Awesome Avengers : Part 3

09 August 16 Comments
Ini adalah part terakhir untuk sesi pengomen tegar Julai. Sebelum ni aku kongsi enam orang, so ini lagi empat orang yang selalu buat onar kat komen blog ni. 


Insan terpilih ke tujuh : Nani
Si dak Nani ni pon rajin sharing resepi-resepi. Memang banyak entry citer pasal benda makan kat blog Nani. Aku jenuh tahan nafsu bila terjah blog dia. Telan air lior aje tengok gambar-gambar makanan kat blog Nani. Aku suka resepi-resepi yang Nani share sebab kebanyakannya mudah untuk dicuba. Kalau rasa tak tahu nak masak ape harini, boleh la cuba terjah blog Nani. Tapi tahan air lior la ye hehehe

Insan terpilih ke lapan: Wak (Tiga Lalat)

Aku baru je mula berkenalan dengan Wak tiga lalat ni. Terror fotografi ni Wak ni. Dah banyak kali jugak gambar-gambar hasil tangan Wak muncul di majalah-majalah. Bukan calang-calang majalah tau. Kalau nak tawu kena terjah blog Wak. Tapi pastikan jangan curi gambar nya nanti dosa katanya hehehe. Ehh lupa. Nama Tiga Lalat tu pon ada kesahnya yang tersendiri. Aku dah interbiu Wak haritu pasal cemane boleh dapat nama Tiga Lalat tu. hehehe


Insan terpilih ke sembilan: Cik Mimie
Cik Mimie baru je buat GiveAway bagi topup kat blog dia. Rugi sapa tak join. Untung-untung siapa tawu terpilih jadi pemenang. Dapat menang topup. Sape nak bagi free dek non oi zaman sekarang ni? Ehhh lupa. ada jugak orang yang sudi derma 2.6 billion kan. Murah hati orang tu. Haritu Abah Cik Mimie terlibat dengan eksiden tapi Alhamdulillah dah boleh keluar wad. Semoga cepat sembuh abah Cik Mimie :)


Insan terpilih ke sepuluh : Anis
Si dak Anis ni sesekali lama dia tak hapdet. Bizi agaknye. Entry-entry kat blog Anis ni ringkas aje slalunya. Takde yang panjang berjela. Anis selalu kongsi apa yang Anis rasa. Moga-moga Anis terus tabah dengan ujian-ujian yang datang. InshaAllah ada hikmah dia kan Anis :)


Selesai tiga part untuk Awesome Avengers sesi Julai 2015. Aku sekarang ada kursus di Ipoh. Nanti aku dah kembali ke gua tempat tinggal aku, aku akan balas kunjungan engkorang semua k ;)


Ambil Iktibar : Tidak Sedar Tuhan Pula Dipersalahkan

08 August 13 Comments

Ahad lalu pergi satu kenduri kahwin dah agak lewat petang. Saya cuma minum sahaja. Saya lihat tray buffet kekurangan lauk. Ketika minum di meja , seorang yg mengambil makanan datang duduk sekali dgn saya.

"Tak makan ka?" Dia menegur.

"Tidak,saya masih kenyang". Balas saya.

"Tak ada lauk dah. Buat kenduri jemput orang ramai,lauk tak cukup. Malu pada orang, tinggal kuah saja.." Dia merungut.

"Saya rasa kita kena ingat,rezeki itu ditangan Allah,Allah yg menentukan apa yg kita dapat makan. Jika kita datang rumah kenduri, tak dapat makan, maka tiada rezekilah tu. Tuan rumah telah berusaha nak sediakan bagi cukup, mana ada tuan kenduri merancang utk tak cukup.Tetapi Allah menentukan sebahagian orang tak dpt makan, maka tak cukuplah. Jadi bersyukurlah dgn apa yg ada meskipun sekadar kuah dan nasi. Bukan makan itu matlamat hadir kenduri,tetapi memenuhi jemputan dan menjalin ukhwah itu yg lebih utama" Dia terdiam,merah padam mukanya.

Saya nak mengajak semua pembaca kpd hakikat REZEKI DITANGAN TUHAN. Jika pergi kenduri, apa yg tersedia itu rezeki kita,sedap ka tidak,berkenan ka tidak, tinggal kuah dan nasi saja ka, itulah rezeki kita.Jangan sesekali bersungut kerana jika kita bersungut , kita sebenarnya merungut takdir Tuhan.Tidak ada tuan kenduri yg mahu jamuannya tidak cukup, bahkan cukup atau tidak terletak kpd ketentuan Allah. Jika anda singgah di R & R dan dapati lauk habis, jangan bersungut kata pekedai tak reti berniaga. Apa yg ada itulah rezeki kita.Jika balik rumah, dibawah tudung saji hanya ada nasi dan ikan tamban tergeliat (bahasa Kedah utk ikan tamban kering) dgn sambal belacan saja, makanlah, hanya itu rezeki kita. Jangan diherdik isteri yg memasak.Jika tiada rezeki,lauk dimasak jd hangit,periuk terbalik,ikan dilarikan kucing dan serba macam lagi sebab Tuhan akan jadikan.

Berlapang dadalah sebelum menuding tangan menyalahkan orang lain kerana takut kita tersalahkan Tuhan. Jika nak makan sedap,nak makan banyak berusahalah sendiri. Jika hanya nak datang mencedok kedalam pinggan,bersyukurlah dgn apa yg ada. Bukankah ini lebih baik,anda pulang dari jamuan dgn rasa lega dan redha,moga Tuhan juga meredhai.


Sabda nabi yg bermaksud "janganlah mengeji makanan,makan apa yg kita suka,tinggalkan yg tidak suka." Apa yg tidak dapat disuap ke mulut kita itu adalah bukan rezeki kita..Kalau tak elok pada mata kita, tak sedap pada lidah kita,tinggalkan dan jangan merungut, kerana anda mungkin merungut pada rezeki yg Allah beri.

Ini aku copy paste dari facebook. Pinjam dari status Saudara Az Li. Semoga sama-sama bermanfaat perkongsian yang ada ni untuk kita semua ;)


Awesome Avengers : Part 2

07 August 12 Comments
Sebelum ni aku dah bagi part pertama dan kalini aku introduce part kedua untuk insan-insan rajin komen di blog aku ni sesi bulan Julai lepas. Ini antara insan-insan tegar yang rajin singgah ke sini.


Insan terpilih ke empat : Dunia Zumal (DZ)
DZ adalah blogger utara. Aku selesa panggil DZ ni dengan panggilan Zumal aje sebabnye masa mula aku kenal blog DZ dulu, aku memang gunakan panggilan Zumal hehehe. Sesapa yang rasa teringin nak terjah kawasan Kedah ke Perlis ke Penang ke, boleh la roger DZ. Konfem mesti boleh kawtim baekkkk punya hehehe. Zumal antara blogger yang rajin berkomen balas kat blog aku ni. Selain rajin berkongsi macam-macam tips advertorial, Zumal jugak seorang bisnesman. Haaaa kalau nak tawu apa yang Zumal jual, bolehla rajin-rajin terjah blog Zumal :)


Insan terpilih ke lima : cEro
Blog cEro ni aku suka sebab dia macam komik. Aku suka cara cEro berkongsi dengan cara menggunakan lukisan dia yang ohsem tu. Selain tu, cEro selalu jugak buat teka-teki berkala. Pastu cEro suka sharing word atau term dalam Biology yang kadang-kadang memang kita tak pernah tawu pon ada perkataan tu. Banyak ilmu cEro suka kongsi sambil bercerita. hehehe


Insan terpilih ke enam : Zyra Roxx

Aku kenal blog Zyra ni agak lama dulu. Masa tu aku ada termasuk kat blog sape entah. Dari situ aku terjumpa blog Zyra Roxx sebenarnye kikiki. Entry-entry si budak Zyra ni kelakor. Plus aku suka nengok kartun yang Zyra lukis. Terror sungguh melukis guna mouse. Kaler-kaler yg Zyra guna pon soft aje. Pastel aje. Sejuk mata memandang gittewwwww. Dengor kabornye si dak Zyra ni single. Ater kalo nak cube kenal, terjah aje le. Jangan dibiorkan. Meleleh ayor lior nanti kehkehkeh



Awesome Avengers : Part 1

06 August 18 Comments

Sempena bulan Syawal kalini, aku dengan bangganya mempersembahkan beberapa komentator tegar yang sudi singgah kat blog ni sepanjang bulan Julai yang lepas. Aku tiba-tiba dapat aura rajin sikit jadi beberapa insan yang terpilih pada bulan Julai lepas, boleh lah tuntut hadiah kat kaunter X nanti kehkehkeh 

Insan terpilih yang pertama : Syazana 

Aku dah agak lama kenal Syazana ni sejak awal-awal berblog dulu-dulu. Pastu lama dia tersenyap dek kerana kebizian dengan kerjaan harian tapi sekarang dah nampak aktif semula hehehe. Entry-entry syazana baru-baru ni ada cerita pasal pameran Transformers kat Penang dan jugak pasal Maggie Ketam kat Ipoh. Ater kalo ghase teringin nak menghase maggie ketam kat Ipoh nu, roger aje la deme ni ye. InshaAllah tak kecewa mengkome semue ye hehehe =P

Insan terpilih kedua : Kak Farah 

Kak Farah ni pulak jenis rajin orangnye. Kat blog (Tower) die aje pun dah ade macam-macam tutorial. Resepi masak ade. Cara DIY gift card ade. Pastu chord guitar pon hade! Engko hade?? Kalau masuk aje ke Tower Kak Farah ni memang tak menyesal. Ade aje sesuatu yang mengkome akan dapat. Kalo tak caye, ater pegile terjah sendiri kehkehkeh

Insan terpilih ketiga : Embak Jambu Es Es

Ini orang udah enggak perlu diperkenalkan lagi. Rata-rata pengunjung blog guwe ni udah kenal juga sama embak ini. Si dia ini, kalau menulis entry nya enggak buat orang tertawa, naahhh makanya harus di check tu kadar denyut nadi tu karna dikhuatiri ada wayar tersimpul kali . Kalo mau tawu lebih, ayuh langsung ketik aja di nama Embak Jambu Es Es atas sana  =P

Adehh terbelit lidah. Udah kaya orang seberang bunyiknya. hahaha. Ya ampunnnnnnn kenapa lidah guwe jadi segini ya? Stop sini dulu ah. Nanti sambung lagi Part Two nya hehehe





Aku & Cerita : Jubah

05 August 14 Comments



Semenjak semakin meningkat usia remaja tak berape muda ni, aku lebih prefer jubah dijadikan pakaian harian sama ada pergi kerja atau urusan-urusan seangkatan dengannyalah. Kalau masa usia belasan tahun dedulu, gedik-gedik la pakai baju kurung moden lah hape segala. Kini tidak lagi. Tagline iklan sangat. kah kah kah


Ada 2 sebab utama kenapa aku suka jubah. 

Pertama : sebab dia sekali sarung je terus lengkap atas bawah. Memanglah kena pakai tudung baru lengkap. Maksud aku, kalau baju kurung engko nak kena pakai kain pastu nak kena sarung baju die pulak. Kan?

Kedua : sebab mudah nak membasuhnya juga disebabkan alasan yang sama pada yang Pertama tadi. Jubah tak asing-asing baju dengan kain. Nak basuh pun senang. Nak sidai pun senang kikikiki

Majulah jubah untuk muslimah. Ecewaahhh =P




Aku & Cerita : Lazada

02 August 41 Comments


Kisahnya kalini pasal membeli computer accesories. Aku gatal menabur janji manis dengan adik aku si Aiman tu. Aku janji dengan dia kalau dia berjaya skor semua subjek A untuk ujian penggal kedua dia, aku akan belikan gadget yang berkaitan dengan komputer sebabnya memang dah lama dia bodek aku untuk belikan dia headphone dan jugak mouse pad. Saja je aku buat janji cenggitu. Kalo tak, mesti takdenye dia nak pulun skor betul-betul hahaha

Jadinya, memandangkan dia skor straight A, seperti yang aku dah janji, makanya aku wajiblah tunaikan. Takkan pulak aku nak jadi macam politikus yang pandai buat janji aje pastu semuanya dicapati kan aje. sampai sudah tak dapat hape =P



Untuk menunaikan janji aku, maka aku suruh si Aiman pilih sendiri kat laman web Lazada tu, mana satu yang dia nak. Aku bukan taknak bawak pergi beli direct kat kedai-kedai komputer tapi masalahnya, pekan terdekat yang ada jual barang-barang cenggitu, aku kena travel paling dekat pon 100km lebih pergi dan balik. Jadi, aku rasa, beli online lebih menjimatkan. Jimat masa, jimat tenaga dan semestinya jimat minyak. Pilih aje mana suka pastu klik klik klik aje bayar pastu tunggu je lah abam posmen ke abam Gdex ke nanti datang lah hantar depan hidong kehkehkeh

Kemain menggeletis lagi si budak Aiman ni bila dah setel check out apa semua. Siang malam tak senang duduk la dok menunggu abam posmen hantar. Untungla ada kakak murah hati macam aku ni. kehkehkeh =P




Alkisah Windows 10 Percuma

01 August 34 Comments
Sempoi mempoi jugak Windows 10 ni. Aku balik dari keje, adik bongsu aku si Aiman kalut panggil aku ajak tengok 'benda' kat bilik dia.



Aiman : "Kak cepat masuk kak. Ada benda nak tunjuk ni! "

Aku : "Benda apa? Nanti-nanti lah kakak tengok. Nak rehat sat. Jem otak."

Aiman : "Alaaaa mai la sat kak tengok ni dulu. Pastu satgi rehat lah lama mana pun.."

Aku pon lemah longlai tak berapa nak cargas sangat melangkah la ke bilik aiman.  Melangkah masuk ke pintu bilik dia tetiba...

Tadaaaaaaaaaaaaaa! 

Aiman : "Nah laptop hang dah jadi Windows 10 dah kak!" 

Aku eksyen kekonon tak eksaited pon. Aku pon try godek sana. godek sini. Try open browser internet explorer. Zasssss! 

Wow! (Aku teruja dalam hati. Boleh tahan bedesup gak IE dia). Aku pengguna tegar browser Google Chrome. Selalunya aku memang akan memandang enteng (baku gila bahasa) pada browser IE. Yelah sapa nak pandang kalau performance tak power. Guna chrome kan memang jenis bedesup aje peginye. Tapi kalini bedesup dia lain macam. Shutdown pon lagi cepat compare to Windows 8 haritu.

Aku : "Ok. smart gak la ni. Boleh la.''

Pastu aku pon bangun dan tinggalkan Aiman sorang kat situ walaupun dia masih eksaited gila nak tunjuk macam-macam kat aku betapa bestnya guna Windows 10 tu. Aku buat-buat pekak je. Terus ke dapur. Bukak peti sejuk. Cari apa yang boleh dimasak. Sayup-sayup aku dengar suara Aiman dok panggil aku lagi. Lapaq weyh =P



Jeling Peti Surat

28 July 45 Comments
Masa balik dari kerja petang semalam, tengok-tengok ada something dalam peti surat. Aku pon menjeling menjeling ku bertentang. Ada envelope coklat. Ada nama aku. Tertanya jugak dari siapa. Bila ku belek di belakang sampul tu ada nickname beliau. Owhhh rasanya aku tahu dari siapa hehehe



Bila aku bukak je envelope tu. Tadaaaaaa! Ada sampul raya Ana Muslim dan jugak DUA fridge magnet dari Egypt! Dok belek jugak dalam sampul raya tu kot-kot ada terselit duit raya hehehehe. Terima kaseh kak Anies! Haritu pon kak Anies pernah bagi something kat Ana. Sayang kak Anies ketat-ketat mmmuahhhhhhhhhhhh hehehe

Kak Anies ni memang pemurah dan ramah orangnye. Walaupon aku cuma kenal di alam blog aje tapi aku yakin kak Anies memang insan peramah. Pastu kak Anies jugak rajin sharing pasal travel beliau ke Bumi Mesir. Cuba lah terjah blog kak Anies kalau tak percaya hehehehe



Jangan Tanya Apa-Apa

24 July 61 Comments
Blog bersawang. Cliche gila. Sebulan tak hapdet. Dugaan macam-macam. Bertabahlah aku selama ittew. Sesungguhnya bertabah itu kan indah akhirnya nanti sobsss sobssss 

Terima kaseh rakan-rakan blogger yang tak lupa kat aku ni. Bertanya khabar apa segala. Semoga engkorang sentiasa dalam lingkungan rahmatNya dan berbahagia selalu disamping keluarga. Moga bertambah murah rezeki dan aku mohon jangan lupa selitkan aku dalam doa engkorang-engkorang :")

Ini antara pemberian daripada kawan-kawan blog sepanjang aku tak terhapdet blog ni.. Semoga bertambah berlipat ganda rezeki engkorang :)

Yang ni aku dapat daripada hakak chantek Deanna Morni sebab jadi antara top pengomen kat blog dia masa bulan Feb sampai Mei. Lepas pada tu dah tak buleh nak jadi top dah. Dok ujung-ujung je buleh T___T


Ini jauh daripada selatan. Es Es yang kasi. Mekaseh Es Es sebab selalu tak lupa dan tak kedekut langsung untuk berbagi rasa chenta dengan kitew ni. Banyak tau kesilapan Es Es dengan kitew antaranya sebab p jenjalan tak angkot kitew sekali kehkehkeh =P


Ini pulak daripada nunnnnnn jauh kat utara. Daripada Zumal. Mekaseh Zumal hehehe. Sapa tak kenal Zumal yang sekarang ada bisnes sendiri tau. Dah la penyayang kucing. Sesapa nak kenal-kenal buleh la p terjah blog Zumal. Mintak je fon number terus. InshaAllah Zumal tak kedekut nak bagi. Errrr alamak. Ampun dan maaf ye Zumal. Gurau-gurau je hehehe. 


Ini pulak ole-ole daripada Encik Boss aku yang dedulu. Beliau kalo pegi memane, tak pernah lupa kami-kami ex-staff ni. Mekaseh Encik Boss sebab tak pernah lupa kami. Semoga bertambah murah rezeki encik sekeluarga.

Terime kaseh sekali lagi pada semua. Doa aku untuk engkorang semua semoga makin dilimpahi rezeki, sentiasa sihat dan bahagia disamping keluarga :)



Jangan Terkejut Lagi

17 June 30 Comments

Haritu ada dapat vespa sebijik sebab terselit jadi salah sorang lucky winners GiveAway Deanna Morni. Pastu pulak tetiba harini abam posmen datang hantar satu lagi envelope. Terkejut jugak sebab rasanya dah takde join mana-mana GA atau kontes.


Pastu bila bukak je envelope, rupa-rupanya Deanna bagi keychain ni sebagai ganti kepada vespa haritu sebab ada sikit 'kecederaan' kat vespa tu. Ya Allah semoga bertambah murah rezeki Deanna sempena bulan Ramadhan yang mulia ni. 

Terharu kitewwww tawu tak T____T


Salam Ramadhan pada semua :)