Dialek-Dialek di Negeri Perak

8:30 AM 19 Comments A+ a-


Negeri Perak memiliki sejarah yang setanding dengan sejarah Kedah Tua dan Kelantan Tua (Pan-pan,Tan-Tan,Chih-tu) dan Langkasuka.

Dalam Hikayat Merong Mahawangsa,ada disebut tentang negeri Perak yang bersaudara dengan Kedah,Patani dan Siam Lancang (kini terletak sekitar Champasak,Laos)

Negarakota Melayu (Malay city-states) yang terkenal di Perak adalah kerajaan Gangga Negara.Dalam Sulalatus Salatin menceritakan istanakota Raja Shah Johan,pemerintah Gangga Negara dikelilingi parit sebagai pertahanan seperti yang kita lihat pada Caerlaverock Castle.

Di negeri Perak,terdapat 5 jenis dialek iaitu:

1) Dialek Patani
2) Di Utara
3) Dialek Lembah Sungai Perak
4) Dialek Kinta
5) Dialek Selatan

Di bahagian Hulu Perak iaitu Kroh, Grik dan Lenggong, masyarakat di kawasan ini banyak menggunakan dialek Patani. Ia menyebabkan dialeknya seakan-akan serupa dengan dialek Kelantan. Sepertimana di utara, penduduk Hulu Perak juga kebanyakannya terdiri daripada penduduk dari Patani dan Reman.Sebagai pengetahuan,Reman adalah sebuah negeri yang pernah wujud sekitar hulu Perak dan Jala (Yala) di Thailand kini.

Dialek Utara terdapat di sekitar bahagian utara (Kerian dan Larut Matang) seperti Bagan Serai,Taiping dan Parit Buntar sehingga Pantai Remis.Selain kedudukan geografinya bersempadan dengan negeri Kedah,faktor migrasi juga memainkan peranan akibat peperangan dengan Siam dan konflik antara pengikut raja.

Dialek Lembah Sungai Perak adalah dikatakan dialek asli negeri Perak.Ada juga memanggilnya sebagai bahasa Lambor.Ia berlokasi di bahagian Perak Tengah seperti di Kuala Kangsar, Sayong, Karai, Bota, Parit, Lambor Kg. Gajah dan Tg.Blanja.Dialeknya agak berbeza dan menjadi 'trademark' jika dibandingkan dengan dialek di negeri-negeri lain dengan hujung perkataan diubah kepada bunyi 'e pepet'; contohnya perkataan "tiga" disebut "tige" dan penggunaan perkataan era bahasa Melayu klasik seperti "ate" (hatta).

Dialek Kinta pula banyak bercampur-campur dengan dialek-dialek dari Siak dan Kampar juga dialek orang Banjar,Rawa dan Mendeiling.Faktor-faktor dialek dari seberang Sumatera ini adalah kerana daerah Kinta ialah daerah tengah Perak yang maju dengan perlombongan bijih timah,perdagangan dan aktiviti politik.

Akhir sekali ialah dialek Selatan iaitu terdapat di sekitar daerah Batang Padang sehingga Bagan Datoh, dialeknya pula lebih dipengaruhi dengan dialek selatan Semenanjung seperti Selangor dan Johor. Hal ini kerana masyarakatnya juga terdiri daripada penduduk yang datang dari arah Selangor kerana faktor sempadan dan konflik seperti perang saudara antara pengikut raja.

Memahami dialek asli Perak iaitu bahasa Lambor atau dialek Lembah Sungai Perak perlulah bersama-sama kajian bahasa-bahasa orang Asli di pedalaman Perak sebagai Aborigine atau Proto-Melayu sebelum kedatangan era kesultanan pada pada abad ke-16.


Aku anak jati Perak yang lahir di Bagan Serai (Utara Perak) tapi membesar di daerah Batang Padang dekat dengan sempadan Selangor. Jadi teman ni idokle pandey benor cakap dialek Lembah Sungai Perak tu sebabnye teman ni dari kecik sampey ke besor dengor orang keliling cakap dialek utara dan dialek selatan. Buleh le sikit-sikit nak meniru, pandey tu idokle kikiki

Ate cer kome komen ape bahase kome gune sehari-hari?  =P


19 Lovenote(S)

Write Lovenote(S)
December 19, 2014 delete

Aku guna bahasa melake ...
Hawau kau...hahaha

Reply
avatar
Nur Inani
AUTHOR
December 19, 2014 delete

kadang kadang boleh terikut cara orang lain bercakap :)

Reply
avatar
BudakVanilla
AUTHOR
December 19, 2014 delete

mesti dialek perak nie ada jenis lain2 kan? hehhe. BV sarawakian malay, so memang lain sangat la. hahahhaa XD

Reply
avatar
Deanna Morni
AUTHOR
December 19, 2014 delete

ate...keme penoh jadi pah bedah....keme biase cakap bote...kwn keme org bote...ate...tiap cuti keme ikut laa kwn keme balik kampung...melekat bahse bote nye.....hhahahahahahahaahha

Reply
avatar
December 19, 2014 delete

Saya lahir taiping lepastu pindah bukit merah tapi bahasa utaranyaa biasa-2 jea . Tak tahu la kenapa tak sepekat orang utaraa lainn :) hjihiks , terikut mungkinn .

Reply
avatar
December 19, 2014 delete

Owh lahir kat Bagan Serai yer... Kampung tok zumal kat Bagan Serai gak... Bila Ana buka cerita pasal dialek nie teringat lak subjek BM form 6 dulu ada sentuh pasal dialek nie...

Reply
avatar
lia ummiirfan
AUTHOR
December 19, 2014 delete

ater teman pun oghang peghak jugak.. hikhikhik..

Reply
avatar
Sabrina SA
AUTHOR
December 19, 2014 delete

Ina tak tahu satu dialek atau loghat pun T-T sebab ina orang selangor :p hehe

Reply
avatar
Cik Fafa
AUTHOR
December 19, 2014 delete

banyak dialek orang perak ni noh, hehe

Reply
avatar
Farrah MF
AUTHOR
December 19, 2014 delete

Akak baru tahu. Nice info, dik. Akak ingat semua sama je :)

Reply
avatar
cEro
AUTHOR
December 20, 2014 delete

Dekat berbelas tahun dah aku tinggal Perak, jd dah banyak hilang dah loghatnya...
Perak murtad kot...hehehe

Reply
avatar
zarulfarhana
AUTHOR
December 20, 2014 delete

ooo.org perak ka ate ni...
hehehe
suka dgr org perak ckp...

Reply
avatar
Scha Nazri
AUTHOR
December 20, 2014 delete

mak aihh. banyak nya dialek!

Reply
avatar
nana liena
AUTHOR
December 21, 2014 delete

kita mak ayah abang2 smua perak yg lain selangor.. heheh..balik rumah opah,bila cakap dgn opah rasa macam 'itik dgn ayam'.kekadang tak paham sangat..,rasanya opah mcm cakap utara.

Reply
avatar
Amy J
AUTHOR
December 21, 2014 delete

oooo..perak pun ada macam2 dialek rupanya....

Reply
avatar
Nur As
AUTHOR
January 03, 2015 delete

Ohh kalau ipoh Dialek Lembah Sungai Perak eh?sebab macam dekat je dgn kg gajah tuu.

Kite baru setahun pindah perak. tu pun tak bergaul. tapi kalau dengar sedare bercakap mcm Dialek Lembah Sungai Perak. Kengkadang mati kutu tak faham ape deme cakap, haha last2 tanye ayah yg sah2 anak jati perak!

Reply
avatar
Jari Manis
AUTHOR
January 12, 2015 delete

deme ore perok rhopenya

Reply
avatar
Armiesot Rxs
AUTHOR
January 31, 2016 delete

Banyok benor labun teben perak ni kalu kome ndak tau... Mika jgn tekejut kalu teman kabo budak lime tahun melabun tebennye buleh buat oghang luor macam tengin jer... Ha, ape lagi yob, kak Yong! Moh le kite kejor deme! Bior labun negeri kite perak ni terpelihara. Kabor oghang Ipoh Ha.... Kejor je yop! Aje sior teman.. Huhuhu

Reply
avatar