Alamak Dah Ogos Rupanya

05 August 10 Comments

Haiyo sudah masuk Ogos. Baru je niat nak update selalu tup-tup ade sesaje yang menghalang. Tu pun nasib baiklah takde berita tak sedap untuk di dengar kalau tidak aiseyman memang ke laut dalam jugelah mood tu. Kesahnya haritu E-Boss baru pulang dari lawatan kerja di Bangkok Thailand.
Dan macam biasalah Ex-Boss memang jarang lupa pada ex-staff nye ni. Ke mana saja dia pergi lawatan kerja mesti akan ada ole-ole untuk kami-kami bekas staff dia. Alhamdulillah dapat sebutir Coin Purse dari Thailand warna hijau gitteww.

Haritu dapat coin purse DUA daripada blogger Akak Farah. Ini dapat lagi satu. Boleh buat simpan pendrive dan juga kunci. Al-maklumlah orang perempuan ni handbag kan gedabak besor. Jadi bila ada coin purse cenggini sangat memudahkanlah urusan menggagau di dalam beg besor tu hehehe

Terima kasih atas pemberian. Aku doakan semua sahabat dikurniakan kesihatan berterusan dan bertambah murah rezeki selalu. aminnnnn

Jeng Jeng Jeng

22 July 8 Comments
Macam lama pulak tak bercerita. Alasan bizi macam cliche tapi itu lah pun yang sebenornye hehe. Haritu masa balik dari kerja mak cakap ada kurier datang hantar parcel. Terkejut jugak sebab macam takde order ape-ape buat masa ni. Bila tengok parcel tu wahhhhhhhhhh terperanjat kitewwwww sebab baru dapat agak daripada siapekah parcel itu hehehe

Rupa-rupanya parcel tersebut kiriman khas daripada sahabat blogger Kak Farah FAMF Tower . Akak Farah memang terkenal dengan kreativiti beliau menghasilkan pelbagai hasil kraft dan salah satunya adalah handmade card. Bila aku tengok je parcel tu daripada Kak Farah memang teruja habislah dan tak menyempat dah nak makan ke ape terus buka parcel dulu hehehe.

Dan dalam parcel tu Kak Farah bagi Testpad (macam to do list) color pink gitteww ha memang sesuai sangat untuk gadis-gadis hehehe. Pastu ada tea towel, DUA coin purse dari Thailand kalau tak silap dannnnnn yang lagi special adalah handmade notes hasil kreativiti Kak Farah !

Terharu sangat dapat hadiah daripada sahabat blogger maklumlah kittew ni bukan siape-siape. Terima kasih banyak-banyak Kak Farah atas pemberian yang sangat berharga ni. 

Untuk pengetahuan, Kak Farah masih rehat memandangkan baru-baru ni ada operation tangan. Moga Kak Farah cepat sihat dan dapat aktif semula dengan segala aktiviti kreatif seperti sebelum ni. 

Jom sama-sama singgah blog Kak Farah dan doakan moga beliau cepat sembuh semula :)

Jalinan Kasih-Episod 3

26 June 10 Comments
Masuk episod ketiga pulak siri Jalinan Kasih aku ni.. Itu semua disebabkan management lambat release budget lah kesahnye. Kalau tidak, masa bulan April haritu lagi dah aku selesaikan segala aktiviti yang bertimpa-timpa tu.

Tapi yelah awak ni orang bawahan. Nak tak nak terpaksa ikut sajelah ape kehendak orang atasan ye dak? Cakap banyak karang, you get out di baginye ha lagi haru =P

Aku ambil keputusan untuk adakan Rumah Terbuka Aidilfitri Pusat Internet aku punya site pada hari Jumaat 14 Jun (10 Syawal) bermula jam 2.30 hingga 5.30 petang . Walaupun ada beberapa Makcik Bawang yang berbunyi katanya :

"Alaaaa kenape awal sangat nak buat sebab ramai yang belum habis Puasa Enam Syawal lagi masa tu.. Buatlah minggu satu lagi nanti tu.."

Aku hanya mampu minta maaf sajelah pada makcik-makcik bawang tu sebabnye segala tarikh termaktub pada arahan pihak atasan juga sebab diorang yang bagi bajet segala dan tarikh program juga perlu tengok pada kelapangan waktu diorang sebab diorang tetamu VIP yang akan hadir pada setiap lokasi Pusat Internet (ada 9 lokasi semuanya di bawah kendalian Webe Digital Sdn Bhd).

Itu pun TIGA lokasi buat pada 14 Jun tu (Lokasi Aku,  Felda Trolak Utara & Felda Sg Klah). Jadi pihak atasan terpaksa hadir sekejap-sekejap sajelah untuk pastikan diorang dapat singgah pada ketiga-tiga lokasi tu.

Berkongsi rezeki. Sesi yang paling ditunggu-tunggu oleh semua tetamu cilik pada Program Rumah Terbuka masa tu adalah Pelajar Sekolah Rendah Agama Nurul Huda seramai 120 orang pelajar. Seperti tahun-tahun sebelumnya, aku memang jemput diorang satu sekolah sekali dengan warga pendidik dan seluruh petugas sekolah tu untuk hadir sama-sama menjamu selera apa yang ada.

Alhamdulilllah untuk tahun ini, aku dan partner dapat smaa-sama selesaikan Program Rumah Terbuka Aidilfitri betul-betul depan Perkarangan Pusat Internet je (tahun sebelum ni kami diarahkan untuk bekerjasama dengan pengurusan Felda dan buat di dalam dewan).

Untuk kali ini, aku puas hati sebab semua tetamu yang hadir dapat menjamu selera tanpa perlu berebut-rebut. Semua berjalan lancar dari mula sampai selesai majlis.

Daaaan yang paling buat aku terharu, terkejut tapi terlalu seronok adalah Ex-Boss aku yang sangat aku hormati iaitu Encik Boss sanggup luangkan masa semata-mata untuk sama-sama memeriahkan majlis Rumah Terbuka aku haritu.

Terima kasih Encik Boss sebab encik betul-betul buat saya terkejut dengan kehadiran encik haritu! Tapi ampunkan saya encikkkkkk sebab bizi melayan tetamu punya pasal sampai saya lupa nak selfie dengan encik. Moga Encik Boss sentiasa sihat ceria bahagia bersama keluarga dan sentiasa tak lupa untuk bagi semangat pada kami-kami Original Team Encik yang dulu :)

*Terima kasih banyak Encik Boss sebab sanggup korbankan diet encik demi memenuhi jemputan Rumah Terbuka kami 

Salam Aidilfitri semua :)

Jalinan Kasih-Episod 2

24 June 3 Comments
Dalam engkorang sibuk sepanjang Bulan Ramadhan dengan pelbagai aktiviti, aku kat site tempat kerja pun sama berkejaran dengan dateline macam-macam aktiviti. Untuk bulan Ramadhan sahaja aku kena selesaikan beberapa aktiviti yang bagi aku agak mencabar sebab diadakan dalam bulan puasa. 

Almaklumlah bulan puasa segalanya kena sabar. Memang sangat mencabar keimanan tapi macam mana tercabar pun, aku tetap perlu tempuh dengan penuh ketakwaan. Gitteww~ kehkehkeh =P


Program E-RoboSTEMS ni sepatutnya aku nak selesaikan dalam bulan April (sebelum masuk Ramadhan) tapi disebabkan ada kelewatan bajet jadi sebab tu terpaksa buat dalam bulan Ramadhan juga. 

Pada hujung bulan Mac (berakhirnya 1st Quater / Suku Pertama) lagi dah aku punya push management dengan submit segala proposal sebab nak mohon diorang release budget sebelum masuk Ramadhan. Tapi nak buat cemana kan, kita hanya mampu ikut plan dan apa yang berlaku kita kena hadap dan teruskan jugak hehehe

Buat julung kalinya pada cuti sekolah Ramadhan, aku ambil keputusan untuk adakan Beyblade Battle khusus untuk adik-adik pelajar berusia seawal 4 tahun hingga 12 tahun. Pada mulanya aku target hanya dalam 20 peserta sahaja sebab selalunya tak ramai mana pun yang akan boleh turut serta. 

Tetapi sangkaan aku agak tersasar kali ni sebab bila tiba hari kejadian, seramai 80 peserta yang hadir untuk sesi pendaftaran pada pagi 28 Mei tu ! Disebabkan Pusat Internet tempat aku kerja tu kapasitinya boleh memuatkan anggaran lebih kurang maksimum 30 - 40 orang sahaja untuk satu-satu masa. Bayangkan 80 peserta kanak-kanak hadir pagi tu. Fuhhhhh macam sardin beb ! Tapi aku puas hati sebab penuh ketat sendat padat untuk sesi Digital Beyblade Battle Klik Dengan Bijak untuk pagi tu sahaja =P (sebab aku kasi taklimat keselamatan internet dulu sebelum aku izinkan diorang bertarung tu hehehe)

Sampai gegar-gegarlah snap gambar punya eksaited aku hahaha ! Ini hanya untuk sesi Beyblade Battle belum termasuk aktiviti seterusnya fuhhhh~





Beberapa aktiviti lain tu termasuklah Digital Whisper Challenge, E-Sport Mobile Legends, My Aero Robo, STEMS Super Skills dan juga Mobile E-Waste. Semua hadiah ditaja sepenuhnya oleh Webe Digital Sdn Bhd (a TM Unifi Company) dan aku sangat bersyukur sebab dapat juga selesaikan segala aktiviti yang dah dirancang walaupun pelbagai pancaroba perlu ditempuhi hehehe

Walaupun nampak aktiviti tu macam : 

"hek eleh itu je aktiviti engko buat? "

Hello..... itu semua perlukan perancangan dan ketelitian tau kalau tidak memang caca-marba lah tambah-tambah pulak kena buat masa bulan Ramadhan. Masa awal pagi tu yelah masih bertenaga, membawak ke petang nak menghabiskan tu hanya Allah yang tahu macam mana peritnya nak hadap semuanya. 

Aku cuma harapkan segala aktiviti yang telah dibuat memberi manfaat kepada semua adik-adik peserta yang menyertai dan semoga sumbangan kecil aktiviti yang aku rancang tu dapatlah menjadi jariah untuk aku di sana nanti ;)


Jalinan Kasih-Episod 1

23 June 4 Comments
Hai engkorang. Ini sebenarnya sekitar kisah Program Syukur Ramadhan pada 10 dan 11 Mei yang lepas. Setiap site kami perlu anjurkan satu program bertemakan Ramadhan dan aku memilih untuk menjemput Tuan Haj Shamsul Ghau Ghau sebagai Icon Digital Sharing (Fitnah Media Sosial)
Pagi tu aku mulakan dengan aktiviti gotong-royong memasak bubur lambuk dulu dengan kaum ibu Gerakan Persatuan Wanita (GPW) bermula jam 8.30 pagi hingga 11.30. Dapatlah 3 periuk besar untuk diagihkan sebanyak 600 bekas kepada jemaah kariah yang hadir pada sesi Sembang Santai bersama Tuan Haji Shamsul Ghau Ghau selepas selesai Solat Jumaat petang tu.




Dan program disambung lagi pada esok hari dengan pelbagai aktiviti antaranya Ramadhan Coloring Contest (untuk pelajar umur 6 hingga 10 tahun), Free Fire Tournament (Pelajar Tingkatan 1 hingga 3), dan juga beberapa Kuiz Digital yang dikhaskan mengikut kategori umur bermula dengan kanak-kanak sekolah rendah, pelajar sekolah menengah dan golongan dewasa.

Alhamdulillah segala aktiviti berjalan lancar mengikut jadual yang telah dirancang dan penyertaan juga mendapat maklumbalas positif daripada ibu bapa penjaga sendiri yang meminta agar aktiviti sebegini diadakan selalu supaya anak-anak mereka dapat sama-sama memanfaatkan masa terluang di Pusat Internet. 

Yelah daripada anak-anak berkeliaran ke sana sini, baik juga diorang sertai program macam ni. Sekurang-kurangnya di bawah pemantauan Aku ni ha. Lebih selamat katanya =P


Jalan-Jalan Raya

10 June 6 Comments
Hai selamat hari raya engkorang semua ! Mohon maaf segala salah silap, terkasar bahasa sepanjang perkenalan di dunia blog selama ni. Adeh bizi sikit tak sempat update full cerita aktiviti sepanjang Ramadhan haritu tup2 dah masuk Syawal. 

Lepas ni sibuk sikit dengan program Syawal pulak. Nanti lapang sikit aku sambung lagi hehehe
Salam Aidilfitri & Maaf segala salah silap ya :)

Mai Join Program Syukur Ramadhan

09 May 6 Comments

Salam Ramadhan semua. Maaf ye sebab agak sibuk menguruskan Program Syukur Ramadhan yang berlangsung pada 10 dan 11 Mei (Jumaat dan Sabtu). Program ni merupakan anjuran Pusat Internet Kendalian aku dan rakan sekerja dan merupakan salah satu program wajib pada setiap kali hadirnya Bulan Ramadhan.

Untuk kali ini, berbekalkan dengan sejumlah bajet yang diberikan, aku dan rakan sekerja ambil keputusan untuk mengadakan sesi Bicara Santai bersama Tuan Haji Syamsul Ghau Ghau bertajuk Adab Di Media Sosial.

Dan sebenarnya Program Syukur Ramadhan yang aku anjurkan ni berlangsung selama dua hari iaitu 10 dan 11 Mei (Jumaat dan Sabtu). Penuhlah segala aktiviti yang telah aku dan rakan sekerja rancangkan istimewa untuk semua golongan.

Komuniti sekitar hanya perlu hadir sahaja dan pilih mana-mana sesi yang mereka nak turut serta. Aku mohon doa dari engkorang semua semoga Program Syukur Ramadhan ini berjalan lancar. Walaupun program sebegini aku dah hadap selama 8-9 tahun, namun tetap ada perasaan berdebar setiap kali menanti ketibaan hari majlis tu. 

Tak sabarnya nak selesai semuanya. Phewwww *lap peluh*

Membersih & Menyucikan Jiwa-Kadar Zakat Fitrah 2019

06 May 6 Comments

Syukur kita diberi kesempatan lagi bertemu Bulan Ramadhan yang mulia. Setiap kali hadir Bulan Ramadhan perkara yang perlu dilakukan adalah mengeluarkan bayaran zakar fitrah. Ia boleh dilakukan di sepanjang Bulan Ramadhan iaitu dihukum harus bermula dari awal sehingga akhir bulan Ramadhan.

Zakat Fitrah atau dikenali juga sebagai zakat diri/badan, zakat puasa, zakat Ramadhan dan zakat Fitri merupakan kewajipan fardhu ain ke atas setiap orang Islam. Mengeluarkan zakat fitrah hukumnya adalah wajib ke atas setiap orang Islam yang merdeka dan mampu mengeluarkannya pada waktunya meliputi golongan tua dan muda, lelaki atau perempuan dan berakal atau tidak.

KADAR ZAKAT FITRAH MENGIKUT NEGERI 2019
Ada negeri yang mempunyai lebih daripada satu kadar zakat. Pembayar zakat perlulah memilih kadar zakat yang sama harga jenis beras yang menjadi makanan harian mereka. Contohnya:

Negeri Perak:
*Beras Super Special Tempatan 5% : RM 7.00
*Beras Putih Import, Beras Perang, Beras Pulut, Beras Wangi, Herba Poni: RM 14.00
*Jenis Beras Basmathi, Beras Jepun, Beras Merah : RM 21.00


Semoga diberi kesihatan untuk menunaikan ibadah puasa sepanjang Ramadhan tahun ini.
Salam Ramadhan semua :)