Untuk cabaran seterusnya, aku senaraikan cara-cara yang bakal menambat hati aku. Huhh 'menambat hati'??? jeng jeng jeng...
Day #3 : Eight Ways To Win Your Heart
1.Konfiden.
Aku suka orang yang jenis konfiden. Tapi bukan yang jenis over konfiden. Yang tu poyo. Biar dia mereput sana. Maksud aku konfiden kat sini, tak kiralah lelaki atau wanita, dia konfiden tapi secara berpada. Tak buat orang lain annoying.
2.Bertolak Ansur.
Bila dia dah konfiden, haruslah dia kena ada sifat tolerate ni. Takdela nanti asyik pendapat dia je yang betul. Kalau dia ada sifat tolak ansur ni, dapatlah unlock next level untuk 'menambat hati' aku =D
3.Pendengar dan Pemberi Nasihat Yang Baik.
Gegerl biasanya memang selalu je ada banyak masalah. Yelah segala benda nak difikir. Tudung tak matching dengan baju pon dia boleh mood swing dari pagi sampai malam. Aku takdelah cenggitu. Aku jenis tak matching. Aku color-blocked kan aje semuanya. Puas hati kehkehkeh.
Pagi tadi kami (aku dan rakan sekerja yang lain) selamat sampai di Melaka. Kami berkampung 2 hari 1 malam di Limastiga, Melaka. Ada annual training di sini. Aku tak pernah dengar dan tak pernah tawu langsung tentang kewujudan Limastiga ni sehinggalah Boss kamiorang inform yang kami akan berkursus di sini. Aku malas nak cakap banyak, cuci mata dulu okay.
Untuk yang belum baca cerita pertama aku tentang Sepuluh Hari Cabaran ni, boleh tengok kisah yang lepas. Kalau rajin lah. Kalau malas, proceed je kisah yang kalini.
Day #2 : Nine Things About Yourself.
1.Sudah bekerja.
Ya aku dah bekerja. Ada yang rasa aku belum bekerja ke? Kalau yang selalu datang sini dah tawu lah aku ni dah bekerja. Pada yang baru datang, selamat datang, hai awak. Saya dah berkerja dah hehehe
2.Anak kedua.
Aku anak kedua. Atas aku Abang Long dan bawah aku ada adik lelaki dua orang.
3.Lahir Tahun Harimau.
Boleh check kalendar kuda (aku panggil kalendar tu kalendar kuda sebab ada kuda kat belah bawah atau kadang-kadang belah atas tu. kehkehkeh) untuk ambik tawu aku ni lahir tahun berapa =P
4.Darah Jenis O Positif.
"Approach to most things calm, relaxed and dont care about the consequences" -- aku rasa memang selalu aku tak fikir consequences. Kalau nak buat benda baik selalunya aku redah je, tak peduli dah kesan akibat dia. Lantak engkolah nak kata hape pon pastu kikiki
5.Tak Minum Soya.
Aku tak minum air soya tapi aku hantu tempe. Tak kesah tempe tu dimasak cara cemana sekalipun, kalau letak tempe sebelah KFC,
Makcik Rusiah orang kampung aku. Kawan mak aku sendiri. Makcik Rusiah disahkan terkorban. Berita jam lapan tadi umumkan secara rasmi. Ada hikmah pemergiannya di Tanah Suci.
Jerebu tebal gila sekarang. Aku yang duduk di kawasan kampung ni pun cukup terasa betapa tebalnye jerebu apatah lagi yang tinggal di kawasan bandar. Dah la asap kilang dan asap kenderaan cukup sesak dah, ditambah pulak jerebu. Pening lalat aku jadinya. Tekak dah mula sakit. Ini pun kira dah pakai facemask dah ni. Kalau tak pakai entahla.
Tahun lepas, untuk bulan September, aku ada buat Ten Days Photo Challenge. Untuk tahun ni aku rasa macam nak buat Ten Day Blogging Challenge pulak. Aku jumpa kat google benda ni. Mudah je caranya. Follow je daripada Day 1 sampailah Day 10. (Takde keje cenggini la jadinya hahaha)
Day #1 : Reasons You Love Your Job.
1.Punca Rezeki
Of kos la disebabkan aku ada kerja sekarang ni, aku boleh teruskan kelangsungan hidup aku untuk hari-hari mendatang. Bayar segala hutang yang ada. Kalo takde job, mane nak dapat duit? Tunggu jatuh dari langit? Cliche sangat aih jawapan kikiki
2.Faedah / Benefit
Aku tak kejar sangat pon benda ni. Aku jenis selagi mana aku mampu kerja, aku pulun je. Pada hal kadang tu orang sekeliling pulak yang kata :
"Apalah hang ni Ana. Orang lain semua kerja sebab nak bonus etc bla bla bla.. Hang ni rajin tahap apa je. Fikir la bonus sama".
Jawapan aku mudah je. Aku kerja ikut ikhlas hati aku. Macam ada orang pernah kata :
"Kalau gaji kita seribu tapi kita kerja macam gaji kita tiga ribu, nanti Allah bayar yang belen lagi dua ribu dalam bentuk lain contohnya kesihatan ke, keluarga bahagia ke dan lain lain lagi lah.."
3.Untuk Dapat Perhatian
'Perhatian' kat sini maksud aku dari segi yang positif. Contohnya kalau kita kerja ikhlas tak berkira, ishaAllah nanti pihak atasan (Boss / Superior) kita akan nampak je keikhlasan kita tu. Tapi ada je Boss yang jenis tak reti-reti nak nampak semua keikhlasan kita tu. Maklumlah mungkin sebab jerebu tebai sekarang ni hahaha
4.Batu Loncatan
Pekerjaan yang sekarang ni jadikan tangga untuk kita pergi next level dalam bidang pekerjaan. Maksud aku, contohnya kita dah beberapa tahun dalam bidang kerja yang sekarang ni dan akan sampai satu tahap kita akan jadi bosan. Kalau kita pandai cipta networking yang positif di kalangan rakan sekerja atau pun Boss / Superior kita, mana tahu nanti akan ada peluang kerja yang lebih baik lagi dorang boleh suggest kat kita. Kadang-kadang ada je orang lain nampak kebolehan kita yang kita sendiri tak perasan pun selama ni ;)
5.Kepuasan
Aku suka ada satu phrase tu lebih kurang cenggini :
"Kalau kita tak anggap pekerjaan kita satu KERJA, kita akan rasa ikhlas dan lebih puas"
Paham kot? Aku tak tawu nak explain cemana tapi pada aku, KERJA aku yang sekarang ni, aku memang tak rasa pon ia satu KERJA. Aku tak terasa pon bebanan kerja tu. Boleh masuk kerja rilek. Balik kerja rilek. Kerja dalam kampung sendiri. Stay dengan family sendiri. Mungkin yang tu lebih membuatkan aku tak rasa terbeban agaknya kot.
Engkorang ok dengan kerja yang sekarang? Kalau makin rasa tekanan, tu maknanya kena tukar kerja lain lettewwww kehkehkeh =P
Takziah buat jemaah haji yang terlibat dalam tragedi kren runtuh. Ramai mangsa yang sudah dikenalpasti dan ada juga jemaah yang masih belum dijumpai. Salah sorangnya jiran dalam kampung aku ni. Sahabat mak aku sendiri. Makcik Rusiah.
status kakak kepada kawan anak Makcik Rusiah
Sebulan lepas Makcik Rusiah ada datang ke ofis aku untuk semak tarikh dia pergi haji. Kebetulan pulak masa tu network pulak down, tak dapat nak tolong masa tu tapi Alhamdulillah Makcik Rusiah dapat semak kat tempat lain.
Mohon doa dari kita semua supaya Makcik Rusiah dijumpai dengan selamat dan semoga jemaah yang lain dilindungi sepanjang menjalankan ibadah kat sana.
Walaupun hari merdeka dah berlalu pada 31 Ogos haritu, tapi semangat merdeka belum pudar lagi. Harini Cikgu Tabika (yang selalu datang bawak anak-anak murid dia belajar komputer kat tempat keje aku ni) , buat satu pertandingan pakaian beragam bertemakan Jalur Gemilang sempena Hari Malaysia (16 September).
Haaaaa macam-macam fesyen yang mak dan ayah bebudak tadika ni pakaikan untuk anak masing-masing. Comel gila aku tengok adik-adik kecik ni semua.
Johan pertandingan pakaian beragam ni jatuh kepada adik yang pakai Button Number 6 tu. Nama dia Nur Umairah Syahmina Binti Ibnu AlQashah tapi panggil Kakak je. Mak nye classmate aku dulu-dulu. Sekarang ni mak nye jadi Ustazah sekolah KAFA. Tengok muka anaknye si Kakak ni, tawu dah mak nye mesti jenis lemah lembut orangnye kan? Kakak ni kalo datang belajar komputer memang jenis fokus budaknye. Selagi tak siap, taknak benti die. Ada kawan dia yang jenis duduk 5 minit je pastu dah taknak dah buat. Nak main je lari sana lari sini. Memang si Kakak akan tegur suruh duduk diam jangan bising, orang nak siapkan keje ni katanya.
Aku suka dengan bebudak. Tambah pulak kalo bebudak yang jenis mau dengar kata tapi kalo hadap bebudak tadika datang segerombolan, memang jenuh jugakla. Ramai yang nakal lagi daripada yang mau dengar kata. Rasa nak cubittttt je tapi takdelha aku cubit pon. Nak mampos engko cubit anak orang lain? Mak bapaknye report kang naya je ke dalam perginye
"Heyyy aku mak die pon tak pernah cubit anak aku tau! "
Haritu masa cuti Hari Merdeka aku dah buat DIY Project : Crayon Candle dengan anak buah aku yang tunggal tu (si Rafael Zafuan).
Disebabkan aku beli crayon murah, dia(crayon candle tu) tak jadi kalerful macam yang sepatutnya aku harapkan. Kaler dia jadi pudar bila dah kering dalam cawan kaca mini tu. Nak share gambar dia pon aku takde selera. Tapi si Rafael slumber je seronok bila crayon candle hasil tangan dia tu berjaya menyala. Budak memang standard lah. Dapat main api atau main air memang terasa seperti di sorga dunia. Wahhhh gittewww kan =P
Cantik pulak tengok bola golf ladybug ni. Kalau kita buat banyak² pastu letak kat taman depan rumah kita mesti terasa comel je kan awak kan? Alah rumah awak, kan bakal jadi rumah saya jugak . Nanti kita buat sesama k ;)
Sebelum ni aku ada share pasal yang blogspot dot com bertukar kepada blogspot dot my. Ramai yang masih tak berapa clear pasal benda ni. Aku sendiri pon tak perasan masa bila pertukaran tu berlaku. Tup tup tetiba masa aku tengok url aku dah takde dot com. Aku pon bukan paham pasal pertukaran ni. Cuma tu lah yang aku paham bila pertukaran ni berlaku, dia akan effect pada Adsense dan jugak SEO blog seseorang tu.
*Kalau macam aku ni, blog aku takde guna coding Adsense atau teknik SEO tu so takde effect apa pon rasanya sebab Amir Zahari ade tolong bagi jawapan haritu.
Pastu masa aku terbang sana sini tadi, aku terjumpa entry pasal ni kat blog Nick Nashram. Aku mohon izin kat Nick untuk share kan entry untuk kembalikan blogspotdotmy tu kepada asal menjadi blogspotdotcom. Aku malas tak rajin nak tukar balik sebabnye aku dah tempek header baru dengan tudung baru tu. Kalau engkorang ada yang nak tukar balik, bolehla cuba ikot cara yang Nick bagi ni.
Mesti
ramai yang terkejut bila url blog bertukar dari blogspot.com ke blogspot.my.
Rasanya perubahan ini sejajar dengan perubahan logo Google yang baru. Mungkin
jugak Google nak buat pengasingan pengguna blogspot mengikut negara. Kalau
blogger Malaysia, dari blogspot.com akan bertukar jadi blogspot.my :)
APA AKAN JADI BILA
URL BERTUKAR?
Bila
pelawat datang ke url yang lama (blogspot.com),Google akan redirect ke url yang
baru (blogspot.my). Dan blog kita masih boleh diakses seperti biasa walau
domain tu dah bertukar dan ianya boleh diakses dari seluruh dunia.
KESAN-KESAN BURUK
BILA URL BERTUKAR?
1.
Yang menggunakan pengiklanan Google Adsense dengan domain blogspot, secara tak
langsung iklan Adsense hilang dari blog akibat perubahan url ini. Hanya boleh
nampak tapak iklan yang 'blank space' sahaja.
2.
Bagi blogger yang mempunyai header dan footer yang bertulis blogspot.com atau blogspot dot com, terpaksa edit balik
semua itu.
3.
Pertukaran url ini juga akan memberi kesan kepada ranking alexa blog anda.
Ranking akan berubah sebab sebelum ni guna url blogspot.com.
CARA TUKAR
BLOGSPOT.MY KEMBALI ASAL KE BLOGSPOT.COM
Inilah
antara sebab-sebab kenapa perlu ada domain sendiri walaupun menggunakan
platform blogspot. Maklumlah, kita duk menumpang atas tanah orang. Tapi jangan
risau, sebab anda boleh tukar blogspot.my kembali asal ke blogspot.com.
Caranya, anda kena
add script di atas / sebelum dalam blog.
1. Pergi ke Template
- Edit HTML.
2.Tekan CTRL + F dan search perkataan < head > (rapatkan).
3. Dah jumpa, add script yang bawah ni di atas / sebelum code < head >.
Boleh la cuba untuk dapatkan semula blogspotdotcom tu. Aku macam nak beli domain tapi macam tek reti je nak pasang. kehkehkeh =P
SABIT KUKU. Pernah dengar? Aku pun baru ja tawu. Lengkung yang ada pada kuku yang macam gambar ni warna putih kat pangkal kuku so benda tu di panggil SABIT. Selalunya saiznya sebesar 1/5 dari kuku. Kuku yang sihat berwarna kemerahan, halus dan bersinar, sabitnya memang nampak jelas. Bila kita sakit, sabitnya akan mengecil, bila kembali sihat, sabit akan muncul semula.
- Tenaga dalam badan
berkurangan / penyerapan usus besar kurang bagus.
3)Sabit lebih besar dari 1/5
bahagian kuku
- Kemungkinan menderita
hipertrofi jantung, kardiovaskular sumbat , hipertensi, stroke dan penyakit
lain.
4)Sabit kaler gelap / mengecil
atau hilang
- Ada penyakit yang parah, atau
ada tumor, pendarahan didalam.
5)Sabit makin lama makin
mengecil
- tenaga makin berkurangan dlm
badan , kesihatan tubuh makin merosot,
kekebalan imun badan menurun.
P/S : Orangg yang
jenis tidak ada sabit, sekali sakit mesti teruk or ambik masa nak sembuh. Bila
sabit makin berkurang, perbanyakkan makan protein . Jaga stamina badan, dan kena
selalu bersukan.
Sekarang
ni sila tengok sabit kat kuku korang tu mcm mana rupanya? Makin putih? atau ada
jugak jari yang takde sabit kuku ni? Sesiapa yang ada 8-10 jumlah sabit di
kategori sebagai SIHAT. Kalau kurang tu tandanya ada masalah kesihatan.. Boleh
kenal pasti tahap kesihatan tubuh badan kita dengan melihat sabit ni. (Padan la tabib cina suka tengok tangan
pesakit)
Tapi
tak boleh la percaya betul² benda ni. Jodoh, ajal, sakit, demam semua tu Dia
penentu. Tapi boleh la kalua kita lebih alert dengan tubuh badan kita. Kalau
sihat, kita jugak yang untung kan. Takdela nak kena apply cuti je manjang. Tapi
kalo yang jenis baloq liat, memang suka sangatla sakit demam ni. Tengah sihat
pon dia ada je akai nak apply cuti. Cissskek betul jenis cenggitu =P
Baru tawu pasal ni. Memang selama ni kalo masuk bodyshop atau mana² kedai jual perfume, dia akan bagi kita hidu serbuk kopi untuk potong bau² perfume yang kita syok dok hiduuuuuu tu. Yelah kan dah hidu sana sini macam² jenis bau, bila dah hidu bau kopi tu terus hilang bau² perfume yang engkorang dok hidu kemain tadi tu.
Tapi tu la selama ni tak teringat pon nak aplikasikan serbuk kopi ni letak dalam kereta. Dah la jimat, murah dan mudah pulak tu. Kalo satu sachet serbuk kopi / nescafe 3 in 1 tu baru singgit. Beli la 2-3 sachet. Pastu recycle je tupperware taufufa tu. Double triple jimat.
Bak kata brader ni insyaAllah terhindar dari pemakaian sintetik kimiawi yang merosak peparu hehehe
Ramai yang share pasal Tadom Hill Resorts kat fesbuk. Aku terbaca kat Oh Bulan pasal resort ni. Sesiapa yang memang minat camping atau riadah memang patut pegi tempat ni.
Memula tengok ingatkan kat Thailand atau tempat luar dari Malaysia rupanya kat area Banting selangor je. Apa lagi yang menarik kat tempat ni?
Tadom Hill Resorts ni 12 minit je daripada KLIA dan 45 minit je daripada Kuala Lumpur. Keliling dia ada bukit batu kapur pastu ada tasik. Kawasan ni difahamkan baru je dibuka dan ada beberapa daya tarikan yang masih dalam pembinaan.
Difahamkan resorts ni jugak berkonsepkan buluh. Buat masa ni ada 3 pakej 'tempat tinggal' yang ditawarkan iaitu Tadom Hammock Sphere, VIP Bamboo Hut dan Tadom Tent Sites. Kalau nak pergi tu better call dulu tanya availability. Maklumlah kalo dah viral ni memang fully booked sesaje lah citernye hehehe
Kalau yang minat aktiviti lasak pon boleh cuba aktiviti Tadom Base ni. Ada 4 zone disediakan katanya untuk mencabar fizikal dan mental peminat sukan lasak hehehe.
Difahamkan jugak Tandom Hill Resort ni dibangunkan dengan bantuan Orang Asli setempat yang pakar membuat sesuatu daripada hasil hutan.
Ramai yang dah perasan agaknya pasal pertukaran blogspotdotcom ke blogspotdotmy. Ramai jugak blogger² otai yang share pasal benda ni. Aku terbaca kat blog SayidahNapisah pasal benda ni. Sesiapa yang memang dah beli dan guna domain blog sendiri takde effect apa katanya.
Ahah! Persoalannya sekarang, pada sesiapa yang guna domain free yakni guna blabladotblogspotdotcom akan jadi masalah hape? Macam aku ni lah salah sorangnye. Tapi aku rasa kalau macam blog aku ni takde effect apa pon kot sebabnye aku bukannya ikot teknik SEO ke adsense ke hape segala bagai tu semua. Main hentam ikot sedap tekak aku je nak sharing pasal hape. Pastu pulak blog pon suam²Radix kuku je.
Pada yang mementingkan SEO dan jugak adsense tu semua haaa yang tu kot engkorang kena re-check balik kot ada effect sebabnya nanti maybe die tak crawl ke link yang betul. Pening² lalat pastu dia redirect ke web lain.
Agaknye gitu la kot.
Kena tanya blogger otai la kalo nak lebih tahu.
Aku bukan blogger. kehkehkeh
Aku ada 3 - 3 jenis member perempuan yang cenggini. Dan perangai pon memang berbeza diorang bertiga tu.
Jenis #1 tu memang dia pakai cincin sebab taknak lelaki kacau dia. Yelah sebabnye kalo orang lelaki tengok dia dah pakai cincin selalunya orang lelaki akan elak untuk kacau sebab dah berpunya katanya.
Jenis #2 tu dia pakai cincin sebab dia rasa pada dia cincin tu cantik. Member aku yang sorang ni memang belambak koleksi cincin. Kalo orang perempuan lain pantang tengok tudung or baju mesti nak beli tapi dia ni pantang tengok cincin mesti sangkut.
Jenis #3 tu plak of kos la dia pakai cincin sebab dia dah berpunya. Dah bertanda dia ada yang booking..
Errr tapi.. tapi.. ada lagi 1 jenis. Member aku yang perempuan sorang ni dia pakai cincin sebab mak dia suruh pakai. Warisan katanya. Gittewww =P
Aku pulak jenis tak biasa pakai cincin atau gelang. Aku memang jenis yang tak berapa suka dengan eksesori wanita ni. Bukan tak suka sebab apa. sebab tak biasa.
Sepanjang bulan Ogos ramai yang sudi singgah sini. Terima kaseh semua yang sudi singgah bermesra rakyat dengan tuan rumah yang kadang² macam tak berapa mesra ni hehehe. Antara insan² yang rajin singgah kat blog ni sepanjang Ogos haritu :
Tak lupa jugak kawan lain yang selalu sudi jenguk blog tak seberapa ni. Antaranya Amir, Plain83, Bro Ley, Perdu Cinta, dan ada lagi beberapa insan yang selalu sudi singgah sini. Terime kaseh datang singgah. Kalau sudi nanti mai la rumah hehehe
Oh ya. Mohon doakan untuk rakan sekerja aku yang melahirkan baby dia pra-matang haritu 31 Ogos. Baby kecik sangat. Baru 900gram. Perlukan doa dari kita semua. Mohon doakan baby dan ibunya sama-sama kuat. Sahabat aku merangkap kawan sepermainan aku dari kecik dulu :"(
Haritu masa tengok² idea DIY untuk nak bagi hantaran bertunang anak jiran aku, segala macam jenis mak nenek bentuk roti, kek dan cupcake yang keluar. Sampai nak juling jugakla bijik mata aku tengok segala yang ada. Daripada idea lipatan kain baju, pastu gift set untuk bertunang, sampailah ke bab makanan.
Semua aku tunjuk idea tu kat mak aku. 4-5 tahun sebelum ni, mak aku rajin jugak buat benda² untuk hantaran ni semua. Pantang ade anak jiran yang nak bertunang je mesti mak aku antara insan paling sibuk cari idea. Eksaited lain macam sikit perginye. Maklumlah, abang long aku dah 8 tahun selamat nikah. Ada hero sorang dah. Mak aku jadi eksaited la gamaknye sebab dah lama tak kenduri kat rumah sendiri kehkehkeh =P
Daripada semua idea yang aku usulkan kat mak aku, last² cupcake yang menyerupai Cookie Monster ni yang berjaya menawan hati sanubari mak aku. Kesahnye, berusaha sehabes gigih la jugak aku bodek akak guardian of galaxy sorang tu untuk tolong aku buatkan cupcake bentuk mende nih. Bile dah siap, nampak comel sangat la pulok. Terus rasa macam tak mau bagi kat anak jiran tu. hahahaha. Tapi sebab dah memang niat nak bagi, kena lah bagi. Mana boleh tak bagi kehkehkeh =P