For The First Time

04 February 52 Comments

"...And we dont know how,
How we got into this situation,
Only doing things out of frustration.

Trying to make it work but man these times are hard..."

......................................................................................

Fizah : Ana.. hang je yang faham apa aku rasa weyh. Hang tau kan perangai Fizi camna selama ni punya control la segala benda yang aku nak buat.. SEGALANYA. nak p mana kena update. p dengan sapa etc bla..bla..bla...

Pantang nampak status wassap aku 'online' mesti kecoh dok tanya aku wassap dengan sapa bla..bla.bla.. Pada hal kadang tu aku tengah dok baca mesej yang beratus dok masuk kat group wassap tu je pon sebenarnya. Tapi dia punya tahap curious tu ala mak ai T___T

Aku : Hurmmm aku perasan lama dah perangai Fizi tu. Tapi tu lah, kalo hang sendiri pun rasa camtu, kira hang normal la tu. Aku nak cakap banyak pun, aku rasa hang lagi kenai dia. Kan?

Fizah : Stress aku lah.. Sampaikan aku rasa macam terkongkong gila. Dedulu aku buleh je layankan lagi perangai dia. Tapi lately ni aku rasa makin melampau pulak. Hang tengok sendirilah dia sampaikan datang cari aku kat ofis punya nak tengok aku ni betoi ke p ofis atau aku tipu dia. Hadoila..

Aku  : Tu la pasal tu. Tahap kronik dah aku tengok. Terpulang kat hang je sekarang ni. Pilihan kat tangan hang. Aku takleh nak cakap apa pun sebenarnye cuma aku dah lama kesian kat hang la dok hadap benda ni..

Fizah  : Hurmm tu la.. Bukan tak boleh aku nak clash ke apa tapi tu la, dia jenis tahap kronik mai cari apa semua tu yang buat aku takot tu.. Sat lagi naya je aku hurmm..

......................................................................................

Kesian betoi kat Fizah. Tudiala si Fizi (bf Fizah) tu punya perangai. Aku sendiri pon takot manusia jenis obses sampai cenggitu. Lama dah sebenarnye aku dok perati je kes Fizah ni (cewahh perasan macam detektif conan pulak dah kehkehkeh) 

Tapi tu la aku sendiri takleh nak cakap apa. Fizah sendiri je yang kena make move sekarang ni aku rasa. Berat nanang ngat aih mende gini.

Nak je aku tumbuk muka si Fizi tu. Ape hal engko nak paksa control hal orang? Bukan engko hasben dia ke hape pon. Chissssssskek betol perangai cenggitu.

Moga dijauhkanla dari manusia² yang perangai sebegitu. Aku dah la jenis pantang orang control² atau nak mengarah² life aku ni. Heshhh~


Five For Fighting

04 February 35 Comments

Cik Mimie bagi sijil penghargaan sempena terselit jadi top komentator Januari. Tapi mungkin lepas ni dah takkan terselit dah agaknye memandangkan tahap internet makin mencabar keimanan lately nih T______T  Cik Mimie pun komentator tegar kat blog ni.. Selalu datang memeriahkan majlis sekitar blog ni hehehe.  Mekaseh Cik Mimie.




"Its not easy to be.. me..." 


Linda : Besnya jadi kak ana! sonok tengok life kak ana meriah macam² akiviti ada apa semua. Pastu dapat hadiah banyak plak tu dari sana sini. The best itu lah, the best ini lah. Giler best betol! Jeles linda  tengok tau tak kak hehe

Aku  : Errrr ehee rezeki akak kat situ Linda. Rezeki linda pon bes gak ape. Dah ada hasben penyayang. Dah ade Audra penyeri hidup hehe. Lagi bes tau tak. Kak Ana takde lagi semua tu hehe

Linda : *terdiam*


Sesungguhnya REZEKI kita berbeza ye anak².  Orang tu dapat itu, besnya. Takpe, kita ada ini. Kita nampak part seronok dia je, part sedih dia kita tak nampak kan? Syukur ok anak² semua dengan rezeki kita :)



Fill Up Your Heart

03 February 28 Comments
"...selami syukur kemudian selami sabar, kemudian barulah dapat selami ikhlas.. apabila dah tahu erti ikhlas maka hati akan sentiasa damai dan tak ada penat..."

SYUKUR.
SABAR.
dan IKHLAS.

3 perkara nampak mudah. tapi tak semudah yang disangka pun. Bersyukur tu rasa paling mudah dah. Ucapkan syukur Alhamdulillah je dengan apa jugak rezeki. Baik daripada mulanya diberi peluang bernafas setiap harinya sampailah diberi peluang untuk tidur semula. Kadang² rasa dah habes sabar dah, pada hal belum cukup pun. Teruknya la hai. 

Ikhlas pulak memang infiniti. Aku paling tak lupa salah sorang ustaz masa aku sekolah dedulu dia cerita pasal ikhlas. Ustaz Azizan nama dia. Orang Kedah. Memang pekat gila loghat utara dia. Ustaz Azizan kata ikhlas tu mudah ja nak  faham. 

"Umpama kita berak (buang air besar). Pernah dak kita kira berapa banyak kita keluarkan? Tak pernah kan? Haaaa ikhlas yang paling ikhlas sebenarnya camtulah. Bila kita bagi atau keluarkan, kita tak pernah teringat balik atau berkira dengan apa yang kita dah bagi"

Macam biasa of kos la aku bantai gelak dulu. Satu kelas bantai gelak kot masa tu sebab punya slumber Ustaz Azizan bagi contoh hahaha =P
Haaa kena ikhlas ok hehehe

Family Arrangement

03 February 30 Comments
Selasa | 03 Februari 2015
13 Rabiul Akhir 1436 Hijrah


---------------------------------------------------------------------------------
Amir : Ana ! Lama tak dengar citer. Sehat?

Aku  : Sehat macam biasa hehe. Hang apa citer? Dengar kata dah bertunang. Bila nak langsung majlis? hehe

Amir : Gitu lah Ana. Family arrangement.

Aku   : Wahhh kira baguihla tu! Makna kata full dapat RESTU family. hehehe

Amir : Well.. ya boleh dikatakan cenggitula.. tapi for many of you are not married yet, u still can choose. Choose wisely..

Aku   : Err.. kenapa cakap camtu pulak?

Amir : Nanti hang faham. hehehe

Aku   : Bukan ke kalo pilihan family tu, yang tu la yang terbaek hehehe

Amir : Tu typical malay drama boleh la Ana hahaha

---------------------------------------------------------------------------------
Pada aku, Amir tetap bertuntung. Ada family yang dah tolong carikan calon apa segala. Tuan badan tunggu terima je lagi. Tak ke mudah cenggitu kan? Tapi aku sedikit keraguan bila Amir kata yang part   "u still can choose, choose wisely" . 

Memangla kena choose wisely. Nak hidup bukan sehari dua dengan pasangan tu. Tapi bila dah family yang pilih, aku rasa itu mesti la yang terbaik. Errr tapi tak taulah kalau si Amir ni tak bekenan kot dengan pilihan family dia tu.. Entah.. Aku belum la sampai nak jadi wartawan melodi p soal jawab si Amir nak suruh dia explain. Nanti nampak macam kepochi sangat pulak. Maklumlah, adab dan tatasusila harus dijaga kehkehkeh =P 

Selamat hari Thaipusam. Minahkumari Kalai sonokla dia raya harini kikikiki =D


Fantastic People

01 February 42 Comments
Berbekalkan speed internet yang tak berapa nak padu sangat, aku menggagahkan jua untuk menjenguk blog aku yang aku rasa dah mula ada spiderweb sana sini. sobsss sobsss

Aku tawu engkorang rajin singgah sini walaupun kehadiran aku jarang muncul semenjak dah mula masuk kerja semula sekarang ni. Banyak je benda cerita nak dikongsikan tapi bila time nak haplod je, dia dok loaaaaading manjang, terus terbantot niat tu. Aku peram je la dulu kesah yang ada.

Fantastic people on January 2015. Kome² ni memang selalu singgah sini. Terima kaseh bebanyak. Takde ole² ape nak dibagi. Maklumla, nak fly ke mana² pon, mak dah bagi syarat -- kene ade hasben dulu baru buleh fly. Selagi belum ada hasben ni, fly aje lah dalam mimpi dulu kehkehkeh (mood aku sedih + tak best sebenarnye. tapi sebab nak buang aura tak best tu, aku gelak jugalah)

1.Zarul Farhana
2.Scdha Sein
3.Nurashikin ZA a.k.a NAZECK
4.Jari Manis 
5.Bbwana adienia 
6.Nur Inani
7.Cik Mimie
8.Nur As
9.nana liena
10.Scha Nazri

Moga kalian semua sentiasa sehat adanya. Aku masih menchoba kayuh beskal menjejak kaseh untuk ke rumah engkorang semua. Entah bila akan tiba ke laman engkorang tu aku pon takde kepastian. Semenjak network P1 asyik down & speedtest teruk gila sekarang ni, habes potong segala mood nak hapdet dan melawat blog kengkawan. Aku kechiwa! Aku kechiwa! 

Entry takde gambar. Hambar. Tawar. Tak kelakar. Huwawawarrrrrr. Grrrrrr~ T____T 


Join : Giveaway Preloved Books

27 January 28 Comments
http://budaksukavanilla.blogspot.com/2014/12/giveaway-preloved-books.html

Giveaway Preloved Books ini ditaja oleh :
 

Pemenang :
1 Top Referral :  4x buah buku
Random org :
15x buku = 15 pemenang 
1x komik + 4x shiseido mask = 1 pemenang
2x shawl = 2 pemenang
2x topup RM10 = 2 pemenang
1x flower crown = 1 pemenang (dipilih oleh sponsor)

TAMAT 1 FEBRUARI 2015 =
click banner untuk join :)


Jelmaan Hang Li Po

27 January 22 Comments

Wow! Balik lunch break harini, mak cakap ada barang kakak sampai. Abang posmen hantarkan tadi. Aku tanye mak tak soal jawab ke posmen tu dah berpunya ke belum. Kalo belum, makcik ada anak dara single nih hahaha. Tapi aku tanya dalam hati je la. Mana maunye aku tanye soalan cenggitu kat mak aku. Silap² mau kena cili bibir mulus aku ni kehkehkeh =P

Tengok aje ada parcel atas meja. Terus sambar. Tak pedulik ke nasik dah. Yang penting barang dalam parcel tu dulu harus dirobek untuk tahu isi dalamnya hehehe.

Wahhhh! Ah Kak Hang Li Po bagi something dari Hong Kong maaaaa! Eksaited gila aku dapat keychain kiut dari Hong Kong nih. Kembang kempis lobang hidong sebab ada orang tu tak lupe kiteww ni rupanya masa dia dok naik tongkang sana sini kat Hong Kong sana nu.

Bila nak buleh dapat travel obersea entahla. Nampak gaya macam takde peluang je sebab mak aku memang dah bagi syarat kalo kakak nak pegi mana² tempat tambah² yang kena naik kapal terbang, tunggu je bila dah kawen nanti. Pergi dengan hasben kakak, mak dah tak risau lagi dah. 

Nampak dak? Nampak dak? Tu sebab paling utama kenapa aku masih belum pernah travel ke mana-mana naik belon ni. Sipbaikla aku ni jenis anak dengar kata. Kalo tidak, idoknye aku pedulik. Tah ke mana² dah aku pergi =P

Tajuk macam misteri sangat hahaha 
Mekaseh Ah Kak chantekkkkkkk hehehe


Join : Mini Giveaway By azhafizah.com

26 January 17 Comments
Klik banner untuk join 

Nak join Mini GiveAway by Azhafizah dot com pulak. Untung kalo ada luck boleh menang sample Nurayysa Beauty Soap (seperti dalam gambar) Bukan untuk 1 pemenang tapi untuk 20 pemenang taw!  Sample aje ye. Bukan sabun seketul tu. Kalo nak seketul kena order dan bayar la ye nak. hehehe =D

Fuhhhh fuhhh moga² ada luck la hehehe


Jauh Katanya

26 January 19 Comments

Semenjak dua tiga menjak ni kelopak mata sebelah kanan dok berkedip aje. Tapi disebabkan sebelah kanan jadinye tak berapa risau sangatla sebab selalunye kalau sebelah kanan ni yang baik² aje. Bila di google² terjumpakla pasal mata berkedip ni.

Kelopak mata sebelah kanan bahagian atas berkedip - akan berjumpa orang jauh atau yang lama terpisah atau akan mendapat berita baik.

Ahah! Part berita baik tu aku lega. Part yang berjumpa orang jauh atau yang lama terpisah tu ada sikit keluh kesah kehkehkeh. Apa² pun tak boleh la percaya sangat kan. Cuma harapan aku moga yang baik² aje lah.

Masih dalam mood jejak kaseh ke blog engkorang. Maap la makcik ni naik beskal aje. Non hado keretapi trem laju macam kat Jepun nun kikiki =D