Sepuluh Hari Cabaran | Day #5

21 September 20 Comments
Aku teruskan lagi dengan Sepuluh Hari Cabaran. Macam hampir kelaut pon ada jugak aku rasa. Maklumlah sibuk sikit. Takpa takpa aku sambung. kikikiki =P

Sebenarnya lagu-lagu yang aku list kan ni bukanlah aku melalak sangat pon kalo aku dengar. Setakat humming telinga sendiri je yang dengar mampulah. Kalo nak pulun melalak mungkin tidak. Suara aku lebih baik tak menyanyi. Kang kalah suara katak panggil hujan kehkehkeh

Day #5 : Six Songs You Sing Outloud

1.Steelheart-She's Gone

Ini band otai ni. Steelheart ni band zaman 90-an kalau tak silap. Power gila vocalis dia. Lagu ni memang kena sing outloud sebab memang high pitch dari start sampai habeh. Ada la 1 - 2 baris je kot yang slow, lain tu semua kena nganga luas punya. Kalo tak, tak sampai pulak mesej lagu dia ni hehehe

2.Michael Learns To Rock-25 Minutes Too Late

Ini pon band otai gak ni. MLTR. Jangan tanya kenapa nama band dia cenggitu. Deep gila lagu ni. Macam konon² sambungan kisah kat lagu nombor 1 tu tadi. Kekaseh dia dah takde pastu sambungan kat lagu MLTR ni, dia jumpa semula kekaseh dia tapi dia dah lambat 25 minit sebab hari kejadian tu dia tengok si gadis dah cantik lengkap dengan wedding dress tapi gadis tu nanges sambil cakap :
"Boy I missed your kisses,
all the time but this is,
twenty five minutes too late.."

Pada aku deep gak la lagu ni. Lagu-lagu MLTR ni mostly memang power. Band otai la katakan. Mana entah composer dia dapat idea buat lagu ni. Based on true story agaknye kot hehehe


Sakan Di Limastiga Melaka | Part 2

20 September 13 Comments
Slot riadah pada sesi petang kami diarahkan untuk melibatkan diri dalam sukan air. Aku kalau bab sukan air ni bukanlah tak suka tapi kurang suka sikit je sebabnya aku tak pandai berenang. Aku otomatik jadi sesak nafas kalau paras air tu melebihi paras dada aku. Kalo dalam kolam untuk kanak-kanak takde hal la. Boleh lah aku tunjuk skil renang gaya bebas ke segala macam gaya kuak kupu-kupu ahaksss

Tapi disebabkan atas arahan, aku terpaksa akur. Aku terpaksa merelakan diri aku untuk masuk dalam kolam yang kedalaman air dia melebihi paras dada aku. Mula masuk je dalam tu aku dah monolog dalam hati:

"Habessss. Masakla engko ana"


Sakan Di Limastiga Melaka | Part 1

18 September 15 Comments
Dua hari satu malam berkampung di Melaka kebetulan pulak waktu jerebu paling teruk masa tu (14 & 15 September). Dari mula kami bertolak dari Perak, lintas Selangor, masuk ke Negeri Sembilan dan akhirnya sampai di Melaka, yang kami nampak hanya kabus dan berasap je sepanjang jalan. Mata jadi pedih dan terasa sesak dada.

Pit stop kat RnR Seremban. Masing-masing pakat pedih mata dan sesak dada. Aku dah rasa macam bukan ada kat Malaysia. Jerebu tebal kemain. Kekonon feeling macam kabus kat Cameron Highland tapi yang ni jerebu. Chissss~

Sepanjang kami kat Melaka tu, kami dah decide dah sapa akan jadi Captain so kami pon sepakat untuk bagi Ali handle jadi tour guide merangkap chef-de-mission sepanjang kami kat sana. Untuk hari pertama tu, Ali decide untuk cuba makan tengah hari kat Ikan Bakar Malim yang terletak berhampiran dengan kawasan MiTC Melaka. Senang je nak cari sebab restoran ni kat ujung corner lot. Nak parking pon mudah.

Tambah pulak...

Sepuluh Hari Cabaran | Day #3

15 September 16 Comments
Untuk cabaran seterusnya, aku senaraikan cara-cara yang bakal menambat hati aku. Huhh 'menambat hati'??? jeng jeng jeng...


Day #3 : Eight Ways To Win Your Heart

1.Konfiden.
Aku suka orang yang jenis konfiden. Tapi bukan yang jenis over konfiden. Yang tu poyo. Biar dia mereput sana. Maksud aku konfiden kat sini, tak kiralah lelaki atau wanita, dia konfiden tapi secara berpada. Tak buat orang lain annoying.

2.Bertolak Ansur.
Bila dia dah konfiden, haruslah dia kena ada sifat tolerate ni. Takdela nanti asyik pendapat dia je yang betul. Kalau dia ada sifat tolak ansur ni, dapatlah unlock next level untuk 'menambat hati' aku =D

3.Pendengar dan Pemberi Nasihat Yang Baik.
Gegerl biasanya memang selalu je ada banyak masalah. Yelah segala benda nak difikir. Tudung tak matching dengan baju pon dia boleh mood swing dari pagi sampai malam. Aku takdelah cenggitu. Aku jenis tak matching. Aku color-blocked kan aje semuanya. Puas hati kehkehkeh.