Jangan Buat Sesuka Hati

26 January 16 Comments

 


1. Baru faham, rupanya penuaan bermula di kaki, kemudian baru secara beransur-ansur naik ke bahagian atas. Menjaga kaki dengan berjalan kaki sudah memadai. Otot kaki yang kuat adalah faktor penting untuk membolehkan kita terus sihat. 

2. Jika kita tidak menggerakkan kaki selama 14 hari sahaja, otot kaki akan melemah dan kekuatannya akan berkurang untuk 10 tahun. Tidak kira berapapun usia kita, kekuatan otot kaki yang telah melemahkannya sebanyak satu pertiga darinya. Dan ia memerlukan masa yang lebih lama untuk kuat atau pulih kembali. 

3. Latihan dan apa saja aktiviti yang kita lakukan, ia akan menguatkan 50% tulang dan 50% lagi otot. Dan itu terdapat di kaki kita.

4. Untuk menguatkan otot, kita mesti buat senaman beban. Saya selalu ikut youtube oleh Caroline Girvan. Buat dalam bilik sendiripun boleh. Jangan buat sesuka hati tanpa bimbingan terutama bagi yang dah usia macam saya. 

5. Saya juga konsisten berjalan selama 45 minit menggunakan treadmill. Sekali sehari jika sibuk. Jika lebih banyak masa, saya buat dua kali sehari. Alhamdulillah.


Sumber : Facebook Faridah Mohd Ali

*************************************************

Moga tahun ini dapat lebih masa dan peluang menggerakkan kaki.

Tapi pastikan hati-hati pada setiap langkah.

Berjalan naik turun tangga. Berjalan ke stesen keretapi.

Berjalan hantar kuih muih ke rumah jiran eh! hehehehe



Jom Buat Apam Mekar

26 January 5 Comments

 



Ini kisah cuti hujung minggu sempena bertemu cuti perayaan Chinese New Year.
Anak-anak cucu Mak Lang ramai pulang bercuti di kampung.
Saudara mara sendiri pula belum ada rezeki untuk pulang minggu tersebut.


Makanya, 'kerajinan' yang sedikit muncul pada diri, membuatkan teringin untuk cuba buat Apam Mekar yang tak guna banyak bahan ini.

RESEPI APAM MEKAR

- 3 biji telur (suhu bilik)
- 2 cawan gula kastor
- 1 sudu besar ovalet
* mix semua bahan sehingga putih

- 3 cawan tepung gandum
- 1 cawan air soda
* mix semua hingga sebati)
- kukus 15 minit

*untuk dapatkan apam yang mekar helok kejadian, gunakan api yang kuat.



Kejadian Apam Mekar merekah pecah kembang setaman.
Aromanya melambai-lambai ke dalam hidung.
Seronok berbagi pada anak cucu Mak Lang sebelah rumah hehehe.

Moga kita diberikan kesihatan yang baik,
Boleh berbuat baik setiap hari,
Tak kira apa juga kebaikan tersebut kan? Aminnnn

Janji Ex You

25 January 10 Comments


Ternampak satu postingan dari fesbuk Umie Cikin.

Katanya haus singgah Zues nak beli air.

Pegang punya pegang ternampak yang ni.

Terus batalkan niat. Tak jadi beli air.

Tersentap manjakali dia hehehehe



Jom Buat Kaswi Gedik Gula Merah

25 January 12 Comments

Ini permintaan Abah sebab teringin nak makan Kuih Kaswi Gula Merah.

Bukan takda jual tapi Abah lebih suka makan homemade punya hehehe


 

RESEPI KASWI GULA MELAKA

BAHAN UNTUK AIR GULA
- 1 cawan gula merah
  (bukan gula pasir merah)
- 1 cawan gula putih
- daun pandan 
- 2 cawan air 

BAHAN UNTUK ADUNAN KASWI
- 2 cawan tepung gandum
- 3/4 cawan tepung ubi kayu
- 2 cawan air
- 1 sudu besar air kapur
- sedikit garam

*untuk warna gelap yang lebih menarik, boleh masukkan 1 atau 2 sudu kicap pekat

- Campurkan semua bahan air gula ke dalam bahan adunan.
- Tapiskan adunan yang telah dikacau sebati
- Sapu (oleskan) acuan dengan minyak
- Pastikan air dalam periuk kukus mendidih baru mula kukus.
- Kukus selama 10-15 minit & tunggu sejuk,boleh keluarkan dari acuan.
- Letakkan kelapa parut sebagai hiasan kuih kaswi gula melaka.

************************************************

Tak lama dulu aku pernah buat Kaswi Gedik Perisa Pandan.
Alkisahnya waktu tu Kakak Ipar berkumpul di kampung,
maka muncul lah idea ajak buat Kaswi Pandan & Kuih Sagu.

Kalini permintaan Abah nak Kuih Kaswi Gedik Gula Merah.
Kita cuba tunaikan & buat lebih untuk berbagi jiran sebelah hehehe


Juadah Hari Ini

23 January 11 Comments

 


Untuk sarapan pagi ni kita campak je segala jenis sayur yang ada dalam peti rahsia hehehe

Nasi goreng kampung sayuran campak-campak selalunya rasa lebih sedap kan? 

Syukur apa adanya menjadi bekalan buat sarapan di hari Khamis.

Moga Allah permudahkan segala urusan kita semua hari ini aminnn.


Juadah Negeri Perak-Bubur Roti Kapal

21 January 13 Comments

 



Pengat atau Bubur Roti Kapal ni sebenarnya satu juadah yang popular di kawasan Perak Tengah dan kawasan sekitar Kuala Kangsar di Negeri Perak.

Ada yang sebut Pengat Roti Kapal.
Ada juga yang sebut Bubur Roti Kapal.
Walaupun tesktur 'roti kapal' tu tak lembut tapi sinonim disebut Roti Kapal.

Juadah ni sejenis bubur manis berlemak air tangan orang-orang lama 
terutamanya yang tinggal di Parit, Bota, Lambor dan kawasan sekitarnya.

Walaupun cara menyediakannya ringkas dan mudah,
tetapi cabaran sedikit untuk mendapatkan Roti Kapal itu sendiri.

Jadi ada yang gantikan Roti Kapal tu dengan Roti Osborne yang lebih mudah didapati.
Tapi bahan berbeza tentulah rasanya juga tidak sama dengan yang asal.



CARA-CARA BUAT BUBUR ROTI KAPAL 

  • Panaskan air & gunakan 1 biji kelapa(santan) untuk dijadikan kuah.
  • Santannya harus pekat barulah rasa kuahnya umphhhhhhh!
  • Apabila kuah santan sudah menggelegak, masukkan roti kapal.
  • Gaulkan sekejap supaya sebati & tutupkan api.
  • Roti Kapal tu akan larut & kembang sendiri (kuah santan perlu perasakan dengan garam)
  • Roti Kapal boleh dimasukkan tanpa patahkan atau boleh juga dipatah-patah.
  • Masukkan juga gula putih secukup rasa.
  • Letakkan juga daun pandan untuk aroma harum bubur nanti.
  • Boleh tambahkan sagu untuk lebih menarik.

Ini merupakan 'comfort food' orang dulu-dulu.
Zaman struggle untuk membesarkan anak-anak.
Kehidupan dulu penuh sederhana.
Makan minum apa adanya demi kelangsungan hidup.

January Quote

21 January 7 Comments

 


Berubah ke arah yang lebih baik is okay.
Tak salah juga untuk terus stay dengan yang sedia ada.
Cuma adalah lebih afdhal jika boleh ubah menjadi lebih baik.

We fight our own self to become better than yesterday.
Be better. Be greater. Be happier.

Semuanya kita cuba usaha jadi lebih baik, tak gitu? :)

Jom Cuba Apam Tembikai

20 January 11 Comments

 


Ini kisah gatal tangan nak cuba buat Apam Tembikai.
Disebabkan banyak kali lalu lalang di fesbuk & tiktok.

Jadi disebabkan ada sikit kerajinan dan perasaan nak mencuba,
Ahad petang tu, selongkarlah peti harta karunnnnnnnnn.

Tengok bahan semua macam dah ada.
Keluarkan bahan-bahan & siapkan alatan.



RESEPI APAM TEMBIKAI GEBU

  • 2 biji telur (gred A/B)
  • 3/4 cawan gula
  • 1 teaspoon esen vanilla
  • 1 teaspoon ovalette
-putarkan semua bahan hingga kembang & gebu
-tambah masukkan 1 cawan susu full cream / susu cair
-sambung putar hingga sebati adunan tadi dgn susu
-masukkan 2 cawan tepung gandum 
-1 teaspoon baking powder
-masukkan sedikit garam
-putar lagi (gunakan kelajuan perlahan) hingga sebati
-bahagikan adunan kepada 3 warna (merah,putih & hija)
-sapukan minyak pada acuan 
-taburkan biji bijan hitam (sebagai biji tembikai)
-gunakan piping beg & paipkan lapisan merah, putih & hijau
-kukus api sederhana 10 - 15 minit
-apam akan boleh keluar cantik tanpa melekat jika cukup tempoh masak


Aku derhaka sikit sebab takda biji bijan hitam,

aku letak chocolate rice, kononnya ingat boleh jadi biji tembikai.

Bila dah siap kukus, nampak tu jadi comot macam tuuuuuuuu :(

Itulah siapa suruh derhaka resepi, kan dah dapat apam tembikai comot hukhukhuk

Nasib baik rasanya lembut gebu. Kongsi dengan anak cucu Mak Lang jiran sebelah.

Sekejap saja licin. Siap request nanti Acik Ana buatlah tembikai kuning jugak katanya.

Takpe dik nanti Acik Ana akan pastikan next time Acik Ana tak derhaka resepi.

Akan ku pastikan ku dapatkan juga biji bijan hitam tu! hehehehe


Jangan Suka-Suka Ambil MC & EL

20 January 9 Comments

 


JANGAN SUKA-SUKA AMBIL MC & EL

Ada satu kes ni, kerap sangat ambil MC, sikit-sikit pening, sikit-sikit sakit kepala (sebenarnya saja suka reka cerita pada Dr sebab nak MC).
Bila apply insurans, pihak insurans boleh crosscheck dengan klinik sekitar 5km radius dari kediaman customer.
Nah kau, berkajang sejarah MC dia timbul. Permohonan insurans pun kena decline.
Kalau tak sakit, tak payah lah reka-reka cerita nak MC.
Resign cari kerja lain sahaja kalau tak boleh blah dengan environment tempat anda bekerja.
Korang ingat majikan suka ke kaki MC & EL ni?
Bila tiba musim appraisal, nak kasi bonus muka macam cencorot sebab orang lain rating bagus, kita rating average aje.
Bila kita ambil MC palsu, banyak pihak menilai :-
1) majikan semasa menilai prestasi kerja
2) majikan akan datang menilai berasaskan latarbelakang lampau.
3) pihak insurans menilai dari sudut kesihatan dan risiko.
Jangan suka-suka MC & EL ye kawan-kawan.
Sumber : Syed Muhammad

***********************************************

Dipetik dari perkongsian di facebook.
Ramai sebenarnya yang jenis suka MC & EL ni.
Ada yang teruk tu setiap bulan ada je MC & EL dia ambil.
Tak fikir kesan jangka masa panjang.
Kalau memang betul tak mengapa, takda siapa pun nak pertikai kan?

Jala 3 Benua

19 January 11 Comments

 


RESEPI ROTI JALA 3 BENUA (KLASIK, PANDAN & COKLAT)

  • 1 biji telur
  • 1 sudu makan gula
  • 2 sudu makan minyak masak
  • 1 tea spoon garam
  • 1 tea spoon serbuk kunyit
  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 cawan air 
  • blendkan semua bahan (hingga lubang pusaran sebesar jari kelingking)
  • jika lubang besar tambah tepung sikit-sikit
  • jika lubang terlalu halus tambah air sikit-sikit
*untuk sukatan 3 cawan ni boleh dapat anggaran 65-75 keping roti jala.
*untuk roti jala pandan gantikan 3 cawan air tu kepada :
2 cawan air biasa + 1 cawan air pandan (yg di blend & tapis)
*untuk roti jala coklat serbuk kunyit tu gantikan dengan 
serbuk koko (boleh juga tambah pewarna coklat jika mahu hasil warna yang lebih gelap)


Roti Jala Klasik (warna kuning) selalunya dimakan dengan kari ayam.
Roti Jala Pandan (hijau) pula makan dengan sri kaya hijau pandan.
Roti Jala Coklat pula dimakan dengan sos coklat (cairkan coklat coin)

Selalunya roti jala coklat ada yang tambah pewarna coklat.
Untuk hasil warnanya yang lebih gelap dan pekat.
Aku saja tak tambah pewarna coklat untuk tengok hasil warna dia.
Sebelum-sebelum ni selalu buat roti jala 1 warna saja satu masa.
Kalini saja buatkan Roti Jala 3 Benua sempena ulangtahun cucu Mak Lang (sebelah rumah).
Bagi cucu-cucu Mak Lang seronok makan kongsi 5 orang.
Selalunya bila makan ramai-ramai, semua jadi sedap hehehehe

Jenis Suka Sandal Getah

18 January 10 Comments

 


Ini sandal yang menjadi kegemaran Abah.

Dari dulu hingga kini dan selamanya katanya.

Sandal atau selipar ni jenis getah lembut.

Sedap selesa pakai Abah kata dan Abah taknak yang jenis lain.

Ada juga cuba belikan sandal jenis yang lain sikit tapi Abah kurang pakai.

Jenis ini juga yang menjadi pujaaaan hati Abah hehehe


Jamuan Akhir Tahun

17 January 5 Comments

 

CONTOH MENU JAMUAN AKHIR TAHUN 
UNTUK KELAS KANAK-KANAK SEKOLAH





Seronok tengok perkongsian ibu-ibu / mak-mak di group facebook.
Ada yang bertanya tentang idea apa nak dibawa untuk jamuan kelas anak.
Ramai yang berkongsi pelbagai jenis menu menarik.

Ini antaranya yang dikongsikan di Group Masak Apa Hari Ni (MHAN)
Menu ringkas macam ni selalunya memang menarik perhatian anak-anak.
Maklumlah selera kanak-kanak bukan macam orang dewasa kan? hehehe


Jom Buat Kerabu Sotong!

16 January 8 Comments

 


RESEPI KERABU SOTONG MUDAH DAN SEDAP

  • 10-15 ekor sotong (saiz sederhana)
  • 2 biji bawang besar
  • 3 biji cili merah besar
  • 3 biji cili Melaka
  • 1 - 2 ikat ulam selom / ulam raja 
  • 1 - 2 kuntum bunga kantan
  • 2 sudu besar gula 
  • 3 sudu kicap sotong 
  • 2 biji perahan limau nipis


Caranya memang mudah. Rebuskan sekejap sotong yang dipotong.

Campurkan saja semua bahan yang sudah dihiris.

Masukkan gula, kicap sotong & perahan limau nipis.

Seimbangkan rasa. Jika ada yang kurang, tambah ikut kesesuaian tekak kita.

Kerabu sotong siap! Makan meratah begitu saja pun dah cukup enak.

Makan dengan nasi panas-panas, tak angkat kepala dah hehehe


Jalani Rutin Mata Ayah

15 January 10 Comments

 


Dulu aku pernah kongsikan Kisah Operate Mata Abah pada tahun 2021.

Masih segar lagi waktu tu PKP dan hari pertama abah masuk wad adalah hari pertama Ramadhan.

Aku pula masa tu diuji dengan kesihatan Mak yang juga baru selesai ulang-alik cuci luka.

Ditambah dengan waktu tu Covid, PKP dan adik beradik lain tak dapat rentas pulang ke kampung.

Terasa sayu sungguh perlu uruskan semuanya seorang diri.

Aku bawa juga mak pergi urusan abah di hospital sebab aku tak sanggup tinggal mak sendiri.

Untuk tahun ini pula, nampaknya mata abah sebelah kiri pula bakal menjalani pembedahan.

Haritu dah bawa abah untuk rawatan kesihatan di Pakar Mata Hospital Teluk Intan.

Syukur semua kandungan gula, bacaan tekanan darah juga okay.

Jika tiada masalah, perlu hadir lagi nanti untuk sesi pembedahan mata.


Selesai rutin check up abah, aku bawa mak & abah pergi repeat makan Pak Man Nasi Tempurung.
Tempat ni memang dah jadi lokasi feveret mak & abah tiap kali ada urusan di Teluk Intan.
Cara nak makan di sini sangat mudah sebab kita hanya perlu ambil sendiri dulang,
dan lalu je di station juadah yang disediakan dan kutip saja semua jenis lauk yang kita nak.
Tiba di penghujung station akan ada kaunter untuk pembayaran.

Selesai bayar semua juadah lauk pauk (tambah dengan nasi dalam tempurung),
kita boleh cari tempat duduk (tempat duduk banyak) dan selesa.
Mak pilih nak lauk keli salai masak lemak cili api, gulai kawah, sambal paru, telur masin & bendi.

Untuk pilihan air, kita boleh pergi pilih dan bayar di kaunter air.
Pelbagai jenis air ada tapi aku pilih untuk minum air kosong.


Jurugambar Terbaik!

14 January 8 Comments


 Jurugambar / Jurufoto antara figura penting terutama semasa majlis walimatul'urus.

Jurufoto memang perlu pandai main peranan untuk 'hidupkan' suasana majlis.

Al-maklumlah, bukan semua orang tahu untuk posing / beraksi depan lensa kamera kan?

Engkorang dulu masa majlis acaner? Keras kejung ke atau memang pakar posing? hehehe