Akhirnya : Menu Ramadhan 29

15 April 7 Comments


 Akhirnya Menu Ramadhan sampai ke penghujungnya pabila tiba hari ke 29 Ramadhan.

Menu permintaan Mak untuk Ramadhan ke 29 adalah Siakap Kukus Masam Manjaaaahh~


Dan pada malam 28 Ramadhan semua adik-beradik sudah sampai di kampung.
Berkumpul dan bertambah ahli jemaah dalam rumah kami, maka bertambah juga juadah hehehe

Ayam Masak Sambal Hijau kegemaran Abang Long & Anaknya (Si Rafael), Si Bong & Abang Bong (Si Pian). Senang 1 menu ni feveret ramai ahli jemaah hehehe


Mak Rafael (Kakak Ipar Aku), teringin nak makan Ikan Plotan Masak Cuka.
Abah usahakan juga pusing beberapa Pasar Basah cari Ikan Plotan (Ikan Mayong),
sebab masa 28 & 29 Ramadhan tu ramai peniaga yang dah mula cuti niaga lauk basah.


Sayur PakChoi masak sos tiram permintaan semua orang sebab taknak sayur lain dah hehehe
Buat lebih dan kita berbagi jiran sebelah untuk Ramadhan terakhir tahun ni.



Lauk permintaan Abah pula Ikan Pekasam Homemade ni je dah cukup menambah nasi hehehe


Kuih Ketayap pun permintaan Abah & Abang Long.





Dan macam biasa harus ada buah-buahan sebab kegemaran Aku & Abah hehehe

Memandangkan dah berkumpul & ada dua ketul si kecik ( Si Kakak & Si Adik),
jadi terus ajak mereka berdua buat Jelly Ball pelbagai perasa ni.


Si Kakak & Adik ulang-ulang tanya dah siap ke Jellyball? Dah siap ke Jellyball?
Jellyball ni cepat je mengeras helok kejadiannya ( 45-60 minit dah boleh keluarkan).
Seronok sangatlah Kakak & Adik dapat makan puas-puas.
Mak Long cakap kena bayar dua singgit sebab tak tolong Mak Long buat hehehe

Adik Bongsu Ajak Shopping

15 April 6 Comments

 

Adik Bongsu yang kami panggil Bong ni memang suka ajak tolong teman kalau nak membeli.
Tak pandai nak shopping sorang-sorang katanya.
Maklumlah single mingle memang cenggitu hehehe




Masa 28 Ramadhan (Isnin) petang sempatlah tolong teman Bong cuci mata cari kasut raya dia.

Anak Bongsu Mak --- nak pilih kasut pun ajak Mak tolong teman.
Esok-esok nanti kalau dah kahwin, kalau engkau buat lupa, siappp! hehehe

Aku & Mak tolong teman aje.
Aku tanya Mak taknak ke kasut?
Mak kata takda yang menarik hati Mak.

Syok jugak shopping last minit ni sebab tak ramai sangat orang.
Semua orang dah membeli masa awal-awal lagi rasanya.
Yelah persiapan awal, tak kalut kata orang Utara hehehe

Apa Menu Ramadhan 27 & 28

15 April 5 Comments

 


Throwback menu kami sekelaurga masa Ramadhan ke 27 haritu.
Abah teringin nak makan Getuk Ubi Kayu (ubi kayu direbus,digaul dengan gula,kelapa & garam)
Beberapa kali juga abah cuba cari di Bazar Ramadhan tapi takda yang jual.
Mungkin sebab kuih ni peminatnya di kalangan orang lama, jadi kurang top hehehe


Kari Kepala Ikan Merah pun Abah yang request.
Jadi kita tunaikan sebab dah tak berapa hari nak habis Ramadhan.


Sayur Tumis Air macam ni kegemaran Mak & Abah.
Jadi kita buatkan lebih untuk bagi pada Mak Lang jiran sebelah juga hehehe


Nak jadi rezeki Bong---- Kak Zaleha berbagi Sup Daging Rusa!
Kawan pada Kak Zaleha dapat memburu rusa tu katanya & banyak kawannya bagi.
Jadi Kak Zaleha pun memanjangkan perkongsian tu kepada kami sekeluarga hehehe


Untuk menu Ramadhan Ke 28 pula, permintaan Bong nak makan Bihun Goreng Merah ni.
Mak & Bong lebih suka Bihun Goreng jenis merah macam ni.


Abah pula teringin nak makan Mee Sup Tulang katanya.
Jadi kita tunaikan permintaan Big Boss hehehe



Ada Buat Kuih Raya Tak?

15 April 5 Comments


 

Puasa tahun 2024 kali ni aku & Mak betul-betul fokus memasak je semua juadah di rumah.
Dan hujung-hujung Ramadhan, aku sempatkan juga curi masa buat Popia Nestum ni.

Sebab yang ni memang jadi kegemaran semua ahli jemaah dalam rumah aku ni.
Mulanya ingat nak buat 2-3 pack kulit popia tu tapi laku keras semua tempat licin!
Dapat beli 1 pack je (yang 50 pcs), jadilah buat ghaso-ghaso dapalah 1 balang besar.

Kalau 1 balang besar, baru celah gigi Bong & Anak Buah (Si Rafael) hehehe



Ape Dicari Di Menara Condong Teluk Intan?

08 April 10 Comments


 

Adik bongsu si Bong memang selalu plan last minit. Sabtu (06 April 2024) dah pkul 10.00 pagi.
Tup tup Bong cakap mintak tolong teman nak cari songkok sebab songkok lama macam ketat sikit.

Mulanya macam taknak pergi tapi kesian pulak si adik Bongsu tu. 
Jadi aku & Mak pun tolonglah juga ikut temannkan si Bong Misi Mencari Songkok.
Sampai je di kawasan Menara Condong Teluk Intan tu, Allahuakbar cuaca panasss terik!
Aku dan Mak membontot je ikutkan aje ke mana Bong berjalan.



Kain pelekat dan sampul duit raya pun banyak khemah juga ada jual.
Rambang mata tak tahu nak pilih yang mana sebab semuanya cantik!


Nasib baiklah memang ada saiz songkok yang dicari.
Itu pun ada sorang je yang memang menjual songkok & tanjak.

Sebenarnya tempat-tempat macam ni lebih sesuai datang waktu malam sebab sejuk.
Tapi Mak taknak pergi malam sebab nanti dah tak larat & mengantuk katanya.
Itu pasal si Bong bawa pergi tengah hari waktu matahari terpacak atas kepala.

Aku tanya Mak taknak beli apa-apa ke? 
Sebab ada banyak juga khemah jualan tudung,baju,kasut,perfume,alat solek.
Mak kata mood nak membeli takde disebabkan terkuap dek panas membahang.
Tambah-tambah lagi di bawah khemah tu dah serupa macam duduk dalam oven hehehe

Apa Menu Ramadhan 25 & 26

08 April 6 Comments

 

Menu Ramadhan Ke 25 aku sekeluarga dimulakan dengan Bubur Lambuk.

Memandangkan sebelah siangnya tu aku & sahabat sekerja dah gotong-royong,

jadi masing-masing dapat bawa pulang sorang sikit Bubur Lambuk tu.

Alhamdulillah tambah sikit telur masin, tabur bawang goreng, daun sup & cili kicap. Fuhhh~
Abah makan bertambah-tambah sebab sedap sangat katanya kakak buat bubur lambuk ni hehehe

Mak teringin nak makan Ayam Masak Kurma. Jadi kita buatkan lebih untuk berbagi dengan jiran.
Menu lainnya harus ada buah-buahan macam tembikai dan buah mangga harummmm hehehe

Untuk menu ke 26 Ramadhan pula Abah teringin nak makan lauk Nenas Ikan Masin.
Jadi kita tunaikan permintaan Abah. Makan dengan lauk ulam-ulaman & sambal belacan.
Abah & Mak memang jadi berselera makan nasi lauk macam ni waktu berbuka puasa.

Bong teringin nak makan Samosa Daging. Kita tunaikan juga sebab bahan-bahan semua ada.

Aku dan Bong jarang makan nasi waktu berbuka puasa. Bong makan nasi juga (bergantung pada lauk).
Tekak aku ni waktu berbuka puasa lebih kepada makan buah-buahan,kuih-muih,mee/k.teow.
Cukup dapat minum air segelas dua dan makan buah-buahan, perut aku dah penuh hehehe


Akhir Ramadhan-Bubur Lambuk

08 April 2 Comments

 



Jumaat (05 April 2024) adalah Jumaat terakhir Ramadhan tahun ni. 
Alhamdulillah berkesempatan turut serta gotong-royong sesi mengacau Bubur Lambuk.
Kami di sini Bubur Lambuk dibuat setiap hari Jumaat sepanjang Ramadhan.


Bermula seawal 8.30 pagi sama-sama buat kerja sorang sikit & kerja lebih ringan.
Menduga betul puasa kalini disebabkan cuaca yang panas lain macam.
Masing-masing terasa kering di tekak almaklumlah panas cuaca lagi, panas api lagi.
Kerja-kerja membungkus dan agihan semua selesai dilakukan sebelum waktu solat Jumaat.
Moga ibadah kita diterima oleh Allah SWT aminnnn~

Apa Jadi Menu Ramadhan 24?

05 April 4 Comments

 

Untuk Ramadhan Ke 24, aku berbuka bersama-sama dengan rakan-rakan di tempat kerja.

Kami berbuka di Smoke Cafe Tanjung Malim Perak.



Pada mulanya aku taknak beratur untuk ambil nasi disebabkan barisan yang panjang.
Aku lebih rela pergi ke stesyen lain macam bahagian Soto, Pecal,Sup-Sup dan laiin-lain.


Aku lebih rela terus pergi ke bahagian buah-buahan, roti sandwich dan roti jala.
Tapi tu lah roti jala tu sedih sikit tengok kejadian hasilnya sebegitu rupa hehehe

Sebenarnya walaupun keluar berbuka dengan kawan-kawan, 
hati tetap tertinggal di rumah sebab setiap hari dah wajib berbuka di rumah.
Tapi takpa sekali sekala meraikan bersama rakan sekerja, kita layankan aje hehehe