Maha Besar,MahaAgung,Maha Kaya. Semasa koma, akak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang pernah akak buat. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut akak ditarik dengan bara api. Pedihnya!!!!! Menjerit-jerit akak minta ampun pada Allah."

"Bukan itu saja, buah dada akak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini. Putus!! Jatuh dalam api neraka!! Buah dada akak rentung terbakar, sakit hanya Allah yang tahu!!! Kak meraung kesakitan. Akak masukkan tangan ke dalam api itu dan ambil buah dada tu balik. Tersangat panas Lan!!" tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita.

Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat semasa di dalam koma.
"Hari-hari akak diseksa. Bila rambut akak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala.Panas sampai otak akak rasa menggelegak. Azab itu cukup pedih!!!!pedih yang amat sangat...tak boleh nak digambarkan. "sambil bercerita, wa nita itu terus meraung, menangis teresak-esak.

Kerana makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa dalam koma tu, akak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja! tp akak perlu makan sebab akak tersangat lapar! "Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-duri menikam kerongkong dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut akak. Pedihnya!!!!!

Habis buah-buahan tu, akak diberi pula makan bara api. Bila masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan akak rasa seperti terbakar hangus. Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya.

Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi...kakak dberi pula minuman yang dibuat dari nanah. Baunya teramat busuk. Tapi terpaksa minum sebab kak sangat dahaga.

"Masa diazab tu, kakak merayu pada Allah agar berilah kak nyawa sekali lagi, berilah kak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak henti-henti akak memohon.Kak berjanji kalau akak dihidupkan semula, akak akan mengaji,akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan.. "

Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa. Kita manusia tak akan terlepas dari balasannya. Kalau baik amalan kita, maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azab pedihlah yang akan kita rasai..

Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti.Kalau pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.. Sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan solat-solat yang ditinggalkannya dahulu.

Pesanan wanita tersebut, "Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Lan ingatkanlah mereka, pakailah tudung. Undang-undang AllaH, setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa."Tapi,rambut akak ini beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni??? ALLAH......."

Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma?
Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?

Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudahdiazab barulah kita mahu percaya bahawa "Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal.... . " itu dah terlambat.

REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN

WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN,
WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK,
WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT,
WAKTU MUDA SEBELUM TUA
DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI



Cukup seksa azab yang kakak tu hadap. Alhamdulillah dia masih diberi peluang untuk bertaubat.. Nasib kita pulak? tak tahu ada peluang atau tak. Semoga segala apa yang kita lakukan, biarlah nawaitu kerana DIA. Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada sesama kita. InshaAllah aminn :)


Nota #1 : "..sampaikanlah pesan walaupun sepotong ayat..."
Nota #2 : sumber original aku pon kurang pasti darimana sebab aku copy semula daripada stock cerita-cerita keinsafan yang aku simpan dalam gerobok pc lama aku. 


kisah cinta

19 October 36 Comments


*awas! muatan panjang*



ini hari, hari rabu.. macam biasa segmen rabu kedu menguasai blogsphere.. guwa macam biasa jugak, sibuk yang tak berapa nak sibuk sangat.. tapi masih menjadi penyebab guwa tak dapat jenguk diary kecil guwa ni di kala siang hari.. cisssskek sungguh.. nasib lu orang semua sudi singgah jenguk-jenguk tolong lawat diary kecil guwa..terima kaseh =P semoga sepanjang harini memberi sinar kegembiraan pada lu orang semua.. fuhhhhhhhhhhhhhhhh (jampi kasi tiup ni)


tapikan, guwa ada sikit cerita mau share sama lu orang semua.. hadirnya pelangi yang indah pada diri kita kadang-kadang tak semestinya membawa keindahan jugak buat orang lain.. ada jugak insan yang tak pernah puas dan bersyukur atas segala apa yang ada depan mata dorang... guwa penah baca satu kisah cinta ni.. tapi guwa lupa kat mana guwa dapat.. masa guwa belek-belek folder dalam lappy, guwa jumpak ni :






si isteri mengeluh tak puas hati setelah beberapa tahun melayari bahtera bersama suami yg pada awalnya "KAULAH KEKASIH AWAL DAN AKHIR" tapi sampai satu ketika seperti ingin dibuang segala perasaan yang ada...mengapa jadi begitu? dimana kasih sayangmu? kemana menghilang senda guraumu???

*setelah pulang dari pejabat pada suatu hari JENAB [nama betoi kot] meluahkan perasaan*
Suami saya adalah seorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya...3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan.. saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih…lelah.. alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan...Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus (namun saya bukanlah pengamal ilmu halus..bukan jugak makhluk halus)

Orkut Scraps - Miss You

Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya... Tetapi, semua itu sudah tidak pernah saya perolehi... Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan... Rasa sensitifnya kurang... Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal... Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan PERCERAIAN..

"Mengapa??" aju nya dengan penuh tanda tanya...




“Jenab letih lah abang!! Abang tak pernah cuba berikan cinta yang saya inginkan.” Mendengar jawapan saya, Dia hanya diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya.. nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak... Kekecewaan saya semakin bertambah!! Arhhhh!! seorang lelaki yang tak dapat mengekspresikan perasaannya! apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya????

akhirnya dia bertanya...


“Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Jenab?” Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan. “Jenab ada SATU soalan, kalau Abang temui jawapannya dalam hati Jenab, Jenab akan ubah fikiran Jenab..begini :

"Seandainya, Jenab menyukai sekuntum bunga cantik yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati, apakah yang Abang akan lakukan untuk Jenab??”



Dia termenung dan akhirnya berkata, “Abang akan memberikan jawapannya esok.”
Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.


Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menemui selembar kertas dengan coretan tangannya di bawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang tercatat :

‘Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya.” Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya :



1-“Jenab sering mengetik komputer dan selalu mengusik program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor.. Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Jenab untuk memperbaiki program tersebut.”

2-“Jenab selalu lupa membawa kunci rumah ketika Jenab keluar dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu dan buka pintu untuk Jenab ketika pulang.”

3-“Jenab suka jalan-jalan di shopping Kompleks tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Jenab kunjungi.. Abang harus mencari Jenab dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencari dan membawa Jenab pulang ke rumah.”

4-“Jenab selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ Jenab datang setiap bulan dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Jenab yang sengal itu.”

5-“Jenab lebih suka duduk di rumah dan Abang selalu risau Jenab akan menjadi ‘pelik’. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Jenab di rumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami.”
6-“Jenab selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Jenab.. Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong memotongkan kukumu dan memandikanmu. “

7-“Tangan Abang akan memegang tangan Jenab, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah... Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.”

8-“Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat air matamu mengalir menangisi kematian Abang...Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Jenab... “Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Jenab, Abang tidak akan menahan diri Jenab mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Jenab...”
Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi...

MyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.Com


“Dan sekarang, Jenab dah selesai baca jawapan Abang kan?? Kalau Jenab puas hati dengan semua jawapan ni dan tetap nak Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar menunggu jawapan Jenab...tapi kalau Jenab tak puas hati, sayangku…biarkan Abang masuk untuk kemas barang-barang Abang dan Abang takkan menyulitkan hidupmu lagi.. Percayalah, bahagia Abang adalah bila Jenab bahagia.”

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang tertutup rapat... Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya!!
Itulah CINTA.. disaat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ni...
MyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.Com





nota kecil : tu la JENAB, lu banyak sangat demand.. hargaila yang ada depan mata =)

menang hadiah contest i'm proud to be a muslimah

19 October 37 Comments



gua menang hadiah weh!! dulu ade join kontes i'm proud to be a muslimah by blog FiQ'ra pancake yang comel gila tu.. 14 september - 14 oktober kontes tu berlangsung.. bila dah keluar result, tengok-tengok nombor bertuah gua #22 terpilih menang shawl.. wahhhh alhamdulillah..


17 oktober (isnin tadi) owner blog FiQ'ra pancake (mas) datang sendiri ke ofis gua untuk deliver by hand hadiah ni la kat tangan gua.. tapi gua plak kebetulan cuti.. so yang tolong sambut hadiah ni ofismate gua la.. hehe.. mintak ampun mas tak dapat bersua kita..takpe next time ade lagi..hehehe

bila gua datang kerja siang tadi , ofismate gua pun dengan surprisenye bagitawu yang ade something untuk gua.. nerbes gua bukak envelope tu weh~ hehehe

terime kaseh buat mas FiQ'ra Pancake dan juga semua penaja kontes.. lain kali buat la lagi dan pilih la lagi gua jadi lucky winnerS eh..hehehe






hadiah shawl dari mas FiQ'ra Pancake






terime kaseh =)

izara aishah | seriyes dem!

14 October 54 Comments

memang gua benci gila dengan lu.. seriyes! dari lu bawak watak laila.. lu kondem + hina makcik amoi yang pada hal tu mak lu sendiri.. dalam drama soffiya pun watak lu memang macam haremm~ tiap kali gua tengok scene lu, gua tak rasa macam lu berlakon.. memang real gila.. gua rasa real life lu memang camtu gak kot kan? kehkehkeh


cari no gadis sangap 2011

13 October 38 Comments


amek kau tajuk 18sx gila.. diary kecil gua ni dah jadi tempat simpan nombor gadis sangap ke hape? makhluk yang search ni mesti kes tak bace entry gua SANGAP itu apakah dengan mahu kawen dengan segera... sangap ke? kan? kan? kan? hahaha macam² betol la..gua dah la baru je activatekan gangster mood nih. ada pulak yang sangap cari nombor gadis sangap kat sini.

siap cari "ayat power untuk musuh" bagai... hadoi weh lu nak menuntut ilmu ape la sampai terbabas ke diary suci gua nih.. lu kena paham diary kecil gua ni suci murni.. semurni TOP *iklan sabun basuh baju


gua rasa kalo lu nak search nombor gadis sangap, lu boleh pilih kat list tepi tu.. gua dah tempek macam-macam LINK gadis² nakal + gadis² bucuk + daddy² gadis + mak² gadis pon hado.. pilih yo mano lu nak.. takyah susah
² ke fenin² ke nak picit nombor tepon.. terjah je blog dorang terus.. untung² dapat hadap wajah² comel mereka dengan pelbagai fesyen tudung mahupun shawlS.. dah tentu ada yang masih single dan boleh dijadikan peneman hidup =P




sangap tak nak tekan like?? =P