Flu

10 February 24 Comments

Dua tiga empat hari p bertapa dalam gua. Bawak diri. Merajuk dengan speed internet kononnya kehkehkeh. Sipbaik sekarang dah mula ada tanda² nak back to normal dah. Ini macamla baru sayang lebeyhhhh muahhh muah muahh :* pftttt~

Sekarang ni musim batok + selsema agaknya. Cuaca Malaysia lain maciammmm sikit la sekarang ni. Panas dia time tengah hari tu perhhhhh sampai pedih menusuk ke kulit. Tah cemana lah orang yang bekerja di tengah panas terik demi kelangsungan hidup. Allahuakbar semoga dikurniakan ketabahan dan kesihatan tahap maksimalah pada diorang :"( 

Ada surprise datang bebaru ni. Nanti citer. Jaga diri bebaik k. Jaga kesihatan. Moga yang belum berjodoh -- dipercepatkan jodohnya. Doa untuk aku sama :)




Feveretable : Aku Ada Wali

06 February 35 Comments
credit : TV Al Hijrah

Drama ni kalau tak silap aku dah ditayangkan masa Januari 2014 haritu tapi aku baru je tengok semenjak dua menjak ni. Jalan ceritanya mudah tapi menarik. Sebenarnya aku kebetulan terjumpa episod cerita ni  kat Youtube.  Cerita ni kesahnya diorang ni belajar di Korea. Jauh dari keluarga masing².

Mulanya aku terjumpa episod 1. Bila tengok ada Siti Saleha yang jadi main actress bawa watak Syumaila aku terus tertarik untuk tengok episod seterusnya. Skrip cerita ni buat aku berfikir dan menginsafkan aku pada segala apa tindakan yang diambil selama ni dan apa yang bakal aku buat seterusnya.

Aku baru dapat tengok sampai episod 4 je tapi disebabkan aku agak kurang sabar untuk tahu apa jadi pada endingnya so aku dengan rakus terus je cari episod akhir cerita ni. Dan rupa²nya, bukan Zahiril Adzim atau Zoey Rahman yang dapat hati Syumaila. Watak Syumaila banyak dugaan dan fitnah yang dia perlu tempuh sejak dari episod awal lagi. Tapi memang tabah dia hadap segala dugaan yang datang walaupun dia jauh dengan keluarga.

Salam Jumaat Barakah :)


Fun Facts : Mata Uwang

05 February 47 Comments

credit : Atok Dean

Seorang lelaki di Shenzhen, China, yg telah berada dalam keadaan koma selama lebih setahun tiba2 kembali sedar apabila seorang doktor meletakkn wang kertas 100 Yuan baru di bawah hidungnya. Menurut Central European News, pada Ogos 2013 Xiao Li menghabiskan seminggu di sebuah kafe Internet mencari idea perniagaan siang malam tanpa berhenti untuk tidur yg kemudian menyebabkn nye pengsan dan koma. Dr Liu Tang kemudian mendapat idea untok meletakkn wang di hidung Xiao Li setelah diberitahu keluarga nya bahawa Xiao Li seorg yg mengejar kekayaan. Ni betol² giler duet ni =D

Aku rasa Ah Kak Li Po mesti ada nama yang dia nak rekemen kat mamat giler duit ni. kehkehkeh




For The First Time

04 February 52 Comments

"...And we dont know how,
How we got into this situation,
Only doing things out of frustration.

Trying to make it work but man these times are hard..."

......................................................................................

Fizah : Ana.. hang je yang faham apa aku rasa weyh. Hang tau kan perangai Fizi camna selama ni punya control la segala benda yang aku nak buat.. SEGALANYA. nak p mana kena update. p dengan sapa etc bla..bla..bla...

Pantang nampak status wassap aku 'online' mesti kecoh dok tanya aku wassap dengan sapa bla..bla.bla.. Pada hal kadang tu aku tengah dok baca mesej yang beratus dok masuk kat group wassap tu je pon sebenarnya. Tapi dia punya tahap curious tu ala mak ai T___T

Aku : Hurmmm aku perasan lama dah perangai Fizi tu. Tapi tu lah, kalo hang sendiri pun rasa camtu, kira hang normal la tu. Aku nak cakap banyak pun, aku rasa hang lagi kenai dia. Kan?

Fizah : Stress aku lah.. Sampaikan aku rasa macam terkongkong gila. Dedulu aku buleh je layankan lagi perangai dia. Tapi lately ni aku rasa makin melampau pulak. Hang tengok sendirilah dia sampaikan datang cari aku kat ofis punya nak tengok aku ni betoi ke p ofis atau aku tipu dia. Hadoila..

Aku  : Tu la pasal tu. Tahap kronik dah aku tengok. Terpulang kat hang je sekarang ni. Pilihan kat tangan hang. Aku takleh nak cakap apa pun sebenarnye cuma aku dah lama kesian kat hang la dok hadap benda ni..

Fizah  : Hurmm tu la.. Bukan tak boleh aku nak clash ke apa tapi tu la, dia jenis tahap kronik mai cari apa semua tu yang buat aku takot tu.. Sat lagi naya je aku hurmm..

......................................................................................

Kesian betoi kat Fizah. Tudiala si Fizi (bf Fizah) tu punya perangai. Aku sendiri pon takot manusia jenis obses sampai cenggitu. Lama dah sebenarnye aku dok perati je kes Fizah ni (cewahh perasan macam detektif conan pulak dah kehkehkeh) 

Tapi tu la aku sendiri takleh nak cakap apa. Fizah sendiri je yang kena make move sekarang ni aku rasa. Berat nanang ngat aih mende gini.

Nak je aku tumbuk muka si Fizi tu. Ape hal engko nak paksa control hal orang? Bukan engko hasben dia ke hape pon. Chissssssskek betol perangai cenggitu.

Moga dijauhkanla dari manusia² yang perangai sebegitu. Aku dah la jenis pantang orang control² atau nak mengarah² life aku ni. Heshhh~


Five For Fighting

04 February 35 Comments

Cik Mimie bagi sijil penghargaan sempena terselit jadi top komentator Januari. Tapi mungkin lepas ni dah takkan terselit dah agaknye memandangkan tahap internet makin mencabar keimanan lately nih T______T  Cik Mimie pun komentator tegar kat blog ni.. Selalu datang memeriahkan majlis sekitar blog ni hehehe.  Mekaseh Cik Mimie.




"Its not easy to be.. me..." 


Linda : Besnya jadi kak ana! sonok tengok life kak ana meriah macam² akiviti ada apa semua. Pastu dapat hadiah banyak plak tu dari sana sini. The best itu lah, the best ini lah. Giler best betol! Jeles linda  tengok tau tak kak hehe

Aku  : Errrr ehee rezeki akak kat situ Linda. Rezeki linda pon bes gak ape. Dah ada hasben penyayang. Dah ade Audra penyeri hidup hehe. Lagi bes tau tak. Kak Ana takde lagi semua tu hehe

Linda : *terdiam*


Sesungguhnya REZEKI kita berbeza ye anak².  Orang tu dapat itu, besnya. Takpe, kita ada ini. Kita nampak part seronok dia je, part sedih dia kita tak nampak kan? Syukur ok anak² semua dengan rezeki kita :)