Meningkat Usia

18 May 32 Comments

Jumaat lepas kawan-kawan sekerja aku buat majlis makan-makan. Ini perkara biasa yang kami memang buat setiap bulan. Hari yang kami pilih selalunya adalah Jumaat waktu lunch hour (12 hingga 2 petang).

Slot itu je yang kami (staff perempuan) dapat berkumpul (sebab kami bertugas di site yang berbeza) dan waktu tu je rehat agak panjang. Yelah staff lelaki kena pergi solat Jumaat. Jadi waktu itu kami gunakan sebaiknya untuk pastikan aktiviti makan-makan ini berjalan lancar. 


Kebetulan Mei ni bulan kelahiran aku. Tak sangka pulak kawan-kawan aku planning ada kek segala. Kami bincang untuk makan ala-ala kampung je sebab lauk utamanya ikan keli bakar , air asam , ulaman, sambal belacan, kepah masak masam manis, masak lemak daging salai dan ada jugak ikan pekasam. 

Terima kasehlah sahabat-sahabat aku ni yang tak kedekut dan susah payah planning untuk majlis makan-makan kalini. Kek ni pulak Mama Ayish sponsor. Siap suruh aku teka lagi apa jenis kek ni kat dalamnya. Rupanya it is rainbow cake!  7 layer engko!!! Homaiiiiii mekaseh Mama Ayish!!! 

Besday aku sama dengan sahabat blogger Plain83. Satu-satunya sahabat maya yang sama besday dengan aku setakat ni hehehe. Semoga semua orang dikurniakan kebahagiaan dan keindahan setiap hari. Aminnnnn :)





Menggapai Awan

17 May 16 Comments


Alhamdulillah cuaca kat tempat aku harini sangat sejuk. Feeling-feeling macam ada di Cameron Highland pulak. Walaupun bekerja di hari Ahad, harini terasa bersemangat luar biasa pulak. Masa awal paginya tu, aku planning nak pergi wedding anak jiran kat area ofis aku kerja ni. Pastu tup-tup masa jam 12 lebih tu turun hujan lebat selebatnya. Langsung aku stuck dalam ofis takleh nak pergi ke mana. Nampak gayanya memang takde rezeki aku la nak makan kenduri T___T


Bila dah stuck dalam ofis waktu hujan-hujan cenggitu, tetiba idea dan semangat kerajinan di tahap luar biasa mai. Tangan aku pun gigihla dok buat benda ni. WIG ni sebenarnya Wildly Important Goals. Kira senang cerita benda ni monthly performance index yang kami kena achieve. 4 benda ni perkara paling utama yang kami kena capai setiap bulan. Kalau kata tak tercapai, siap sedia la dengan segala jawapan bernas lagi kukuh. Tu pun kalau rasa nak kerja lama lagi la kat ofis ni. Kalau rasa memang takmau lama, buat tak tau je pun takpe =P

Muhasabah

15 May 14 Comments


Aku tumpang exited pulak bila partner kerja aku pregnant. Scha cakap ingatkan aku yang pregnant! Hamboiiii hahahaha =P Makcik ni kawen pon belum lagi. Kalo ada pon, MENGANDUNGi air dan lelemak je la kehkehkeh

Terasa satu perasaan istimewa sangat ye pada mommy to be ni kan? Yelah diberi peluang merasa 'perasaan seorang ibu' tu perhhh lain macam. Moga sihat saja hendaknya pada semua mommy to be dan juga baby.

Salam Jumaat semua :)

Mereka

13 May 16 Comments
Mak--
seringkali menahan luka,
sampai terlupa. Mak juga perlu bahagia.
Abah--
seringkali menahan jiwa,
sampai lupa segala sengsara.
Demi keluarga.
Mereka berdua sering berusaha.
Tak kira masa.
Moga jodoh kita bersama lama lagi hendaknya.
Semoga selamat hari-hari mereka.
Pada yang tiada, Al-Fatihah.
Moga tak putus doa dari anak soleh solehah.