Minat Mengayam

 


Balik rumah tengok nenek dah mengayam lagi
Tali baru sampai terus buat

Berbaki 2 bulan nenek di Selangor sebelum balik Sarawak

Sejak bulan lepas nenek dah siapkan
1 tikar
4 bakul kain
4 bakul utk kutip sayur😂
1 bakul isi perkakas dapur
1 bakul utk tampi2 beras konon nyer saya lah tu request nak menampi tak tau bilalah

Tapi nenek tak bagi jual
Dia suruh saya simpan tanda kenangan

Nenek tak boleh duduk diam
Kene ada aktiviti
Kalau tak dia akan demam atau sakit

Jadi saya kene standby beli tali supaya nenek ada kerja yg dia suka dan minat

Tq Nenek

Sumber : Facebook Wani

**********************************
Cantik betul anyaman tikar Nenek Wani ni.
Dan untung Wani masih ada Nenek yang masih mampu buat anyam tikar.
Hasil seni kraf tangan macam ni nilainya tinggi.
Tak ternilai kalau nak dijual.

Mak pernah cerita waktu dia kecil dulu, arwah nenek pun buat anyam tikar.
Tapi Mak tak sempat belajar sangat sebab masa tu banyak main-main.

Zaman sekarang apa saja 'ilmu kemahiran' yang ada memang berharga.
Apa yang yang bermula dari minat boleh menjana pendapatan memang tak rugi kan?

7 comments:

  1. bestnya... cantik sungguh hasilnya...

    ReplyDelete
  2. Memang cantik. Berseni betul tangan nenek.

    ReplyDelete
  3. cantik hasilnya. Bukan senang nak menganyam tu.

    ReplyDelete
  4. Tadi ingat nenek Ana yang menganyam di atas dan ingatkan nenek Ana orang Sarawak, hehe.

    ReplyDelete
  5. Akk dulu sempat ikut arwah Mak ambil daun mengkuang di bendang utk dibuat tikar. Seronok tengok proses raut (buang) duri mengkuang. Paling best malam², teman arwah anyam tikar sambil Akk buat kerja sekolah. Allahu rindu dgn kenangan silam 🥹

    ReplyDelete
  6. bkn senang nk mengayam tikar tu...berseni orgnya

    ReplyDelete
  7. Sy dulu arwah mak suka buat tikar mengkuang...=D

    ReplyDelete