accept -- learn -- let go ♥

26 December 42 Comments

there are things that we dont want to happen
but have to accept,
things we dont want to know
but have to learn,
and people we cant live without
but have to let go--- 

Anugerah

16 December 33 Comments

12 Disember baru-baru ni Team kerja guwa join satu seminar persidangan berkenaan jalulrlebar di One World Hotel, Bandar Utama.. seminar yang start seawal jam 9 pagi tu memerlukan guwa dan Team kerja guwa hadir kerana ada sesi pengumuman pemenang bagi Pertandingan Video sempena Anugerah Transformasi Komuniti U-pustaka (ATKU 2012)..

Sepanjang pagi sampailah ke petang seminar tu berlangsung, ramai yang hanya dengar dan telan camtu saja kot rasanya.. mata semua pon pakat layu je.. guwa pon tak berapa hadap sangat sebenarnye bab-bab seminar ni.. siape yang minat nak dengar kalo kata “seminar” ni kan? kecuali terpaksa.. kehkehkeh

Sampai je part last – pengumuman pemenang, baru segar bijik mata.. dan Alhamdulillah video gabungan PJK Felda Gunung Bongsu + PJK Felda Ijok berjaya mendapat Naib Johan dan video gabungan PJK Felda Besout 1,2,4 & 5 dapat saguhati tempat kelima.. sesungguhnya guwa saaaangat bersyukur dengan kemenangan ni.. memandangkan baaaanyak dugaan semasa proses shooting --- editing --- rendering untuk submit video pertandingan ni.. dapat tercalon dalam top ten finalis pon guwa dah cukup terharu..


-hasil video team guwa-

Anugerah ni jugak merupakan penutup dan kenangan terindah yang kami dapat share with our beloved Incik Boss yang dah pon bertukar company dan tak lagi bersama company P1 Wimax.. 



Pesanan untuk Incik Boss : Terima kaseh untuk segalanya.. baaaaaanyak sangat yang Incik Boss dah buat untuk Team PJK dan terutamanya pada saye.. sesungguhnya hanya DOA yang mampu saye kirimkan setiap kali sujud.. DOA saye sentiasa bersama Incik.. anytime Incik rasa rindu pada Team ni, roger² je kami ;)



rasa itu

08 December 29 Comments
Alhamdulillah dah selesai semua site.. karnival jalurlebar untuk kali ni pon dah habes.. takde lagi dah guwa bizi terkejar sana-sini.. hidop pon kembali normal --- hanya pegi keje --- balik keje.. dok dalam ofis hadap komputer dan manusia² seperti sebelumnya.. 



dan guwa sangat syahdu bila Incik Boss guwa sendiri adelah silent reader diary kecil guwa selama ni.. macam yang guwa dah tulis dalam Grand Finale sebelum ni guwa memang tak cukup kuat untuk pandang Incik Boss on his final speech, so memang guwa tak mampu pandang.. hentian terakhir kamiorang masa tu di Petronas Sungkai.. ditemani pulak dengan titisan hujan.. seolah² mengerti rasa sebak -- syahdu guwa pada masa tu.. kawan² laen pakat bagi ucapan untuk Incik Boss, guwa tak mampu mengeluarkan kata² .. 

sesungguhnya guwa memohon ampun dan maaf pada Incik Boss kerana tak mampu menzahirkan kata² untuk diungkapkan.. Terima kaseh untuk segalanya.. banyak sebenarnya nak diucapkan tapi airmata mendahului segalanya.. tapi guwa yakin, Incik Boss memahami rasa itu

insyaAllah ukhwah yang dah terjalin akan kita pastikan kekal selamanya.. macam Optimus Prime cakap :


“..Our races united by a history long forgotten and a future we shall face together. I am Optimus Prime and I send this message so that our past will always be remembered. For in those memories, we live on…” – Optimus Prime

dimana pon kita, apa pon yang kita buat, our relationship will remain. insyaAllah :)
*guwa nampak je macam gengster tapi hati tisu sebenarnye.. kehkehkeh

Grand Finale

30 November 28 Comments

Alhamdulillah setel dah lagi 2 site Karnival Jalurlebar.. tinggal 1 je lagi final destination kat Felda Ijok, Selama Perak..

Kat entry sebelum ni Syazana Zainn ade tanye pasal karnival ni.. sebenarnye Karnival Hari Terbuka Pusat Jalurlebar yang guwa dok pulun update ni memang takde kuar promosi kat mane² channel tv.. dan jugak bukan semua Pusat Jalurlebar terlibat.. 

ada beratus Pusat Jalurlebar kat Malaysia ni.. dan ada pelbagai syarikat penyedia jalurlebar yang terlibat sebenarnye tapi yang terlibat dalam Projek Karnival yang guwa dok update ni hanyalah Pusat Jalurlebar under company telco P1 Wimax saje.. dan hanya ada 9 saje site yang berada di bawah kendalian P1 Wimax.. 9 site tu pulak adelah :

  • Pusat Jalurlebar Felda Gunung Besout 1, Sungkai Perak
  • Pusat Jalurlebar Felda Gunung Besout 2, Sungkai Perak (tempat guwa)
  • Pusat Jalurlebar Felda Gunung Besout 4, Sungkai Perak
  • Pusat Jalurlebar Felda Gunung Besout 5, Sungkai Perak
  • Pusat Jalurlebar Felda Trolak Utara, Sungkai Perak
  • Pusat Jalurlebar Felda Sg Klah, Sungkai Perak
  • Pusat Jalurlebar Felda Sg Behrang, Slim River Perak
  • Pusat Jalurlebar Felda Ijok, Selama Perak
  • Pusat Jalurlebar Felda Gunung Bongsu, Kedah


memang tak mustahil lah ramai je yang tak tahu pape pon pasal Karnival ni sebabnye die tak la grand macam karnival jom heboh tu.. kehkehkeh

dan InsyaAllah pagi sabtu ni kamiorang akan berkonvoi beramai² untuk ke destinasi terakhir iaitu di Felda Ijok.. semoga segalanya dipermudahkan.. aminnn

part yang agak sedih adelah -- bila berakhirnya Karnival di Felda Ijok, maka berakhirlah jugak kontrak tugasan Incik Boss bersama kami.. Incik Boss bakal berpindah ke Telco lain.. tidak lagi bersama kami selepas ni.. kepada kauorang yang selalu jejak ke diary kecil guwa ni mungkin  faham betapa erat dan kukuhnya ukhwah yang terjalin antara kami (pekerja) dengan Incik boss.. 

tempoh 3 tahun lebih kamiorang bersama, mengajar baaaaaanyak ilmu.. baaaaaanyak pengalaman yang kami dapat bersama.. dan Karnival di 9 site ni jugak sebenarnye adelah seumpama countdown buat Incik Boss.. jadi bila dah sampai ke destinasi terakhir ni memang sangat mencengkam jiwa dan ragalah.. 

guwa rasa guwa tak cukup kuat untuk pandang wajah Incik Boss bila sampai part Incik Boss akan bagi final speech nanti.. seriyesly guwa tak cukup kental.. 

Doakan kami ---- 

  • Felda Sg Klah, Sungkai (13 Oktober)
  • Felda Sg Behrang, Slim River (3 November)
  • Felda Gunung Bongsu, Kedah (10 November)
  • Felda Gunung Besout 1, Perak (17 November)
  • Felda Gunung Besout 2, Perak (21 November)
  • Felda Trolak Utara, Perak (24 November)
  • Felda Gunung Besout 5, Perak (27 November)
  • Felda Gunung Besout 4, Perak (29 November)
  • Felda Ijok , Selama Perak (3 Disember)

sistem barter

25 November 16 Comments
Alhamdulillah dah selesai 3 lagi site Karnival Hari Terbuka Pusat Jalurlebar.. guwa rasa dah agak lama tak menjenguk ke sini.. maklumla agak sibuk dengan perkara² yang perlu diselesaikan untuk karnival..
Gap antara karnival site Felda Besout 1 (17 November), Felda Besout 2 (21 November) dan Felda Trolak Utara (24 November) tak jauh sangat.. tak sempat nak benafas la orang kata =P  tapi Alhamdulillah dah selesai jugak tempuh segala dugaan..
Site tempat guwa sendiri Felda Besout 2 selesai dengan jayanya.. guwa sangat bersyukur dikurniakan Team Kerja yang sangat ohsem.. walaupun masing² masih tak hilang penat, masih mampu tersenyum ceria je bantu untuk jayakan karnival tempat lain..

*************************************
Karnival di Felda Besout 1 :
-Alhamdulillah Guwa masih diberi kepercayaan sebagai cameraman bersama partner guwa (Asmah).. maka kami memang menggunakan sepenuhnyelah kuasa sebagai cameraman tu untuk snap segala apa yang ada =P

Karnival di Felda Besout 2 :
-Kat tempat guwa, Alhamdulillah cuaca sangat bagus dari pagi sampailah selesai sesi pemberian hadiah kepada pemenang.. lepas tu je baru turun hujan.. hujan rahmat barangkali.. hehe

Karnival di Trolak Utara :
-Sekali lagi guwa dan partner guwa Asmah ditugaskan jadi cameraman.. tapi masa di Trolak Utara ada sikit cabaranlah sebab awal pagi hujan turun.. sebelah petangnye pulak guwa diberi kepercayaan untuk jadi Pengerusi Majlis bagi Majlis Penutup.. dan Alhamdulillah sebab perasmi hadir awal.. dapat kami setelkan sesi closing awal..
*************************************

Guwa rasa Sistem Barter dalam kehidupan saaaaangat penting.. Senang cerita kena ada “give and take”, memberi dan menerima. Memang penting itu semua andai takde kita akan jadi pentingkan diri sendiri. Tak sudi menerima, apatah lagi memberi.. 
Guwa ingatkan diri sendiri supaya jangan sesekali lupa jasa orang lain yang pernah tolong kita.. tak kira lah sekecil mana pon bantuan yang diberi, jangan sesekali sakitkan hati insan lain.. selalu ingat frasa ni :

“what u give, u get back”

berbaki lagi 3 site.. doakan segalanya dipermudakan :)

  • Felda Sg Klah, Sungkai (13 Oktober)
  • Felda Sg Behrang, Slim River (3 November)
  • Felda Gunung Bongsu, Kedah (10 November)
  • Felda Gunung Besout 1, Perak (17 November)
  • Felda Gunung Besout 2, Perak (21 November)
  • Felda Trolak Utara, Perak (24 November)
  • Felda Gunung Besout 5, Perak (27 November)
  • Felda Gunung Besout 4, Perak (29 November)
  • Felda Ijok , Selama Perak (3 Disember)