Api! Api! Api!
anamizu
16 April
11 Comments
Dalam pada kita semua masih bergembira meraikan kemeriahan bulan Syawal, satu tragedi berlaku di kawasan kejiranan kampung tempat aku sekeluarga tinggal.
Rumah Pakcik Kamaruddin & Makcik Midah hangus dijilat api pada petang 05 Syawal (Ahad 14 April 2024). Kejadian berlaku dikatakan berpunca apabila petir menyambar suis utama di rumah Makcik Midah dan kemudian berlaku letupan dan menyebabkan api mula marak.
Anak menantu semua sudah pulang dan ke rumah mertua masing-masing dan hanya Pakcik Kamaruddin dan Makcik Midah saja yang tinggal waktu tu.
Petang sebelum kejadian tu juga ada beberapa kali petir guruh kuat.
Hati mana yang tak luluh setelah rumah yang dihuni sejak tahun 1984 hingga 2024 hangus begitu saja.
Syukur tidak meragut nyawa kerana sempat juga Makcik Inah sebelah rumah menjerit minta bantuan.
Semua jiran-jiran terdekat yang ada masa tu bantu padamkan kebakaran sementara bomba dalam perjalanan.
Kami bersama-sama seluruh komuniti di sini ada buat kutipan derma kilat untuk bantu meringankan beban Makcik Midah & Pakcik Kamaruddin.
Kepada yang ingin menghulurkan sumbangan kepada keluarga Pakcik Kamaruddin, boleh salurkan kepada waris keluarga iaitu anak beliau :
Akaun : Maybank
Nombor Akaun : 158154294838
Atas Nama : Amirul Muzamir
Nombor Tel : 013-528 0187
Moga diberi kekuatan buat seluruh keluarga Pakcik Kamaruddin & Makcik Midah.
Sedih pilu terasa sebak sayu di hati sebab Makcik Midah juga Ahli Mesyuarat Mak :(