Anak-anak merentas desa
anamizu
22 April
12 Comments
Masa 13 April (Sabtu) yang lepas, satu program Felda Fun Run telah diadakan di kawasan Felda tempat aku tinggal bersempena dengan pihak pengurusan baru di sini.
Program ni merupakan julung kali diadakan sebab sebelum ni memang tak pernah lagi Pihak Pengurusan Felda buat. Kalau ada pun mesti anjuran pihak luar dan dengan kerjasama pihak pengurusan tapi kalini betul-betul semuanya disediakan dan dianjurkan oleh pihak pengurusan felda kat sini untuk komuniti setempat sekitar sini.
BUKU ATURCARA PROGRAM
Semua peserta berkumpul di kawasan Padang Awam pada jam 7.40 pagi dan selepas tu ada ucapan perasmian sikit oleh Pengurus Felda kemudian bacaan doa dan selepas sesi warm up baru flag off dibuat oleh Pengurus Felda sendiri pada jam 8.10 pagi.
Tak lama pun peserta larian masing-masing dah tiba ke penamat sebab hanya 5 km sahaja. Sambil lari pusing kampung merentas desa je sebenarnya sebab acara julung kali diadakan katanya nak buat santai-santai aje. Mungkin pada masa akan datang nanti baru lebih mencabar.
Seramai 380 orang peserta yang melibatkan diri dalam program ni dan terdiri dari pelbagai peringkat umur sebab kebetulan 13 April tu memang takde majlis lain di kawasan sekitar sini. Ada juga penyertaan dari SJK Cina & SJK Tamil dari kawasan sekitar. Memang majmuk pelbagai kaum ada. Hadiah pulak banyak hamper barang makanan dan juga barangan dapur sebab yelah kebanyakan hadiah hasil sumbangan ahli jawatankuasa penganjur dan orang persendirian.
Takpelah sekurang-kurangnya ada juga aktiviti berfaedah macam ni daripada terlibat aktiviti sosial yang lain kan? Semoga banyak penambahbaikan untuk program akan datang nanti.