Tahun lepas, untuk bulan September, aku ada buat Ten Days Photo Challenge. Untuk tahun ni aku rasa macam nak buat Ten Day Blogging Challenge pulak. Aku jumpa kat google benda ni. Mudah je caranya. Follow je daripada Day 1 sampailah Day 10. (Takde keje cenggini la jadinya hahaha)
Day #1 : Reasons You Love Your Job.
1.Punca Rezeki
Of kos la disebabkan aku ada kerja sekarang ni, aku boleh teruskan kelangsungan hidup aku untuk hari-hari mendatang. Bayar segala hutang yang ada. Kalo takde job, mane nak dapat duit? Tunggu jatuh dari langit? Cliche sangat aih jawapan kikiki
2.Faedah / Benefit
Aku tak kejar sangat pon benda ni. Aku jenis selagi mana aku mampu kerja, aku pulun je. Pada hal kadang tu orang sekeliling pulak yang kata :
"Apalah hang ni Ana. Orang lain semua kerja sebab nak bonus etc bla bla bla.. Hang ni rajin tahap apa je. Fikir la bonus sama".
Jawapan aku mudah je. Aku kerja ikut ikhlas hati aku. Macam ada orang pernah kata :
"Kalau gaji kita seribu tapi kita kerja macam gaji kita tiga ribu, nanti Allah bayar yang belen lagi dua ribu dalam bentuk lain contohnya kesihatan ke, keluarga bahagia ke dan lain lain lagi lah.."
3.Untuk Dapat Perhatian
'Perhatian' kat sini maksud aku dari segi yang positif. Contohnya kalau kita kerja ikhlas tak berkira, ishaAllah nanti pihak atasan (Boss / Superior) kita akan nampak je keikhlasan kita tu. Tapi ada je Boss yang jenis tak reti-reti nak nampak semua keikhlasan kita tu. Maklumlah mungkin sebab jerebu tebai sekarang ni hahaha
4.Batu Loncatan
Pekerjaan yang sekarang ni jadikan tangga untuk kita pergi next level dalam bidang pekerjaan. Maksud aku, contohnya kita dah beberapa tahun dalam bidang kerja yang sekarang ni dan akan sampai satu tahap kita akan jadi bosan. Kalau kita pandai cipta networking yang positif di kalangan rakan sekerja atau pun Boss / Superior kita, mana tahu nanti akan ada peluang kerja yang lebih baik lagi dorang boleh suggest kat kita. Kadang-kadang ada je orang lain nampak kebolehan kita yang kita sendiri tak perasan pun selama ni ;)
5.Kepuasan
Aku suka ada satu phrase tu lebih kurang cenggini :
"Kalau kita tak anggap pekerjaan kita satu KERJA, kita akan rasa ikhlas dan lebih puas"
Paham kot? Aku tak tawu nak explain cemana tapi pada aku, KERJA aku yang sekarang ni, aku memang tak rasa pon ia satu KERJA. Aku tak terasa pon bebanan kerja tu. Boleh masuk kerja rilek. Balik kerja rilek. Kerja dalam kampung sendiri. Stay dengan family sendiri. Mungkin yang tu lebih membuatkan aku tak rasa terbeban agaknya kot.
Engkorang ok dengan kerja yang sekarang? Kalau makin rasa tekanan, tu maknanya kena tukar kerja lain lettewwww kehkehkeh =P
wahh, rajinnya buat cabaran., hehe2
ReplyDeletekipidap
rajin tengok pada mood dan kelapangan jugak Wak hehe
Deletetapi pada satu tahap kita rasa stress rasa nak quit kerja je. camne? nasihat sikit. hehe
ReplyDeletetu tandanya dah sampai seru. kena tukar keja lain tu Ajim hehehe
DeleteSaya baru je habis kerja Isnin lepas. Sekarang ni, tumpu dekat sekolah je.
ReplyDeletedah setel kerja dah ye Farah? hehe
Delete