jeruk bawaku pergi demo anti PTPTN

fuhhhh~ dah masuk april! guwa ditinggalkan bekerja sesorang sebab partner guwa (cik ida) p kursus di SKMM Penang start 26 sampai 29 mac aritu.. finally cik ida dah balik.. and part yang bestnye sebab kepulangan cik ida bukan dengan tangan kosong.. beliau tak lupa kat guwa ni.. guwa dapat souvinier dari penang-jeruk! Trime kaseh cik ida!!! i lap u lah ceni!!!! wohooooo~


tak sempat nak kuarkan dari plastik dah habes guwa bedal =P

itu part jeruk.. now part "bawaku pergi".. dah diharamkan ea lagu tu?? sebabnye??? based on rungutan Presiden Majlis Pemuafakan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Mohd Ali Hassan yang meminta lagu tersebut diharamkan kerana membawa unsur negatif serta boleh mendorong remaja lari dari rumah...

sumber :  gua.com.my


tapi ramai je yang respon cakap tulis takde kene mengena pon lirik lagu ni dengan kes remaja nak lari dari rumah ke hape.. takyah tunggu lirik lagu pon kalo dorang nak lari.. kalo ada berita pasal kes lari rumah pon takde plak tulis penyebabnye :  "terpengaruh dengan lirik lagu" <--releven gak kan? mungkin ini kot yang worang kate marahkan nyamuk, pigi bakar itu kelambu =P    lu orang remaja rase????


and now part  "demo anti PTPTN"... pasal hutang pon nak kecoh gak ke? siap nak buat demonstrasi bagai.. dah hutang,pandaila bayar.. semua benda nak free.. masa nak hutang taknak pikir,bila dah time kena bayar, macam-macam alasan plak.. orang len rilek je bayar.. kalo nak free, mintak bapak sendiri buat Universiti arrr bro! 

"Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mensasarkan 5,000 mahasiswa dan 'mangsa' hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan turun berhimpun menuntut pemansuhan pinjaman itu bulan depan.Perhimpunan itu akan diadakan pada 14 April ini di Dataran Merdeka bermula jam 2 petang."Ia sebagai satu simbolik kepada kerajaan, bahawa mereka tidak lagi dipercayai, untuk membawa agenda pendidikan percuma dan mansuhkan PTPTN," katanya."

sumber : demo anti-PTPTN

guwa setuju dengan satu komen reply nih :  

"...aku baru selesai bayar PTPTN. charge..3%. Satu sen tak boleh discount. Ujrah, aku tak layan. 8 tahun bayar. Adilkah jika kalian sume berhutang dan kemudiannya mahu tuntut lupus. Bukan soal politik atau soal kerajaan, soalnya kamu berhutang. Lepas grad dengan bangga kamu memiliki kereta baru, isteri anggun, apartment moden... lagi hutang belajar mau lari. Ada maruah tak? Kalu ada maruah, bertindaklah sebagai seorang muslim yang bermaruah. Hutang wajib dibayar walau tidak dituntut... Tanyalah ustaz."




komen yang ni pon guwa setuju :


"Orang nak ke universiti, engkau pun nak ke universiti. Orang dapat biasiswa, engkau pinjam daripada PTPTN. Orang berbiasiswa dapat ijazah tak payah bayar kos pengajian, engkau yang pinjam daripada PTPTN iri hati.Ni lah perangai orang kita - tak boleh tengok orang lain lebih sikit.Pinjam duit nak belajar, pasal kemudian hari, engkau nak hidup senang, bukan? Kalau tak sanggup bayar, kenapa engkau pergi pinjam duit kerajaan?Nak beli rumah, pinjam duit bank, bukan? Adake masuk akal, bila dah dapat rumah, engkau tak nak bayar balik duit bank?Dah banyak dah kerajaan beri benda free-free. Sudah-sudahlah tu. Jangan menagih subsidi kerajaan memanjang..."

banyak lagi komen balas yang ada.. guwa bukan anti mana-mana pihak.. guwa jugak bukan penyokong tegar mana-mana pihak..tapi akal allah bagi,tolongla guna sebaik-baiknya.. jangan sampai gelap bijik mata sebab harta dunia.. orang lain pon ramai je susah + kena bayar hutang tapi hidup aman je.. rilek je bayar.. pandai hutang,mau pandai bayar balik arrr.. lu yang cari tempat nak p pinjam, lu yang sign agreement, lu sendiri bayar la bro!  




guwa pon pinjam PTPTN..guwa tak pernah joli pon sepanjang guwa study sebab guwa tau guwa bkn dari family senang.. duit PTPTN tu je la cukup² untuk guwa makan+minum+belanja masa kat Uni.. guwa tak gamak nak mintak kat mak abah guwa kat kampung.. takde istilah nak beli henpon baru / shopping baju+kasut+baju baru / tengok wayang macam student²  kaya yang lain.. sendiri dah buat pinjaman, sendiri bayar arrr.. semua nak free, untung arrrr! apsal nak buat muka toye plak nak buat demonstrasi bagai.. jadah hape???



11 comments:

  1. mungkin diorg nak tuntut supaya kadar 3% tu dimansuhkan..macam da jadi sistem riba~ RAsulullah pun haramkan riba ^^ setahu saya la... hehehe,

    n saya x nak sebelahkan mane2 pihak.. ptptn utk bntu rakyat bukan utk menyusahkan..jadi pa kata mansuhkan y 3% tu.. ^^ hutang tu maintain bayar mcm tu jugak.. baru berlaku adil ..heheh

    just my opinion la.. n baru rabu lepas sya settlekan pinjaman ptptn sekaligus.. walaupun x abes blaja lagi..simpan sket2.. cari income tmbahan kalau nak byar cepat x nak ada kenaikan 3% ^^ ye dak?

    betul tak? tu salah satu solution la

    ReplyDelete
  2. @ijam ismail: TQ ijam bw here..will hit u back ;)

    ReplyDelete
  3. @senyumSOYA: mana2 hutang pon memang adatla ada riba tu smua..hutang rumah/loan bank.. kalo yg perbankan islamic je kot xde.. yg part mintak hapuskan PTPTN ni mmg mcm kurang hajar la.. sy sendiri pon usaha byr balik pinjaman.. kalo xnak yg 3% tu, ikot la cara nye..kalo byr awal,xdela sampai kena charge 3% tu kan?? alah ni smua agenda nak huru hara kan negara je ni.. HUTANG pon nak kecoh..

    mcm2 solution ade utk setelkan.. tp ade yg pilih jln mcm haremm jgak =P

    ReplyDelete
  4. xbley kira adat jugak..
    Islam mengharamkan riba ^^
    kita kan islam.

    tapi dah nme nya hutang.. mmg WAJIB BAYAR ^^ kan3?

    ReplyDelete
  5. yup.sy silap kat part riba tu.maaf :)
    yang part HUTANG WAJIB BAYAR tu yup agreed :)

    ReplyDelete
  6. Sekarang ramai yang sangat pandai BERHUTANG dan sangat bijak dalam MENIDAKKAN HUTANG.

    Hutang Wajib bayar. Kalau boleh buat dan Bayar Hutang Kereta, Rumah...kenapa Hutang nak Jadi Orang Berjaya (Hutang Belajar) Nak dilupuskan.

    Sangat Pelik

    ReplyDelete
  7. setuju dengan semua di sini. Kalau dah berhutang tu memang wajib bayar lah, bukan soal politik, kerajaan atau apa. Dengan siapa kita pinjam, dengan dialah kita bayar tak gitu?

    ReplyDelete
  8. hutang memang wajib dibayar!!

    kalau bayar sikit-sikit insyaallah pasti akan habis...:)

    demontrasi ni untuk yg 3% tu kot...

    ReplyDelete
  9. Sebenarnya, mereka mencari jalan senang untuk keluar daripada masalah. Bila mereka tidak dapat sesuatu, mereka mencari alasan. Seperti Robin Hood, Mencuri daripada orang kaya untuk beri kepada orang miskin. Sebenarnya cerita itu tak betul, orang kaya itu (bukan daripada cerita robin hood) bekerja keras untuk mendapatkan hasil yang banyak, tiba-tiba orang miskin marah suruh kasi share hasil mereka. Mana boleh macam tu kan?

    Sebab tu para mahasiswa kena pandai bab kewangan. Ini dipanggil Financial Literacy, di mana mahasiswa kena pandai adaptasi di dalam dunia yang makin padat. Kalau dah tau pekerjaan tak banyak dah, kena la buat kerja sendiri. Sebab tu di Universiti terdapat banyak subjek keusahawanan di ajar, supaya para mahasiswa boleh berdikari selepas graduasi. Nak mahir bab kewangan tak semestinya kena ambil program perniagaan, buku-buku di Perpustakaan, malah INTERNET pun boleh digunakan untuk menggilap Financial Literacy mahasiswa.

    Bagi saya, Demo ni membazir sahaja. KECUALI kalau ada di kalangan mahasiswa di situ ada jual air kepada bebudak yang berdemo. Itu saya berstuju, sebab dia sedang mempelajari selok belok perniagaan, improve financial literacy dan menyediakan dirinya untuk alam perkerjaan.

    :)

    ReplyDelete
  10. pandai pinjam pandai la bayar balik

    ReplyDelete