Muhasabah

15 May 14 Comments


Aku tumpang exited pulak bila partner kerja aku pregnant. Scha cakap ingatkan aku yang pregnant! Hamboiiii hahahaha =P Makcik ni kawen pon belum lagi. Kalo ada pon, MENGANDUNGi air dan lelemak je la kehkehkeh

Terasa satu perasaan istimewa sangat ye pada mommy to be ni kan? Yelah diberi peluang merasa 'perasaan seorang ibu' tu perhhh lain macam. Moga sihat saja hendaknya pada semua mommy to be dan juga baby.

Salam Jumaat semua :)

Mereka

13 May 16 Comments
Mak--
seringkali menahan luka,
sampai terlupa. Mak juga perlu bahagia.
Abah--
seringkali menahan jiwa,
sampai lupa segala sengsara.
Demi keluarga.
Mereka berdua sering berusaha.
Tak kira masa.
Moga jodoh kita bersama lama lagi hendaknya.
Semoga selamat hari-hari mereka.
Pada yang tiada, Al-Fatihah.
Moga tak putus doa dari anak soleh solehah.

Memeningkan Kepala Juga

10 May 49 Comments
Ada tak benda alah ni keluar bila nak drop komen kat blog aku ni? Ada few blogs yang aku singgah nak drop komen pastu keluar benda ni. Mungkin tuan blog tak sedar kot pasal benda ni.Sakit mata jugak aku nak masukkan captcha yang keluar tu. 

Ada jumpa masalah cenggini tak? 


Mentaliti

09 May 29 Comments

Akhirnya Fahrin Ahmad kawen dah. Dengan ketua pramugari Emirates pulak tu. Dah la cantik. Tak payah hantaran pulak tu. Mas kawen 80 hengget je. Lain-lain tak payah. Perhhhh untungnya Fahrin.



Ni aku screencapture daripada komen-komen orang kat page rotikaya. Tudia ha amekaw. Ada betoinye jugak part 'mentaliti mak / ayah' tu. Anak-anak (perempuan mostly) takdelah nak buat grand sangat pun sebenarnye bab nikah kawen ni. Tapi tu lah bila masuk part orang tua kita -- memang susah gak arrr nak dibantah. 

Aku pun sokong sangatlah kalau buat majlis sederhana dan simple. Tak payah membebankan. Aku cukup respect parents yang boleh tolerate dan terima seadanya menantu tanpa perlu wang hantaran ribu riban. Aku sangat respect. Moga-moga orang tua aku juga sebegitu kelak hendaknya. Aminnnn.