Benarlah Allah Maha Agung & Kisah Buah Dada Diikat Dan Disepit




kisah ini mungkin ada yang pernah baca. cukuplah sekadar mengingatkan diri sendiri dan sahabat-sahabat wanita aku yang lain supaya peliharalah mahkota kita sebagai wanita. 




"Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah menguruskan jemaah haji dan umrah,ada satu kejadian yang tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. Berlaku kepada seorang pramugari berusia pertengahan 30-an.

Sebaik sahaja kakinya mencecah bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tak sedarkan diri. Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Pelbagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Akhirnya, dia dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Selepas beberapa hari, akhirnya wanita itu membuka mata. Sebaik terpandang wajah saya, wanita itu terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya.

Saya bertanya kepada wanita tersebut, "Kenapa kak menangis?"

"Lan... kakak taubat Lan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda tu! Kakak bertaubat, betul-betul taubat."

"Kenapa kak?" tanya saya masih terpinga-pinga.

Katanya, "Mazlan, kak ni dah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tp kak ni cuma Islam pada nama dan keturunan. Ibadat satu apa pun tak buat. Kak tak sembahyang, tak puasa. Rumah akak penuh dengan botol arak. Suami tu akak sepak terajang, tak hormat langsung," katanya tersedu-sedan.

Kemudian, wanita itu menceritakan,

"Mazlan...Allah itu Maha Besar,MahaAgung,Maha Kaya. Semasa koma, akak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang pernah akak buat. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut akak ditarik dengan bara api. Pedihnya!!!!! Menjerit-jerit akak minta ampun pada Allah."

"Bukan itu saja, buah dada akak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini. Putus!! Jatuh dalam api neraka!! Buah dada akak rentung terbakar, sakit hanya Allah yang tahu!!! Kak meraung kesakitan. Akak masukkan tangan ke dalam api itu dan ambil buah dada tu balik. Tersangat panas Lan!!" tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita.

Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat semasa di dalam koma.
"Hari-hari akak diseksa. Bila rambut akak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala.Panas sampai otak akak rasa menggelegak. Azab itu cukup pedih!!!!pedih yang amat sangat...tak boleh nak digambarkan. "sambil bercerita, wa nita itu terus meraung, menangis teresak-esak.

Kerana makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa dalam koma tu, akak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja! tp akak perlu makan sebab akak tersangat lapar! "Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-duri menikam kerongkong dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut akak. Pedihnya!!!!!

Habis buah-buahan tu, akak diberi pula makan bara api. Bila masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan akak rasa seperti terbakar hangus. Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya.

Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi...kakak dberi pula minuman yang dibuat dari nanah. Baunya teramat busuk. Tapi terpaksa minum sebab kak sangat dahaga.

"Masa diazab tu, kakak merayu pada Allah agar berilah kak nyawa sekali lagi, berilah kak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak henti-henti akak memohon.Kak berjanji kalau akak dihidupkan semula, akak akan mengaji,akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan.. "

Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa. Kita manusia tak akan terlepas dari balasannya. Kalau baik amalan kita, maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azab pedihlah yang akan kita rasai..

Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti.Kalau pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.. Sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan solat-solat yang ditinggalkannya dahulu.

Pesanan wanita tersebut, "Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Lan ingatkanlah mereka, pakailah tudung. Undang-undang AllaH, setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa."Tapi,rambut akak ini beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni??? ALLAH......."

Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma?
Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?

Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudahdiazab barulah kita mahu percaya bahawa "Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal.... . " itu dah terlambat.

REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN

WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN,
WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK,
WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT,
WAKTU MUDA SEBELUM TUA
DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI



Cukup seksa azab yang kakak tu hadap. Alhamdulillah dia masih diberi peluang untuk bertaubat.. Nasib kita pulak? tak tahu ada peluang atau tak. Semoga segala apa yang kita lakukan, biarlah nawaitu kerana DIA. Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada sesama kita. InshaAllah aminn :)


Nota #1 : "..sampaikanlah pesan walaupun sepotong ayat..."
Nota #2 : sumber original aku pon kurang pasti darimana sebab aku copy semula daripada stock cerita-cerita keinsafan yang aku simpan dalam gerobok pc lama aku. 


34 comments:

  1. terima kasih kerana berkongsi kak,,
    entry ni sangat bermanfaat :)

    ReplyDelete
  2. bagus untuk peringatan bersama

    ReplyDelete
  3. tahnkz for the sharing sis... untuk peringatan sesama kita.. terutamanye wanita

    ReplyDelete
  4. Nauzubillah..tima kasih sbb sharing di sini

    ReplyDelete
  5. untuk peringatan bersama, tq

    ReplyDelete
  6. Akak pernah baca dlm mastika dulu.. byk pengajarannya..

    ReplyDelete
  7. masyaAllah, semoga kita di permudahkan urusan akhirat kita. dan tergolong dengan orang orang yang beriman ;)

    ReplyDelete
  8. dah pernah baca cerita ini..

    mmg sangat insaf membacanya...peringatan untuk kita semua kan cik ana..:)

    ReplyDelete
  9. thanks for sharing.

    mari kite sama-sama istiqamah diri.

    ReplyDelete
  10. waa... thanks sbb share..

    mmg menginsafkan.. :)

    ReplyDelete
  11. hmmm...perlu dijadikan iktibar.tp seeloknya jgn tgg smpi dtg peringatan baru nak taubat sbb takut kang dh tak smpt.taubatlah selagi kte ade peluang utk bernafas ni.

    ReplyDelete
  12. banyak2 entry aku baca...
    entry ang ni memang the best.. ohsem..
    sama2 beringat :)

    ReplyDelete
  13. takut sangat... ya Allah, jauhi kami dari azab nerakamu...jgn jadikan kami kayu api neraka...aminn ya Rabb

    ReplyDelete
  14. Terasa nak muhasabah diri , oh diri sndiri pun nakal lg.

    ReplyDelete
  15. terima kasih kerana berkongsi... insafff...

    ReplyDelete
  16. peringatan yang bagus untuk dikongsi bersama..
    terima kasih..:)

    ReplyDelete
  17. sangat menginsafkan... banyak benda yang kita tahu salah tapi masih nak buat... Nauzubillah...

    ReplyDelete
  18. pernah baca dalam MASTIKA dulu. memang perkongsian yang sangat bagus.

    ReplyDelete
  19. tq 4 sharing

    tazkirah magrib ^^,

    ReplyDelete
  20. nice one.. thumbs up!!! :D

    ReplyDelete
  21. bertaubat selagi ade pintu taubat tu :) thanks for sharing..

    ReplyDelete
  22. dosa perempuan itu pula dishare bersama saudara lelakinya,bapanya dan suaminya..nauzubillah..peringatan ini khas untuk perempuan

    ReplyDelete
  23. terima qaseh atas entry yang memberi peringatan ini.

    ReplyDelete
  24. masyaAllah
    takotnye bile bce ni'emm..
    maceh anato atas perkongsian ini!=]

    ReplyDelete
  25. menakotkan :(
    tuhan akan bagi hidayah dalam apa jua sekalipon..
    jangan sampai bila da dpt hidayah dgn cara tu baru nk berubah
    taubat lah..wallahualam

    ReplyDelete
  26. kisah benar la ni kan...nasib baik diberi peluang kedua...orang laki pun boleh amek iktibar.huhu...

    ReplyDelete
  27. sunhannallah..
    maha suci Allah, kak syer di Fb ya dik

    ReplyDelete