Sepuluh Hari Cabaran | Day #1

13 September 6 Comments

Tahun lepas, untuk bulan September, aku ada buat Ten Days Photo Challenge. Untuk tahun ni aku rasa macam nak buat Ten Day Blogging Challenge pulak. Aku jumpa kat google benda ni. Mudah je caranya. Follow je daripada Day 1 sampailah Day 10. (Takde keje cenggini la jadinya hahaha)



Day #1 : Reasons You Love Your Job.

1.Punca Rezeki
Of kos la disebabkan aku ada kerja sekarang ni, aku boleh teruskan kelangsungan hidup aku untuk hari-hari mendatang. Bayar segala hutang yang ada. Kalo takde job, mane nak dapat duit? Tunggu jatuh dari langit? Cliche sangat aih jawapan kikiki

2.Faedah / Benefit
Aku tak kejar sangat pon benda ni. Aku jenis selagi mana aku mampu kerja, aku pulun je. Pada hal kadang tu orang sekeliling pulak yang kata : 

"Apalah hang ni Ana. Orang lain semua kerja sebab nak bonus etc bla bla bla.. Hang ni rajin tahap apa je. Fikir la bonus sama".

Jawapan aku mudah je. Aku kerja ikut ikhlas hati aku. Macam ada orang pernah kata :

"Kalau gaji kita seribu tapi kita kerja macam gaji kita tiga ribu, nanti Allah bayar yang belen lagi dua ribu dalam bentuk lain contohnya kesihatan ke, keluarga bahagia ke dan lain lain lagi lah.."

3.Untuk Dapat Perhatian
'Perhatian' kat sini maksud aku dari segi yang positif. Contohnya kalau kita kerja ikhlas tak berkira, ishaAllah nanti pihak atasan (Boss / Superior) kita akan nampak je keikhlasan kita tu. Tapi ada je Boss yang jenis tak reti-reti nak nampak semua keikhlasan kita tu. Maklumlah mungkin sebab jerebu tebai sekarang ni hahaha

4.Batu Loncatan
Pekerjaan yang sekarang ni jadikan tangga untuk kita pergi next level dalam bidang pekerjaan. Maksud aku, contohnya kita dah beberapa tahun dalam bidang kerja yang sekarang ni dan akan sampai satu tahap kita akan jadi bosan. Kalau kita pandai cipta networking yang positif di kalangan rakan sekerja atau pun Boss / Superior kita, mana tahu nanti akan ada peluang kerja yang lebih baik lagi dorang boleh suggest kat kita. Kadang-kadang ada je orang lain nampak kebolehan kita yang kita sendiri tak perasan pun selama ni ;)

5.Kepuasan
Aku suka ada satu phrase tu lebih kurang cenggini :

"Kalau kita tak anggap pekerjaan kita satu KERJA, kita akan rasa ikhlas dan lebih puas"

Paham kot? Aku tak tawu nak explain cemana tapi pada aku, KERJA aku yang sekarang ni, aku memang tak rasa pon ia satu KERJA. Aku tak terasa pon bebanan kerja tu. Boleh masuk kerja rilek. Balik kerja rilek. Kerja dalam kampung sendiri. Stay dengan family sendiri. Mungkin yang tu lebih membuatkan aku tak rasa terbeban agaknya kot.

Engkorang ok dengan kerja yang sekarang? Kalau makin rasa tekanan, tu maknanya kena tukar kerja lain lettewwww kehkehkeh =P







Semoga Selamat

12 September 6 Comments

Takziah buat  jemaah haji yang terlibat dalam tragedi kren runtuh. Ramai mangsa yang sudah dikenalpasti dan ada juga jemaah yang masih belum dijumpai. Salah sorangnya jiran dalam kampung aku ni. Sahabat mak aku sendiri. Makcik Rusiah. 


status kakak kepada kawan anak Makcik Rusiah

Sebulan lepas Makcik Rusiah ada datang ke ofis aku untuk semak tarikh dia pergi haji. Kebetulan pulak masa tu network pulak down, tak dapat nak tolong masa tu tapi Alhamdulillah Makcik Rusiah dapat semak kat tempat lain.

Mohon doa dari kita semua supaya Makcik Rusiah dijumpai dengan selamat dan semoga jemaah yang lain dilindungi sepanjang menjalankan ibadah kat sana.




Semangat Merdeka

11 September 16 Comments

Walaupun hari merdeka dah berlalu pada 31 Ogos haritu, tapi semangat merdeka belum pudar lagi. Harini Cikgu Tabika (yang selalu datang bawak anak-anak murid dia belajar komputer kat tempat keje aku ni) , buat satu pertandingan pakaian beragam bertemakan Jalur Gemilang sempena Hari Malaysia (16 September). 

Haaaaa macam-macam fesyen yang mak dan ayah bebudak tadika ni pakaikan untuk anak masing-masing. Comel gila aku tengok adik-adik kecik ni semua. 

Johan pertandingan pakaian beragam ni jatuh kepada adik yang pakai Button Number 6 tu. Nama dia Nur Umairah Syahmina Binti Ibnu AlQashah tapi panggil Kakak je. Mak nye classmate aku dulu-dulu. Sekarang ni mak nye jadi Ustazah sekolah KAFA. Tengok muka anaknye si Kakak ni, tawu dah mak nye mesti jenis lemah lembut orangnye kan? Kakak ni kalo datang belajar komputer memang jenis fokus budaknye. Selagi tak siap, taknak benti die. Ada kawan dia yang jenis duduk 5 minit je pastu dah taknak dah buat. Nak main je lari sana lari sini. Memang si Kakak akan tegur suruh duduk diam jangan bising, orang nak siapkan keje ni katanya.

Aku suka dengan bebudak. Tambah pulak kalo bebudak yang jenis mau dengar kata tapi kalo hadap bebudak tadika datang segerombolan, memang jenuh jugakla. Ramai yang nakal lagi daripada yang mau dengar kata. Rasa nak cubittttt je tapi takdelha aku cubit pon. Nak mampos engko cubit anak orang lain? Mak bapaknye report kang naya je ke dalam perginye 

"Heyyy aku mak die pon tak pernah cubit anak aku tau! " 

Haaaa gitu dibalasnye kang. Nak??? kikiki





Sekodeng Part 4 : How To Make Golf Ball Ladybugs

10 September 15 Comments

Haritu masa cuti Hari Merdeka aku dah buat DIY Project : Crayon Candle dengan anak buah aku yang tunggal tu (si Rafael Zafuan). 


Disebabkan aku beli crayon murah, dia(crayon candle tu) tak jadi kalerful macam yang sepatutnya aku harapkan. Kaler dia jadi pudar bila dah kering dalam cawan kaca mini tu. Nak share gambar dia pon aku takde selera. Tapi si Rafael slumber je seronok bila crayon candle hasil tangan dia tu berjaya menyala. Budak memang standard lah. Dapat main api atau main air memang terasa seperti di sorga dunia. Wahhhh gittewww kan =P

sumber : DIY Cozy Home


Cantik pulak tengok bola golf ladybug ni. Kalau kita buat banyak² pastu letak kat taman depan rumah kita mesti terasa comel je kan awak kan? Alah rumah awak, kan bakal jadi rumah saya jugak . Nanti kita buat sesama k ;)

Berangan jap. Pftttt~ kahkahkah





Sekodeng Part 3 : Cara Tukar Blogspot.my Kembali Asal Ke Blogspot.com

09 September 22 Comments

Sebelum ni aku ada share pasal yang blogspot dot com bertukar kepada blogspot dot my. Ramai yang masih tak berapa clear pasal benda ni. Aku sendiri pon tak perasan masa bila pertukaran tu berlaku. Tup tup tetiba masa aku tengok url aku dah takde dot com. Aku pon bukan paham pasal pertukaran ni. Cuma tu lah yang aku paham bila pertukaran ni berlaku, dia akan effect pada Adsense dan jugak SEO blog seseorang tu. 

*Kalau macam aku ni, blog aku takde guna coding Adsense atau teknik SEO tu so takde effect apa pon rasanya sebab Amir Zahari ade tolong bagi jawapan haritu.




Pastu masa aku terbang sana sini tadi, aku terjumpa entry pasal ni kat blog Nick Nashram. Aku mohon izin kat Nick untuk share kan entry untuk kembalikan blogspotdotmy tu kepada asal menjadi blogspotdotcom. Aku malas tak rajin nak tukar balik sebabnye aku dah tempek header baru dengan tudung baru tu. Kalau engkorang ada yang nak tukar balik, bolehla cuba ikot cara yang Nick bagi ni.

Mesti ramai yang terkejut bila url blog bertukar dari blogspot.com ke blogspot.my. Rasanya perubahan ini sejajar dengan perubahan logo Google yang baru. Mungkin jugak Google nak buat pengasingan pengguna blogspot mengikut negara. Kalau blogger Malaysia, dari blogspot.com akan bertukar jadi blogspot.my :)

APA AKAN JADI BILA URL BERTUKAR?

Bila pelawat datang ke url yang lama (blogspot.com),Google akan redirect ke url yang baru (blogspot.my). Dan blog kita masih boleh diakses seperti biasa walau domain tu dah bertukar dan ianya boleh diakses dari seluruh dunia.

KESAN-KESAN BURUK BILA URL BERTUKAR?

1. Yang menggunakan pengiklanan Google Adsense dengan domain blogspot, secara tak langsung iklan Adsense hilang dari blog akibat perubahan url ini. Hanya boleh nampak tapak iklan yang 'blank space' sahaja.

2. Bagi blogger yang mempunyai header dan footer yang bertulis blogspot.com  atau blogspot dot com, terpaksa edit balik semua itu. 

3. Pertukaran url ini juga akan memberi kesan kepada ranking alexa blog anda. Ranking akan berubah sebab sebelum ni guna url blogspot.com.

CARA TUKAR BLOGSPOT.MY KEMBALI ASAL KE BLOGSPOT.COM

Inilah antara sebab-sebab kenapa perlu ada domain sendiri walaupun menggunakan platform blogspot. Maklumlah, kita duk menumpang atas tanah orang. Tapi jangan risau, sebab anda boleh tukar blogspot.my kembali asal ke blogspot.com.

Caranya, anda kena add script di atas / sebelum dalam blog.

1. Pergi ke Template - Edit HTML.
2.Tekan CTRL + F dan search perkataan < head > (rapatkan).
3. Dah jumpa,  add script yang bawah ni di atas / sebelum code < head >.




Boleh la cuba untuk dapatkan semula blogspotdotcom tu. Aku macam nak beli domain tapi macam tek reti je nak pasang. kehkehkeh =P