Menjelang Akhir Mac

 

Hai moga engkorang semua sihat hendaknya. Maaf macam agak lama tak muncul disebabkan ada beberapa perkara berlaku serentak dalam menjelang akhir Mac 2021 kalini.

Pertama nya kami diberi tugasan last minit untuk teruskan dengan Program Digital Awareness (ini merupakan edisi ketiga Pertandingan Digital yang pasukan kami jalankan bermula dari tahun lepas.)

Pada mulanya ingatkan tak jadi buat sebab ada beberapa halangan dari segi kelulusan bajet program dan sebagainya , tapi rupa-rupanya bila 10 Mac awal pagi, kami semua dah digegar dalam Whatsapp Group Pasukan bahawasanya program digital ni perlu diteruskan. Maka kelam kabutlah kami siapkan segala poster pertandingan & pembelian segala hadiah. Musim PKP tak boleh rentas merentas ni terasa susahnya lah hai. Dah lah hanya ada masa 10 hari saja untuk promosi, pembelian segala hadiah, penghantaran penyertaan dan tamat pada 20 Mac . Adehhhh menduga sungguhlah T___T

Lepas tu pulak, aku ni bertugas secara solo sekarang ni disebabkan rakan sekerja aku sudah selamat melahirkan baby girl pada 14 Mac. Jadi, segala persiapan semua aku perlu selesaikan sendiri. Terkapai-kapai jugak tangan serupa sotong (ini kali kelima aku bertugas secara solo disebabkan rakan sekerja sudah bertukar LIMA ORANG dan kelima-lima bersalin semasa dekat-dekat nak program) huhuhu


Keduanya --- diberi ujian pada hari yang sama rakan sekerja aku bersalin (14 Mac), kaki ibu aku pulak ada tumbuh bisul di jari kelingking sebelah kiri. Bisul ni pulak mula bagi sakit-sakit pada 14 Mac dah jam 11.00 malam, jadi ibu aku pun tahan dulu sebab ingatkan sakit biasa je.

Siang esok tu dah tak boleh tahan, sakit katanya jadi aku yang bertugas seorang, terpaksa maklumkan pada pihak atasan bahawa aku perlu off di waktu pagi untuk bawa ibu aku ke klinik disebabkan adik-beradik yang lain berada si Selangor dan tak dapat rentas negeri. 

Bergegaslah aku bawa ibu pergi ke klinik swasta di Pekan Slim River Perak. Bila doktor check, tengok-tengok dah mula ada nanah dan disahkan bisul tapi takda 'mata' (doktor sebut sebagai Perecut). Jadi doktor perlu cungkil untuk keluarkan akar yang ada di dalam tu supaya dapat pastikan tak berjangkit atau merebak.. Meleleh air mata ibu menahan sakit waktu tu sebab doktor kata tak boleh bius sebab khuatir nanti akan jadi bengkak pada tissu jari kaki tu.. Sakitnya hanya Allah yang tahu T____T 

Dan bermula 14 Mac tu jugak, setiap pagi aku perlu bawa ibu untuk sesi cuci luka bisul (berlubang --doktor cungkil buang segala nanah) dan perlu check bacaan gula dan tekanan darah setiap pagi hingga ke harini masih lagi perlu bawa rawatan susulan. Mohon doakan ibu cepat sembuh. Aku tak kuat bila tengok air mata ibu keluar menahan sakit waktu cuci tu T___T


Walaupun setiap pagi aku perlu bawa ibu pergi rawatan cuci luka akibat bisul dan check bacaan gula serta tekanan darah, aku tetap perlu selesaikan tanggungjawab kerja hakiki aku iaitu selepas selesai Program Digital yang berakhir dengan sesi FB Live Pengumuman Pemenang dan Cabutan Bertuah di FB Page Pusat Internet Felda Gunung Besout Dua pada 20 Mac, tibalah masa untuk aku perlu pos segala hadiah yang dimenangi. Syukur alhamdulillah berjaya juga aku selesaikan tugas untuk kalini walaupun pelbagai rintangan pancaroba datang . Moga selamat tiba lah semua hadiah pada pemenang.


Keempatnya aku perlu selesaikan sesi Kursus Pendek Tugasan Tingaktan 1 -- untuk sesi yang ini, guru kelas dah booking slot masa awal bulan Mac lagi untuk kursus diadakan pada 24 Mac jam 3.00 petang. Jadi, mahu tak mahu, aku tetap perlu jalankan juga walaupun segalanya perlu uruskan secara lone ranger. Alhamdulillah juga sesi kursus pendek ni berlangsung lancar dari mula hingga habis. 


Dan akhirnyaaaaa tadaaaaaaa selepas bertungkus lumus berkejaran selesaikan pelbagai urusan tanpa rehat, Allah nak bagi aku pulak rehat. 26 Mac 2021 ---- masa awal pagi aku bawa rutin check up & cuci luka kaki ibu, aku rasa macam bergoyang pemandangan (masa tu hidung dah mula ketat & tekak  terasa perit).Masa tu konon-konon pimpin ibu untuk nak keluar dari bilik rawatan doktor tapi last-last ibu yang pimpin tangan aku sebab risau aku tumbang hahaha~  Untuk sementara waktu, masa tunggu giliran ambil ubat ibu di kaunter, dengan aku sekali dapat ubat dan doktor pesan perlu rehat dan stop fikir segala kerja buat sementara waktu. Sebab overdose kerja non stop dan tak cukup rehat katanya.. Alamak ini yang susah hati ni sebab banyak lagi kerja dan report perlu diselesaikan. Mohon doa sahabat semua moga ibu dan aku segera sembuh sihat semula ya.

Jaga kesihatan juga sahabat semua ya :) 

8 comments:

  1. semoga dipermudahkan urusan ye dik... kakmim pn br sihat jugak ni

    ReplyDelete
  2. take care ye ana..
    keje2 jugak kesihatan kena jg..

    mmg letih bila kena keje sorg.. tp xpela..
    semoga rezeki awk berlipat kali ganda.. =')

    semoga mak ana pon cepat sihat seperti sediakala.. =)

    ReplyDelete
  3. aduhai tang nak buang nanah dan akar bisul tu ngerinya... aduhai
    apa pun take care dik jangan lupa makan ubat dah rehat...

    ReplyDelete
  4. bz nya dier...
    kaki ibu dah pulih 100%?
    bebaik ye...nasib ibu xde kencing manis ye...

    ReplyDelete
  5. busy betul ana. semoga semua urusan dipermudahkan. get well soon

    ReplyDelete
  6. take care dear.. jaga kesihatan tau :)

    ReplyDelete
  7. Allahuakbar.. moga dimurahkan rezeki segala dipermudahkan segala urusan.
    Jaga diri baik2 ye. I know how it feels bila kita overwork. Nak rehat pun susah bila kerja menimbun. But do take a breather every once in a while. Stay safe :)

    ReplyDelete