Akhirnya Menu Ramadhan sampai ke penghujungnya pabila tiba hari ke 29 Ramadhan.Menu permintaan Mak untuk Ramadhan ke 29 adalah Siakap Kukus Masam Manjaaaahh~
Dan pada malam 28 Ramadhan semua adik-beradik sudah sampai di kampung.
Berkumpul dan bertambah ahli jemaah dalam rumah kami, maka bertambah juga juadah hehehe
Ayam Masak Sambal Hijau kegemaran Abang Long & Anaknya (Si Rafael), Si Bong & Abang Bong (Si Pian). Senang 1 menu ni feveret ramai ahli jemaah hehehe
Abah usahakan juga pusing beberapa Pasar Basah cari Ikan Plotan (Ikan Mayong),
sebab masa 28 & 29 Ramadhan tu ramai peniaga yang dah mula cuti niaga lauk basah.
Sayur PakChoi masak sos tiram permintaan semua orang sebab taknak sayur lain dah hehehe
Buat lebih dan kita berbagi jiran sebelah untuk Ramadhan terakhir tahun ni.
Dan macam biasa harus ada buah-buahan sebab kegemaran Aku & Abah hehehe
Memandangkan dah berkumpul & ada dua ketul si kecik ( Si Kakak & Si Adik),
jadi terus ajak mereka berdua buat Jelly Ball pelbagai perasa ni.
Si Kakak & Adik ulang-ulang tanya dah siap ke Jellyball? Dah siap ke Jellyball?
Jellyball ni cepat je mengeras helok kejadiannya ( 45-60 minit dah boleh keluarkan).
Seronok sangatlah Kakak & Adik dapat makan puas-puas.
Mak Long cakap kena bayar dua singgit sebab tak tolong Mak Long buat hehehe
Selamat Hari Raya Aidilfitri :)
ReplyDeleteSelamat Hari Raya
ReplyDelete..Maaf zahir dan batin
Sporting abah Ana carikan ikan mayong sbb menantunya teringin nak mkn. Teringat pulak dgn arwah Pak Mentua, masa I preggy, diusahakan cari apa yg I mengidam.
ReplyDeletetk pernh lg mkn jellyballl yg dok viral
ReplyDeletecomelnya jellyball
ReplyDeleteRindunya nak makan ikan mayong... lagilah kalau ada telurnya.
ReplyDeleteTeringat dulu-dulu kalau orang kampung buat kenduri, selalunya ada menu ikan mayong masak kicap @ semur.
Akhir ramadan pun meriah juga menu tu
ReplyDelete