Family Arrangement

by - 03 February

Selasa | 03 Februari 2015
13 Rabiul Akhir 1436 Hijrah


---------------------------------------------------------------------------------
Amir : Ana ! Lama tak dengar citer. Sehat?

Aku  : Sehat macam biasa hehe. Hang apa citer? Dengar kata dah bertunang. Bila nak langsung majlis? hehe

Amir : Gitu lah Ana. Family arrangement.

Aku   : Wahhh kira baguihla tu! Makna kata full dapat RESTU family. hehehe

Amir : Well.. ya boleh dikatakan cenggitula.. tapi for many of you are not married yet, u still can choose. Choose wisely..

Aku   : Err.. kenapa cakap camtu pulak?

Amir : Nanti hang faham. hehehe

Aku   : Bukan ke kalo pilihan family tu, yang tu la yang terbaek hehehe

Amir : Tu typical malay drama boleh la Ana hahaha

---------------------------------------------------------------------------------
Pada aku, Amir tetap bertuntung. Ada family yang dah tolong carikan calon apa segala. Tuan badan tunggu terima je lagi. Tak ke mudah cenggitu kan? Tapi aku sedikit keraguan bila Amir kata yang part   "u still can choose, choose wisely" . 

Memangla kena choose wisely. Nak hidup bukan sehari dua dengan pasangan tu. Tapi bila dah family yang pilih, aku rasa itu mesti la yang terbaik. Errr tapi tak taulah kalau si Amir ni tak bekenan kot dengan pilihan family dia tu.. Entah.. Aku belum la sampai nak jadi wartawan melodi p soal jawab si Amir nak suruh dia explain. Nanti nampak macam kepochi sangat pulak. Maklumlah, adab dan tatasusila harus dijaga kehkehkeh =P 

Selamat hari Thaipusam. Minahkumari Kalai sonokla dia raya harini kikikiki =D


You May Also Like

30 Lovenote(S)

  1. ada la sbb bro amir kata macam itu.. huhu
    apa2pun mmg senang kalau family yg tolong cari..

    ReplyDelete
  2. Minahkumari Kalai sibuk ikat sari... He He He...

    ReplyDelete
  3. mungkin amir kenal pompuan tu kot.. takpun dye ade yg berkenan di hati..huhu... :D

    ReplyDelete
  4. arap nt pas kawen dorg idop bhgia walaupon bkn pilihan hati sndiri..
    tp kalo blh kite nk pilih psngan idop sendiri la kan..
    hehe

    ReplyDelete
  5. inshaALLAH boleh hidup bahagia tu. banyak jugak perkahwinan yg family arrange berjaya. inshaALLAH. :)

    ReplyDelete
  6. moga moga amir tu bahagia dengan pilihan keluarga dia.

    ReplyDelete
  7. The thing about family arrangement ni,ianya bergantung kpd parents itu sendiri.
    Kalau dia betul2 pilih atas segala dasar yg sebenarnya, it'll end okay.
    Tapi kalau jenis parents yg pilih atas sebab2 tertentu (contohnya sbb harta, or pujuk rayu, or ada agenda lain), itu yg akan menjadikan anak sebagai mangsa.
    Tapi percayalah, setiap yg berlaku ada hikmahnya. Kalau bukan utk kita, hikmahnya utk org lain :)

    ReplyDelete
  8. teringat ada kawan dr negara lain memang ingat yg kita ni, marriage memang diatur keluarga. pastu dia tanya la, takde peluang buat pilihan sendiri ke. diorang okay je bila diexplain, tak semua org macam tu, dan sekarang ni pun banyak org kahwin dgn pilihan sendiri :)

    ReplyDelete
  9. hehehee...kena tengok situasi jugak kot...ada orang selesa dengan pilihan keluarga...ada jugak yang tidak berjaya mempertahankan mahligai....dua-dua situasi ni pernah terjadi dengan kawan-kawan...pape pon kita doakan yang terbaik utk mereka :)

    ReplyDelete
  10. pilihan keluarga adalah terbaik tetapi perlu juga kita sebagai anak membuat pilihan sendiri kerana ada kemungkinan pasangan yg bakal di kahwini tidak serasi..jika parent suka tetapi diri sendiri x boleh nk accept susah juga tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita ada hak utk bersuara..hihi

      Delete
    2. kasi suara merdu mcm CT Nurhaliza sikit baru dorang nk dengar hihih

      Delete
  11. Rasanya lg senang family yg aturkan. Tak pyh peniing2 pilih. Hehe

    ReplyDelete
  12. bertuntung pun boleh kak Ana~

    Haaa family arrangement, cam takut jekk

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah bertuntung rupanya...

      Alhamdulillah la cam gitu ^-^

      Delete
    2. NA je yg perasan "bertuntung" tu rupanya hahaha

      Delete
  13. Mungkin kena baca kisah cinta Salman Al-Farisi kat blog MSelim... bagus ceritanya... tapi pendapat peribadi saya walaupun saya belum berpunya yer...

    mungkin pasangan yg dijodohkan bukan yang kita senangi... tapi kena ingat dia juga belum tentu senang dengan kita.. dua dua akan ada kekurangan (so cermin diri sendiri dulu... adakah kita perfect untuk dia)... kata lah contohnya pasangan tu gemok dan dia tak suka... sebagai suami lah dia kena bersama2 mengubahnya... sebagai bf atau tunang sekalipun dia tiada hak... ingatlah setiap perkara itu susah dipermulaannya... bersyukur dia sudah akan dijodohkan sedangkan diluar sana ramai yang menanti jodoh dalam keadaan bingung seolah2 tiada jalan keluar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. penerangan dri Najib.. bagus2

      Delete
    2. Najib kepunyaan mak ayah..kan kan..kan

      Delete
    3. tapi kan Najib kalau tiada KESERASIAN ROH pada permulaan nya agak susah tu...ibarat air dan minyak...kiranya faktor ini perlu di ambil kira

      Tapi kalau dah jodoh..masing2 suka. bertemu dan bersama..then dalam tempoh itu baru mengenali hati budi masing2 serta baru tahu kekurangan pasangan..so kita perlu adopt dan adapt dan saling lengkap melengkapi, menerima kekurangan yang ada di samping mendapat pertolongan dan petunjuk dari Allah..just my 2 cents.

      Delete
  14. hehehe... jangan jadi kepochi ana, nanti hal anda pulak bakal ada orang lain yang tolong kepochikan, nehi nehiii... hahah ;p

    ReplyDelete
  15. betul memang beruntung. saya ni kalau boleh nak suruh family yang arrange kan. give up dah nak cari. bukan sebab apa, sebab saya x reti nak mulakan dulu. macam reflex action. tapi umi pula x nak. ummi suruh cari sendiri. haiyaaa... mana nak kaut ni...

    setuju. cari pasangan mestilah kena wisely. bukan barang lelong.

    ReplyDelete
  16. kekadang pilihan family pun ada yang tak sesuai dengan kita.. apapun doakan yang terbaik untuknya.. manalah tau selepas kawin semuanya akan ok..

    ReplyDelete
  17. Kalau dah jodoh tak kemana :) Selalunya memang pilihan keluarga yang terbaik..tapi kalau hati tak suka..susah jugak kan...hmmm

    ReplyDelete
  18. kekadang ada yang suka dengan pilihan keluarga dan ada yang tidak..rumit juga kalau hati tak suka..

    ReplyDelete
  19. sy juga pilihan keluarga. choose wisely bg saya adlaah, kalau x serasi dgn pilihan tu, pilihlah samada nak serah pada Allah atau nak ikut hati sdiri. kebahagiaan sebenar bukan d syurga sahaj. ukuran perkahwinan bukan hanya 5 tahun pertama.

    alhamdulillah, kami stabil bila memasuki tahun ke 6 ^^ eahhhhhh... dah masuk tahun ke 6 lah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...sudah tentu banyak liku2 hidup yg perlu di tempuhi kan Zinnirah

      Delete
  20. betul cakap dia tu. hidup dengan pasangan ni kalau boleh dibawak sampai ke mati.

    ReplyDelete