Jijah : Ana.. hang tau kan aku dengan Razip dah lama kapel. Dan hang tau kan yang mak aku pernah sound aku dulu pasal aku bercinta dengan Razip.
Aku : Err haah aku tau.. Kenape weyh? Mak hang marah lagi ke?
Jijah : Dak la buat masa ni takdela marah ke apa. Cuma, aku sedih la weyh sebabnya aku tak tau apa ending kesah kami. Yelah sebab mak aku penah kata "kalau dia lah yang kakak pilih, mak takkan setuju sampai bila-bila.. Takkan kakak buta nak pilih orang macam tu jadi menantu mak kan.."
Aku : Hurmm aku pon tak tau nak cakap cemana weyh. Yelah, hang sorang je anak perempuan dia. Pastu belajar tinggi ada degree. Dah kerja. Ada gaji tetap. Si Razip pulak meniaga ikan saja. Tu pon tak menentu -- bila ada hasil, ada lah. Bila takde -- takdelah. Pastu pulak kan Razip ada sikit kecederaan fizikal kekal (tangan + muka + badan). Aku rasa mak ayah hang ada sebab kenapa diorang tak setuju dan tak restu..
Jijah : Hurmm aku faham Ana.. tapi.. hurmm..
Aku : Hang sabaq la.. berdoa banyak². Kalau kata Razip jodoh hang, terhalang cemana pon, inshaAllah akan bersatu jugak. Yakin je -- Allah ada.
Jijah : Ana.... *tutup muka dengan tangan & titis jernih bercucuran*
Kesian Jijah. Satu-satunya anak perempuan dalam keluarga bukan mudah. Jijah banyak telan sendirian je segala pahit pedih yang dia hadap. Seingat aku, Jijah tak pernah susahkan keluarga ataupun kawan² dia. Selagi mampu, dia telan semua sendiri.
Bertabahlah Jijah. Janji Allah itu pasti. Cuma kita kadang² tu agak tak sabar dengan ujian dari Dia. Aku sendiri masih bertatih merangkak memperbaiki diri.
Satu hari harini coverage Maxis down di kawasan aku ni. Bermula jam 8.35 pagi lebih kurang dia mula takde coverage langsung. Saya tunggu punya tunggu punya tunggu -- bulan tak timbul timbul.Eh silap. Itu dialog filem Seniman Bujang Lapok hehehe. Aku tunggu punya tunggu, jam 6.50 petang lebih kurang barulah signal Maxis fully up semula.
Takdelah tunggu sangat ekceli sebabnya nasib baik jugak aku ada simkad Celcom. Dan nasib baik jugak line internet Celcom dan P1 Wimax tak buat hal harini. Kalo tidak memang rasa macam duduk dalam gua lah.
Nasib baiklah minggu ni start dari sabtu haritu membawaklah ke harini, partner aku pulak yang cover jadi mandor tengok progress renovation ofis tu. Dapatlah aku rilek-rilek goyang kaki goyang jari jemari dok ziarah blog kengkawan kat rumah. Yelah sebelum ni aku dah bagi chance dah partner aku honeymoon dok dengan hasben dia dulu sementara aku boleh cover. Kesian gak kat dia sebab PJJ dengan hasben dia. Kita yang bujang ni kena bagi chance lah. Satgi bila kita dah kawen dia mau kena paham la pulak kikiki
Pastu start pagi tadi dia pass semula baton kunci ofis kat aku sebab dia ada urusan kena balik ke Salak Tinggi. Jadi mula baliklah tugas-tugas jadi mandor aku. Yang seronoknye memanglah buleh stanby je dari rumah. Tapi yang part tak seronoknye tu sebab kita jadi terikat. Tak boleh nak kemana-mana (keluar dari kawasan) sebab nanti akan ade je kontraktor lah call nak hantar barang, supplier barang lah call nak check itu ini, team cabling lah call. Phewww 'letih' jugak sebenarnye jadi mandor ni. Aku lagi rela dok ofis macam sebelum ni sebab memang dah tawu dah kerja apa kita kena setelkan.
Takpe, sabaq Ana. Less than 2 weeks hopefuly semua setel dan tadaaaaaa tak sabaq nak tunggu Januari dan ofis berwajah baru. Weeeee~ :D
Alhamdulillah dapat hadiah dari Give Away by Jindrisska (Siti Aisya Ibrahim) yang aku join end of October haritu. Balik daripada jadi mandor harini tetiba mummy cakap :
"Kakak tu ada posmen hantaq apa benda tah tadi. Dalam envelope tu. Kakak order barang online lagi ke?"
Oppss kantoi anak dia selalu online shopping kikiki. Sebenaqnya aku salah sorang pemenang yang dapat keychain Paris daripada GA Kak Aisya hehe. Mekaseh kak Aisya pos hadiah kecik comey ni jauuuuuuuuh nun dari Germany.
Sedih sikit sebenarnya sebab satu daripada kaki Eiffel Tower tu patah. Yelah turun naik kapal apa segala kan, sampai kat tangan aku tup tup envelope tu pon dah rabak sikit T___T Dah la aku eksaited dapat hadiah jauh nun dari obersea haa. Sampai hati orang-orang kurier ni koyakkan envelope aku sobss sobss. Ehh tapi takpe, aku tersenyum semula sebab aku dapat DUA hadiah sekali yakni Eiffel Tower tu dengan SETEM Deutschland sekali ! Yeyyyyy muka ada sunyummm balik hehe. Again -- Mekaseh Kak Aisya . Moga terus dilimpahi sinar kebahagian bersama hasben tersayang kat Germany sana ;)
Negeri Perak memiliki sejarah
yang setanding dengan sejarah Kedah Tua dan Kelantan Tua
(Pan-pan,Tan-Tan,Chih-tu) dan Langkasuka.
Dalam Hikayat Merong
Mahawangsa,ada disebut tentang negeri Perak yang bersaudara dengan Kedah,Patani
dan Siam Lancang (kini terletak sekitar Champasak,Laos)
Negarakota Melayu (Malay
city-states) yang terkenal di Perak adalah kerajaan Gangga Negara.Dalam
Sulalatus Salatin menceritakan istanakota Raja Shah Johan,pemerintah Gangga
Negara dikelilingi parit sebagai pertahanan seperti yang kita lihat pada
Caerlaverock Castle.
Di negeri Perak,terdapat 5 jenis
dialek iaitu:
1) Dialek Patani
2) Di Utara
3) Dialek Lembah Sungai Perak
4) Dialek Kinta
5) Dialek Selatan
Di bahagian Hulu Perak iaitu
Kroh, Grik dan Lenggong, masyarakat di kawasan ini banyak menggunakan dialek
Patani. Ia menyebabkan dialeknya seakan-akan serupa dengan dialek Kelantan.
Sepertimana di utara, penduduk Hulu Perak juga kebanyakannya terdiri daripada
penduduk dari Patani dan Reman.Sebagai pengetahuan,Reman adalah sebuah negeri
yang pernah wujud sekitar hulu Perak dan Jala (Yala) di Thailand kini.
Dialek Utara terdapat di sekitar
bahagian utara (Kerian dan Larut Matang) seperti Bagan Serai,Taiping dan Parit
Buntar sehingga Pantai Remis.Selain kedudukan geografinya bersempadan dengan
negeri Kedah,faktor migrasi juga memainkan peranan akibat peperangan dengan
Siam dan konflik antara pengikut raja.
Dialek Lembah Sungai Perak adalah
dikatakan dialek asli negeri Perak.Ada juga memanggilnya sebagai bahasa
Lambor.Ia berlokasi di bahagian Perak Tengah seperti di Kuala Kangsar, Sayong,
Karai, Bota, Parit, Lambor Kg. Gajah dan Tg.Blanja.Dialeknya agak berbeza dan
menjadi 'trademark' jika dibandingkan dengan dialek di negeri-negeri lain
dengan hujung perkataan diubah kepada bunyi 'e pepet'; contohnya perkataan
"tiga" disebut "tige" dan penggunaan perkataan era bahasa
Melayu klasik seperti "ate" (hatta).
Dialek Kinta pula banyak
bercampur-campur dengan dialek-dialek dari Siak dan Kampar juga dialek orang
Banjar,Rawa dan Mendeiling.Faktor-faktor dialek dari seberang Sumatera ini
adalah kerana daerah Kinta ialah daerah tengah Perak yang maju dengan
perlombongan bijih timah,perdagangan dan aktiviti politik.
Akhir sekali ialah dialek Selatan
iaitu terdapat di sekitar daerah Batang Padang sehingga Bagan Datoh, dialeknya
pula lebih dipengaruhi dengan dialek selatan Semenanjung seperti Selangor dan
Johor. Hal ini kerana masyarakatnya juga terdiri daripada penduduk yang datang
dari arah Selangor kerana faktor sempadan dan konflik seperti perang saudara
antara pengikut raja.
Memahami dialek asli Perak iaitu
bahasa Lambor atau dialek Lembah Sungai Perak perlulah bersama-sama kajian
bahasa-bahasa orang Asli di pedalaman Perak sebagai Aborigine atau Proto-Melayu
sebelum kedatangan era kesultanan pada pada abad ke-16.
Aku anak jati Perak yang lahir di Bagan Serai (Utara Perak) tapi membesar di daerah Batang Padang dekat dengan sempadan Selangor. Jadi teman ni idokle pandey benor cakap dialek Lembah Sungai Perak tu sebabnye teman ni dari kecik sampey ke besor dengor orang keliling cakap dialek utara dan dialek selatan. Buleh le sikit-sikit nak meniru, pandey tu idokle kikiki
Ate cer kome komen ape bahase kome gune sehari-hari? =P
Pheww setel dah episod Zahira (Slot Samarinda TV3) harini tadi. Sana sini status fesbuk orang dok menggila citer Zahira ni pulak. Maklumla Zara Zya dengan Adi Putra belakon. Ngamho betoi depa berdua dalam citer tu. Opp sori bukan nak citer pasal citer Zahira. Ada join dak haritu Contest Shopping RM1212 at Lazada ? Haaaa result contest sudah keluar maaa~
Akak², adik², abang² yang ada join haritu silalah pergi check result kat blog Idaykot² ada terselit luck kat sana ke siapa tahu kan? Haritu aku punya wishlist ada 3 benda (Huawei Mediapad + MIDEA Washing Machine + Elba Stand Mixer) dan nampaknya rezeki aku terselit dapat Elba Stand Mixer ni ha.
Alhamdulillah syukur nikmat kepada Allah yang memberi rahmat~ (nyanyi macam Kak Bed Abby Fana DJ SinarFm tu ye) Ke korang tak layan Sinar Fm sebab semua cakap SinarFM tu untuk orang veteren. Hey aku muda lagi tau. Telinga aku je suka dengar si Kak Bed tu bebel. Chisss~ =P
Titipkan doa buat aku
selalu. Moga aku baik baik saja.
Dan untuk kau--
Jangan pernah lelah
untuk mengejar apa yang kau mahu. Mahu saja aku lihat kau genggam apa yang kau
inginkan.
Apa yang kau
angankan.
Biar bahagia.
Iya,
Aku di sini.
Dalam diam,
Aku punya harapan.
Berharap kau tak
pernah lupa aku.
Berharap kemaafan
dari setiap cebis luka kata-kata aku.
Moga tiap hela doa
kau,
Terselit aku.
Pesan aku #1 : Jack -- jaga diri. jaga kesihatan.
Pesan aku #2 : Encik Boss -- 12 / 12 / 2014 haritu genap 2 tahun dah Encik sudi ada dengan kami dulu masa kita sama²Menang Anugerah U-Pustaka dulu tu. Rindu sesi makan² + sembang panjang dengan Encik . Rindu travelling + sharing stories dengan Encik.. U will olwez b our Mr Optimus Prime :")
Program
Kebajikan : Rumah Kebajikan Anak Anak Yatim Shafar
Mohon
dipanjangkan pages JOSO (Johor Sons) bagi membantu program charity mereka. Yang
terkini mereka ingin membantu Rumah Kebajikan Anak Anak Yatim Shafar dijangka
akan dibuka pada minggu ke 3 bulan Disember 2014 ini.
Bagi yang berminat
hendak menghulurkan bantuan dari segi kewangan dan barangan bolehlah
menghubungi :
En. Fadzryl -
019-755 9553
Cik Ida - 012-731
3316
Cik Hanna - 018-388
5188
Buat masa terdekat ini barangan yang amat mereka perlukan ialah :
Al-Quran - 20
Naskah
Cadar - 20 Set
Bantal - 40 Biji
Sejadah - 25 Helai
Telekung - 20 Helai
dan barangan
keperluan yang lain.
Ruang dalaman dan persekitaran rumah berkenaan
"Hello peeps! Rumah
Kebajikan Anak Anak Yatim Shafar is a new orphanage in Kg. Pasir Johor Bahru.
It's a self-funded orphanage operated by our friend @faiz banafe and his
family.
The occupants are girls aged
8-15. There will be 15 of them. (coming in by the 3rd week of December).
Not only an orphanage, it will
also be a FREE tuition center for UPSR students! During our visit last
Saturday, we find there's a lot of things we can contribute.
So, to start, We plan to donate
bed sheets, pillow and pillow cases. Anything extra will be even better(
toiletries, stationary, books, etc).
Please contact Mr Fadzryl at
019-7559553/Ms Ida at 012-7313316 or simply PM us on FB for any sort of
contributions & ideas. For monetary contribution, please contact Faiz at
019-7779736. Thank you. #inhumanitywetrust"