Jemmm Lah Hai


Lepas selesai je Program Digital aritu, aku perlu siapkan laporan penuh program pulak. Bila selesai je siapkan laporan ape segala barulah boleh ambik cuti dengan rasa tenang sikit. Macam tu lah selagi mana kita bekerja di bawah arahan pihak atasan kan. 

Hati baru je nak tenang-tenang ambik cuti kengkonon acah-acah nak berehat lepas dah bertungkus lumus selesaikan program tup-tup masa nak keluar bawa mak pergi membeli barang dapur, tiba-tiba radio kereta jadi hengggggg.

Bila tekan power on radio menyala tapi bila tekan button lain, takda apa-apa perubahan. Tekan button siaran radio pun takda keluar bunyi apa-apa. Kejadian tu pulak masa nak pergi membeli barang jadi aku biarkan ajelah dulu radio tu senyap sunyi begitu.

Sesampai je depan pasaraya nak membeli barang tu, aku pun tutuplah suis kereta dan cabut kunci apa semua ehhhhhhh kenape lampu radio tetap menyala taknak terpadam? Hurmmm mula lah buat hatiku gundah gulana. Masuk dalam pasaraya membeli barang pun hati tak tenang dah. Sambil kutip barang masuk troli sambil kepala ligat mikir ape ke hal pulak lah penyakit kereta tu.

Tak sanggup biarkan lama, aku ajak mak cepat-cepat selesaikan urusan beli barang dan terus balik rumah. Sampai je di rumah, macam biasalah aku mesti bagitahu Big Boss (Bapak Aku lah siape lagi kehkehkeh) 

Bapak aku pon cubalah cabut on off battery kereta kot-kot mahu terpadam radio tu tapi hampa perasaan bila radio tu tetap menyala juga. Sampaikan dah panas radio tu bila aku pegang. Waktu tu pulak dah maghrib dan bengkel dah takda yang bukak jadi terpaksa tunggu siang esok lah baru boleh usaha cara lain.

Esok pagi tu, bapak aku start kereta nasib baik mahu hidup. Aku dah risau battery kereta kong yelah dah semalaman kan radio kereta tu menyala aje. 

Ubatnya bawak pergi bengkel aksesori - bayar RM220.00 - tukar radio baru hamekawwwwww =P

Warranty 6 bulan kata tuan kedai. 
Radio asal tu bertahan semenjak beli kereta tu tahun 2010.
Kita tengokkan radio baru ni bertahan sampai bila.

Kereta bila 9-10 tahun memang gitulah.
Sakit sana, sakit sini. Tuan kereta pun rasa nak demam uhuk uhuk uhuk ~



7 comments:

  1. Yeii dapat radio baru hihi..okeh la tu dapat dengan rega 2 rat lebih 🤓

    ReplyDelete
  2. sy pon dh tukar radio kete.. yg asal pon rosak tiba2 jd snyp xnk berckp.. haha..
    lepas tu tukar je radio baru sbb kalo repair pon mahal baik beli baru.. huhuuu
    bertabahla tuan kete..

    ReplyDelete
  3. haha, ok la tu, tukar radio, baru rm200, boleh dengar, iklan sampai bila nak terperangkap dalam jem, jangan takut kena pecat, tak hensem tak apa, yang penting kaya. hahahah

    ReplyDelete
  4. Kereta kami second hand beli tahun 2011. Kalau ikut usia kereta dah masuk 15tahun, walaupun dgn kami baru 9 tahun. So far alatan dalam kereta ok lagi macam radio, aircond, meter board semua tu. Tapi part enjin banyak dah kena tukar/ganti. belting/bearing memang byk kali tukar dh

    ReplyDelete
  5. eh ehh kes kita sama laa...

    ReplyDelete
  6. Radio kereta biba blue Mrs. A pun dah banyak kali buat perangai kejap dia berbunyi pastu senyap. Nanti tiba-tiba tengah drive radio tu tetiba berbunyi. Nak pergi check poketnya kempis hahahaa...

    ReplyDelete
  7. Adui tak pasal2 je kena tukar baru, terbang RM220. Nak dijadikan hal nasib baiklah bateri kereta takde apa2 or effect mana2 bahagian kereta yg lain kan?

    ReplyDelete