From Putrajaya

14 February 14 Comments
Ini hari abam posmen datang lagi. Tapi takde 'salam sayang' kalini. Muka ada sunyum aje walaupun tengah panas antor parcel sana sini. Dapat Time Magazine Edisi January 2015 daripada Deanna Morni disebabkan Januari haritu selalu 'bom' rumah Deanna. Mekaseh Deanna hehehe. 

Tapi Februari ni dah berkurang sikitla. Banyak benda perlu diselesaikan. Tak sempat nak bom sangat dah. Kadang tu sempat singgah baca aje dulu tak sempat nak drop komen. Engko sabar je tunggu nanti dapat je right timing, haaaa itu jaaammmm sendiri mau ingatla kehkehkeh =P


Frankfurt With Love

11 February 34 Comments

Pasal 'ada surprise datang bebaru ni' yang aku kata kat entry sebelum ni. Ini bendanya. Dapat poskad nun jauh daripada Aisya kat Germany sana. Haritu ada join Postcard GiveAway from Czech & Germany by Aisya yang collaborate dengan Hanis Amanina. Alhamdulillah dapat gak 1 poskad wayyyyy from Germany plus dengan setem ! ehehehe mekaseh Aisya & Hanis sebab buat GA ni haritu hehehe

Abam posmen kemain lagi cakap wahhh untungla dapat 'salam sayang' lagitu. Heyy abam, sipbaik Aisya dah kawen tau plus dia perempuan. Kalo lah yang bagi salam sayang tu 'he' wahwahwahwah hahahaha

Terime kaseh Aisya & HA. Menjadikan hari²ku indah gittewwwww hehehe. Heyyy bukannye ade rombongan meminang datang ke rumah aku hokeyyyy Ah Kak Li Po kehkehkehkeh =P


Flu

10 February 24 Comments

Dua tiga empat hari p bertapa dalam gua. Bawak diri. Merajuk dengan speed internet kononnya kehkehkeh. Sipbaik sekarang dah mula ada tanda² nak back to normal dah. Ini macamla baru sayang lebeyhhhh muahhh muah muahh :* pftttt~

Sekarang ni musim batok + selsema agaknya. Cuaca Malaysia lain maciammmm sikit la sekarang ni. Panas dia time tengah hari tu perhhhhh sampai pedih menusuk ke kulit. Tah cemana lah orang yang bekerja di tengah panas terik demi kelangsungan hidup. Allahuakbar semoga dikurniakan ketabahan dan kesihatan tahap maksimalah pada diorang :"( 

Ada surprise datang bebaru ni. Nanti citer. Jaga diri bebaik k. Jaga kesihatan. Moga yang belum berjodoh -- dipercepatkan jodohnya. Doa untuk aku sama :)




Feveretable : Aku Ada Wali

06 February 35 Comments
credit : TV Al Hijrah

Drama ni kalau tak silap aku dah ditayangkan masa Januari 2014 haritu tapi aku baru je tengok semenjak dua menjak ni. Jalan ceritanya mudah tapi menarik. Sebenarnya aku kebetulan terjumpa episod cerita ni  kat Youtube.  Cerita ni kesahnya diorang ni belajar di Korea. Jauh dari keluarga masing².

Mulanya aku terjumpa episod 1. Bila tengok ada Siti Saleha yang jadi main actress bawa watak Syumaila aku terus tertarik untuk tengok episod seterusnya. Skrip cerita ni buat aku berfikir dan menginsafkan aku pada segala apa tindakan yang diambil selama ni dan apa yang bakal aku buat seterusnya.

Aku baru dapat tengok sampai episod 4 je tapi disebabkan aku agak kurang sabar untuk tahu apa jadi pada endingnya so aku dengan rakus terus je cari episod akhir cerita ni. Dan rupa²nya, bukan Zahiril Adzim atau Zoey Rahman yang dapat hati Syumaila. Watak Syumaila banyak dugaan dan fitnah yang dia perlu tempuh sejak dari episod awal lagi. Tapi memang tabah dia hadap segala dugaan yang datang walaupun dia jauh dengan keluarga.

Salam Jumaat Barakah :)


Fun Facts : Mata Uwang

05 February 47 Comments

credit : Atok Dean

Seorang lelaki di Shenzhen, China, yg telah berada dalam keadaan koma selama lebih setahun tiba2 kembali sedar apabila seorang doktor meletakkn wang kertas 100 Yuan baru di bawah hidungnya. Menurut Central European News, pada Ogos 2013 Xiao Li menghabiskan seminggu di sebuah kafe Internet mencari idea perniagaan siang malam tanpa berhenti untuk tidur yg kemudian menyebabkn nye pengsan dan koma. Dr Liu Tang kemudian mendapat idea untok meletakkn wang di hidung Xiao Li setelah diberitahu keluarga nya bahawa Xiao Li seorg yg mengejar kekayaan. Ni betol² giler duet ni =D

Aku rasa Ah Kak Li Po mesti ada nama yang dia nak rekemen kat mamat giler duit ni. kehkehkeh