Juih Bibir

12 January 35 Comments
credit : Atok Dean
Bibir gebu ini milik tumbuhan dengan nama saintifik Psychotria Elata, atau lebih dikenali sebagai "Hot Lips Plant" dan "The Hooker's Lips". Tumbuhan ini adalah salah satu spesies Psychotria yang merupakan tumbuhan berbunga dalam keluarga "The Rubiaceae". Ia juga dikenali untuk menghasilkan bahan kimia Psychedelic seperti dimethyltryptamine. Psychotria Elata boleh didapati di hutan hujan Amerika Selatan dan negara-negara Amerika Tengah seperti Ecuador, Costa Rica, Panama dan Columbia kerana keadaan iklim yang baik untuk tanaman ini. 

Ini silap kiss boleh kalah bibir angelina jolie nih =P Ha saper nk kiss? hahaha


Jambu Batu + Asam Boi

11 January 44 Comments
Air jambu batu (guava) campur asam boi memang best lah dapat minum waktu² panas. Ini kesah tengah hari lepas balik daripada bawak adik aku si Aiman membeli barang sekolah. Mulanya ingatkan dah setel dah segala baju apa semua. 

Rupa² nya bila aku tanya uniform PBSM boleh pakai lagi tak? Katanya boleh kot. Bila try pakai, dahhh ketat pulak kat celah ketiak. Nak taknak kena lah aku bawak jugak pergi membeli. Boleh tahan gak lah harga uniform² gitu. 1 suit uniform cenggitu kalah baju kurung aku  -__-"

Takpelah nanti dia dah kerja, aku paw dia. hahaha

On the way balik rumah ada orang jual buah jambu. Hape lagi tak kasi chance. Borong lah buat jajan nanti. Sampai rumah terus tak tunggu lama. Godek dapur. Zasss setel jus jambu batu asam boi. Pastu TERrajin pulak potong² tabur serbuk jambu sikit, taruk asam boi patlimanam bijik. Cili sikit. Nyummm!

Banyak khasiat jambu batu nih antaranya :
-menurunkan paras kolesterol
-menurunkan paras gula dalam darah
-mengurangkan berat badan

sumber : Jambu Batu

Ada lagi selain daripada tu. Kalau makan dengan kulit²nya sekali lagi baik. Agaknya orang² yang 'jambu' tu mesti amalkan makan jambu dengan kulit sekali kot ye?  hehehe =D




Jawab Soalan : Buah Dada Diikat

10 January 62 Comments

Adehh meh sini aku nak menjawab persoalan dan kemuyskilan korang pasal keywords 'buah dada' , 'buah dada diikat' yang kat entry sebelum ni. Maap la ye kalau ada yang tak selesa. Makcik ni bukan hape nak. Cuma nak clean & clearkan nama makcik je nak. Takde niat lain selain dari tu nak. hehehe

Ekceli keywords tu aku rasa disebabkan entry aku yang agak berkurun lama dulu..

Ada 1 entry aku dulu pasal kesah buah dada diikat dan disepit. Disebabkan muatan dia agak panjang dan aku rasa nanti korang jenuh nak scroll baca. Takpe, demi takmau mengecewakan hati-hati korang semua, aku share kan sikit.


"Mazlan... Allah itu Maha Besar,MahaAgung,Maha Kaya. Semasa koma, akak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang pernah akak buat. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut akak ditarik dengan bara api. Pedihnya!!!!! Menjerit-jerit akak minta ampun pada Allah."

"Bukan itu saja, buah dada akak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini. Putus!! Jatuh dalam api neraka!! Buah dada akak rentung terbakar, sakit hanya Allah yang tahu!!! Kak meraung kesakitan. Akak masukkan tangan ke dalam api itu dan ambil buah dada tu balik. Tersangat panas Lan!!" tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita.

Tu sikit je tu. Panjang lagi intro -- body -- dan jugak closing dia. Kalau siapa yang rasa rajin nak baca kesah sepenuhnya kena check balik kesah buah dada. Takyah imaginasi tahap tinggi sangat lah nak oi. Kang jadi lain kang hahaha


Hepp! Mata tu. Mata tu. Cover sikit. hahaha. Ini namanye buah loofah. Kat Vietnam rasanya wujud buah loofah ni. Memang sebijik macam ghope breast. Err ce tanye Dr Shikin Zainal masa p HCM haritu ada dak terjumpak buah ni? kikiki =P

Jereng Blog

10 January 57 Comments

Ini aku tak pasti apa masalah orang yang search 'jereng blog' ni. Nak kata aku ada share entry pasal asal usul jering -- takde.

Nak kata aku ada tulis pasal tempat kat Perak yang namanya Changkat Jering -- pon takde. 

Ke sebab dia rasa aku ni tangkai jering? 

Hurmm tapi 'jereng' dengan 'jering' kan beza tu. E dengan I.  Eeeeeee muyskil I taw! hahaha =P

Makan tengah hari berulamkan jering ok gak ye dak? Err tapi aku tak makan jering. hehehe



Jejari Rajin : Free Gift

09 January 62 Comments
Alhamdulillah ramai kawan² yang murah hati pastu rajin tahap gaban pulak tu buat something untuk kengkawan yang datang ziarah blog diorang. 


Ini pemberian dari Hikayat Seorang Budak sebab aku terselit pengkomen top ten untuk bulan Disember 2014 haritu kat blog HSB. Paling corot (nombor sepuluh) pon dapat jugak sebijik hadiah dari HSB hehe.. Mekaseh HSB :)



Ini pemberian daripada Cik Mimie pulak. Pon disebabkan antara top komentator kat blog Cik Mimie masa bulan Disember haritu. Haaa siap dibagi sijil Pengomen Tegar lagi. Amekaw. hehehe. Terime kaseh Cik Mimie hehe. 


Ahah! Dua benda kat bawah ni pulak bukan disebabkan aku jadi pengkomen tegar ke hape. Ini daripada Sya hehe. Haritu sesambil jejalan, tersinggah blog Sya pastu tengok ada bagitawu nak bagi FREE design header simple mimple punya tapi promosinye valid dari 4 hingga 10 Januari 2015 saje lah. Psstt~ sempat lagi kalo nak p mintak ramai² kat Sya. hehe


Ingatkan sesajelah gatal tangan mintak tolong sya buatkan. Tup-tup dapat betol² ! Dapat dua pulak tu! Ini buleh jadi header + watermark terus lah nampak gaya nih. hehehe. Mekaseh Sya! :*


Ekceli aku takdelah pengkomen tegar mane sangat sebenarnye. Sesambil ada masa free sebulan dua ni je mokcik ni boleh nak cargassss komen sana sini. Karang dah mula masuk kerja semula, memang kerinduan lah nampak gayanya kehkehkeh =P