Masih Lagi Menjadi Misteri

Allahuakbar. #prayformh370 . may miracle happened =.=


masih lagi menjadi misteri kata ezy. hehe. sebenarnye takdelah misteri  mana sangat. kesahnya agak tragis. pada aku lah. aku dengan R start kenal end of 2006. masa tu aku buat partime je kat kedai runcit dalam felda aku ni. baru habes form six masa tu. umo pon baru 19 tahun. muda gittew. si R ni selalu lah datang kedai beli itu ini apa semua. dan R jugak selalu main table tennis kat sebelah kedai runcit tempat aku keja tu. so memang buleh dikatakan keraplah menghadap muka aku ni. diipendekkan cerita, ushar punya ushar, satu hari tu dapat satu sms dari si R. memula memang aku tak kenal. tapi bila dalam mesej tu tulis :
"hai Farhana."
so kepala otak aku pon terus paaaaap--memang si R la ni. sebabnye dia je yang panggil aku Farhana pada hal tu bukan nama aku. dia tersilap dengar sebenarnye sebab dia malu nak tanye sendiri kat aku siapa nama aku.so dia pon tanya kat anak toke kedai tu yang umur 6 tahun masa tu. budak tu pelat² sikit mase tu terus si R terdengar macam  "kak Farhana lah nama akak ni". tu yang lekat nama Farhana kat dia.
dok sms punya sms last² daripada kawan biasa, terus timbul rasa sayang. and si R ni sebenarnye ada kelainan upaya kekal. he burn injured masa dia umur 3 tahun. habes burn muka dia. tangan dia. memang kalo orang tengok, phewwww ~
ok teruskan. lepas dah mula sayang tu, aku dengan R pon startla life kitorang as a couple gittew. tiap hari la dia tolong folow hantarkan aku balik kerja sampai lah aku betol-betol dah selamat sampai rumah. berlarutan dari end of 2006 sampailah Jun 2007. camtulah rutin aku. pergi kerja--balik kerja. R pulak memang kerja dalam kampung je. pernah dah kerja luar, tapi macam-macamlah kena tipu lah, orang amek kesempatanlah atas kekurangan fizikal dia apa semua. so dia decide untuk balik and kerja kampung je sekaligus untuk jaga orang tua dia sebab both parents dia pon dah uzur. so kami pon couple lah. start Jun 2007 aku pulak dapat masuk USM Penang. nahh kat situlah everything started. 1st day aku register kat USM tu, lepas habes sesi orientasi, mak aku pon call :

mak : kakak.. mak ada benda nak cakap ni.
aku : gulp... (dalam hati dah risau kot pasal abah ke sebab abah athma)
mak : ada orang sampaikan kat mak, kakak 'berkawan' dengan anak si *** tu betoi ke?
aku : owhh haah memangla. berkawan je.
mak : orang siap cakap, mak dia tu nak masuk minang. kakak dengar sini, kalo dia yang kakak pilih, mak takkan setuju sampai bila-bila. takkan kakak buta kan nak pilih orang macam tu?
aku : dak aih mak........ (pastu mak pon bagi salam and end of call. *mata aku berkaca. jenuh tahan.)

and start pada tu, aku dengan R memang stil macam couple la. cuma takleh proceed untuk next step. dari 2007 sampailah sekarang.aku jugak tak berani nak proceed apa² atau nak slow talk apa² kat mak pak aku sebab i know my parents well. kalo hitam kata abah,mak maka hitam lah. and aku yakin memang ada hikmah kenapa mak aku tak bagi. cuma yang tak bestnya-- tak SEMUA orang faham dan boleh terima.
kadang² jadi letih. 
dan cemuih.

Merungkai Misteri : Part Two

salam engkorang. maaf maaf maaf sebab tak muncul these few days. kebizian sikit. maklumlah next week kena pegi kursus empat hari. kat Penang baq hang ! seriyesly aku rinnnnnnnndu Penang ! rawrrrrrr !
*eksaited kan aku ? =P *
mana tak rindu hoi. tiga tahun dulu aku menetap kat sana merantau cari ilmu kat negeri orang. susah senang, sakit demam aku masa tiga tahun tu semua dengan roomate je kat sana sebab aku dulu dok USM Penang tiga tahun. tapi dalam 3 tahun dok Penang tu, takdan pon habeh pusing satu Penang yang ciput tu. maklumlah orang lain pakat p la explore Penang dengan marka memasing, yang aku ni nak p dengan sapa? marka pon takdak. markawi lagilah tak kenai langsung ! hahaha chissss sungguh la.
arhhhhh tapi.. tapi aku memang dah nekad akan explore gak Penang eventho bukan dengan marka mahupun markawi. aku buleh je nak p explore sesorang lone ranger tapi masalahnya my lovely bonda memang konfem tak bagi punya. 
aku : mak.. kalo kakak nak p Penang buleh?
mak : nak watpa?
aku : sesaja la mak. nak jalan-jalan
, ronda-ronda kat sana. rindu Penanglah mak.
mak : cehh rindu Penang ka rindu mamak restoran kat Penang tu.
tak payahla p. tunggu nanti kalo kakak dah menikah, p dengan hasben kakak takpa.mak takdak nak risau apa dah aih masa tu nanti.
aku : yelah mak.

maaf jugak sebab buat engkorang diselubungi misteri kat entry yang kononnye Merungkai Misteri : Part One tu.. kengkonon macam nak bagi jawapan tapi sampai ke sudah takde.ampun ya pak ? kihkihkih. alah sebenarnye takde la misteri ape sangat pon. tujuhtahun sepuluhbulan tu sebenarnye ada kisah tragis sikit disebalik semua tu. kesah aku dan dia. tu je la. ok dah jawab arrr kan ? =P

Merungkai Misteri

rajin kawan² bertanye.. nampak tak betapa prihatinnya kengkawan blogger ? pastu pulak nampak tak tahap sabar dia tu cemane? kalo kat fesbuk memang dah bertalu-talu soalan timbul kat ruangan komen.. tapi kat blog slow and steady je. ini lah salah satu sebab aku sukakan blog. kehkehkeh..
ramai jugak kawan blogger yang tanye ape dia yang tujuh tahun sepuluh bulan tu.. macam blogger ewanthology tu dia bertanya secara terang²an je tu ha hehe
puan kutu pulak melakukan cobaan meneka hehe. blog ni baru masuk tahun ke empat je PK. sebabnya tuannya start blogging Julai 2010.
si Nurulee pulak tu ha kemain lagi die jengjengjeng kan aku. ape yang dia jengjengjeng kan entahla hahaha
plain83 pon melakukan cobaan meneka. hehe. berkhidmat di tempat kerja yang sekarang pon baru masuk tahun ke empat je hehe

dah tu hape ke bendenye yang engko maksud kan dengan tujuh tahun sepuluh bulan tu ana oi ? sebenarnye.. errr sebenarnye... jawapannya adelah YANG DI ATAS SEMUA SALAH =P

Mengimbau Kenangan : Taiping

harini aku dengan family aku p ke Tepeng (Taiping) ada kenduri sepupu abah aku kat sana.. kamiorang gerak dua kereta -- 1 keta aku (abah,mak dan 2 orang adik lelaki aku) dan 1 lagi keta abang long aku dengan wife n anak dia.. gerak lebih kurang jam 8.00 pagi dari sungkai dan sampai area taiping lebih kurang jam 10.00 dengan kedaan trafik yang agak lancar.. 
selain nak p kenduri kahwen tu, ada agenda lain sebenarnye yang membuatkan kamiorang adik-beradik sibuk sangat nak folow balik ke kampung tempat asal abah dan mak kat Tepeng sana tu antara sebabnya adalah nak mintak mak dan abah bawak kamiorang jejak kaki kat tempat mak membesar dulu kala yang mak selalu sebut dalam cerita mak sebagai "kuchi" atau pun nama mudahnya estate
sini lah lokasi "kuchi" tu

alkisahnya, mak rajin bercerita. pasal hidup dia dedulu masa kecik -- betapa teruknya kisah hidup mak dulu. kena dera mental dan fizikal dengan kakak ipar sendiri. dah la tu, si abang sendiri pulak takde langsung nak amek peduli walaupon tahu je si adik sendiri ni teruk kena dera. bukan dera jenis pukul² tu. lebih kepada dera kena buat kerja² teruk contohnya kena p angkut air dari perigi yang jauh dia lebih kurang 700-800 meter dari rumah estate tu. perigi weyh ! dah la masa tu umur mak aku baru 15--16 tahun je. pastu pulak bila dah siap angkut air sampai penuh tong, buleh pulak si kakak ipar ni senang hati mandi manda sepuasnya dengan air tu tadi. yang si mak aku ni lepas angkut air, kena masak apa semua pulak. segala kain baju kena basuh. nak membasuh baju zaman tu memang kena ke sungai la jawabnya. mana de mesin basuh. rumah kena make sure bersih. kalo tak buat, malam memang kena tido luar la sebab kakak ipar ni tak bagi masuk dalam rumah. waddehel ? perit gila life mak aku dulu. tapi terpaksa jugak stay.dah takde tempat lain nak mengadu nasib sebabnya mak dengan abah kepada mak aku meninggal masa mak aku baru umur 3 tahun. semua tu jadi sepanjang mak aku stay dengan abang dia kat rumah estate tu la. sebelum mak aku kenal abah aku dan sebelum kawen dengan abah aku. menumpang hidup si abang. tak indah rupanya. 
back to the Tepeng story.sampai je kamiorang kat situ, mak dengan abah memang eksaited la tengok tempat tu. tapi banyakla yang dah berubah walaupon pattern rumahnya masih sama macam dulu. sungai tempat mak main² dan mandi² dedulu dah terkambus. penghuninya pon dah bertukar orang. tapi luckily, ada sorang uncle india ni masih kenal mak bila mak sebut nama mak. Uncle Gee nama dia dan dia sorang je lagi yang memang penghuni asal masa zaman mak kat situ dulu yang masih stay sampai la harini. bila mak sebut nama yang lain-lain, Uncle Gee pon bagitahu ada yang dah meninggal. ada yang dah pindah sebab dah habes kontrak under estate tu.
memang back to the future lah. menitis air mata mak aku masa tengok² kawasan sekitar estate kuchi tu. sedih sebab teringat betapa teruknya life dia kena tempuh dulu. pastu sedih jugak sebab ramai geng² mak yang lain tu dah lost contact terus. nasib baik je Uncle Gee tu masih belom nyanyuk. ingat lagi dia kat mak. sebab mak cita, rumah Uncle Gee tu jugakla dulu tempat mak tumpang tido bila kakak ipar kunci pintu tak bagi mak masuk hanya sebab air dalam tong dia tak penuh satu hari tu sebab mak demam dan tak larat sangat nak angkut air masa tu. perhhh gila arhhh tragik kesah hidup mak aku. 
tapi mak tak pernah pon balas segala kekejaman yang akak ipar tu buat kat mak eventho beliau itu masih je jadi kakak ipar mak sampai sekarang. aku salute mak ! 


March !

Allahuakbar. taip padam taip padam. 
tujuh tahun sepuluh bulan. bukan tujuh hari. bukan tujuh minggu.
kalo budak tujuh tahun dah darjah satu.