Aku Bukan Robot

10 April 4 Comments
Aku kadang-kadang tak faham dengan perangai manusia yang jenis suka ambik kesempatan. 

Aku sekali lagi bekerja dalam situasi seorang diri disebabkan rakan sekerja aku (Kak Aini) sedang cuti berpantang selama 2 bulan. Lepas Raya Korban nanti baru Kak Aini kembali bekerja.

Jadi buat masa ni, kebanyakan masa aku perlu hadap segala kerja seorang diri bermula 13 Julai sampailah lepas Raya Korban nanti.

Skop kerja aku sebenarnya takdelah susah mana sangat (kalau takde gangguan atau arahan-arahan yang tah hape-hape daripada pihak atasan).

Pihak atasan (boss lah senang citer) yang aku gelarkan sebagai :

Encik R
Encik Z
Encik G

Kuasa veto atau arahan mutlak sepatutnya datang daripada Encik R tapi dalam kebanyakan situasi, Encik Z dan Encik G yang akan keluarkan arahan. 

Yang mana pada aku, selagi mana arahan tu belum keluar daripada Encik R, ia tidaklah jadi WAJIB sewajib mana jika ia dikeluarkan oleh Encik R sendiri.

Aku sebenarnya bukanlah jenis seorang pekerja yang suka nak kutuk ataupun menghina pihak atasan (boss) belakang-belakang ke ape.

Aku bukan sejenis manusia cenggitu.

Aku ni jenis : kalau sekali engko layan aku baik, seribu kali aku akan layan engko sebaik mungkin.

Ha aku jenis gitu.

Well.. tapi yelah mana ada semudah tu je situasi dalam alam pekerjaan ni tak gitu?

Ini nasib baiklah ofis tempat aku kerja cuma ada 2 orang staff je bertugas uruskan hal setiap hari. Kalau lah ada berpuluh atau beratus staff, entahlah aku tak dapat imagine cemane agaknya situasi.

Berbalik pada issue 'ambil kesempatan'.

Aku dan rakan sekerja aku yang lain (team members yang masuk kerje start 2010 dulu lah) which is kami sebenarnya sama-sama ada perasaan bahawasanya encik bertiga tu ada cubaan untuk singkirkan kami (staff yang dah lama kerja).

Hipotesis ni bukan berdasarkan pemerhatian sehari dua. Dah bertahun-tahun kami peratiiiii je perangai dan cara layanan diorang bertiga tu. Siap bagi arahan pada salah sorang staff (yang bukan feveret staff die) disuruh submit surat resign. Pada hal member tu nak apply cuti kawen je. Tapi disebabkan staff tu bukan feveret staff boss, tetibe tak pasal-pasal disuruh submit surat berhenti. Waddehek? Mana hak dia sebagai pekerja?

Tambah pulak semenjak ada kemasukan staff baru yang menggantikan staff lama yang terpaksa berhenti disebabkan beberapa faktor yang tak dapat dielakkan, bukan main puji melambung-lambung lagi staff baru.

Setiap inci aktiviti yang staff baru (aku gelarkan sebagai Staff L lah senang) ni buat, semuanya superbbb lah baq hang!

Pada hal rakan sekerja staff L tu selalu je merungut mengadu kat rakan sekerja aku (Kak Aini) tentang perangai si staff L tu. segala kerja dan urusan ofis kebanyakannya si L tu suruh partner dia yang settel. tapi di mata boss wahh wahh wahh si L lah paling bagus. Buat kerje power. Hasil kerje tip top. Euwwwww pelisss lah. Disebabkan pandai kipas, hambik engko bagus semualah.

Aku tak pernah ada rasa anoyying gila tahap dewa sampailah saat sekarang ni. Bilamana segala benda yang kita buat, tak dipandang langsung bah kan dikata tak buat all out. Tak contohi yang 'superb' . 

Aku buat kerja selama ni bukan disebabkan aku nak dapat pujian taw dak. Aku buat kerja selama ni aku tak pernah kesah pon bonus ke tak bonus ke. Aku buat cuma untuk bantu sedaya mungkin komuniti tempat tinggal aku ni.

Ehh hello. 

Aku taw kot cemana perangai sebenar staff yang kononnya SUPERB gila tu. 

Eeeee pelisss la. Menyampah gila aku pada manusia spesis kaki kipas + ambik kesempatan. Aku tunggu masa je nak hambur segalanya. Buat masa ni aku nak rilek je telan dulu apa yang datang.

Hang tunggu. What you give, you get back. Hang tunggu.

Apa Sudah Jadi?

04 April 22 Comments

Banyaknya spiderweb. kahkahkah ! Ooppps sorry TERgelak besar pulak di situ. Banyak issue yang kita dengar sekarang ni. Dan ditambah dengan dunia di hujung jari, segala yang berlaku pada zaman sekarang ni, cepat mudah jadi viral.

Kalau dulu, perlu panjat tangga turun naik, turun naik untuk pergi jumpa wartawan semata-mata untuk pastikan sesuatu issue atau berita atau kisah tu dapat dihidangkan di kaca TV ataupun di corong radio. 

Tapi sekarang dah tak perlu dah semua tu. Boleh dikatakan masing-masing ada gadget dan kemudahan internet. Cuma perlu record - upload - and tadaaaa !

Kisah pasal yang tak jadi kahwin sebab duit hantaran tak cukup tu. Pada aku, takdelah nak salahkan mana-mana pihak semata-mata. Kita mungkin boleh hentam bercakap macam-macam tapi pokok dan pangkalnya, kita masih bukan insan yang duduk dalam situasi yang berlaku tu. Cer kita jadi abang si perempuan tu, sanggup ke kita duduk diam aje? Atau pun ce kita pulak di situasi pengantin lelaki tu, silap-silap lagi teruk tindakan kita. 

Pastu ada pulak kisah pasal "Pengantin Perempuan Larikan Diri Bersama Wang Hantaran Sebanyak RM16,000.00" . Haaaa tu apa cerita pulak ? Aku sendiri yang perempuan ni pon tercekik air liur sendiri bile dengar. 

Kisah pasal yang berebut-rebut lelaki perempuan bertolak-tolak semata-mata untuk dapatkan nombor untuk beli tudung. Harga tudung tu sendiri pon dah beratus-ratus. Kalau boleh pajak masa waktu-waktu poket sesak kira okay lah jugak. Hermmm..

Tapi tu lah kalau dah namanya 'MANUSIA'. Benda-benda diluar jangkaan pon jadi tak mustahil dah zaman sekarang ni. 

Aku baru selesai baca buku TERIMA KASIH SI BABI HUTAN hasil karya Lepat. Banyak pengisian dalam buku tu. Patutla sold out sesaja. Aku tunggu buku seterusnya pulak LAM ALIF HAMZAH YA, TUHAN MAYA KAYA. 

Tengok anak-anak Lepat si Aminah & Azali , beruntungnya Lepat dikurniakan anak-anak sekecil itu yang dibesarkan di bumi bukan Islam agama rasminya tapi hati dan jiwa mereka tak lekang mengingati Allah STW :")



Memori Bella Vista : Part 3

04 March 6 Comments
Selain daripada slot dalam seminar hall kena mengadap modul keusahawanan dan kena memikirkan bisnes model yang modal kecil tapi boleh memberikan income besaaaaaaaaaaar gila, kamiorang kena buat aktiviti outdoor yakni treasure hunt.

Treasure Hunt kali ini ada sedikit kelainan daripada yang selalu tu. Konsepnya masih kekal sama, kena dapatkan clue yang disembunyikan cuma kalini, clue yang disembunyikan tu hanya dapat dicari dengan menggunakan bantuan smartphone.

Sebelum kamiorang dilepaskan untuk bertempiaran mencari clue yang disembunyikan, kami perlu install satu apps pada smartphone kami yang diberi nama 'Layar Apps'.

Simbol apps dia tu ha huruf  'ar' kaler biru tu. Lepas kamiorang dah selesai download dan install menatang Layar ni kat smartphone masing-masing, barulah kami diberi clue pertama.

Apa yang menariknya aktiviti Treasure Hunt kalini adalah proses mencari clue menggunakan aplikasi Layar tu sendiri. Mulanya aku ni blur jugak cemanelah proses nak mencari clue tu, rupanya mudah je.

Cuma perlu :

1. On kan apps layar tu.
2. Scan pada objek.
3. Sekiranya clue terdapat di situ, clue tu akan muncul pada skrin smartphone kita tu.

Aku jadi jakun sekejap masa dapat scan 1st clue sebabnya clue pertama, kamiorang kena scan pada baju fasilitator tu sendiri. Mulanya kamiorang tak percaya tapi lepas dia kata, terpulanglah kalau rasa taknak dapatkan clue pertama, tak payahlah scan badan saya ni hahahaha

Lepas berjaya dapatkan clue pertama tu, barulah kamiorang boleh proceed dengan mencari clue seterusnya sampailah perlu selesaikan beberapa tugasan lain selepas dah berjaya kumpul semua clue dengan menggunakan bantuan apps Layar ni.

Pada aku apps Layar ni memang menarik tambah pulak bila diaplikasikan dalam aktiviti Treasure Hunt tu, bertambah eksaited semua orang dok usung smartphone dan scan segala benda yang ada untuk dapatkan clue.

Selama ni tak penah tahu pon tentang apps yang cenggini. Lepas ni bolehlah aku pulak aplikasikan Apps Layar ni untuk buat treasure hunt sempena program cuti sekolah yang bakal datang nanti. Konfem adik-adik peserta teruja gila nanti kehkehkeh






Memori Bella Vista : Part 2

01 March 3 Comments
Nampak tak tajuk tu? Ada bunyi macam 'Memori Cinta Suraya' tak? hahaha. Kursus kalini walaupun lokasinya kat Langkawi (yang mana sepatutnya memang sangat enjoy dan boleh berjimba-ria tapi hakikatnya, 4 hari berkursus tu, kami takde sempat explore ke mana sangat pon)

Yelah kalau dah 4 hari tu jadual pack gila pagi-petang-malam semua slot ada isi. Pagi pukul 8.30 dah mula. Tengah hari rehat sekejap pastu 2.30 mula balik. Petang pon cenggitu jugak sampai pukul 6.00-7.00 petang. Pastu pukul 8.00 sampai 10.00 malam baru habes slot malam. Sampaikan rasa nak pecah kepala hotak aku mikir sepanjang slot 4 hari tu.

Kalau sebelum-sebelum ni, modul yang perlu kamiorang hadap sepanjang kursus tak lah berapa berat sangat tapi kalini memang betul-betul mencabar tahap pemikiran aku. 

Tema dia pulak kalini 'KEUSAHAWANAN'. Sampaikan aku sendiri p bertanya kat pihak penceramah apsal kalini macam 'menekan' sangat modul-modulnye dan jawapan yang aku dapat adalah :

"Ini adalah apa yang Pihak Atasan you all mintak kami buat.
APA BISNES YANG MODAL KECIL DAN BOLEH DAPAT INCOME BESAR"

Dengar je jawapan tu, aku pon ok faham.
Malas nak bertanya banyak dah lah.

*********************************************
Cumanya aku sangat bersyukur dikurniakan Rakan-Rakan Sekerja yang sangat bekerjasama sepanjang berkursus kat sana walaupun kami semua jarang-jarang dapat berjumpa dan bekerja sama-sama.
Ini lah team rakan sekerja aku selama 4 hari berkursus kat Langkawi tahun ni. Kami tinggal 16 orang je memandangkan lagi 2 orang tak dapat hadir sama disebabkan masalah kesihatan. Kalau tahun pertama dan kedua dulu, Encik Boss memang akan sama-sama ada kemana saja kami pergi atau apa jugak aktiviti yang kami kena buat, tapi untuk pengurusan yang baru ni, jangan mimpilah nak merasa keindahan dapat Encik Boss yang cenggitu. Kalini memang Bossy gila lah. Dan kamiorang siap dah diberitahu untuk tahun ni, memang Pihak Atasan lebih 'tegas' . Perghhh 'TEGAS' engko ! =P
Syukur Alhamdulillah untuk pencapaian sepanjang tahun 2015 yang lalu, site tempat kerja aku sekali lagi dianugerahkan Pencapaian KPI (Key Performance Index) Terbaik . Bermula 2010 sampailah tahun terkini, Alhamdulillah hasil kerjasama dengan partner aku yang sebelum ni (Cik Ida) dan kalini 'semangat' yang ditinggalkan oleh Cik Ida tu masih dapat aku kekalkan. 

Untuk kalini jugak buat pertama kalinya diperkenalkan beberapa anugerah baru antaranya Anugerah Pekerja Cemerlang dan Anugerah Pekerja Terbaik. Sekali lagi syukur Alhamdulillah kedua-dua anugerah tu pergi ke tangan aku dan partner kerja yang baru (Kak Aini). 

Kembang kecut kemain hidong masa dipanggil untuk terima kedua-dua anugerah ni. Terasa hilang segala penat lelah terkejar-kejar bekerja sorang-sorang selama partner kerja terpaksa mengharungi detik-detik cemas bersama baby pre-matured dia.

Semoga dengan penganugerahan ni, bertambah-tambah rajin dan momentum kerja aku bertambah baiklah hendaknya. Kalau selama ni datang kerja 30 minit awal, lepas dapat award-award ni, mau sejam awal aku dah tercongok depan ofis hahahaha

Fun & Rilex : Bella Vista Part 1

29 February 3 Comments
Kisahnya bermula 22 Februari hingga 26 Februari baru-baru ni, aku dan juga rakan sekerja diarahkan menghadiri kursus di Bella Vista Resort & Spa Langkawi. Berkumpul seawal jam 5.30 pagi, kami diarahkan bergerak secara konvoi memandangkan kami hanya diberi keizinan menaiki van 15 seaters (Toyota Hiace) yang memuatkan kami seramai 12 orang dan juga segala mak nenek beg laptop & luggage untuk bekalan pakaian 4 hari berkursus. 

Mulanya, memang ada issue berkenaan dengan transport : 1 van saja nak sumbat kami beramai-ramai dalam tu. Memang ada jugaklah yang hangin dengan pihak pengurusan tapi apakan daya, diorang kan ibarat Durian dengan Timun. Timun ni bergolek pon terluka, digolek pon sama jugak terluka. Tapi hasil daripada perbincangan meja bulat oleh Brader Otai dalam team kerja kamiorang tu, akhirnya dapatlah approval untuk bawak 1 extra car (myvi rakan sekerja yang sorang tu). Jadinya longgarlah sikit dalam van tu. 

Bayangkanlah dek non, perjalanan daripada Sungkai,Perak - Jeti Kuala Perlis bukannya dekat! 4 jam lebih dekat 5 jam. Naik kematu bontot aku dok dalam van tu. Pihak Atasan sedaplah pergi naik exora yang hanya bertiga aje. Selesa kemainlah kan. 

Itu baru travel 4-5 jam dalam van je, aku dah rengsa gila (Embak Es Es selalulah guna perkataan 'rengsa' tu kehkehkeh). Patutlah aku ni memang belum ditadirkan untuk travel obersea yang ambik masa berbelas jam kadang tu, kalo tidak, entah cemane lah agaknya tahap kerengsaan aku tu hahaha

Ini lah lokasi kursus kamiorang selama 4 hari tu. Cantik gila. Masa memula tengok gambar ni, dok terbayang kekonon macam Princess nak pulang ke istana kahkahkah

Tapi bila sampai je, tudia ambik hang ! 

1.Masalah bekalan elektrik (Seminar Hall takde lektrik weyhhh ! Hangat gila !)
2.Banyak proses renovation sedang dijalankan (Pihak Atasan aku kata, tak dimaklumkan tentang renovation mak nenek segala tu)
3.Bilik agak sempit (ruang untuk solat takde)

Tapi bilik yang aku dapat (which is sebenarnye, bilik aku je terpisah jauhhhhhhhhhhh gila dengan rakan kerja yang lain, diorang dapat blok yang sama. Aku ni terpisah. dapat blok yang jauhhhhhhhh kat seberang sana pastu ujung dunia pulak tu. Tapi ok lah bila masuk bilik tu, luas gila boleh main badminton (metaphor sangat kahkahkah). Part main badminton tu aku tipu je. LUAS tu betul.

Tapi lagi, bilik aku tu KURANG CERMIN. 
Kemonlah, ada 1 cermin je kat dalam bilik air. Muat-muat nak suluh muka je pulak tu.
Lain-lain dah ok dah tapi part CERMIN memang aku tak puas hati.
Perempuan dan cermin ibarat isi dengan kuku kot !
Dah lah aku dicampakkan ke blok paling jauh, pastu 3 orang 1 bilik.
1 cermin kena share 3 orang , cermin dah la kecik molek.
weyhhh apa kejadahnya semua itu ? hahaha

Bilik orang lain memang KECIK dan SESAK NAFAS. tapi cermin kat bilik diorang ada di segenap ruang.
Bukak pintu bilik, nampak cermin dulu.
Bukak pintu almari, nampak cermin lagi.
Baring kat katil, pusing kiri, nampak cermin lagi.
Baring kat katil, pusing kanan, nampak cermin lagi.
Kat meja depan tv, ada cermin lagi.

Jadinya takde scene berebut cermin berlaku kat situ.
Berlainan dengan ahli mesyuarat bilik aku.
Kami terpaksa berebut cermin pakat nak suluh muka hahaha

Itu baru kesah hari pertama.
Hari-hari berikutnya punya kesah nanti aku sambung =P


Failed Betul Rasa

21 February 13 Comments
Maaflah sebab macam dah lama aku tinggalkan blog ni. Takde semangat untuk menulis. Mungkin jugak disebabkan tahun ni, Boss-Boss agak lain macam 'perangainya' dan 'mengada-ngadanya', maka oleh sebab tu, hari-hari kerja aku pagi sampai petang memang jadual penuh. Balik kerja, aku dah penat nak mengadap komputer (disebabkan faktor waktu kerja aku memang sepenuhnya mengadap komputer).

Lepas tu pulak, kes Bimbo yang tersadai takmau hidup haritu (dah 2 kali jadi : awal Januari dan awal Februari) masih belum dapat jalan penyelesaian. Dan semalam (20 Februari : seminggu-dua selepas kes kedua takmau hidup, sekali lagi Bimbo buat hal). Aku rasa nak menanges pun ade memandangkan siap ada pakcik jiran tak jauh dari ofis aku tu tolong datang check kan bateri apa semua, pun takmau hidup jugak. Nasib baik ada sorang classmate aku balik cuti dan singgah kat ofis aku, aku pun mintak tolong dia untuk call Abah aku (fon aku rosak dan dalam proses mengumpul dana. tetiba sekarang ni si Bimbo aku pulak tunjuk tanda-tanda sakit T____T )

Datanglah Abah aku dengan Brader mekanik sorang tu (member aku jugak). Ambik masa jugak dia cuba macam-macam cara, check itu ini (segala starter, plug, bateri etc) dan dia siap double check semula apa benda yang Proton Service ada ganti barang masa Bimbo corrupt masa awal Januari dulu tu.

Lepas dia ketat-ketatkan segala wayar kat bateri apa semua, member dia sorang lagi tolong start, Alhamdulillah nasib baik boleh hidup. Aku pun bayar kat dia apa yang patut dan drive Bimbo balik rumah. 


Aku ada google jugak pasal 'JANGKA HAYAT BATERI KERETA KERING' dan dapat beberapa jawapan antaranya :

1.Mungkin bateri kering dah agak lama (lebih 2 tahun). (which is kalau ikotkan, kereta aku punya bateri 17 Mac 2015. Belum sampai setahun pon lagi. tapi tak tahulah dengan kualiti barang zaman sekarang ni, boleh jadi jugak tak boleh percaya dengan mitos 2 tahun tu.)

2.Terminal bateri kunci tak ketat. (mungkin jugak, sebab bila Brader Mekanik tu ketat2kan, terus boleh start pulak kereta aku tu.)

Brader mekanik tu ada pesan jugak, mungkin boleh jadi jugak bateri kena tukar (bateri aku tukar masa 17 Mac 2015 tahun lepas. Aku guna bateri kering disebabkan Abah aku tak yakin aku ni boleh jaga maintainence Air Bateri kalau guna Bateri Basah. Maklumlah anak perempuan, memang haruslah Abah aku tak percaya kat aku dalam bab-bab kereta ni T_____T )

Mungkin aku perlu tukar bateri kering tu agaknye. Buat masa ni aku merajuk. Perang dingin dengan kereta sendiri. Takmau bawak dah dia p kemana-mana. Biar je duduk bawah garaj tu huhhhh~ 

Merajuklah konon =P




Fabulous February

05 February 27 Comments


Macam yang aku pernah cerita pada entry Part 1 dan jugak Part 2, berkenaan rakan sekerja aku (Cik Ida) yang terpaksa berhenti kerja disebabkan perlu fokus untuk penjagaan anak dia. Semoga kehidupan Cik Ida lebih ceria dan bahagia dengan kehadiran baby Assyifa :)

Aku pulak ? Syukur Alhamdulillah setelah struggle kerja sorang sepanjang September hingga Januari, kini aku boleh bernafas lega sikitlah dengan kehadiran rakan sekerja yang baru. Aini namanya. Berpangkat 'kakak' pada aku. Bukan orang lain pun disebabkan Kak Aini sebelum ni bekerja dalam department yang sama cuma di lokasi berbeza (di Kedah) dan dia mohon ditukarkan ke lokasi aku disebabkan suaminya anak jati Felda tempat aku bekerja ni. so yeyyyy ! aku dah ada partner baru : Kak Aini :)

Bermula 31 Januari haritu, bermulalah kisah kami bekerja bersama. Aku sangat bersyukur sebab sama-sama boleh faham tugasan masing-masing disebabkan job scope kami sama je sebelum-sebelum ni. Jadinye memang agak dipermudahkan urusan jugaklah segalanya. Syukur Ya Allah :")

Makanya, disebabkan aku back in action (bekerja secara normal semula sebabnye sebelum ni, memang agak tak normal lah kerja aku sebab terpaksa bekerja Isnin sampai Jumaat sorang-sorang. Sabtu Ahad je lah aku ambik cuti. Tapi sekarang ni dah kena re-schedule semula). Macam agak packed jugak Key Performance Index (KPI)  untuk tahun ni yang perlu kami capai. Moga segalanya dipermudahkan untuk aku dan Kak Aini.

How  was your life so far gaisssss ? :)




Jodoh, Mai Lekaih Sikit

29 January 19 Comments

Beberapa hari lepas si adik aku call mak aku. Menyatakan hasrat hati dia. Mohon bantuan mak dengan abah aku untuk pergi bawak rombongan merisik calon isteri dia. Pastu nak bertunang jugak. Cumanya merisik dan bertunang nak buat asing katanya.

Mak aku terima call tu pagi masa selepas aku dah masuk kerja.
Aku ni balik lunch break tengah hari nak mencekikla.
Tetiba mak aku bukak cerita pasal tu.
Aku orait je.

Cuma yang jadi kurang syoknya bila mak aku tanya:

"Kakak bila lagi ni. Adik hang dulu dah ni cemana ni ?"

Aku balas rilek je la sambil dok suap nasik.

"Rilek mak. satu-satunya bakal menantu lelaki mak tengah on the way.Mak tolong doa je supaya jangan dia silap rumah masa hantaq rombongan dia nanti."

Terus mak aku buat tak dengaq.

Aku terus gak la telan nasik walaupun rasa terlekat.

*******************************

Awak, 
Saya tak tau nak kata cemana.
Kalau jodoh kita, InshaAllah tak ke mana.
Saya doakan yang baik-baik saja.

Lap ayaq mata.


January Luck : Camera Bag

18 January 43 Comments
Minggu lepas Lazada ada bagi penghargaan pada loyal customer diorang dan aku salah sorang yang menerima email penghargaan daripada pihak Lazada.Alhamdulillah...

Aku mula 'berkenalan' dengan Lazada ni pada tahun 2012 dan barang pertama yang aku beli adalah Canon Powershot A2200 4.1MP dengan harga RM280.80 pada masa tu.
Aku beli ni pon sebab kerja harian aku memerlukan aku untuk snap gambar setiap aktiviti dan sesi training class yang kami buat. Walaupon company ada beli compact camera Samsung, tapi aku kurang berpuas hati dengan kualiti gambar yang terhasil (yelah nama pon compact camera, hasil gambar takdelah seberapa kalo nak dibandingkan dengan DSLR huhuhu)

Tapi dengan compact camera Canon ni aku lebih berpuas hati hasil gambar-gambarnya compare to Samsung punya camera tu.

Bermula dengan Camera Canon ni lah aku jadi pelanggan setia Lazada. Ada beberapa item lain lagi yang aku beli di Lazada. Disebabkan 'kesetiaan' aku tu, awal minggu lepas Lazada bagi FREE VOUCHER untuk aku tebus mana-mana produk yang ada di Lazada tu. Kiranya ni New Year Gifts untuk loyal customer lah gitttewwwww~ kehkehkeh

Jadi apa yang aku tebus? Jeng jeng jeng...

Memandangkan aku tak mampu nak dapat DSLR, aku pilihlah Burberry Camera Bag ni hah. Tak dapat DSLR, dapat camera bag DSLR pon jadilahhhhhhh kikiki

Dah selamat aku terima masa petang Jumaat haritu. Terima kaseh Lazada ! Kalau ada lagi nanti bagilah lagi kehkehkeh

Sekarang ni dah masuk 4 tahun camera Canon tu bersama aku dan Alhamdulillah masih elok. Jadilah yang tu je aku mampu. Nak beli DSLR macam tak mampu lagi nak oi hehehe



Jejak Digital : Contoh Resume Mudah Dan Kemas

17 January 24 Comments
Baru-baru ni ternampak ramai jugak kawan² pakat share kat fesbuk diorang berkenaan dengan contoh resume yang simple dan kemas dengan hanya SATU PAGE saja tapi ada semua maklumat yang penting kat situ.

Sebenarnya dulu masa tahun 2011, aku pernah share pasal resume mudah dan kemas jugak tapi yang aku tengok baru² ni lebih cantik grafiknya dan kalau mohon jawatan bahagian designer atau yang berkaitan aku rasa memang terus dapat tempat di mata penemuduga.  Aku ulang semula. Mendapat tempat 'di mata' penemuduga tau. Bukan aku kata MENDAPAT KERJA. Dapat kerja atau tak, belum tentu lagi tapi yang penting dapat grab perhatian dia kehkehkeh
Bayangkan ada beribu resume bersepah depan penemuduga pastu tetiba engko punya lain dari yang lain. Dia dah naik muak tengok semua sepesen aje resume tetiba engko punya perghhhh lain macam. Tak ke rasa bertuah ? Dapat dipanggil interview pon dah kira sangat bertuah kalau nak dibandingkan orang lain yang langsung tak pernah dipanggil walaupon dah berpuluh kali dia hantar resume.

CONTOH-CONTOH RESUME RINGKAS DAN MENARIK PERHATIAN PENEMUDUGA


sumber : FB MomentColor

Nampak perbezaan SEBELUM dan SELEPAS ? Memandangkan rakan sekerja aku terpaksa memilih untuk berhenti kerja baru-baru ni, jadi pihak atasan mengarahkan aku untuk iklankan kekosongan jawatan dan aku terlibat dalam penerimaan dan pemilihan resume calon-calon yang mencuba nasib.

Walaupun aku hanya menerima je resume yang dihantar, tapi disebabkan jawatan yang perlu diisi tu merangkap bakal rakan sekerja baru aku nanti maka sikit sebanyak, Boss aku tetap ambil kisah tentang 'mana satu dan siapa calon' yang aku berkenan berdasarkan pada resume-resume tu semua.

Macam yang aku kata awal tadi : 'dapat grab perhatian'

Itu keyword dalam kita buat resume ni sebenarnya.
Kalau ada KABEL takyah cerita.
Resume cincai pon takde hal sebab engko dah ada kabel tolong kipas.
Ini untuk yang hantar resume tak guna kabel.
Orang atasan tu tak kenal langsung siapa kita dan macam mana kita.

Bila aku bagitawu si polan si polan yang aku rasa berkenan,Boss aku mesti tanya apa sebab dan faktor yang menyebabkan aku pilih si polan tu?

Jawapan : mestilah berdasarkan pada resume. KEMAS & PADAT.

Tak perlu 2-3 helai bazirkan kertas. 1 page je dah cukup.
Paling penting bahagian GAMBAR & PENGALAMAN KERJA / KURSUS.
GAMBAR tu lagi kemas kalau background dia transparent je.
Macam biasalah manusia kan suka tengok pada yang cantik.
PENGALAMAN KERJA / KURSUS tu susun ayat biar ringkas tapi power.
Isi pengalaman tu biar yang berkenaan dengan jawatan yang kita pohon tu.
*ada jenis buat 1 resume je pastu print resume yang sama untuk mohon jawatan lain
*bukan tak boleh tapi kurang 'kick' sebab kat bahagian PENGALAMAN/KURSUS tu lah

Nak taknak orang atasan memang akan tengok berdasarkan pada pengalaman kerja/kursus.
Kalau takde berkenaan langsung dengan jawatan yang dipohon, payahlah sikit chances nak dipilih.

Ok setel part resume.
'Partner Baru' aku dah dipilih.
InshaAllah bakal melapor diri akhir Januari nanti hehehe


Janam Janam | Dilwale

16 January 33 Comments
Aku salah sorang yang #demamDilwale jugak sekarang ni. Entah teknik makeup cemana diorang guna tapi aku kagum gila tengok Kajol cantik betul. Ke sebenarnye Kajol minum QuPuteh? Kalah aku yang umur 20an ni. Ehem~ hahaha

sumber : Lyrics Translate

Cerita Dilwale ni pada aku takdelah power mana sangat. Macam rushing pon ade. Aku bukanlah fanatic filem Hindi tapi mostly filem-filem SRK yang meletop memang aku melekat aje tengok tiap kali ditayangkan kat TV.

Filem Dilwale 2015 sebenarnya bukanlah sambungan filem Dilwale Dulhania Lejayenge  (DDLJ 1995). Ramai mula-mula ingatkan cenggitu tapi sebenarnya bukan sambungan. Cuma tarikh 19 Oktober 2015 (semasa tayangan filem Dilwale ni, genap 20 tahun filem DDLJ yang 1995 tu ditayangkan selama 1,000 minggu di panggung wayang Marathi Mandir, Mumbai ! Durasi tayangan yang sangat panjang tu berakhir pada 12 Disember 2014). Bayangkanlah sendiri lejen tak lejen filem DDLJ tu start tayang tahun 1995, masa tahun 2014 baru tamat tayangan kat pawagam sana.

sumber : Lagenda Filem Dilwale 2015

SINOPSIS FILEM DILWALE 2015
Permusuhan keluarga antara dua gengster Randhir(Bapa SRK) dan Malik(Bapa Kajol) menimbulkan bibit percintaan antara Kaali dan Meera. Bapa Kaali (SRK) cuba untuk berbaik dengan Malik demi percintaan anak mereka ni tapi si Malik tu khianat dan menyebabkan kedua-duanya terbunuh. Masa kejadian tu pulak, berlaku salah sangka dan pada pandangan mata si Meera, Kaali lah pembunuh bapa dia si Malik tu tanpa tahu bapa dia yang khianat sebenarnya. Mereka berpisah tanpa Meera ni tahu hal sebenarnya yang berlaku.

15 tahun lepas tu, Kaali mengubah identiti dia sebagai Raj dan membesarkan adik dia Veer dengan penuh kasih sayang dan sembunyikan identiti sebenar keluarga mereka. Nak dijadikan cerita, si Veer ni pulak in love dengan Ishita (adik Kajol) dan merancang untuk berkahwin sampai terbongkar kisah silam si Kaali dan Meera  hinggakan terwujudnya watak Ramlal dan Pogo disebabkan si Veer ni curious sangat nak tahu segala benda hahahaha

Sepanjang menonton Dilwale ni, aku mengharapkan penamat yang lebih dramatik misalnya Kaali bertempur semula dengan musuh lama dia ke atau paling tidak pun dengan geng dadah di kawasan tempat tinggal dia dan terus membuatkan Veer baru tahu yang abang dia ni  ketua mafia 15 tahun dulu walaupun pada pandangan dia selama ni abang dia ni naif je orangnya. Tapi takde scene tu kecuali filem lakonan Jason Statham hehehe

Nak tahu lagi kena layan sendirilah cerita ni. Takpayah pegi panggung. Online streaming je. Hadap je layan sesorang. Nak nanges ke, nak sengeh ke takde nak tercover-cover hahaha


Jalan-Jalan Sungai Besar

14 January 41 Comments
Sebenarnye kesah ni masa sebelum tragedi Bimbo takmau hidup haritu. Abah dan Mak aku beberapa kali bercerita tentang Sungai Besar yang terletak dalam daerah Sabak Bernam, Selangor. Kebetulan masa cuti tahun baru 1 Januari haritu, takde plan ke mana-mana pastu Abah aku pun terus bunyi ajak pergi ke Sungai Besar.
Aku memang pertama kali jejak ke Sungai Besar selama aku hidup ni. Abah dan Mak aku masa 10 - 15 tahun dulu selalu jugak pergi ke pekan Sungai Besar ni terutama masa musim perayaan. Harga barang-barangnya memang jauh lebih murah kalau dibandingkan dengan harga barang di kawasan tempat aku tinggal (Tanjung Malim pun tak boleh nak lawan harga Sungai Besar ni walaupun Tg Malim tu agak femes dengan kedai harga murah.)

Abah aku terus bawak ke kawasan Pekan Baru Sungai Besar je masa kamiorang pergi tu. Sebenarnya aku ada research (cewahh research kemain engko Ana ! hahaha) beberapa tempat menarik di Sungai Besar ni tapi disebabkan aku pergi tu dengan Mak dan Abah aku, jadi agak terhad untuk aku explore ke segenap ceruk tempat kat sana. Takpelah nanti ada rejeki, aku terjah sana lagi hehehe

TEMPAT MENARIK DI SUNGAI BESAR:
1.Jeti Sg Hj Dorani
2.Homestay Sg Hj Dorani
3.Pantai Bagan Nakhoda Omar (jauh juga kena masuk ke dalam untuk sampai ke sini)
4.Cendol Borhan
5.Kompleks Barangan Murah (dalam Pekan Sg Besar)
6.Pusat Jualan Kerepek (femes dengan Kerepek walaupun bukan musim perayaan)
7.Pusat Jualan Nata De Coco (ada yang jual 3 timba yg standard supermarket selalu tu dengan harga RM10.90 , Wow! Kategori murah tu !)
sumber gambar : Dorani Homestay

Sawah padi memang kat kiri kanan jalan sepanjang menghala ke pekan Sungai Besar tu. Snap dari dalam kereta aje guna kamera cabok. Belum ada rejeki lebih untuk dapat Gopro ehemmm~
Ini bukan kat kawasan Sungai Besar. Masa ni dah menghala balik kat kawasan Estate United Plantation Engineering Bhd (kawasan Ulu Basir / Ulu Bernam Estate) . Penduduk kat kawasan ni memang kena guna perkhidmatan 'feri tarik' ni untuk menyeberang disebabkan ada sungai dan tiada jambatan yang boleh menghubungkan kedua-dua belah kawasan tu. Perkhidmatan Feri Tarik ni dikenakan RM5.00 untuk satu hala dan cuma yang datang dari kawasan seberang UP Bhd sahaja yang dikenakan caj.

Penduduk kat sini majoritinya berbangsa India tapi diorang peramah semuanya. Abah aku lah sempat borak-borak dengan Uncle Assistant Kapten Feri Tarik tu. Feri tu takdelah besar macam Feri Pulau Pinang, kecik aje ferinye. Dapatlah memuatkan 4-5 buah kereta + beberapa motorsikal dalam sesuatu masa. Jaraknye pun takdelah jauh macam naik feri Pulau Pinang tu. Feri ni cuma ambil masa 5 minit gitu aje sebab jarak kawasan seberang sini dengan kawasan seberang sana takdelah jauh sangat (aku rasa aku baru duduk dalam 5 minit je pastu dah sampai seberang hehehe).
Rumah ni pulak salah sebuah rumah milik Orang Asli yang tinggal kat kawasan Estate Erong. Abah aku bawak aku balik jalan dalam kebun kelapa sawit. Kereta Persona aku tu Abah aku buat macam 4 X 4 dah gayanya hahaha. Sipbaikla jalan kebun kawasan ni agak baik kalau nak dibandingkan dengan kawasan kebun sawit kat petempatan aku sana tu.

Rumah ni unik sebab dia anyam pelepah rumbia untuk dijadikan dinding. Memang unik dan cantik sangat. Mulanya cadang nak je aku ajak Abah dan Mak aku berhenti untuk mohon izin buat sesi lawatan sambil belajar kat rumah ni tapi tak nampak pulak sesiapa yang ada sekitar situ untuk aku mohon izin. Kalo main redah masuk je takot 'tak jumpa jalan keluar' pulak nanti. Naya je karang hehehe

Tudia sedikit sebanyak Eksplorasi Jalan-Jalan Sungai Besar yang aku tak sempat jalan-jalan sangat pon sebenarnye. Next time InshaAllah aku datang terjah lagi hehehe


Jariah : Tugasan Seorang Guru

12 January 39 Comments
Sesi persekolahan 2016 dah bermula, makanya bermula semulalah kerja² menolong cecikgu sekolah sekitar kawasan aku bekerja ni. 

Awal pagi datang ofis dah 'disambut' dengan satu fail gedabak besor dan tebal. Ini sebenarnye bukanlah kerja hakiki aku. Ini lebih kepada khidmat masyarakat (CSR). Nak ditolak - tak gamak. Hadap ajelah. Layankan ajelah.

Aku tak pasti apa lagi kerja² yang golongan cikgu kena buat selain daripada tugasan mengajar murid, sediakan modul / Alat Bantu Mengajar (ABM) untuk sesi setiap kelas, berpanas berhujan untuk sesi Hari Sukan, jadi trainer untuk pertandingan Minggu Bahasa dan lain-lain lagi tugasan yang kadang-kadang kesian pada golongan cikgu.

Part nak 'key in' data dengan server website yang sangaaaaaaatlah laju loadingnye tu pon satu hal jugak. 

Aku kadang tu suggest kat cecikgu ni mai je lah buat kerja kat centre tempat aku kerja ni. Kemudahan internet boleh tahan bedesup perginya. Cuma tu lah, tengok pada server web tu jugaklah, kalo ok, lajulah perginye. Kalo tidak --- haraaaaaaammmmm (kata orang Perak) =P

Macam Cikgu yang mintak tolong ni, takde masa dan tak lalu nak ngadap komputer nak menaip segala benda tu katanya. Tu pasal yang mitak tolong sangat-sangat kat aku ni.

Setiap minggu ada Rancangan Pengajaran Harian. 
5 hari. kalau 1 hari = 2 atau 3 kelas, 1 minggu = +- 20 kelas.

Selama aku dah terjebak dalam kancah pekerjaan aku ni, aku cukup kesian tengok cecikgu yang datang meluah perasaan. Dah la beban tugas Guru semakin bertambah setiap kali tukar kementerian. Pastu ada pulak golongan atasan yang jenis perlekeh (under estimate) je cecikgu ni. Tak cukup dengan itu, ceikgu kena hadap pulak golongan mak pak student yang jenis depa je betul - cecikgu semualah salah aje manjang. 

Haisshh~ sipbaiklah aku ni tak jadi cikgu. Mak dan Abah aku memang letak harapan tinggi untuk aku ni jadi golongan cecikgu sebenarnye. Tapi tu lah Allah lebih tahu bidang mana yang lebih sesuai dan yang mampu untuk aku tanggung.

Moga bertabahlah cecikgu semua.
Dan siapa jugak yang sedang diberi ujian.
Sabar bebanyak ye. InshaAllah indah ;)


Jom Check : Kereta Persona Tak Boleh Hidup

09 January 31 Comments

Sekuel kisah Bimbo aku tak berbunyi langsung 2-3 hari lepas. Konfemlah aku gelabah bila chobaan menghidupkan dia tak berjaya. Nasib baiklah jugak masa kejadian dia takmau hidup tu betul² kat parking rumah. Kalaulah kejadian tu kat perjalanan ke hape entahlah cemane pulak aku nak hadap agaknye.


Masa kejadian kereta aku : Persona tak boleh hidup haritu, ada beberapa langkah yang perlu dibuat. Terutamanya kalau engkorang jenis gegerl yang noob dalam hal-hal kereta (macam aku ni lah =P). Ada beberapa sebab kereta tak boleh hidup antaranya :

1.Check bateri 

Kemungkinan bateri dah sampai jangka hayat perlu ditukar. Selalunya ada DUA JENIS bateri : jenis kering dan jenis air. Kalau yang jenis air kena selalu periksa. Biasanya kalau servis setiap 5000KM tu periksa air dia cukup ke tak. Bagi bateri yang berusia 2-3 tahun ke atas kena keraplah periksa. Kalau bateri yang jenis kering pulak (free maintenance), periksa indicator kat atas bateri tu. Kalau masih ok, warna dia hijau. Kalau ada cincin hitam tu dah mula lemah dan kalau hitam, memang dah sampai masa untuk tukar.Bimbo aku guna bateri kering (selalunya jangka hayat dalam 2 tahun lebih kurang perlu ditukar)

Jangan biarkan kereta hidup dalam jangkamasa yang lama kalau takde sesiapa yang memandu. Pastikan lampu kereta dipadam selepas guna. Apa yang perlu kita buat kalau bateri lemah dan kereta tak boleh hidup? Boleh guna cara 'jump start' sambung dengan bateri kereta yang lain. Kalau tak dapat start juga, memang kena beli bateri baru teruslah (ini kena mintak kepastian daripada mekanik yang kita percayalah)

Jadi apa yang membuatkan bateri ni habis? Kadang-kadang lupa tutup lampu kereta, ataupun bateri tu jangka hayatnya dah tak lama, ataupun alternator yang sepatutnya mengecas bateri tu rosak.

Bateri yang dah padam habis sampai alarm tak menyala, ataupun panel meter tu langsung dah tak menyala tu dah tak boleh nak jump start dengan bateri lain.Jadi penyelesaiannya? Kena la bukak bateri kedua-dua kereta tu dan kemudian pasangkan bateri yang masih baik tu pada kereta yang dah habis bateri, hidupkan enjin dan kemudian tanpa memadamkan enjin tu tukar balik bateri ke kereta asal. Jangan risau. Enjin takkan mati kalau bateri dicabut. kalau enjin mati tu maknanya alternator rosak la tu! Jadi lupakanlah bateri tu dan pergi tukar alternator baru.

Untuk kereta manual? (kes Bimbo aku ni manual lah) Takyah tukar bateri. Masuk gear 2, tekan clutch dan mintak la sape² tolong tolak, agak² dah berjalan sikit tu lepas clutch dan enjin akan hidup. Jangan lupa pusingkan kunci ke ON dulu sebelum buat, kang sia² je.

Nak jump start pulak hati-hati. Kalau dah rasa bateri tu kong sangat, wayar positif tu memang kene letak pada kedua-dua terminal positif. wayar negatif pulak satu pada terminal negatif kereta dengan bateri yang elok tu satu lagi pada rangka kereta dengan bateri yang bermasalah tu. Biasa orang letak pada terminal je kan? Bahaya.. takut meletup bateri tu.

Satu lagi, kalau bukak bonet je tengok betul²ade bateri ke tak, entah-entah bateri dah hilang kene curi tak?

Kalau panel meter menyala tapi bila pusing kunci lampu makin malap ade bunyi "tik tik tik tik" tu pun menandakan bateri lemah.
*Abah aku tak galakkan aku guna bateri basah sebabnye aku ni konfem takkan reti nak jaga maintenance bateri tu karang =P

2.Minyak Petrol

Ini pun boleh jadi faktor kereta tak boleh hidup. Kemungkinan minyak habis atau pun minyak tak sampai atau tersumbat.Pam petrol kereta atau 'oil filter' mungkin bermasalah dan menyebabkan minyak tak sampai ke bahagian komponen² dalam kereta.

3.Starter Problem

Starter ni digunakan untuk menghidupkan enjin dan jika kereta rosak memang tak dapat hidup. Starter yang rosak akan menghasilkan bunyi seperti geseran besi bila dihidupkan. Kalau ada dengar bunyi yang lain dari kebiasaan masa menghidupkan enjin, berkemungkinan starter kereta tu dah mula haus dan perlu ditukar sebelum dia terus tak boleh hidup langsung.

4.Spark Plug dan Ignition Coil Rosak

Ahah! Yang ini antara petanda benda ni rosak, pick up kereta mula tak memuaskan. susah nak hidup dan semput-semput, kereta terasa berat dan perlahan walaupun dah tekan habis rapat ke dinding dah pedal minyak tu. Fungsi spark plug ni sebagai pencucuh untuk memulakan pembakaran (ignite) kereta kita. Kalau rosak biasanya memang kena beli baru sebab rasanya memang takde orang yang membaiki Spark Plug ni. Buatlah cemana pun memang konfem kereta takkan mau hidup kalau spark plug tu rosak walaupun guna cara jump start. Ignition Coil rosak lebih kurang sama kesan dan petanda dengan kerosakan Spark Plug.


5.Steering Lock dan Gear Level

Yang ni tak mungkinlah dalam kes Bimbo aku, sebabnye beliau kategori MANUAL. Pernah jugak terjadi kes kereta takleh hidup pastu punye la panik! (terutamanya gegerl yang noob lah citernye) Tapi bile sedar tengok gear tu kat D lah, kat R lah, kat 2 atau L. Memang lah tak hidup dek non. Untuk kereta jenis automatik, kena pastikan gear level tu pada 'P' baru enjin tu boleh dihidupkan hehehe

6.ECU Bermasalah

ECU ni adalah komputer atau otak kereta. Kadang-kadang kapasitor dalam tu pecah dan bocor pastu menghasilkan asid yang boleh mencairkan board ECU tu. Kalau ECU tu yang rosak cepat-cepat hantar baiki. Kalau orang tu pandai dia boleh cuci balik board tu dan tukar kapasitor baru melainkan kalau dah lama jadi dan asid tu dah makan board tu. Tapi pada yang tak berapa pandai nak tukar kapasitor tu diorang suruh beli ECU baru je dan kos dia memang Allahuakbar nak telan ayaq lioq pon boleh tercekik wo hehehe.



Dan kalau dah mintak tolong mekanik yang kita percaya untuk tolong check apa masalah berkenaan macam yang kat atas tadi tu, masih jugak kereta tak boleh hidup (ataupun mekanik tu sendiri pun dah pening dan redha sebab tak mampu nak dapat kesan apa punca sebenar masalah kereta kita tu takmau hidup jugak), cara terakhir adalah kena tahu kereta kita tu under insurance apa (untuk minta bantuan towing).

Dalam kes Bimbo, dia under ETIQA Insurance & Takaful . Jadinya, lepas dah tak dapat jugak kenalpasti apa masalah dia takmau hidup tu, aku terus je call Etiqa Oneline:

Nombor telefon ETIQA ONELINE :  
1 300 13 8888 (untuk kerosakan dalam Malaysia sahaja)

Kalau under insurance lain, engkorang kena dapatkan nombor untuk call pihak berkenaanlah. Dalam kes Bimbo, aku call je Etiqa pastu pihak diorang akan dapatkan beberapa butiran penting dan bila dah buat semakan dan pengesahan barulah akan hantar pihak towing ke lokasi kat mana kereta kita tersadai tu. 

Dalam kes Bimbo, kereta aku tersadai kat parking rumah aku sendiri dan dalam kawasan kampung yang agak jauh dari pekan. (Jadi kita kena alert dan make sure sentiasa dapat latest updates dengan pihak insurance dan jugak pihak towing).

Under Etiqa Insurance, bayaran untuk towing adalah :

50KM pertama (PERCUMA) 
selebihnya akan dikenakan RM3.00 per 1KM

Total bayaran untuk towing Bimbo : PERCUMA (jarak rumah aku untuk sampai ke Proton Service terdekat di Pekan Bidor adalah lebih kurang 45KM camtu. Jadi FREE ajelah part towing. Phewwww lega jugak kat situ.

Bila dah selamat sampai je kat Proton Service tu, Bimbo pon dimasukkan ke ICU dan mengadaplah sesi 'bedah siasat' kat situ sampailah dapat tawu apa masalahnye. Bermalam jugaklah Bimbo kat situ sebabnya waktu sampai kat service center tu dah jam 4.00 petang.

Esoknye lepas selesai orang solat Jumaat, pihak Proton Service tu pon call dan inform Bimbo dah berjaya dibaikpulih dan sihat sepenuhnya. Ok lega dengar bila dah ok. Cumanya nak mendengar part 'bayaran' tu yang berdebar. Rasa macam nak tekeluar jantung aku.

Jadinya, apa masalah Bimbo aku tu sebenarnye?

Sudahnye, tudia charge yang aku kena bayar :


  • Diagnostic Test                            RM63.60
  • Labour Change S/Cam Cover    RM31.80
  • Seal Cam Cover                            RM51.13
  • Spark Plug                                     RM40.28
  • Total (Include GST)                   RM186.80

Owhhhh rupanya Bimbo aku tu masuk kategori 'Spark Plug Bermasalah'.

Berangkatlah aku ke Proton Service tu naik motor dengan Abah aku. (Betapa panasnye kena bahang matahari yang panas terik gila waktu sekarang). Terus masa tu kepala hotak aku terbayanglah cemana rasa mak dan abah aku balik kampung naik motor masa kematian Nenek aku aritu sobssss sobssss :(

Itu sahajalah charge yang aku perlu bayar untuk 'sakit' Bimbo buat masa ni. Dan nasib baik jugak bukan melibatkan ECU bermasalah. Kalau yang tu yang problem, aku sempatlah jugak tanya kat tauke Proton Service tu, lebih kurang 5-6 ratuslah katanya. Adehhh mak aihhh.

Syukur Alhamdulillah Bimbo dah kembali 'bernyawa'. Barulah lega. Kalau tidak tido malam pon tak lena punya dok pikiaq pasal dia sesaja =P


Jangan Tinggal Daku Sayang

07 January 11 Comments
Januari DuaRibuEnamBelas bermula agak suam² kuku. Minggu pertama aku terasa berat jugak ujian yang datang walaupun tak berapa berat pada pandangan orang. Yelah bukan kena pikul biawak hidop ke hape.

5 Januari. Tengah hari. 

Macam biasa disebabkan tempat kerja aku tak jauh dengan rumah, tengah hari aku memang sebolehnya balik mencekik kat rumah. Mana boleh lepaskan peluang makan masakan mak. Sementara kerja depan mata mak ni lah nak mengada makan masakan mak setiap hari.

Lunch break jam 1 sampai 2 petang. Masa nak masuk kerja semula tu, aku petik punya petik punya petik kunci kereta, tapi hampa. Bimbo tak menunjukkan sebarang tanda mau hidup. Janganlah buat hal ye Bimbo, aku pujuk slow-slow.

Aku cuba dan terus menchobaaaaa~
Tapi masih sama. Takde bunyi langsung.
Hahhhh sudahhhh. Apa pulak masalahnye ni. 

Aku taknak serabut, aku pon rempit je naik motor abah aku pergi keje petang tu.

Aku serahkan pada abah aku yang tolong pergi panggil mekanik tolong check apa masalah dia. Aku pun teruslah kerja petang tu buat rilek walaupun dalam hati memang tak senang punya memikirkan kedaan Bimbo aku tu.

Balik dari keje tu, aku tengok Bimbo masih tersadai tak bernyawa. Abah aku explainlah panjang lebar camne betapa mekanik tadi tu usaha check dah segala benda tapi masih sama je takde perubahan. 

Bateri dah check [ok | ganti masa 17.03.2015]
Starter dah check [ok kata mekanik tu]

Mungkin ada masalah dengan electronics ataupun relay ape ke entah katanya. Aku dah la memang tak tawu hape pasal kereta. Aku cuma tawu petik kunci - jalan. Pastu yang aku tawu aku dah risau takot jugak kalau Bimbo kesayangan aku ni sakit kronik. Boleh patah kaki weyh sobss sobss

Malam tu pulak dapat call dari kampung, Pak Long aku call bagitawu nenek aku (mak kepada Abah aku meninggal sakit tua). Abah aku takde pilihan, terpaksalah balik kampung naik motor Yamaha Future je disebabkan Bimbo masih belum dapat dikenalpasti apa sakitnya.

Subuh tu jam 4.00 pagi, Abah dan Mak aku gerak balik ke kampung di Bagan Serai, Taiping naik motor. Menitik jugaklah air mata aku terpaksa tengokkan aje Abah dan Mak aku balik kampung yang boleh tahan jauhnya tu naik motor. Dengan Abah aku pulak selalu athma, dengan cuaca tak menentu sekarang ni. Airmata aku cuma diiringi doa je supaya selamat sampai.

Selesai je urusan hal kematian Nenek aku tu, ayah aku pun balik semula ke rumah. Terperam jugaklah si Bimbo aku ni disebabkan abah aku memang dah pesan supaya jangan buat ape² dulu selagi abah belum balik. Ok, kakak menurut perintah Abah.

Aku pulak kalo ade masalah memang adik-beradik je lah jadi kaunter aduan. Abang Long dan jugak adik lelaki aku yang sorang lagi nasihatkan supaya aku call je insurance kereta tu pastu mintak towing ke Proton Centre paling dekat. Itu je last solution yang ada.

Aku tak tunggu lama, terus call Etiqa Oneline sebab kereta aku under insurans Etiqa.
Bertalu-talu jugak kena cuba asyik please try later (bizi katanye).

Dapat je tembus call, tak cakap banyak terus bagi data yang dia mintak pastu tunggu je orang towing datang.


Berangkatlah Bimbo aku di atas 'singgahsana' indah ni haaaa. Suka hati aku je keluar ofis kejap masa ni (aku masih bekerja sorang sebab staff baru belum masuk lagi) disebabkan orang towing ni tak jumpa cari alamat rumah aku memandangkan kawasan rumah aku kat pedalaman sikit adehhhhh :(

Moga² dipermudahkanlah urusan kenalpasti penyakit dia dan baikpulih dia. Jangan tinggal daku sayangggggggggggggggg sobssss sobsssss




Jom Masuk Sekolah

05 January 17 Comments
Selesai tugasan hari pertama semalam di tahun 2016. Macam² status kat fesbuk berkenaan pertama kali anak² masuk sekolah. Ada yang anak rilek je suruh mak abah die pergi balik sebab die nak sekolah katanya hehehe. Ada yang nanges taknak bagi mak ayah die balik tinggalkan die hehehe

Aku dulu sekolah tadika 2 tahun. Mak aku la citer. 

Aku dengan anak jiran sebelah rumah aku (anak dia lelaki), aku muda setahun daripada dia. Nama dia Shahrul Helmi tapi mak dia panggil Awie. Masa kecik dulu memang kamcing gila aku dengan dia. Kemana aje Awie pergi mesti aku ni ikut kecuali kalo dia masuk toilet. hahaha giler engko nak ikot!

Pastu masa Awie dah umur 6 tahun, aku baru 5 tahun. Masa zaman tu belum diwajibkan sangat lagi pendidikan awal kanak-kanak ni. Lagi pulak masa tu kamiorang baru je pindah ke petempatan Felda tempat aku tinggal sekarang ni jadinye tak kisah sangat kalau mak bapak tak antar anak masuk sekolah tadika.


Tapi yang masalahnye, bila si Awie dah didaftarkan masuk sekolah tadika (yelah sebab dia dah 6 tahun masa tu), aku ni pulak nanges² nak masuk sekolah jugak. Yelah nama pon besfren. Mana boleh tengok Awie dah sekolah tetiba aku pulak kena tinggal. Konfem aku meroyan nak masuk sekolah jugak. Sipbaikla mak abah aku layankan aje kehendak anak dia yang sorang ni hehehe

Jadinye aku ni sekolah tadika dua tahunlah (5 dan 6 tahun). Setiap hari pegi-balik sekolah kemain pegang tangan sesama. Awie pon jaga sungguh aku ni. Tak lepaslah tangan selagi tak sampai rumah. Suci murninyalah hai jiwa kanak-kanak. 

Tapi mak aku citer lagi, dalam pada Awie dok jaga aku pergi-balik sekolah tu pon, sebenarnye si Awie ni agak 'lembik' masa dulu tu. Aku ni pulak 'kasar' (faktor disebabkan adik-beradik aku semuanya lelaki agaknye =P) 

Berdasarkan cerita mak aku dan mak Awie (aku panggil Mak Lang), si Awie ni tak boleh sakit sikit mesti nak nanges. Ape orang jawa kata 'cengeng' kot ye? (Nak konfemesyen kena tanya Wak Lalat hehehe). Kiranya sebenarnye aku yang banyak 'jagakan' Awie ni sepanjang selama dok sekolah sesama tu. Bukan Awie yang tolong jagakan aku hahaha

Tapi tu lah, sekarang Awie dah kawen dah. Ada anak² comel dah. Aku jugak menyingle sampai sekarang. Pastu malu dah nak jumpa Awie ni bila dia ada balik kampung cuti dengan anak bini. Pada hal dedulu kemain taknak lepas langsung. Sampaikan Mak Lang nak buat jadi menantu. Tapi apekan daya jodoh Awie dengan orang lain kehkehkeh

#AteApeKisahKome?