Nak Gigit Je Rase !
anamizu
22 November
16 Comments
Setakat yang aku berjaya detect kelemahan diri aku sekarang ni adalah 3 perkara :
1. Aiskrim
2. Kasut
3. Budak kecik
Memandangkan sekarang dah start cuti sekolah maka musim ijab qabul pun tiba. Sana sini orang kawen. Wedding invitation pon mula membanjiri notification fesbuk apa segala. Lepas p melawat site jadi mandor pagi tadi, aku terus terjah kenduri kawen adik member aku. Aku saja plan takmau datang awal-awal sebabnya niat aku nak tengok pengantin dan jarang pengantin akan muncul selagi belum jam 12.30 tengah hari.
Aku sampai kat rumah pengantin lebih kurang 12.25 camtu la. Terus je aku terjenguk-jenguk cari mana kelibat member aku tu.Jenuh jugakla nak menempuh ruang yang dibanjiri manusia sana sini. Rupanya si member aku tu ada berdiri kat bawah khemah yang penuh manusia tu dengan beberapa lagi ex-classmates kamiorang dedulu. Aku terus lah terjah ke situ.
Last-last pengantin sampai jam 12.40 camtu lah, aku tak peduli dah kat pengantin sebab sebok dok cubit-cubit pipi si Muhammad Al-Fatteh ni. Geram gila tengok si Fatteh ni ! Anak kepada salah sorang ex-classmates aku dulu. Dah la jenis tak kesah sapa jugak yang hulur tangan nak amek dia, laju je dia sambut. hahahaha nak gigit je rasa tau dak fatteh oi ! gerammmmmm !
Aku pulun berebut pakat nak dukung si Fatteh ni dengan sorang lagi member aku. Last-last mommy Fatteh suruh cepatla kawen katanya. hahahaha hadoii =P