Aktiviti Cuti Sekolah
anamizu
04 April
27 Comments
Aktiviti pertama kami namakan : Sandwich Tower. Motif aktiviti ni untuk mendidik adik-adik ni semangat cintakan sayur (walaupun sebenarnye aku sendiri benci sayur mayur nih semua kehkehkeh) dan memahami betapa pentingnya sarapan pagi. Sayur yang kami bagi adalah salad dan tomato. Lepas dah berjaya buat sandwich tower tu, setiap ahli kumpulan perlu habeskan setiap inci sayur dan segalanya yang boleh dimakan tu. Kumpulan paling cepat habeskan dengan keadaan yang clean and clear, they are winners :)
Aktiviti kedua pulak kami namakan : Ikatan Cinta [Belon terbesar dan tak pecah]. Setiap orang dapat 1 belon dan kena tiup sebesar yang boleh tapi jangan pecah. Lepas tu kena ikat setiap belon pada 1 tali panjang menjadi segugus belon. Kumpulan yang berjaya tiup dan ikat semua belon tanpa pecahkan 1 biji pun, they are winners :)
Aktiviti ketiga kami namakan : Straw Kisses. Senang aje game ni. Kiss aje straw tu untuk amek rubber band tu and passing pada next ahli sampailah ke hujung. Within 2 minutes, group mana paling banyak berjaya kumpul rubber band pada last person, they are winners :)
Setel program cuti sekolah, sesi makan-makan pulak. Semua orang kena habeskan segala makanan yang dah kami sediakan. Aku berani kata semuanya sedap sebabnya licin takde tinggal langsung so memang sedapla kan? kan? hahahaha =P
Tamat je buat aktiviti indoor tu semua, partner aku si Ida pitam. Aku ingatkan sebab dia 'ada isi' ke hape. Rupa-rupanya takde. Belum rezeki katanya. Takpelah Ida sabar dan banyakkanlah berdoa ye =P