Alkesah Raya | Part II

29 August 6 Comments
habes dah Syawal.. lambat pulak rasa nak buleh hapdet new entry.. dugaan betol bila internet buat hal.. kalo sepuluh duapuluh tahun kebelakangan dulu takde internet ape ade hal.. tapi zaman skang ni kalo takde internet je adehhhhh macam nak hangin je, macam nak ngamok je.. itu pon sipbaik la aku dapat internet free.. haah FREE je sebabnye rumah aku ni zon wifi (Projek Kampung Tanpa Wayar) gitttewwwww ~ hurmm kalo internet down pon takdela rugi apa sebenarnye memandangkan FOC je sepanjang masa kehkehkeh =P

cumanya aku jadi hangin gak la bila internet down pastu tak dapatla nak ziarah blog kengkawan semua yang mai singgah sini haaaaaaa hehehe.. kesah raya part II ni takde ape sangat lah pon.. cuma nak story pasal kebizian aku disebabkan kena pergi Open House setiap site yang lain antaranya kat :

Felda Besout 1,Perak
Felda Besout 4,Perak
Felda Besout 5,Perak
Felda Sg Behrang,Perak
Felda Sg  Klah,Perak
Felda Trolak Utara,Perak
Felda Ijok,Selama, Perak
Felda Gunung Bongsu,Kedah

ada 9 site semuanya termasuk tempat aku (Felda Besout 2,Perak) adalah pusat internet 1 malaysia (Pi1M) under kendalian telco P1 Wimax.. oleh itu kami semua (staff  Pi1M) perlu hadir kat setiap majlis open house tu..

orang kata musuh jangan dicari, rezeki jangan ditolak kan? jadinye, berpegang pada prinsip itulah aku harung pegi semua site ! ahaksss =P

Salam Merdeka ;)



Alkesah Raya

18 August 12 Comments
waaahhh seminggu engkauuuu tak hapdet.. bizi lettew alasan hahahaha.. ekceli minggu-minggu terakhir Syawal ni aku agak sibuk gak la.. bukan sibuk apa pun, sibuk sebab majlis open house untuk site team kerja aku.. start daripada 15 Syawal aritu bermulanya marathon open house iaitu site tempat aku sendiri.. dan kesahnye kalini aku dengan mak aku yang ditugaskan untuk handle part catering.. sebenarnye boleh je upah catering memane macam tahun sebelum-sebelum ni tapi bila dah 'terkena' perkara yang agak kurenggggg memuaskan, so partner aku si Ida pun bincang2 dengan aku dan aku kata takpelah meh aku dengan mak aku handle part masak.. bajet untuk makan 100-200 orang camtu lah.. haaaa hape lagi. mau tak bizi aku..
 
sehari sebelum majlis (14 ogos) aku dah mula sibuk ke sana sini beli barang apa yang patutlah.. memandangkan kalini aku dengan partner aku decide untuk buat juadah yang simple je (tak berkuah-kuah) sebabnye kamiorang buat kat dalam ofis je pastu depan ofis pasang khemah yang orang meniaga pasar malam tu je sebijik.. taknak dah berhabisan pulun macam tahun-tahun lepas.. membazirrrr banyakk..

makanya sehari sebelum majlis tu, aku dengan mak aku pon boronglah bahan-bahan untuk masak juadah yang dah aku decide dengan partner aku (mee goreng / macaroni goreng / ketupat + kuah kacang / pulut dakap + rendang daging yang mak aku oter kasi umphhhh lebeyhhhh hehehe)

memulanya nerves gak la aku.. mane taknye, nak sediakan makan untuk 100--200 orang weyhhh ! tak pernah lagi aku buat keja camni sebelum ni ahakssss ! setakat masak bodo2 untuk aku adik beradik buleh la hehehe.. tapi alhamdulillah bila mak aku kata asalkan niat kita ikhlas untuk jamu orang, mesti Allah tolong mudahkan.. and yup finally setelah bertungkus lumus bermandi peluh segala bagai, akhirnya setle dan berjaya jugak kamiorang jamu tetamu makan.. dengan pak imam, pak bilal segala orang-orang masjid pon pulun lah makan macaroni goreng.. western campur melayu kate ko ! kehkehkeh =P

alhamdulillah jelas terpancar kegembiraan kat wajah partner aku si Ida bila juadah yang kamiorang sediakan haritu cukup untuk semua tetamu dan takde pembaziran... aku berterima kasih sangat-sangat-sangaaaatt kat mak aku lah sebab dia lah masterchef.. aku ni assistant je yang ikot arahan je gini gitu hehehe... kan sederhana itu lebih afdhal :)

Salam Lebaran :)

*ada lagi beberapa part Alkesah Raya ni.. nanti aku sambung.. sebab masih on going lagi majlis kat site lain hehehe

Angin Ribut Lagi

10 August 20 Comments
kisah pasal angin ribut yang aku cerita sebelum ni sebenarnye masih berterusan beberapa hari lepas tu.. rumah dan bangunan yang teruk dipukul ribut haritu kebanyakannya dah diganti baru bumbung yang rosak teruk tu.. cuma yang kurang besnya adalah ofis aku ni ha.. 


sebenarnya dah beberapa kali jugak pihak berkenaan kerabat naik tukar bumbung baru tapi bila tiap kali hujan lebat yang datang sekali dengan angin, memang konfem air hujan mencurah-curah masuk.. tembus habes segala siling yang ada tu.. petang tadi ni hujan lebat dengan angin datang lagi.. aku pulak cuti minggu ni so turn member aku (si Ida) lah yang kerja.. jenuh lah dia pindah randahkan segala komputer + kerusi + meja dan peralatan yang lain..sekarang ni pon masih hujan lagi.. aku harap moga-moga tak lebatlah.. kalo tak, naya besok pagi masuk ofis kebanjiran T____T



Angin Ribut [UPDATED]

06 August 27 Comments
kesahnye harini tengah hari aku pegi hantar adik aku si Pian tu balik subang.. dalam jam 11.00 camtulah kami gerak.. 
ingatkan jalan jem tapi alhamdulillah traffic lancar je walaupon kenderaan makin banyak menghala balik ke KL.. yelah cuti raya dah habes kan.. sampai kat subang dalam jam 1.00 tengah hari lebih camtu.. aku transit rehat & refreshment kat rumah abang long aku kat Putra Heights Subang dulu kejap.. lelap mata sat dalam seminit dua (yang sebenarnye taklah seminit dua sangat kikiki) lepas asar baru gerak antar adik aku kat rumah dia kat area Subang Galaxy.. dari situ gerak balik ke rumah aku semula lebih lancar sebabnye menghala ke utara memang tak banyak kenderaan.. aku pon boleh rilek je drive sambil makan popia simpul -- bekalan yang ditapaw oleh mak.. balik hanya tinggal mak, aku dan jugak aiman je.. ayah aku tak dapat follow sebab ada kenduri saudara di kampung (Taiping). Jadinya hanya kami bertiga beranak je lah yang hantar Pian..

Sampai ke rumah dalam 6.50 petang camtu.. sepanjang jalan tengok jalan basah lain macam je..

"macam lebat je hujan tadi ni"-- kata mak.

dapat info dari wassap group rupanya hujan lebat dengan ribut sekali melanda kawasan tempat tinggal aku ni.. banyak rumah yang rosak terutamanya bahagian bumbung.. ada rumah yang dihempap pokok tumbang.. ada bumbung rumah yang tercabut ditiup angin ribut.. yang bangunan oren tu dewan orang ramai. betol-betol berdepan dengan tempat kerja aku.. habes rosak bumbung dewan.. Dato' Khusairi Abd Talib (ADUN Slim River) pon ada datang untuk ambil maklumat rumah / bangunan yang rosak sejurus lepas ujan benti untuk diberi bantuan apa semua.. bila dapat je gambar-gambar ni semua dari wassap group, aku terus zaaaaaaapppppp --- apa lah nasib ofis aku pulak agaknye... aku terus capai kunci motor dan terus rempit nak p tengok keadaan ofis aku.....

*to be continue


sambungannye : UPDATED [6 ogos 2014]

Lepas aku capai kunci motor tu terus aku rempit pegi tengok keadaan ofis aku.. Bila masuk je dalam, tengok-tengok.. jeng jeng jeng ---
 *pinjam google*
Ada sebahagian siling yang bocor (atap yang bocor sebenarnye) dan ada air bertakung macam dalam horror movie Jepun (Dark Water) dulu tu.. Pastu betul-betul kat kawasan yang siling bertakung air tu habes satu set komputer + kerusi basah lencun dek air hujan yang mencurah-curah ke ladang gandum dalam ofis aku tu.. Tapi aku stil bersyukurlah sebab sikit je tu kalo nak dibandingkan rumah-rumah jiran yang teruk bumbung semua diterbangkan angin ribut tu..

Salam Lebaran :)


Aiskrim Goreng + Macaroni

02 August 25 Comments
cuti raya pon dah habes.. adik-beradik + sedara mara pon makin beransur ke kediaman masing-masing.. family aku yang kecik ni cuma tinggal sorang je lagi adik aku yang belum balik semula ke tempat study dia.. esok lusa dah kena balik la.. sementara masih ada kat kampung ni, mulalah dua beradik ni (si Aiman dan abangnya si Pian) request aku ni buat macam-macam.. yelah aku je lah satu-satunye kakak yang depa ada.. nak mengada-ngada pon kat kakak yang ni je lah hehehe

adik lelaki memang gitulah.. mentang-mentanglah study, jarang-jarang sekali je baru balik cuti.. bila time dia cuti tu ade-ade je idea dia.. memandangkan entah tak tahu bila pulak lagi nak balik cutinya, aku pon oraitkan je lah ape yang dimintak..
tekak dah mula terasa jemu agaknye asyik pandang ketupat / nasi impit / lemang / rendang aje dalam seminggu ni kan.. sekali dimintaknye nak macaroni goreng dengan eskrem goreng.. kebetulan pulak bila bukak je peti ais, bahan-bahan macam sosej, daging beger, carrot dengan sayur campur tu memang dah ada.. macaroni pon ada lagi 1 pack.. macaroni goreng ni tak susah pon buatnye.. main campak-campak je semua dalam tu.. pastu ikotla tekak masing-masing nak pedas ke tak ke.. aku ni kena ikot tekak dua beradik ni la nak pedas sikit kak katanya.. setel part macaroni pastu godek plak untuk buat eskrem goreng.. pon tak susah jugak nak buat dia.. p beli je eskrem yang dalam tupperware tu.. tak kiralah brand apa pon pastu dengan roti sandwich tu 1 bungkus.. pastu tekap-tekap je guna lah cawan ke yang boleh jadi bulat camtu.. kalo rajin sebenarnye kena simpan dulu dalam fridge semalaman.. besoknye baru lah goreng. tapi memandangkan dua beradik tu dah tak sabar, sambil aku tekap tu terus je panaskan minyak pastu terus je goreng.. panas di luar sejuk di dalam..

"fuhhhhh tudia kak ! terbaekla macaroni hang buat ! 
nanti buleh buat lagi" -- Aiman.

"buleh meniaga dah ni kak!" -- Pian

Hamboihh depa ni.. kalo bab bodek kemain lagi.. dengan mak abah aku sekali pon join dok makan macaroni goreng.. tak lalu dah tengok ketupat rendang depa kata hehehe

Salam Lebaran :)