Nyamuk | Kelambu Moden

21 November 18 Comments


Mak aku jenis orang yang memang tak boleh tido kalau takde kelambu.. Dari zaman mak aku kecik dulu sampailah zaman veteran dia sekarang ni, selagi takde kelambu selagi tu lah memang  mak takkan mau terlena.. Kalau aku ni pulak ada kelambu ke takde kelambu ke, asal letak kepala je memang hanyut hehehe

Lama jugak dah sebenarnye mak aku dok sebut pasal kelambu segera ni.. Yelah sebab senang -- keluarkan je dari beg simpanan dia tu dan pusingkan aje lebih kurang terus paaaaapppp siap terletak lah kelambu ittewww dengan jayanya.. Tambah pulak masa musim diserang nyamuk aedes aritu, bertambah keraplah mak aku dok sebut pasal kelambu segera ni. Tapi aku iye kan aje lah, beli nye tak jugak kikiki.. Dok usyar online -- rata-rata jual dalam 5-6 puluh hengget gak menatang nih.. Hurmm nantilah dulu beli. Usyar lagi kat lain.. Errr korang ada jumpa memana seller yg jual less than 5-6 puluh hengget dak menatang ni ?? kehkehkeh =P



Nad Ladzim | Segmen Mari Berkenalan

21 November 8 Comments

Jom meriahkan segmen Nad Ladzim.. Sambil blogwalking sambil berkenalan sambil tambah kenalan hehehe..  Sokong kawan-kawan blogger ;)  Mudah je syarat-syaratnye..  Ehh siap ada pemenang bakal dapat hadiah tau !

Salam kenalan semua kengkawan yang sudi singgah sini hehehe.. Klik banner untuk support :)



Nak Rumah Camne?

20 November 28 Comments

Aku baru je setel tolong apply online rumah PR1MA untuk abang long aku.. Harga rumah zaman sekarang perhhhhh telan air lior je la aku nengoknye.. Selagi mana belum kawen ni memang idokle aku layak nak mohon beli rumah..Tambah pulak bukan kerja gomen, takyah buang karan la nak apply.

Abang Long aku sendiri yang berpendapatan kasar bulanan lebih daripada had minimum gaji yang diletakkan untuk apply rumah pon masih tak dapat mohon loan rumah.. Kesah benar abang long aku sendiri , masa bercakap sendiri kat kaunter jualan rumah tu, staff tu tanya kerja apa dan pendapatan apa semua. Bila dengar je abang aku bukan kerja gomen, terus staff tu cakap :

"Errr maaflah bang, kerja macam abang ni susah sikit kami nak approve loan rumah. Yelah sebabnye risiko kematian tu tinggi.. Tapi kalo kerja gomen, senang sikitlah bang.. Abang try lah tanya-tanya sedara mara yang kerja gomen ke kot-kot boleh guna nama dia untuk apply.. InshaAllah kami boleh lah segerakan bang.."

Nampak dak?  Ni kesah benar abang long aku sendiri ni.. Takde reka-reka punya. Aku tak kata apa-apalah pasal kerja gomen ke non gomen ke tapi memang tak patut betoi la apa yang staff tu cakap. Hancur berkecai rasa nak meleleh air mata kat situ jugak kata abang long aku masa staff tu cakap camtu..

 macam Disney house pulak nengoknye
Little Cottage  Garden Resort. Ehemmm ! >.<

Yang belum berkerja, takkan rasa benda-benda diskriminasi ni semua.. Nanti tunggu korang-korang dah kerja, dah kena batang hidong sendiri, itu jam memang bestttt gila rasa dia.

Aku dah berniat takmau rumah besar-besar ni semua.. Dapat sebijik cottage ala-ala cenggitu pon dah cukup dah.. Dapat buat kat tanah kampung mak ayah aku sekarang ni, memang aku jadikan tourists attraction habes la.. Kalau kat Sabah ada rumah terbalik, inshaAllah nanti aku buat Little Cottage Garden Resort kat Perak ni. Haaaa gitteww.

Perhhh tudia punya berangan. Pedulikkan. BERANGAN je antara yang tak perlu keluar satu sen pon sekarang nih... kehkehkeh =P


N4 | Photobook

19 November 22 Comments

Kesahnye aku TERgatal tangan nak try customize photobook yang keluar promo kat Groupon aritu.. Maklumlah dok usyar baekkk punya promo kan.. Tup tup TERbeli lah promo voucher untuk personalised photobook tu.. Dia ada macam-macam size dan harga so untuk first attempt ni aku pon amek Medium Softcover 40 pages yang sepatutnya berharga :

RM165.00 + RM10.00 (postage) = RM175.00 tapi 
sebab aku beli promo voucher tu so harga yang aku perlu bayar adalah 
RM35.00 (untuk 1 voucher) + RM10.00 (postage) = RM45.00 sahaja. [save RM130 !]

Pada aku memang save baaaaanyaklah  kalo compare nak p tempah sendiri p kedai apa semua. Mana tenaga lagi, minyak apa semua lagi. Cuma yang memboringkan sikit tu adalah nak kena susun / customize sendiri gambar-gambar yang kita nak. Masa tu memang jenuh la bercintaaa jugaklah aku nak menyiapkan.. Ini baru sikit je ni. Baru 1/10 je rasanya daripada koleksi-koleksi gambar yang ada. Bila dah puas hati tengok hasil daripada Photobookmart ni, baru la buleh proceed next order pulak.. 

So sekarang dah tak payah lagi lah nak cuci sekeping-sekeping gambar pastu nak kena boh pulak sekeping-sekeping dalam album.. Sebenarnya orang zaman sekarang ni dah pakat tak berapa rajin dah pon nak cuci-cuci gambar apa semua kan? Ikot suka masing-masinglah kan mana yang bekenan di hati.. Macam aku ni bukan apa -- sentimental lebeyhhhhh sebab tu rajin dok buat benda-benda lagu ni kehkehkeh =P

http://eemoticons.netPsttttt~ jangan lupa join 1st GiveAway by Anamizu.. Mana taw kot banyak sambutan kalini, next time kita bagi hadiah voucher Groupon plak ke kan? kan? kan? kehkehkeh =P


Nota Untuk Sang Awan

19 November 27 Comments


Sebenarnye ini telemovie dan dah ditayangkan pun masa 4 November aritu kat TV2.. Aku kebetulan tertengok citer ni sebab masa tu dok main tekan-tekan remote tukar-tukar channel.. Pelakon dia Beto Kusyairy dan Aisya Hasnaa.. Dalam tu Beto ni lumpuh sebab eksiden. Wife dia meninggal dan lepas eksiden tu dia terus macam give up sebab terlampau sayangkan wife dia. Adik dia (Anne Ngasri) yang jaga dia sepanjang lepas dia eksiden tu dan banyak kali suruh abang dia move on tapi abang dia agak degil. Beto ni penulis dan dia nak kaji tentang communication melalui burung merpati so dia pun tiap hari tulis sajak / puisi dan ikat pada burung tu sebab dia percaya burung-burung tu akan balik semula. Adik dia tak percaya semua tu. 
Nak dijadikan cerita, burung tu boleh pulak ditakdirkan sampai kat si Aisya Hasnaa, maka diorang pun saling berbalas lah surat melalui burung merpati tu. Macam-macam jugak masalah si Aisya ni kena hadap -- dengan perangai adik dia yang tak sudah-sudah menyusahkan dia dok mintak duit je kejenye. Dah la hidup tahap pemalas tak tau nak cakap dah. Keje dok pow kakak die je mintak duit. Yang si kakak pulak terpaksa keje cari duit sendiri untuk sambung belajar sebab si ayah pun diberhentikan kerja... Sesiapa yang terlepas tengok haritu boleh la tengok online. Kat sini ade rasenye. Aku selalunya tengok situ je kalo terlepas cite ape-ape yang best kat tv. Maklumlah sekarang ni kan zaman semuanya di hujung jari. kehkehkeh =P

Pssst~ siapa lagi yang belum join 1st GiveAway by Anamizu
Ada lagi beberapa hari sebelum 28 November. Meh la join meriahkan lagi hehehe http://eemoticons.net


Name Your Favorite Challenge

15 November 21 Comments


Segala benda ni semuanya adalah my feveret.. Berdasarkan daripada latest entry kat blog Amy J, dan kebetulan jugak bulan ni start with 'N' so here we go ! Name your favorite challenge !

1. Place : Nature [sungai / tasik / bukit / gunung etc ]
2. Person : Abang Long
3. Color : Black 
4. Food : Apa saja yang base on kueh teow
5. Smell : Fruity
6. Book : Art
7. Movie : K3G
8. Music Artist : Takde
9. Genre of music : Semua yang tak bingit telinga
10. Magazine : Foods
11. Day of the week : Sunday
12. Animal : Holland Lop Bunny
 

13. Font : Cambria / Consolas / Short Stack
14. Sound : Piano
15. Workout : Jumping Jacks
16. Word : Cute
17. Thing To Do When Bored : Layan Lagu
18. Eye Color : Blue
19. Language : Japan
20. Class in School : Art

Nametag

14 November 27 Comments
Aku tertarik dengan artikel yang Mr Titan share kat blog dia pasal cara nak pilih nama untuk buat nametag baru.. Zaman sekolah lebih kurang 15-20 tahun dulu memang majoriti murid-murid pon kena tempah nametag yang siap ada pin tu.. Tapi bila zaman makin berubah, dah diupgred kebanyakannya murid sekolah hanya guna tanda nama yang secara sulam tu je.. 
Sebenarnye buat nametag ni ada saiz dan ukurannye jugak.. Bukan main hentam je.. Tambah pulak kalo kerja gomen, memang wajib rasanya kot kena pakai nametag.. Errr tapi ramai jugak yang letak dalam poket atau dalam handbag.. kan? kan? kan? kehkehkeh
  
Zaman sekarang ni pulak nama-nama anak kemain canggih lagi haa.. Selagi boleh panjang, memang habes panjang la mak ayah letak nama.. Last sekali nanti anak tu tak reti nak tulis nama sendiri sebab panjang sangat =P  Kalau dah panjang namanya habes tu kat nametag nak letak nama ape pulak? sebaiknya pilihlah nama yang dominan.

Contoh:
Alexia Nur Damia Hana--Damia
Muhammad Izzad Farhan--Izzad / Farhan
Nur Syazreena Natasha--Natasha
Izz Rizqi Rayyan--Izz / Rizqi / Rayyan
*kalau nama Cina atau India selalunya ditulis penuh sebab jarang terlalu panjang barangkali.

Nampak tak? Kesimpulannya tak salah letak nama anak panjang mana pun asalkan maksudnya kita yakin baik dan pandai-pandailah mak ayah settiing masa pendaftaran sekolah nanti kan? kehkehkeh =P   Siapa cakap apa lah ada pada nama ?? Heyy harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama tau ;)

Nak Mandi Punya Pasal

13 November 13 Comments
Nampak gambar ni kat fesbuk siapa entah tadi.. Ini kes tunggu giliran untuk mandi la ni.. Siapa-siapa yang biasa duduk asrama memang cukup familiar la scene cenggini.. Aku ni memang tak pernah la dok asrama.. Memang dari kecik sampailah ke besar sekarang ni dok rumah family je so memang takdela merasa pengalaman cenggini ahaksss
Adik aku si Pian antara insan terpilih yang kena stay asrama dari start umur 13 tahun.. Pian dapat sambung sekolah kat Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim kat Jitra, Kedah ataupun nama gelaran sekolah tu Jenan. Masa awal-awal antar tu mak aku lah insan paling sedih sebab kena berjauh dengan anak dia.. Maklumlah sebab itu satu-satunya anak dia yang dapat masuk asrama penuh.. Berbulan jugakla mak aku tak lalu makan dok terkenangkan anak dia cemana la kat asrama sana.. Tambah pulak bila ada je berita pasal kes buli, haahhh mak aku mula la air mata bertakung takot-takot anak dia kena ke.. Yelah bila dok asrama ni macam-macam la pahit manis kena tempuh kan? Kena buli tu adat la dok asrama. Tapi berdasarkan apa yang adik aku si Pian cerita tiap kali dia balik cuti, takdelah teruk mana sangat buli tu. Tak taulah kalau ada yang teruk-teruk tapi dia takmau cerita  =P


Nak Makan Apeee

13 November 14 Comments
Masih jadi mandor lagi harini.. Camtulah kerja aku seminggu dua ni.. Ape? Ko pikir seronok?? Phuiii hahahaha indah khabar dari rupa kehkehkeh =P  Takdelah seronok mana pon.. Istilah seronok tu barangkali sebab membayangkan bila jadi mandor, kerjanya cuman ke sana ke sini. Rehat-rehat aja gitu kan? Yaaa salah sekali tu! Lebih dari itu kerjaannya hahaha.. Udah le ujan lebattttt giler ni.. Janganlah internet down pulak karang hurmmm :(
Sorang member aku ni pregnant sekarang ni.. Tunggu hari je lagi sebab dia due 28 November ni..Pastu tetiba tu ha status dia cenggitu.. Doktor kata tokleh makan nasik pasni.. Dah tu nak makan apeeeeee katenye hehehe.. Cian mommy to be ni.. Dah la bawak perut, pastu disebabkan berat naik mendadak, tu yang doktor cakap cenggitu.. Sembang-sembang gak dengan die kat chat, macam-macam luahan die sepanjang die preggy hehehe.. Tu lah kan, hanya ibu-ibu je yang faham situasi cenggini.. Aku ni jangankan kata preggy, calon pon tak berapa nak hado hahahaha..Mudah-mudahan member aku ni selamat melahirkan baby nanti.. Cant wait to see her baby ! ;)