Monsun Beralih Sudah

29 March 18 Comments
 MET Malaysia dah keluarkan info berkenaan Peralihan Monsun. Jadi musim panas yang panjang akan beralih ke musim hujan.Banyak kawasan yang lama tak hujan terutama di Utara Malaysia.Bila hujan Alhamdulillah sejuk sikit dan lebih tenang berpuasa.Tapi bila angin kuat, kasihan bila terkenang para peniaga di Bazar...

Menu Ramadhan 16

29 March 13 Comments
 Untuk Ramadhan Ke 16, menu utama kami Ikan Kukus Air Asam.Lauk jenis macam ni hanya Mak,Abah dan aku yang makan.Dan juga kerabu kacang botol campur dengan kobis dan sambal kelapa.Buat lebih sikit dan bagi sorang sikit dengan jiran sebelah heheheMacam biasa menu untuk Bong, dia request nak Roti Crispy Mushroom Carbonara.Buatkan...

Menu Ramadhan 15

27 March 17 Comments
 Untuk Ramadhan Ke 15 kami sekeluarga dimulakan dengan Terung Goreng Tepung. Disebabkan terung yang jiran bagi semalam tu masih ada,jadi Bong request menu yang ni.Abah teringin Kangkung Goreng Belacan, jadi kita tunaikan permintaan Abah.Mak teringin Masak Lemak Kobis,jadi kita buat juga walaupun takda sayur pucuk...

Menu Ramadhan 13 & 14

26 March 16 Comments
 Untuk menu Ramadhan Ke 13, si Bong teringin nak makan Bihun Singapore. Kita pun buat lebih sikit berbagi jiran (kawan-kawan Geng Mesyuarat Tingkap Mak) heheheAbah & Mak teringin nak makan Ikan Cencaru Sumbat Sambal Kelapa.Tapi taknak pedas sangat (campur cili pedas & yang kurang pedas)Bahaya kalau tersilap...

Menu Ramadhan 11 & 12

25 March 15 Comments
 Untuk Ramadhan Ke 11, menu aku sekeluarga macam biasa dimulakan dengan menu permintaan daripada Si Bong. Bong kata teringin nak makan Shawarma tuuuuuu nak kena p KL sana nu! Sesungguhnya ketahuilah bahawa kakak mu ini tiada kerajinan nak ke sana.Jadi merajinkan diri merekacipta sendirilah shawarma tapi ikut...

Menu Ramadhan 10 - Roti Khurasan

22 March 19 Comments
 Untuk Ramadhan Ke 10, Bong request nak makan Roti Khurasan atau ada yang sebut Roti Arbak.Untuk inti tu terpulang nak guna isi ayam atau daging cincang pun boleh.Kemudian boleh tambah lada benggala hijau merah kalau nak ada warna warni.Kalau taknak letak sayur pun boleh je ikut tekak kita yang nak makan hehehe ...

Menu Ramadhan 9 - Pocket Doremon

21 March 19 Comments
 Menu Ramadhan Ke 9 permintaan si Bong nak makan Pocket Doremon.Malam lepas teraweh yang dah buat Roti John tu, teruslah cuci dada ayam untuk perap.Tekapkan dua keping roti putih gunakan penutup bekas kuih raya atau mana yang sesuai.Celupkan dengan telur dan salutkan dengan serbuk roti (kalau rajin boleh buat sendiri...

Meroti John Pulak Kita

20 March 13 Comments
 Ingatkan selesai dah juadah untuk Ramadhan 7 & Ramadhan 8, bila Bong sampai je ke rumah lepas balik dari kerja lebih kurang jam 6.00 macam tu, dia kata sedapnya kalau dapat Roti John lepas Teraweh nanti. Kita ni cakaplah ha nanti lepas Teraweh pergi lah singgah tengok kat stall Abang Burger lorong belakang...

Menu Ramadhan 7 & 8

20 March 14 Comments
 Juadah Ramadhan Ke 7 & Ramadhan Ke 8 untuk aku sekeluarga dimulakan dengan.....Abah teringin nak makan Murtabak Pisang sebab dah seminggu Abah cuba cari di Bazar Ramadhan tapi takda peniaga yang jual. Jadi untuk tak menghampakan, kita cuba buat untuk Abah heheheUntuk tekak Si Bong pulak, dia minta nak makan Murtabak...
Page 1 of 162123162Next