Ape Dicari Di Menara Condong Teluk Intan?


 

Adik bongsu si Bong memang selalu plan last minit. Sabtu (06 April 2024) dah pkul 10.00 pagi.
Tup tup Bong cakap mintak tolong teman nak cari songkok sebab songkok lama macam ketat sikit.

Mulanya macam taknak pergi tapi kesian pulak si adik Bongsu tu. 
Jadi aku & Mak pun tolonglah juga ikut temannkan si Bong Misi Mencari Songkok.
Sampai je di kawasan Menara Condong Teluk Intan tu, Allahuakbar cuaca panasss terik!
Aku dan Mak membontot je ikutkan aje ke mana Bong berjalan.



Kain pelekat dan sampul duit raya pun banyak khemah juga ada jual.
Rambang mata tak tahu nak pilih yang mana sebab semuanya cantik!


Nasib baiklah memang ada saiz songkok yang dicari.
Itu pun ada sorang je yang memang menjual songkok & tanjak.

Sebenarnya tempat-tempat macam ni lebih sesuai datang waktu malam sebab sejuk.
Tapi Mak taknak pergi malam sebab nanti dah tak larat & mengantuk katanya.
Itu pasal si Bong bawa pergi tengah hari waktu matahari terpacak atas kepala.

Aku tanya Mak taknak beli apa-apa ke? 
Sebab ada banyak juga khemah jualan tudung,baju,kasut,perfume,alat solek.
Mak kata mood nak membeli takde disebabkan terkuap dek panas membahang.
Tambah-tambah lagi di bawah khemah tu dah serupa macam duduk dalam oven hehehe

10 comments:

  1. linda pun tak pernah ke menara condong tu membeli belah raya...kikiki

    ReplyDelete
  2. kedai2 jajan dkt situ x singgah ke?

    ReplyDelete
  3. kalau lama2 duk di situ boleh masak.. sebab panas...:D.. hihihi..

    ReplyDelete
  4. 2x pernah pi menara condong ni waktu anak-anak kecik. macam2 juga jualan kat situ.

    ReplyDelete
  5. pernh smp sini urusan outstation...bergmbr waktu malam cantik

    ReplyDelete
  6. Satu Syawal menjelang tiba,
    Saudara Palestin jangan dilupa,
    Sekiranya ada silap dan dosa,
    Ampun dipinta di hari mulia.

    ReplyDelete
  7. moga satu hari nanti sy dpt menjejakkan kaki di Menara Condong Teluk Intan ini...

    ReplyDelete
  8. Oh, ada banyak jualan juga ye, di menara condong tu. Lawa-lawa samping dia.

    ReplyDelete
  9. Tak pernah sampai lgi kt menara condong ni . Teringin juga nak ke sana

    ReplyDelete
  10. Tak pernah sampai lgi kt menara condong ni . Teringin juga nak ke sana

    ReplyDelete