Nak Tahu Apa Itu Pusat Internet?

13 November 25 Comments

Hai Engkorang. Salam kenal buat sahabat dan kenalan yang baru dari Blog Anamizu atau lebih mudah panggil Ana. Aku sebenarnya salah sorang petugas di Pusat Internet Fasa Felda bermula pada Februari 2010 sehingga kini. Bapak ahhh lama giler engko keje situ???? hahahaha ya memang lama dah pun dan selagi rezeki aku masih tertulis di sini, aku akan terus berbakti demi komuniti yang aku sayangi cewahhhhh gittewwww hehehe. Memandangkan hasil carian blog aku ni banyak menjurus ke arah keyword :

Pusat Internet 1 Malaysia
Apa itu Pusat Internet?
Pusat Internet Fasa Felda

Dan juga ramai rakan blogger yang email soalan-soalan berkenaan Pusat Internet untuk tujuan rujukan dalam sesi temuduga jawatan kosong di Pusat Internet jadi aku rasa terpanggil untuk kongsikan sedikit sebanyak apa info yang aku ada berkenaan dengan Pusat Internet.


Apakah itu Pusat Internet?

Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) adalah satu perkhidmatan capaian internet jalur lebar secara kolektif di 100 buah kawasan Program Perumahan Rakyat terutamanya di bandar-bandar besar terpilih di seluruh negara. Inisiatif ini yang bermula pada tahun 2013 ini diterajui oleh pihak SKMM dan dibiayai melalui dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat (Universal Service Provision).

Apakah beza antara Pusat Internet dengan Pusat Internet 1 Malaysia?

Pusat Internet ni sebenarnya mula diwujudkan pada Februari 2010 dan mula bertambah mengikut beberapa Fasa. Pada awal penubuhannya dikenali sebagai Pusat Jalurlebar Komuniti (PJK) dan dijenamakan semula dalam Belanjawan 2013 sebagai Pusat Internet 1 Malaysia dan disebut sebagai PI1M.

Program PI1M ini merupakan salah satu projek belanjawan 2013 yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Dato seri Najib Tun Razak semasa pembentangan belanjawan 2013. Program PI1M dilaksanakan dibawah program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP). Perlaksanaan PI1M ini telah dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2013. 

Projek PI1M merupakan kesinambungan dua projek jalur lebar kerajaan sebelum ini iaitu projek Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) dan juga projek Perpustakaan Jalur Lebar (PJL). 

Dan selepas Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) pada Mei 2018, nama Pusat Internet 1Malaysia hanya dikenali sebagai 'Pusat Internet' sahaja sehingga satu maklumat terkini berkenaan nama baru akan diberitahu.

Pusat Internet 1Makaysia (PI1M) ditubuhkan bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat terutamanya komuniti di kawasan luar bandar.



sekarang signboard tu pun dah diturunkan dan masih menantikan nama baru

Program PI1M ini merupakan salah satu projek belanjawan 2013 yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Dato seri Najib Tun Razak semasa pembentangan belanjawan 2013. Program PI1M dilaksanakan dibawah program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP). Perlaksanaan PI1M ini telah dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2013. Projek PI1M merupakan kesinambungan dua projek jalur lebar kerajaan sebelum ini iaitu projek Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) dan juga projek Perpustakaan Jalur Lebar (PJL). Pusat Internet 1Makaysia (PI1M) ditubuhkan bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat terutamanya komuniti di kawasan luar bandar.


Apakah Objektif Pusat Internet?

Objektif penyediaan PI1M adalah untuk:

• Meningkatkan kegiatan dan taraf sosio ekonomi penduduk berpendapatan rendah;
• Menubuhkan 100 PI1M di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Bandar;
• Menyediakan kemudahan komputer dan perkhidmatan jalur lebar internet;
• Menyediakan kemudahan akses internet secara kolektif;
• Melaksanakannya di bandar besar terpilih di seluruh Negara dalam tahun 2013-2015; 
• Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar;
• Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar;
• Melaksanakannya di bawah program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP); dan
• Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Negara

Dimanakah Lokasi PI1M?

Pengguna boleh merujuk kepada senarai PI1M yang beroperasi di seluruh negara.Pemilihan lokasi adalah berdasarkan kepada tinjauan dan lawatan tapak mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh SKMM dengan kerjasama agensi Kerajaan pusat dan negeri yang berkaitan.

Apakah Kemudahan dan Perkhidmatan yang disediakan di PI1M?

Perkhidmatan yang disediakan adalah capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi, perkhidmatan Wi-Fi bagi capaian penduduk sekitar, kemudahan IT terkini seperti 20 buah komputer dan perisian, perkhidmatan faks, pencetak, program latihan ICT dan pembangunan modal insan dan aktiviti berkaitan yang akan diuruskan oleh pengurus dan pembantu pengurus. Penggunaan PI1M adalah terbuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia.

Adakah Kemudahan PI1M ini dikenakan bayaran?

Ya, terdapat kemudahan dan perkhidmatan yang dikenakan dengan kadar caj yang rendah dan berpatutan. Oleh itu, untuk menggunakan kemudahan PI1M, pengguna digalakkan untuk mendaftar sebagai ahli dengan kadar bayaran RM5.00 sahaja bagi menikmati kadar yang lebih murah bagi setiap kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan. Walaubagaimanapun, tiada bayaran akan dikenakan ke atas setiap program latihan yang disediakan.

Untuk Maklumat Lanjut:

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Off Persiaran Multimedia
63000 Cyberjaya
Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Program Pusat Internet 1Malaysia
Telefon: +603-8688-8000
Fax: +603-8688-1000
Email: ccd@cmc.gov.my
Laman sesawang: www.skmm.gov.my

Talian dibuka pada hari Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang mulai 1 Januari 2013.

Buat masa ini (sehingga tarikh artikel ini ditulis), inilah antara maklumat berkenaan persoalan 'Pusat Internet' yang dapat aku kongsikan.

Semoga memberi manfaat kepada semua yang tercari-cari info berkenaan. Mudahan dipermudahkan segala urusan korang yang bakal pergi sesi temuduga jawatan kosong di mana-mana Pusat Internet di seluruh negara.

Majulah Pusat Internet untuk negara ! hehehe



Ohhh Cerita Orang Lama | Kisah Misteri Di Lata Kinjang

31 October 10 Comments
Terdapat banyak tempat-tempat percutian yang menarik di negeri Perak. Kalau sebut je Lata Kinjang kebanyakkan orang sudah tahu tentang keindahan air terjunnya. Ia merupakan satu tempat perkelahan menarik yang sudah tentu tidak asing terutama bagi penduduk Chenderiang iaitu Taman Eko-Rimba Lata Kinjang.

Buat pengguna Lebuhraya Utara – Selatan (PLUS) yang melalui kawasan Tapah, Perak semestinya pernah melihat air terjun tinggi yang kelihatan dari kejauhan di Banjaran Titiwangsa. Namun tidak semuanya tahu bahawa itulah air terjun terkenal Lata Kinjang. Taman Eko Rimba Lata Kinjang terletak di Chenderiang, kira-kira 18 kilometer dari pekan Tapah, Perak. Jika anda dari Kuala Lumpur, perjalanan berkereta melalui Lebuhraya Utara-Selatan, kemudian susur keluar ke Tapah mengambil masa lebih kurang dua jam untuk sampai dengan jarak lebih kurang 200 kilometer.
Menarik mengenai Air Terjun Lata Kinjang ini ialah ianya diiktiraf sebagai diantara air terjun paling tinggi di Asia Tenggara, dengan ketinggian melebihi 850 meter dan untuk pengetahuan anda, yang paling tinggi adalah Air Terjun Jelawang di Gunung Stong. Air Terjun Lata Kinjang sentiasa menjadi tumpuan pengunjung di setiap hari cuti, terutama apabila musim cuti persekolahan tiba. Ramai pengunjung luar negara yang turut datang ke sini untuk meikmati keindahan air terjun dan kehijauan hutan Malaysia yang tidak terdapat di negara mereka. Menurut cerita masyarakat tempatan, Lata Kinjang mendapat nama kerana pada masa dahulu terdapat banyak kijang di kawasan itu. Orang lnggeris yang memburu kijang menyebut nama haiwan itu sebagai “kinjang”, lalu nama itu kekal hingga sekarang. Keindahan kawasan ini menarik jiwa yang mencari ketenangan di tengah kehijauan hutan yang menghijau. Kawasan ini juga sering menjadi lokasi bagi penggambaran filem dan drama.

Terdapat lagenda yang dipercayai oleh masyarakat tempatan, bahawa seorang wanita cantik yang dipercayai puteri bunian pernah menjelma di kawasan air terjun itu sehingga menarik perhatian seorang hartawan lnggeris dan membuatkan beliau bercita-cita ingin mengahwini puteri itu. Dikatakan hartawan lnggeris telah membina sebuah banglo ditingkat satu air terjun dan membina tangga batu dari bawah hingga ke puncak air terjun untuk melihat sendiri puteri bunian itu.

Namun setelah lama menunggu, puteri bunian tidak juga muncul dan menyebabkan beliau berasa kecewa lalu pulang ke negara asalnya di Eropah. Banglo yang dibina rosak sedikit demi sedikit. Puteri bunian yang disifatkan sebagai penunggu air terjun hanya menunjukkan dirinya beberapa minit sahaja kerana dia tidak mahu identitinya dikenali oleh manusia biasa. Cerita tentang puteri bunian hanya lagenda yang disampaikan dari mulut ke mulut, oleh generasi dahulu hinggalah sekarang.


Ini bukan misteri manusia berkepala kartun ye =P

Juga terdapat serumpun pokok buluh perindu dikawasan air terjun tersebut yang hanya boleh diambil oleh orang-orang tertentu sahaja. Pernah juga ada suara dan cerita sumbang yang menyatakan Seniman Agung Tanah Air, Allahyarham P. Ramlee memiliki buluh perindu yang diambil dari Lata Kinjang untuk memerdukan suaranya. Di kawasan air terjun itu juga terdapat banyak kambing gurun, tetapi sukar diperangkap. Di tingkat tiga air terjun terdapat kesan tapak kaki kijang dan harimau akar yang dipercayai disumpah oleh sang kelembai menjadi batu. Sang kelembai sejenis makhluk sakti dalam mitos cerita rakyat Malaysia. Dikatakan pada zaman dahulu, sang kelembai sering mengunjungi Lata Kinjang pada waktu petang. Penduduk di situ sangat takut kerana sang kelembai suka menyumpah dan apa-apa yang disumpah akan menjadi batu. Di kawasan air terjun itu juga terdapat kesan kubur anak sang kelembai yang sudah menjadi batu. Terdapat juga batu berbentuk bekas tapak kaki kelembai dan lesung menumpuk padi.


Berhampiran kawasan air terjun juga terdapat sebuah perkampungan Orang Asli dan mereka telah lama mendiami perkampungan tersebut. Selain mandi-manda, pengunjung boleh menyusuri tebing untuk ke bahagian atas air terjun. Terdapat anak tangga, namun pengunjung mesti berhati-hati kerana anak-anak tangga itu licin. Pengunjung akan berasa puas menikmati keindahan alam yang hijau sambil mendengar bunyi unggas rimba. Mandilah sepuas-puasnya dalam kolam yang terbentuk pada setiap aras air terjun. Berendam dalam airnya yang sejuk sungguh menyegarkan, terutama pada hari yang bercuaca panas. Turut terdapat beberapa buah pondok telah disediakan untuk pengunjung berehat. Jika pengunjung ingin berkhemah atau menjelajah hutan, minta kebenaran daripada Jabatan Perhutanan Negeri Perak. Pelbagai kemudahan disediakan di kawasan Air Terjun Lata Kinjang. Selain surau dan tandas awam, terdapat gerai menjual makanan, minuman dan kedai cenderamata.

Jika dari Lebuh Raya Utara – Selatan (Plus), keluar dari Tol Tapah dan melalui sedikit pekan Tapah. Kemudian ambil jalan lama ke arah Chenderiang. Lata Kinjang terletak hanya kira-kira 17 km dari Pekan Tapah. Kadar masuk ke Taman Eko-Rimba Lata Kinjang seperti yang ditetapkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perak ialah RM2.00 bagi orang dewasa 18 tahun keatas, RM1.00 buat warga emas, RM1.00 buat kanak-kanak bawah 18 tahun, RM5.00 buat warga asing dan percuma untuk kanak-kanak bawah 3 tahun.


Sumber Artikel : © orangperak.com

Ops Paskal 2 : Ops Saman

30 October 4 Comments

Hai engkorang.Sebenarnya aku tersemak tanpa sengaja ke laman web MyEg ni sebab abang long aku minta tolong checkkan dia ada saman atau tak. Bila dah siap tolong check tu aku pon teringat nak check nama aku jugak. 

Owhh ye pada yang tak tahu cara mudah untuk semak saman. Sama ada nama kita tersenarai dalam sebarang saman atau tidak caranya mudah je. Pergi je ke laman web MyEg Services atau sekarang lebih mudah boleh download apps MyEg dan boleh sign up kemudian log in dan pilih je bahagian JPJ ataupun PDRM untuk semak senarai saman.
 Paparan selepas kita dah log in masukkan : 

  1. Username
  2. Password



Paparan contoh selepas aku klik pada Polis Diraja Malaysia. Boleh pilih klik pada Check & Pay PDRM Summons (Semak & Bayar Saman PDRM).


Perlu masukkan IC Number / Nombor Kad Pengenalan kita atau sesiapa sahaja yang ada lesen memandu yang sah. Kalau lesen terbang rasanya takde keluarlah kot sebab kemungkinan tak masuk dalam sistem.

Lepas masukkan Nombor Kad Pengenalan perlu masukkan text ataupun huruf yang tertera di situ dan klik pada 'check summons'.

Dan kalau pemegang nombor kad pengenalan tersebut bersih suci murni terhindar dari sebarang saman paparan cenggini akan keluar :

"No outstanding summons found"

Yihaaaaa nama bersih daripada sebarang saman lettewww tapi sekiranya ada maka akan muncullah deretan saman lengkap dengan tarikh, masa, lokasi (kilometer berapa), sebab disaman (speeding dan sebagainya) dannnnnn siap dengan bukti bergambar lagi kereta engko kena tangkap dek camera speedtrap tu.

Bila dah keluar senarai tu maksudnya apa? Tanya lagi. Bayarlah. Dah buat salah tanya lagi? hehehe


Ops Paskal 1 : Spiderweb

29 October 15 Comments

Hai engkorang semua. Ekceli ini kisah masa bulan Mac haritu tapi disebabkan mood aku kelaut dalam jadi banyak bulan dah tak hapdet ape-ape. Makanya banyaklah kisah yang tertunda gittteww.

Sebenarnya masa 05 hingga 08 Mac haritu aku dan team kerja kena pergi Kursus Refresher & Capacity Building di Suria Hotspring Bentong,Pahang. Selama empat hari kat sana macam-macam aktiviti kami kena buat antaranya Teambuilding perlu tempuh segala spiderweb, merangkak ala-ala macam dalam citer Paskal tu pastu tersangkut bontot kat dawai kawat duri pastu member sebelah baik hati tolong lepaskan yang tersangkut tu pastu tangkap cintan-cintun pulak tetibe kehkehkeh 

Ekceli aktiviti Teambuilding & Outdoor aktiviti banyak pada sesi pagi je sebab nak elakkan pada cuaca terik. Maklumlah masa Mac haritu tengah musim cuaca panas terik gila baqhang. Jadi sesi pagi aje kami ade peluang nak berkubang sakan dalam kolam tu sebab setiap pagi ada sesi Water Polo akan lawan antara team. Team yang kalah akan didenda perlu hiburkan semua orang masa sesi dalam dewan seminar. Pikirlah idea ape nak buat tapi ada masa kurang dari 1 jam aje sementara nak mencekik waktu lunch hour tu. Nasib baik team aku menang jadi takdelah stress mikir dan boleh makan dengan tenang hehehe

Masa sesi hari terakhir Dinner Night bertemakan ala-ala Paskal iaitu ARMY THEME. Bercelorenglah kami semuanya malam tu pakat melaram fefeeling perwira di medan perang kate engko ahaksss! 

Sesi itu jugak ada penyerahan anugerah untuk pencapaian sepanjang tahun 2017 yang lepas dan alhamdulillah seperti tahun-tahun sebelum ni, site yang aku handle masih berjaya mengungguli carta teratas setelah ketiak basah berhempas pulas sepanjang tahun walaupun site aku yang paling banyak bertukar-tukar partner rakan sekerja atas beberapa faktor.


Syukur alhamdulillah site aku berjaya merangkul hahaha. Merangkul engko! udah serupa menang pingat sukan olimpik hahaha !

Ahhhh lantak pedulik hape aku nak kabor juge ! Site kendalian aku dapat TIGA award untuk pencapaian tahun 2017 :

  1. Anugerah KPI Terbaik 2nd Place
  2. Anugerah Pusat Internet Tercantik 2017
  3. Anugerah Pusat Internet Terbaik Keseluruhan 2017



Ini ajelah pencapaian dari semenjak aku mula bertugas mengendalikan site dari tahun 2010 hinggalah sekarang 2018. Untuk masa akan datang belum tahu lagi nasib kami pekerja-pekerja staff Pusat Internet camne  gaya sebabnye maklumlah semenjak pertukaran tampuk pemerintahan dah banyak dan macam-macam perkara berlaku. Segala signboard yang ada '1 Malaysia' pun dah dicabut diturunkan. Kami ni menunggu nasib aje sebenarnye disebabkan kami hanya berstatus 'kontrak' sahaja. Mudahan masih lamalah rezeki di sini.

*Ramai yang email bertanyakan berkenaan Pusat Internet. Nanti aku cuba kongsikan setakat mana termampu untuk perkongsian engkorang ye.

Oppps ! Bukan Taknak Cerita...

26 October 11 Comments
Hai engkorang semua !!!! Rindunyaaaaaaaaaaaaaaaaa!

Lama sepi. Haah lama gila. Last updated bulan Julai. Sekarang Oktober. Dah 3 bulan rupanya takde update. Macam menunggu habis iddah pulak. 



Terima kasih pada kengkawan yang sudi bertanya khabar sebab risau lama tak update. Tetiba rasa sebak + sayu + hiba + bertakung air mata huuuuuuuuuu~ 

Yelah sebab bersahabat di alam blog aje tapi rupanya ramai insan yang prihatin bukan hanya sekadar singgah komen pastu bye-bye. 

Seriyes aku terharu T_________T 

Mudah-mudahan dapat mood dan kerajinan semula untuk jejak balas semua ziarah dari sahabat semua. Moga segala urusan engkorang dipermudahkan dan dijauhkan dari segala kesedihan dan kekusutan. 

Owhhh untuk Encik Jeb-Ape kabor mike? Udoh ade Jeb Junior ke tu?Pastu masa tengok Paskal tengok watak Jeb (Ammar Alfian) terus teringat Encik Jeb.Moga Encik Jeb sekeluarga sihat ceria bahagia aje hendaknye.

Engkorang nantikan kemunculan semula aku di blog-blog engkorang okay ! hehehe


Jejantas Kenangan Silam

17 July 10 Comments

Hai semua. Lama tak bersiaran. Entah tak tahu nak bagi alasan apa lagi. Sebenarnya banyak nak dicerita tapi nantilah.

Ingatkan haritu puasa dapatlah banyak entry rupanya chisss aku gagal lagi. Sepanjang Aidilfitri pulak agak sibuk dengan Program dan Majlis termasuk Open House Aidilfitri yang melibatkan pihak pengurusan dan kepimpinan besar kalini. Itu yang membuatkan aku semakin kurang dapat jenguk ke sini.

Ditambah dengan 'semangat kerja yang semakin menghilang'. 
Walaupun sebenarnya tidaklah menghilang sangat sebab aku masih keep track dan pastikan KPI dicapai dan segala mak nenek target dicapai mengikut skala yang ditetapkan. 

Tapi, entahlah rasa 'umppph' dan kepuasan dalam menuguruskan sesuatu program tu semakin hilang semenjak rakan sekerja asal aku terpaksa berhenti. 

Ditambah pulak dengan... hermmmm.

**************************************************



En.Boss,

Kalaulah En.Boss masih lead Team Kita ni macam dulu-dulu...
Mesti setiap kali event, kita akan ada After-Event program macam dulu.

Kalaulah En.Boss masih lead Team Kita ni macam dulu-dulu...
Mesti masa bulan Puasa haritu ada majlis Iftar Bersama macam dulu.

Kalaulah En.Boss masih lead Team Kita ni macam dulu-dulu...
Mesti masa Raya haritu meriah gila Majlis Rumah Terbuka company kita,
sebab En.Boss takkan biarkan kami terkapai-kapai buat preparation sendiri..

Kalaulah En.Bos masih lead Team Kita macam dulu-dulu...
Mesti Open Day Carnival pun tak terasa letih sebab En.Boss akan setia bantu.

Kalaulah En.Boss masih lead Team Kita macam dulu-dulu...
Mesti apa pun arahan yang datang, saya takkan terasa bebannya,

sebab saya tahu :
En.Boss akan selalu ada.
Tak kira tempat, masa & ketika.

En.Boss,
Baliklah..
Jadi  Optimus Prime kami macam dulu-dulu T_____T

**************************************************

P/s  : En.Boss masih ada cuma sudah tidak sama company T____T


Mentekedarah cengkerang ke apa?

21 May 18 Comments
Hai engkorang semua.

Mei pun dah nak ke penghujung. Sebenarnya entri ni tersimpan dalam draft semenjak 13 Mei haritu. Kononnya bercadang nak pulish sempena perubahan baru tapi apakan daya, kita merancang tapi Allah lebih baik.





Ini lebih kepada #FamilyProject bilamana adik-beradik pakat balik berkumpul di hujung minggu. Dalam family aku, kalau bab dapur ni anchornya adalah Akak Ipar aku. Dia sangat berkaliber dalam bersilat di dapur.

Dah lama planning nak buat sesi makan cengkerang ataupun 'shell out' ataupun western dulang ni tapi disebabkan kekangan masa asyik tertunda. Jadi haritu sebelum puasa, alang-alang terkena pulak hari birthday aku jadi abang long aku teruslah ajak buat makan-makan ni.

Puas hati buat masak sendiri kat rumah sebab kos beli bahan-bahan semua tu baru lebih kurang RM50.00-RM60.00 je dapat makan 5 hingga 6 orang kalau dibandingkan makan di kedai baru 2 pax saja pun kadang tu dah RM50.00 kan ? 


*Selamat Berpuasa semua !
*Terima kasih semua singgah sini.
*On my way balas jejak engkorang :)



April dah nak habis

29 April 2 Comments
Hai semua. Lamanya rasa tak update. Aku rindu semua kengkawan blog yang rajin singgah baca pastu tinggalkan komen. Aku rindu masa-masa dulu yang aku dapat terjah blog kengkawan. Baca macam-macam cerita.

Sekarang ni semenjak dua tiga menjak ni waktu yang aku ada untuk update blog dan untuk terjah blog kengkawan semakin takde. 


Sedar-sedar je April pun dah nak habis. 
Banyak yang jadi sepanjang Febuari-Mac-April.
Aku nak bercerita pun tak tahu nak mula dari mana.

Aku rindu semua T____T




Fuhhhh Februari dah ka?

05 February 20 Comments
Fuhhhhh masuk februari dah ka? Apadia punya busy sampai takdan nak melawat kengkawan dah la ni? Sorrylah semua yang dah singgah sini dan aku masih takdan singgah balas jejak. Sibuk lebih pada menteri pulak dah rasa ni. Haisshh~ tak boleh jadi ni.

Takpa satgi aku balas jejak semuaaaaa yang dah mai singgah sini. Ni #ProjekDapur aku dengan anak sedara aku masa dia ada balik kampung sempena cuti hujung minggu baru ni. Dia lama dah pantun kat aku mintak tolong buatkan menatang bulat-bulat ni. 

Masalahnya - dia duduk kat Shah Alam sana dengan mama papa dia. Aku pulak duduk di kampung dengan mak ayah aku. Jadinya aku kata kalau ada dia balik kampung baru lah boleh nak buat menatang bulat-bulat ni.

Bila dia balik cuti baru ni, apa lagi memang tak kasih chance dah. Menatang bulat-bulat ni aku panggil Crunchy Cheesy Potato Ball hahaha tudia punya panjang nama. Bahan-bahan dia mudah ja. Kalau sesapa nak try, google je ada belambak resepi. Kalau yang ni resepi versi aku :

RESEPI CHRUNCHY CHEESY POTATO BALL

BAHAN-BAHAN :

  •  5 biji kentang
  •  1 cawan tepung gandum
  • setengah cawan minyak masak
  •  mozzarella / cheddar cheese  
*(Tips: Kalau suka efek ‘tarik’ macam pizza boleh guna mozzarella. Kalau suka ‘melting’ meleleh-leleh boleh gunakan cheddar.)
  • breadcrumb
  • 2 bji telur

CARA-CARA : 
  • Rebuskan kentang sehingga lembut/empuk & lenyekkan.
  • Letakkan sedikit lada sulah & garam.
  • Masukkan secawan tepung gandum & adun sebati.
  • Uli hingga menjadi doh (lepas siap rehatkan 5 minit)
  • Bentukkan adunan jadi bulat-bulat (letakkan hirisan cheese ke dalamnya)
  • Celupkan bebola ke dalam telur yang dipukul dengan campuran lada sulah sikit.
  • Golekkan atas serbuk roti & gorengkan.

*TIPS : 
Kalau nak tambah sedap, tarukla hirisan sosej ke, jejari ketam ke, meatball ke. Atau ape benda binatang lah yang tekak kita rasa nak duk dalam tu =P

Januari nak hujung dah woi !

21 January 20 Comments

Hai semua. Terima kasih sudi mai singgah. Salam perkenalan semua yang baru singgah sini. Salam hujung januari pada yang dah lama tengok tak dak berubah. 

Januari 2018 bermula agak bagus buat aku dengan rakan sekerja aku yang ketiga sudah bertemu jodohnya. 

Ya rakan sekerja aku sudah bertukar ganti seramai TIGA orang. Kini adalah rakan yang KEEMPAT iaitu Miza. 

Yang pertama dulu Ida (terpaksa berhenti kerja disebabkan bersalin pra-matang)
Yang kedua dulu Aini (terpaksa berpindah ke lokasi lain)
Yang ketiga dulu Zati (terpaksa bertukar kerja atas tuntutan suami)
Yang keempat sekarang ni Miza (dipinjamkan sementara waktu)

Situasi kerja aku makin mencabar minda dan kadang-kadang mencabar keimanan juga.
Aku rindu waktu-waktu aku yang banyak.
Yang dapat aku jelajah semua rumah-rumah engkorang.
Moga hari esok lebih baik dari sekarang.
Aku rindu engkorang !


Dia Tu Adik Hang | Part II

13 December 17 Comments

Masa tahun 2014 dulu aku dah pernah kongsikan kisah Dia Tu Adik Hang | Part I . Kisah si Abang John yang tersepit dek kerana si Ayah macam melebihkan sangat Adik Abang John tu. Pada hal bukannya penting mana sangat pun. Lebih pada kehendak je bukan keperluan.

Dan sebenarnya lepas dari kisah Part 1 tu, ada je beberapa lagi kisah agak sedih yang Abang John perlu hadap dan korbankan disebabkan perlu menjaga hati si Ayah tu.

Untuk tahun 2017 ni pulak, dah hujung-hujung tahun ni, dengan nak kena standby keperluan sekolah anak apa semua tiba-tiba aku dikejutkan dengan beberapa whatsapp dari Abang John menyatakan yang si Adik dia tu buat hal lagi.

Kalau dulu si Adik nak sangat-sangat beli superbike yang harganya bukan sekecik anak (dah la nak beli superbike harga mahal pastu nak guna nama si Abang John). 

Siapa yang tak berat hati? Guna nama orang lain ni, tak kisahlah nak beli motor ke kereta ke, sebenarnya ia satu tindakan yang amat takde sivik. 

Si Adik tu beli superbike gunakan nama Abang John (tanpa rela hati, Abang John terpaksa akur semata-mata nak jaga hati si Ayah di kampung). Pada hal kalau sabar tunggulah diri sendiri tu ada paysheet gaji sendiri nanti belilah apa pun. Kepala gajah pun kalau nak beli, orang tak marah asalkan guna nama sendiri. Tapi jenis tak sabar sebab masa dia nak beli superbike tu dia dalam status pelatih lagi dan belum ada penyata gaji, tu yang gelabah nak guna sangat Abang John tu.

Dah la banyak kali payment sangkut, sampaikan AEON credit deduct duit dalam akaun Abang John dulu disebabkan guna nama & akaun dia. si Adik buat rilek je tunggu gaji dia masuk (7-8 hari kemudian tu baru gaji dia masuk) . Dah lah tak reti nak mesej minta maaf ke ape ke. TAKDE LANGSUNG.

Kalau kata nak datang ziarah melawat Abang John lagi lah takde. 

Awal bulan Disember 2017 ni pulak, si Adik ada bagitahu Abang John nanti nak minta tolong Abang John pergi Mahkamah sebab si Adik kena saman disebabkan kesalahan tak pasang side mirror kat superbike dia yang beli guna nama Abang John tu. 

Bila Abang John cerita je benda tu kat aku, tiba-tiba rasa panassss je hati ni. Tak cukup-cukup lagi ke si Adik tu menyusahkan Abang John selama ni ? Tu nak kena naik court ape segala tu nanti duit lagi tu. Pastu kang kalo si Adik tu tak cukup duit ke ape ke, dah tentu si Abang John lah kena tolong lagi??? Alamak aih manusia jenis ape kau ni dik! 

Masa Abang John susah, satu ape pon si Adik tak ambik tawu.
Bila time dia susah, sana sini pijak kepala orang nak mintak tolong. 
Hadoi ! Apa jenis manusialah. 

Dah pernah cuba ke?

03 December 9 Comments
Alamak macam lama sunyi sepi. Maklumlah program bersusun nak kena setelkan sebelum hujung tahun habis. Lepas selesai je Karnival Hari Terbuka haritu, aku dengan team aku yang lain teruskan pulak dengan program Inovasi Pertanian Moden (Hidroponik - Dah Cuba Ke?) --- memang nama program diletak sebegitu rupa untuk bagi effect lebih dramatik katanya. kahkahkah

Zaman semakin mencabar sekarang ni memang kalo boleh semuanya nak kena usaha / tanam sendiri je keliling rumah. Kalau sesiapa yang tinggal di kawasan rumah kampung (ada tanah keliling rumah takpe tak kisah lah boleh main campak-campak je benih sayur / benih pokok mesti tumbuh elok punya. 

Kalau jenis tak mampu nak ada rumah bertanah keliling cemane? Hah hidroponik lah penyelesaiannya. Tak payah mikirkan tanah. Tak payah nak mikirkan bila masa nak siram. 

Sepanjang bengkel Inovasi Pertanian Moden ni, aku tengok peserta memang dah tentulah ramai golongan wanita. Standardlah tu mana-mana program pun mesti kaum wanita ni jugak yang ramai join. Program ni PERCUMA sahaja untuk edisi pengenalan kepada warga komuniti Felda sekitar jajahan Wilayah Trolak , Daerah Batang Padang Muallim , Perak ni.

Hidro Mini Set ni tetiba buat aku jatuh cinta pulak dengan hidroponik. kahkahkah 


Selesai | Program Karnival Hari Terbuka Pusat Internet 1 Malaysia

25 September 4 Comments

Hai engkorang. sorry agak lama senyap sunyi sebab busy sikit menguruskan program Karnival Hari Terbuka Pusat Internet 1 Malaysia. Karnival ni diadakan setiap tahun pada hujung tahun suku terakhir selalunya tapi tahun ni diawalkan atas sebab-sebab tertentu.

Disebabkan tempat aku jadi lokasi pertama dan disebabkan duit bajet program masuk sangaaaaat lewat ( 7 hari sebelum program) , perkara tu amat mengecewakan aku. Pada hal, kertas kerja program dah diarahkan submit pada bulan Julai dulu lagi dah. Walaubagaimanapun, aku tetap bersyukur kerana dipermudahkan segala urusan.

Banyak aktiviti yang telah dirancang dan alhamdulillah Allah pinjamkan DUA HARI yang sangat cantik cuacanya dari pagi hingga ke petang. Dapatlah komuniti hadir pada kedua-dua program tu. Kalau cuaca hujan entahlah macam mana agaknya.

Nanti aku kongsikan beberapa aktiviti yang agak menarik untuk diceritakan :)


Short Trip Part 2 : Kellie's Castle

11 September 11 Comments
Selesai je jelajah Taman Rekreasi Gunung Lang kami terus gerak ke destinasi seterusnya iaitu Kellie's Castle yang terletak di tepi jalan Simpang Pulai-Batu Gajah, Perak. 
Memandangkan waktu tu Raya Kedua Aidiladha dan Hari Sabtu jadi memang orang sangat ramai. Parking kereta pun penuh dalam kawasan tu. Kami terpaksa parking di kawasan tepi jalan besar tu je dan brader yang jaga parking tiket kat situ pesan tak boleh park lama-lama ye kat tepi jalan tu katanya. Yelah sebab engko tak dapat duit parking dari kami kan, tu pasal engko pesan cenggitu =P Disebabkan cuaca panas terik gila dan brader tu dah sound cenggitu tadi jadi kami tak berlama-lama pun kat Istana Kellie tu. Begambar sekeping dua untuk dibuat kenangan dan beli fridge magnet sebutir dua dan terus gerak balik je. Waktu tu jalan pun dah mula banyak kenderaan yang menghala balik ke Selatan tak kira kat highway ataupun jalan lama.
Sebenarnya Istana Kellie ni bangunan tak sempat siap disebabkan ownernya meninggal dunia semasa istana ni 'sedang dibina' dan selepas kematiannya bangunan istana terus dalam keadaan 'sedang dibina' tu jugak. Tempat ni juga sering menjadi lokasi untuk wedding photoshoot sebab keunikan bagunan tu sendiri. Ada juga kisah misteri kat sini sebab ada yang pernah ternampak sosok di salah satu sudut dalam istana tu.

SEJARAH KELLIE'S CASTLE

Rumah Istana Kellie atau Rumah Kellas telah dibina pada tahun 1910 oleh seorang peladang getah terkemuka Scotland bernama William Kellie Smith. Bangunan tiga tingkat dibina mengikut reka bentuk sebuah istana Moghul di bandar Agra, India. Tukang-tukang binaan bangunan tersebut dibawa khas dari Madras.
William Kellie Smith adalah dari sebuah kampung di Scotland yang dikenali sebagai Kellas. Pada tahun 1890, ketika berusia 20 tahun, Smith tiba sebelum Tanah Melayu membangun. Di Tanah Melayu, beliau bertemu dengan seorang pemilik tanah bernama Alma Baker, yang telah memenangi konsesi dari pemerintah negara untuk meneroka 360 hektar hutan di Perak. Dengan keuntungan besar yang dibuat daripada perniagaan bersama ("bisnes venture") dengan Alma Baker, Smith mula menanam pohon getah dan menceburi industri perlombongan timah. Sewaktu dengan itu, dia menjadi pemilik Perumahan Kinta Kellas dan Kinta Kellas Tin Dredging Company.
Kemudiannya beliau kembali ke rumah beliau untuk berkahwin dengan orang Scotland tercinta, Agnes, dan isterinya dibawa ke Tanah Melayu pada tahun 1903. Tahun berikutnya, pasangan ini diberkati dengan anak perempuan mereka yang bernama Helen. Selama bertahun-tahun selepas itu, Agnes berusaha untuk hamil, tapi gagal. William Smith terlalu mengharapkan seorang anak lelaki sebagai waris untuk mengambil alih kerajaan itu di Kepulauan Melayu. Setelah bertahun-tahun selepas itu, akhirnya Agnes telah melahirkan seorang anak lelaki bernama Anthony, pada tahun 1915. Kelahiran anaknya ialah peringkat awal bagi keuntungan yang lebih besar untuk William Smith. Bagi merayakan kelahiran Anthony, William Smith telah memutuskan untuk memperluas rumahnya. Smith memulai perancangan untuk cadangan istana besar yang dirancangkan untuk digelar sebagai Rumah Kellas (Kellas House), sempena rumahnya di Scotland.
Bangunan ini mempunyai 14 buah bilik, sebuah bilik bawah tanah dan terowong rahsia itu juga dilengkapi dengan lif yang pertama dibina Tanah Melayu. Di tingkat kedua pula akan dibina sebuah padang tenis berlantaikan simen.
Berita mengenai bangunan ini pernah disiarkan dalam akhbar London Financer pada 15 September 1911. Akhbar itu mengatakan Kellas House itu merupakan bangunan yang paling tersendiri di seluruh Timur Jauh, sama ada dari segi bentuk ataupun besarnya.
Bangunan ini tidak sempat disiapkan setelah Kellie Smith meninggal dunia di Pelabuhan Lisbon, Portugal untuk mengambil lif yang ditempah pada 11 Disember 1926. Bangunan yang kekal dalam keadaan 'sedang dibina' telah menjadi tarikan pengunjung ke Batu Gajah kerana keunikannya.

Sumber : Istana Kellie



Short Trip Part 1 : Gunung Lang Ipoh

07 September 14 Comments
Ada yang tanya aku :  "Ehhhh blog awak entry-entry tu memang semua akan ikut abjad untuk bulan tu ye? "

Jawapan aku : Haah iye memang gitu lah setakat ni. Sebenarnye entry bermula dengan abjad bulan tersebut bermula pada Februari 2013 dulu. Nanti aku story lain kali yang tu hehehe.

*****************************************

Macam mana Raya Aidiladha engkorang? Untuk aku kalini meriah jugak sebab giliran Akak Ipar beraya di sebelah kami (akak ipar orang Terengganu jadi bila giliran diorang beraya di sana maka rumah aku akan jadi sendu je sebab aku 4 beradik je. Tak ramai jadi bila Abang Long & Akak Ipar & Anak dia yang satu-satunya tu beraya kat Terengganu memang akan jadi tak best lah rumah aku :P)

Cerita pasal Gunung Lang di Ipoh ni sebenarnya short trip masa raya kedua Aidiladha baru-baru haritu. Lebih kepada menunaikan keinginan akak ipar aku sebab dah lama dia teringin nak jejak kaki ke Gunung Lang, Ipoh.

Gunung Lang ni diwartakan sebagai Taman Rekreasi pada tahun 2000. Terbahagi kepada dua seksyen sebenarnya sebab kena naik bot untuk ke kawasan Pulau seberang satu lagi.
Waktu operasi bot bermula seawal jam 8.00 pagi dan lebih baik kalau dapat sampai kat Gunung Lang ni pada awal pagi sebabnya kalau sampai dah tengah hari ditambah pulak cuaca panas terik gila memang akan spoilt mood habes. Dengan ketiak basah + bermacam-macam bau yang menusuk lobang hidung, masa tu memang jadi takde mood dah la engko nak beratur panjang tunggu turn nak naik bot tu.
Ditambah lagi ada spesis manusia yang suka potong barisan tanpa ada rasa bersalah langsung, lagi lah rasa macam nak bertumbuk je kat situ. Orang lain pun berdiri penuh sabar jugak ape tunggu turn masing-masing. Takde sivik betul orang cenggitu. Nasib baik staff penjaga pintu masuk tu alert jugak dengan komen orang lain yang dah lama beratur tunggu giliran kat situ.

Gunung Lang yang terbahagi kepada dua seksyen ni sebenarnya selalu jadi lokasi pilihan untuk wedding photoshoot. Masa kami sampai tu dalam jam 11.00 pagi lebih kurang tapi memang penuh lah manusia sana sini maklumlah cuti panjang bersambung-sambung kan. 
Pemandangan memang cantik kat semua sudut Gunung Lang ni. Kat bahagian pulau tu pulak ada sewaan basikal (semurah RM2.00 je untuk sebuah basikal kanak-kanak), ada rumah perak, ada tapak perkhemahan, ada rumah burung dan mini zoo. Selain tu,kita boleh jugak beli pallet makanan ikan untuk bagi ikan-ikan saiz mega dalam tasik tu makan. Besar-besar giler saiz ikan dalam tu. 
Tak rugi spend time kat tempat rekreasi cenggini sebabnya harga tiket pun masih mampu bayar (sebab masih under pengurusan Majlis Bandaraya Ipoh) kalau dah diswastakan memang tak dapatlah harga 2-3 ringgit cenggitu. Silap-silap 30-40 ringgit untuk satu kepala. Harga boleh tercekik lemang kate ko! hahaha


Pesanan khidmat masyarakat :

1)Untuk dapat puas habiskan pusing ke segenap ruang lokasi di Gunung Lang ni lebih baik datang awal pagi sebelum matahari naik sebab agak luas kawasannya.
2)Pakailah kasut bertutup / sport shoes supaya kaki tak sakit. Kalau engko nak jugak pakai heels pon boleh tapi untuk fotoshoot aje lah. Kalau nak jelajah setiap pelosok Gunung tu better pakai sport shoes.