Jom Infaq | Maksud Infaq?

27 July 30 Comments
ini kesah hari terakhir bekerja sebelum ofis ditutup secara rasminya sempena cuti raya aidilfitri.. aku on duty sorang-sorang je lah harini sebabnya partner aku dah gerak balik ke sungai petani lebih kurang 8.15 pagi katanya pastu dalam jam 10 pagi lebih kurang aku tanya lah sampai kat mana dah -- dia kata baru sampai area jelapang (ipoh) je. selalunya waktu bukan musim raya kalo 2 jam perjalanan tu dah boleh sampai area taiping dah.. jemmm merata phewww  =P

harini sipbek half day je.. tu pon sebab nak setelkan submit monthly report segala. kalo ikotkan hati memang malas la nak datang kerja, tambah pulak partner pon dah cuti.. tapi memikirkan tanggungjawab, gagahkan jugakla datang hehehe

setel submit report segala -- jam pun dah dekat pukul 1 tengah hari -- dah kemas-kemas semua tetiba datang pulak sorang brader ni.. aku memang kenal dia. sebelum ni dia memang selalu datang guna perkhidmatan kat ofis aku tu tapi semenjak dia dah kawen dan pindah duduk johor, dia dah jarang la datang.. rupanya dia datang nak mintak derma / sumbangan untuk buat surau di kawasan taman perumahan yang dia duduk skang di johor tu..
mulanya aku macam was-was nak bagi sebab jumlah pemberian tu dah ditetapkan sebanyak yang tertulis kat kupon tu.. tapi bila fikir balik -- takpelah die nak tipu ke atau nak jujur ke itu antara dia dengan pencipta.. yang penting niat kita ikhlas untuk bagi.. memandangkan aku pon dah nak tutup kedai, kami pon takdela sembang lama -- aku bagi sumbangan -- dia bagi keratan tu -- pastu kami pon balik.

sepanjang perjalanan tu aku dok terfikir jugak ape maksud INFAQ ni ea sebenarnye.. kerap jugak ada dengar kat iklan tv / radio pasal infaq ni.. balik tu bila aku google owwhhhh ini maksudnye :

"infaq mempunyai makna menafkahkan atau membelanjakan harta yang kita miliki. terutama untuk kepentingan agama atau memberikan harta ke jalan Allah..."

sumber : gusharton 

owhh camtu rupanya maksud infaq ni.. maklumlah sekarang ni banyak penggunaan perkataan atau term dari bahasa arab rasanya macam iftar, suhoor, dai'e dan tak lupa infaq ni jugak..


Juadah Berbuka | Cucur Kurma

25 July 19 Comments
dalam kisah sebelum ni aku ada cerita pasal dapat kurma FREE tu kan ? pastu O'gosh ade drop komen pasal kurma.. 
aku bukanla master chef ye tapi aku share jugakla resepi buat cucur kurma ni mengikut selera anak tekak aku ni ha hehehe.. yelah ada setengah orang memang feveret dia lah kurma ni. bagi  setengah orang lain pulak, untuk makan sebijik kurma ni ibaratnye macam kena paksa telan ubat pahit ya rabbi tak tahulah nak cakap cemane kan.. lain orang -- lain caranya. lain la jugak pilihan tekaknye.. jadi disebabkan aku ni pon antara orang yang makan kurma ni dengan sedikit paksaan daripada Abah aku, jadinye untuk membuatkan tekak aku boleh terima lebih daripada hanya sebijik kurma, maka upgred lah buah kurma tu kasi jadi cucur.. senang je pon bahannye..

beberapa kurma (aku prefer dibuang biji dan aku buat dalam 10 bijik camtu)
2 sudu tepung gandum
2 sudu tepung beras
sedikit marjerin dan garam
minyak masak
*ada setengah orang guna telur. pon boleh kalo nak gantikan marjerin tu.

cara-caranya : 

bancuhkan tepung + marjerin + garam secukup rasa. jadikan macam tepung nak buat cucur pisang tu ye anak-anak.. jangan cair sangat dan janganla pekat sangat pulak. sedang-sedang saja ye. pastu celupkan je kurma-kurma tu dalam bancuhan tepung tu tadi pastu make sure minyak dah dipanaskan dan pastu dah boleh goreng. jangan goreng sambil bersosial media pulak ye, karang jadi cucur kurma hangit pulak kehkehkeh =P
 credit : instagram annjfr
dedulu masa kecik-kecik aku tak berape nak makan kurma ni sebabnye tu lah die.. aku terbayang macam lipas hahaha tah pape betol imaginasi namun kini tidak lagi =P

Jadikan Amalan | Makan Kurma

23 July 34 Comments
aku rasa ramai yang tak berapa suka makan kurma kan ? elehh takyah bohong lah.. betol kan ? taknak ngaku konon hehehe.. aku pon sebenarnye baru semenjak dua menjak ni je pandai makan kurma.. PANDAI dalam konteks -- boleh makan dan telan dan hadam.. kalau sebelum-sebelum ni (beberapa tahun kebelakangan) memang aku tak boleh langsung nak telan kurma ni.. bila makan je mesti keluar balik semua segala isi perut =P

entah aku sendiri tak tau nak kata apa sebabnye tapi memang tekak tak boleh la nak terima.. pada hal abah aku dok suruh je makan kurma tiap kali berbuka.. kan sunnah kan berbuka dengan Tamar atau kurma ni.. tapi masalahnye tu lah die-- tekak ni ha degil =P

tapi Alhamdulillah semenjak menganjak tua usia ni, dah makin boleh telan dah kurma ni tapi takdelah sampai tahap obses sangatsangatsangat haaaa.. setakat memenuhi syarat -- bila berbuka puasa--kurma dulu -- pastu kemudian baru air / kuih muih segala bagai..
dan aku rasa macam wahhhhh bertuahnye aku sepanjang bulan Ramadhan ni.. yelah mane taknye sebelum ni ada dapat angpow raya , pastu pulak dapat baju raya .. pastu pulak arini masa tengah sibuk-sibuk dok ketak ketukk nak compilekan data yang boss mintak urgent sesangat katanye, tetiba datang sorang brader Exco Persatuan Belia Felda sini, bawak berkotak-kotak kurma.. Pastu dia pon bagi lah sorang sekotak kat aku dengan partner keje aku.. Alhamdulillah dah boleh buat cucur kurma lah nanti waktu berbuka hehehe

#PrayForAll :'(

Jangan Menangis | Berlima Ramadhan

22 July 24 Comments
tiap kali sampai je 10 malam terakhir Ramadhan, otomatik tragedi beberapa belas tahun dulu datang terjah kotak fikiran mak aku.. tragedi yang hampir meragut nyawa adik aku (Pian) abang kepada si Aiman.. tragedi tu berlaku pada malam tujuh likur dan aku penah kongsikan kat sini..

pedihnya kami sekeluarga masa tu, Allah je lah yang tahu.. yelah mane tak nye.. orang lain yang punca, kita pulak yang kena tanggung sakit segala.. tapi memang kena redha lah dengan Qada' dan Qadar.. pastu pulak sekarang ni setiap jam 7 malam kat TV1 ada drama Berlima Ramadhan.. mak aku memang follow dari awal episod dulu dah.. ceritanye pulak setiap hari, pastu pulak iklan pulak ciput je memang sedaplah mak aku pulun tengok sementara tunggu azan maghrib untuk berbuka puasa.. aku yang mulanya tak berapa tengok pon terus tersangkut sama..
dari mula cerita tu memang sedih betul. kesah 5 beradik yang terpaksa tempuh macam-macam ujian bermula dengan mak dan ayah diorang meninggal dalam kemalangan.. pastu si adik yang ketiga (Acik) pulak kena buli + kena belasah sampai koma.. atok sebelah mak pulak benci kat cucu-cucu ni sebab bawak sial katanya.. paksu sebelah ayah pulak ambik semua duit pampasan kemalangan tu.. paklang nye pulak sibuk suruh pajak gran tanah rumah mak ayah diorang tu sebab perlukan duit.. si Along dan si Angah berusaha cari duit untuk teruskan jaga adik-adik..

setiap hari memang terkesan betul tengok diorang ni berlakon.. baik dari pelakon senior sampailah pelakon kanak-kanak tu pon.. jangan kata mak aku je nangis, dengan aku sekali jenuh terkebil-kebil tahan air mata nengok diorang ni belakon sobbss sobbss
pandai shiela rusli pilih pelakon. pandai dia didik pelakon. banyak pengajaran dalam drama ni.. satu lagi drama aku dengan mak aku dok follow tu yang kat TV3 tu --- Ramadhan Jangan Pergi. pon under JS pictures si Shiela Rusli punya jugak.. banyak pengajaran jugak.. pelakon pon mantap semua.. bila tengok watak antagonis tu, memang rasa nak korek-korek je bijik mata dia. ahakss =P


Jubah Dress

21 July 16 Comments
puasa tinggal hujung-hujung je dah ni.. cane persiapan raya engkorang? semua dah setel kot ? tinggal nak tunggu tetamu datang je lagi ye dak ? errr ke salah ? ahaksss =P  aku punya persiapan raya setakat ni baru setel tolong mak aku setelkan part langsir, sarung sofa dan lapik meja hape segala..

part kuih muih belom ada barang sebijik pon lagi.. kalo tahun lepas, aku gigih dok buat biskut raya kat ofis ni.. bepakat dengan geng-geng kerja aku pakat bawak oven dengan segala peralatan dan jugak bahan-bahan.. kami berempat dok pulun buat bersungguh tahun lepas.. dapat gak la 3 jenis : biskut dahlia (samperit), biskut chocolate chip dengan biskut cornflakes.. sipbekla jugak boss memang takdak kat sini.. boss jenis monitor dari HQ je.. agak beruntung jugakla kami ahakss =P

tapi tahun ni nampak gayanya tak sempat la pulak nak menggodek biskut kat ofis ni sebab masing-masing ada tugasan banyak la pulak  =.=  banyak kuih tunjuk je la nampak gayanya tahun ni hehehe
setel part mak dan jugak part biskut yang nampak gaya bakal jadi tunjuk-tunjuk je tu.. part baju raya pulak mulanya memang aku nak pakai apa yang ada je sebab aku rasa baju yang ada semua elok lagi.. kaler pun buleh tahan terang menderang dan berwarna-warni jugak dok beratoq dalam almari tu.. adik aku si Aiman siap kata :

"huiiii kak, dah macam kaler Luna dah semua baju hang ni bila susun atoq camtu"

haa adik aku si Aiman memang suka bermanja camtu dengan kakak dia ni.. yelah selain mak dan abah aku, aku je yang ada kat rumah tu sepanjang dia membesar ni. tu yang jadi manja terlebih tu.. segala benda lah nak mintak tolong aku.. ohhh part baju raya tadi -- planning awalnya camtulah -- nak pakai je apa yang ada.

Tup tup baru sat tadi kak ipar aku wassap kat dalam group family aku. dia hantar gambar dress dua tu (hijau + hitam) dan dia suruh aku pilih nak yang mana satu.. aku pon ayat la kata kalo tengok, dua-dua pon lawa.. pastu aku jack la abang aku yakni hasben kak ipar aku tu untuk sponsor la dua-dua tu kat aku..

Wassap Group Aziz N Co

kak ipar : ana, pilihla mana satu kaler ana nak.. hijau ke atau hitam tu..

aku : errr... wow dua-dua lawa ! errr along mana along ? 

kak ipar : along ade je ni..

abang long : ehem.. 

aku : err.. err... Long.. apa kata kan.. sempena raya yang bakal tiba ni kan..
hang sponsor la aku dua-dua tu.. kesian kat aku takdak baju raya apa lagi..
aku kan satu-satunya adik pompuan hang.. tak kesian kat aku ke Long? sobss sobs 

abang long : hurmm.. kalo aku belanja dua-dua tu hang kena tolong aku.
tolong ejas kak hang ni bagi izin.... kuikuikui

kak ipar : amboiiiii sempat lagi eaaa !!! *%&!@#


hahaha part last tu aku taw depa gurau-gurau manja hehe.. hurmm mungkin rezeki aku sempena Ramadhan ni kot, abang long aku tak cakap banyak dia terus kata orait tarak hal lah. ahakss ni sayang abang long lebeyhhh nih ! makanya daripada aku takdak baju raya yang baru untuk dipakai, tup tup dapatlah dua pasang tu ha. kehkehkeh Alhamdulillah ;)

*gurau senda selagi suami / isteri tak amek hati, takpe -- PAHALA bila buat masing-masing senyum :)