Sekodeng Part 3 : Cara Tukar Blogspot.my Kembali Asal Ke Blogspot.com


Sebelum ni aku ada share pasal yang blogspot dot com bertukar kepada blogspot dot my. Ramai yang masih tak berapa clear pasal benda ni. Aku sendiri pon tak perasan masa bila pertukaran tu berlaku. Tup tup tetiba masa aku tengok url aku dah takde dot com. Aku pon bukan paham pasal pertukaran ni. Cuma tu lah yang aku paham bila pertukaran ni berlaku, dia akan effect pada Adsense dan jugak SEO blog seseorang tu. 

*Kalau macam aku ni, blog aku takde guna coding Adsense atau teknik SEO tu so takde effect apa pon rasanya sebab Amir Zahari ade tolong bagi jawapan haritu.




Pastu masa aku terbang sana sini tadi, aku terjumpa entry pasal ni kat blog Nick Nashram. Aku mohon izin kat Nick untuk share kan entry untuk kembalikan blogspotdotmy tu kepada asal menjadi blogspotdotcom. Aku malas tak rajin nak tukar balik sebabnye aku dah tempek header baru dengan tudung baru tu. Kalau engkorang ada yang nak tukar balik, bolehla cuba ikot cara yang Nick bagi ni.

Mesti ramai yang terkejut bila url blog bertukar dari blogspot.com ke blogspot.my. Rasanya perubahan ini sejajar dengan perubahan logo Google yang baru. Mungkin jugak Google nak buat pengasingan pengguna blogspot mengikut negara. Kalau blogger Malaysia, dari blogspot.com akan bertukar jadi blogspot.my :)

APA AKAN JADI BILA URL BERTUKAR?

Bila pelawat datang ke url yang lama (blogspot.com),Google akan redirect ke url yang baru (blogspot.my). Dan blog kita masih boleh diakses seperti biasa walau domain tu dah bertukar dan ianya boleh diakses dari seluruh dunia.

KESAN-KESAN BURUK BILA URL BERTUKAR?

1. Yang menggunakan pengiklanan Google Adsense dengan domain blogspot, secara tak langsung iklan Adsense hilang dari blog akibat perubahan url ini. Hanya boleh nampak tapak iklan yang 'blank space' sahaja.

2. Bagi blogger yang mempunyai header dan footer yang bertulis blogspot.com  atau blogspot dot com, terpaksa edit balik semua itu. 

3. Pertukaran url ini juga akan memberi kesan kepada ranking alexa blog anda. Ranking akan berubah sebab sebelum ni guna url blogspot.com.

CARA TUKAR BLOGSPOT.MY KEMBALI ASAL KE BLOGSPOT.COM

Inilah antara sebab-sebab kenapa perlu ada domain sendiri walaupun menggunakan platform blogspot. Maklumlah, kita duk menumpang atas tanah orang. Tapi jangan risau, sebab anda boleh tukar blogspot.my kembali asal ke blogspot.com.

Caranya, anda kena add script di atas / sebelum dalam blog.

1. Pergi ke Template - Edit HTML.
2.Tekan CTRL + F dan search perkataan < head > (rapatkan).
3. Dah jumpa,  add script yang bawah ni di atas / sebelum code < head >.




Boleh la cuba untuk dapatkan semula blogspotdotcom tu. Aku macam nak beli domain tapi macam tek reti je nak pasang. kehkehkeh =P


22 comments:

  1. maaf tumpang bertanya. Nak search apa ya dalam template? Sebab ayat macam tak habis..

    Tekan CTRL + F dan search dalam template.

    ReplyDelete
    Replies
    1. owhh ayat tak habes ke ijoi? ana dah betulkan dah.

      Delete
  2. sebab tukar jadi com tu kerana ade iklan adsense..huhu.
    pasni nak beli domain sendiri la..x nak tumpang dah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la ana pon mcm nak beli domain sendiri jugakla pasni huhuhu

      Delete
  3. Alexa pun..akak tukar ke dot my tak boleh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ana tak pandai la psl alexa etc smua ni kak PC hihi

      Delete
  4. oo. mcm ni ke. nanti nk try gak la
    JOM FOLLOW SAYA

    ReplyDelete
  5. saya memang terkejut, nasib blog xde apa-apa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ana pon terkejut jugak kak masa tetiba bertukar tu.

      Delete
  6. Nampaknya saya kena tukar header la lepas ni. Buang terus url daripada header saya tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasalnye Farah. tu akak pon dah tempek url baru kat header tapi nti kena tukar smula la kalo beli domain sendiri ke hape ehehe

      Delete
  7. Entah la...aku x kisah pun dia tukar jadi dot my. Asal visitor menemukan jln yg benar ke blog aku cukup la..,haha..

    Kau nak beli domain sendiri ke? Woww..tapi kalau nak beli domain sendiri ni bukan biasanya kena bayar setiap tahun ke?

    Ini pendapat aku je. Kalau x buat income byk dgn blog rasanya x berbaloi kot beli domain sendiri. Kalau income dari blog berkepuk, memang xde hal la nak beli domain sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pon tak kesah sbnrnye dia nak tukar jadi dot ape pon aslkan visitor jumpa je blog aku yg tak seberapa ni hahaha.

      konon2 rasa mcm nak beli sebab tengok kat GoDaddy ada buat promo domain murah gila. Part incom berkepuk tu memang takde lah hahaha

      Delete
  8. Ni sebenarnya lebih kepada isu redirect je, tapi ada juga effect pada blog kan,..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah betul tu kak Farah, isu redirect je kot. tp ada effect jugakla kalo sesape yg ada taruk adsense.

      Delete
  9. Sama je mcm tak ada apa yg berubah pon... Yg dalam box utk copy paste tu macam salah coding.... Try cik ana cek...

    ReplyDelete
  10. ehehe a ah rasanya sama je..kalo taip yang .com pun jadi .my otometik..
    utk yang rajin2 nak betulkan tu sajalah yg prob.. kalo CT ni tibai je..

    ReplyDelete
  11. Rasa macam nak tukar ke dot.com je

    ReplyDelete
  12. Salam...maafkan sya mengganggu...blog sya di http://www.areemoney.blogspot.com langsung hilang bila saya tukar semula ke .com,
    Sebelum itu .my
    Boleh bantu saya ke ...sya dh cuba tpi gagal...ada 404 error

    ReplyDelete
  13. Salam...maafkan sya mengganggu...blog sya di http://www.areemoney.blogspot.com langsung hilang bila saya tukar semula ke .com,
    Sebelum itu .my
    Boleh bantu saya ke ...sya dh cuba tpi gagal...ada 404 error

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam.. saya pon kurang pasti. mungkin boleh rujuk pada blogger yang lebih pandai bab domain ni hehe

      Delete