Jalinan Kasih-Episod 3

Masuk episod ketiga pulak siri Jalinan Kasih aku ni.. Itu semua disebabkan management lambat release budget lah kesahnye. Kalau tidak, masa bulan April haritu lagi dah aku selesaikan segala aktiviti yang bertimpa-timpa tu.

Tapi yelah awak ni orang bawahan. Nak tak nak terpaksa ikut sajelah ape kehendak orang atasan ye dak? Cakap banyak karang, you get out di baginye ha lagi haru =P

Aku ambil keputusan untuk adakan Rumah Terbuka Aidilfitri Pusat Internet aku punya site pada hari Jumaat 14 Jun (10 Syawal) bermula jam 2.30 hingga 5.30 petang . Walaupun ada beberapa Makcik Bawang yang berbunyi katanya :

"Alaaaa kenape awal sangat nak buat sebab ramai yang belum habis Puasa Enam Syawal lagi masa tu.. Buatlah minggu satu lagi nanti tu.."

Aku hanya mampu minta maaf sajelah pada makcik-makcik bawang tu sebabnye segala tarikh termaktub pada arahan pihak atasan juga sebab diorang yang bagi bajet segala dan tarikh program juga perlu tengok pada kelapangan waktu diorang sebab diorang tetamu VIP yang akan hadir pada setiap lokasi Pusat Internet (ada 9 lokasi semuanya di bawah kendalian Webe Digital Sdn Bhd).

Itu pun TIGA lokasi buat pada 14 Jun tu (Lokasi Aku,  Felda Trolak Utara & Felda Sg Klah). Jadi pihak atasan terpaksa hadir sekejap-sekejap sajelah untuk pastikan diorang dapat singgah pada ketiga-tiga lokasi tu.

Berkongsi rezeki. Sesi yang paling ditunggu-tunggu oleh semua tetamu cilik pada Program Rumah Terbuka masa tu adalah Pelajar Sekolah Rendah Agama Nurul Huda seramai 120 orang pelajar. Seperti tahun-tahun sebelumnya, aku memang jemput diorang satu sekolah sekali dengan warga pendidik dan seluruh petugas sekolah tu untuk hadir sama-sama menjamu selera apa yang ada.

Alhamdulilllah untuk tahun ini, aku dan partner dapat smaa-sama selesaikan Program Rumah Terbuka Aidilfitri betul-betul depan Perkarangan Pusat Internet je (tahun sebelum ni kami diarahkan untuk bekerjasama dengan pengurusan Felda dan buat di dalam dewan).

Untuk kali ini, aku puas hati sebab semua tetamu yang hadir dapat menjamu selera tanpa perlu berebut-rebut. Semua berjalan lancar dari mula sampai selesai majlis.

Daaaan yang paling buat aku terharu, terkejut tapi terlalu seronok adalah Ex-Boss aku yang sangat aku hormati iaitu Encik Boss sanggup luangkan masa semata-mata untuk sama-sama memeriahkan majlis Rumah Terbuka aku haritu.

Terima kasih Encik Boss sebab encik betul-betul buat saya terkejut dengan kehadiran encik haritu! Tapi ampunkan saya encikkkkkk sebab bizi melayan tetamu punya pasal sampai saya lupa nak selfie dengan encik. Moga Encik Boss sentiasa sihat ceria bahagia bersama keluarga dan sentiasa tak lupa untuk bagi semangat pada kami-kami Original Team Encik yang dulu :)

*Terima kasih banyak Encik Boss sebab sanggup korbankan diet encik demi memenuhi jemputan Rumah Terbuka kami 

Salam Aidilfitri semua :)

10 comments:

  1. uishhh bestnya..
    xajak sy skali.. haha

    ReplyDelete
  2. seronoknya... akak suka yg ada bab makan2 nih

    ReplyDelete
  3. meriahnya sambutan hari raya di pusat internet tu.

    ReplyDelete
  4. kesian boss x bleh nk diet..

    ReplyDelete
  5. Meriahnya sambutan hari raya sis. Siap ex boss turun luang masa lagi.

    ReplyDelete
  6. p/s maaf, saya baru berkesempatan singgah di blog ni. Terima kasih kerana sudi comment di blog sy. I'll back soon utk baca dan comment lagi...see ya!

    ReplyDelete
  7. Buat di tempat sendiri barulah terasa feel dia tu kans...

    ReplyDelete
  8. biasalah tu kan mkcik2 bawang ni. kalau nk ikut semua free memang x dapat ler..

    alhamdulillah semua berjalan lancar. siap ex boss datang tu. fuhh.. kita pun mesti terharu/

    ReplyDelete
  9. Wah, meriahnya program...

    ReplyDelete