Failed Betul Rasa

21 February 13 Comments
Maaflah sebab macam dah lama aku tinggalkan blog ni. Takde semangat untuk menulis. Mungkin jugak disebabkan tahun ni, Boss-Boss agak lain macam 'perangainya' dan 'mengada-ngadanya', maka oleh sebab tu, hari-hari kerja aku pagi sampai petang memang jadual penuh. Balik kerja, aku dah penat nak mengadap komputer (disebabkan faktor waktu kerja aku memang sepenuhnya mengadap komputer).

Lepas tu pulak, kes Bimbo yang tersadai takmau hidup haritu (dah 2 kali jadi : awal Januari dan awal Februari) masih belum dapat jalan penyelesaian. Dan semalam (20 Februari : seminggu-dua selepas kes kedua takmau hidup, sekali lagi Bimbo buat hal). Aku rasa nak menanges pun ade memandangkan siap ada pakcik jiran tak jauh dari ofis aku tu tolong datang check kan bateri apa semua, pun takmau hidup jugak. Nasib baik ada sorang classmate aku balik cuti dan singgah kat ofis aku, aku pun mintak tolong dia untuk call Abah aku (fon aku rosak dan dalam proses mengumpul dana. tetiba sekarang ni si Bimbo aku pulak tunjuk tanda-tanda sakit T____T )

Datanglah Abah aku dengan Brader mekanik sorang tu (member aku jugak). Ambik masa jugak dia cuba macam-macam cara, check itu ini (segala starter, plug, bateri etc) dan dia siap double check semula apa benda yang Proton Service ada ganti barang masa Bimbo corrupt masa awal Januari dulu tu.

Lepas dia ketat-ketatkan segala wayar kat bateri apa semua, member dia sorang lagi tolong start, Alhamdulillah nasib baik boleh hidup. Aku pun bayar kat dia apa yang patut dan drive Bimbo balik rumah. 


Aku ada google jugak pasal 'JANGKA HAYAT BATERI KERETA KERING' dan dapat beberapa jawapan antaranya :

1.Mungkin bateri kering dah agak lama (lebih 2 tahun). (which is kalau ikotkan, kereta aku punya bateri 17 Mac 2015. Belum sampai setahun pon lagi. tapi tak tahulah dengan kualiti barang zaman sekarang ni, boleh jadi jugak tak boleh percaya dengan mitos 2 tahun tu.)

2.Terminal bateri kunci tak ketat. (mungkin jugak, sebab bila Brader Mekanik tu ketat2kan, terus boleh start pulak kereta aku tu.)

Brader mekanik tu ada pesan jugak, mungkin boleh jadi jugak bateri kena tukar (bateri aku tukar masa 17 Mac 2015 tahun lepas. Aku guna bateri kering disebabkan Abah aku tak yakin aku ni boleh jaga maintainence Air Bateri kalau guna Bateri Basah. Maklumlah anak perempuan, memang haruslah Abah aku tak percaya kat aku dalam bab-bab kereta ni T_____T )

Mungkin aku perlu tukar bateri kering tu agaknye. Buat masa ni aku merajuk. Perang dingin dengan kereta sendiri. Takmau bawak dah dia p kemana-mana. Biar je duduk bawah garaj tu huhhhh~ 

Merajuklah konon =P




Fabulous February

05 February 27 Comments


Macam yang aku pernah cerita pada entry Part 1 dan jugak Part 2, berkenaan rakan sekerja aku (Cik Ida) yang terpaksa berhenti kerja disebabkan perlu fokus untuk penjagaan anak dia. Semoga kehidupan Cik Ida lebih ceria dan bahagia dengan kehadiran baby Assyifa :)

Aku pulak ? Syukur Alhamdulillah setelah struggle kerja sorang sepanjang September hingga Januari, kini aku boleh bernafas lega sikitlah dengan kehadiran rakan sekerja yang baru. Aini namanya. Berpangkat 'kakak' pada aku. Bukan orang lain pun disebabkan Kak Aini sebelum ni bekerja dalam department yang sama cuma di lokasi berbeza (di Kedah) dan dia mohon ditukarkan ke lokasi aku disebabkan suaminya anak jati Felda tempat aku bekerja ni. so yeyyyy ! aku dah ada partner baru : Kak Aini :)

Bermula 31 Januari haritu, bermulalah kisah kami bekerja bersama. Aku sangat bersyukur sebab sama-sama boleh faham tugasan masing-masing disebabkan job scope kami sama je sebelum-sebelum ni. Jadinye memang agak dipermudahkan urusan jugaklah segalanya. Syukur Ya Allah :")

Makanya, disebabkan aku back in action (bekerja secara normal semula sebabnye sebelum ni, memang agak tak normal lah kerja aku sebab terpaksa bekerja Isnin sampai Jumaat sorang-sorang. Sabtu Ahad je lah aku ambik cuti. Tapi sekarang ni dah kena re-schedule semula). Macam agak packed jugak Key Performance Index (KPI)  untuk tahun ni yang perlu kami capai. Moga segalanya dipermudahkan untuk aku dan Kak Aini.

How  was your life so far gaisssss ? :)




Jodoh, Mai Lekaih Sikit

29 January 19 Comments

Beberapa hari lepas si adik aku call mak aku. Menyatakan hasrat hati dia. Mohon bantuan mak dengan abah aku untuk pergi bawak rombongan merisik calon isteri dia. Pastu nak bertunang jugak. Cumanya merisik dan bertunang nak buat asing katanya.

Mak aku terima call tu pagi masa selepas aku dah masuk kerja.
Aku ni balik lunch break tengah hari nak mencekikla.
Tetiba mak aku bukak cerita pasal tu.
Aku orait je.

Cuma yang jadi kurang syoknya bila mak aku tanya:

"Kakak bila lagi ni. Adik hang dulu dah ni cemana ni ?"

Aku balas rilek je la sambil dok suap nasik.

"Rilek mak. satu-satunya bakal menantu lelaki mak tengah on the way.Mak tolong doa je supaya jangan dia silap rumah masa hantaq rombongan dia nanti."

Terus mak aku buat tak dengaq.

Aku terus gak la telan nasik walaupun rasa terlekat.

*******************************

Awak, 
Saya tak tau nak kata cemana.
Kalau jodoh kita, InshaAllah tak ke mana.
Saya doakan yang baik-baik saja.

Lap ayaq mata.


January Luck : Camera Bag

18 January 43 Comments
Minggu lepas Lazada ada bagi penghargaan pada loyal customer diorang dan aku salah sorang yang menerima email penghargaan daripada pihak Lazada.Alhamdulillah...

Aku mula 'berkenalan' dengan Lazada ni pada tahun 2012 dan barang pertama yang aku beli adalah Canon Powershot A2200 4.1MP dengan harga RM280.80 pada masa tu.
Aku beli ni pon sebab kerja harian aku memerlukan aku untuk snap gambar setiap aktiviti dan sesi training class yang kami buat. Walaupon company ada beli compact camera Samsung, tapi aku kurang berpuas hati dengan kualiti gambar yang terhasil (yelah nama pon compact camera, hasil gambar takdelah seberapa kalo nak dibandingkan dengan DSLR huhuhu)

Tapi dengan compact camera Canon ni aku lebih berpuas hati hasil gambar-gambarnya compare to Samsung punya camera tu.

Bermula dengan Camera Canon ni lah aku jadi pelanggan setia Lazada. Ada beberapa item lain lagi yang aku beli di Lazada. Disebabkan 'kesetiaan' aku tu, awal minggu lepas Lazada bagi FREE VOUCHER untuk aku tebus mana-mana produk yang ada di Lazada tu. Kiranya ni New Year Gifts untuk loyal customer lah gitttewwwww~ kehkehkeh

Jadi apa yang aku tebus? Jeng jeng jeng...

Memandangkan aku tak mampu nak dapat DSLR, aku pilihlah Burberry Camera Bag ni hah. Tak dapat DSLR, dapat camera bag DSLR pon jadilahhhhhhh kikiki

Dah selamat aku terima masa petang Jumaat haritu. Terima kaseh Lazada ! Kalau ada lagi nanti bagilah lagi kehkehkeh

Sekarang ni dah masuk 4 tahun camera Canon tu bersama aku dan Alhamdulillah masih elok. Jadilah yang tu je aku mampu. Nak beli DSLR macam tak mampu lagi nak oi hehehe



Jejak Digital : Contoh Resume Mudah Dan Kemas

17 January 24 Comments
Baru-baru ni ternampak ramai jugak kawan² pakat share kat fesbuk diorang berkenaan dengan contoh resume yang simple dan kemas dengan hanya SATU PAGE saja tapi ada semua maklumat yang penting kat situ.

Sebenarnya dulu masa tahun 2011, aku pernah share pasal resume mudah dan kemas jugak tapi yang aku tengok baru² ni lebih cantik grafiknya dan kalau mohon jawatan bahagian designer atau yang berkaitan aku rasa memang terus dapat tempat di mata penemuduga.  Aku ulang semula. Mendapat tempat 'di mata' penemuduga tau. Bukan aku kata MENDAPAT KERJA. Dapat kerja atau tak, belum tentu lagi tapi yang penting dapat grab perhatian dia kehkehkeh
Bayangkan ada beribu resume bersepah depan penemuduga pastu tetiba engko punya lain dari yang lain. Dia dah naik muak tengok semua sepesen aje resume tetiba engko punya perghhhh lain macam. Tak ke rasa bertuah ? Dapat dipanggil interview pon dah kira sangat bertuah kalau nak dibandingkan orang lain yang langsung tak pernah dipanggil walaupon dah berpuluh kali dia hantar resume.

CONTOH-CONTOH RESUME RINGKAS DAN MENARIK PERHATIAN PENEMUDUGA


sumber : FB MomentColor

Nampak perbezaan SEBELUM dan SELEPAS ? Memandangkan rakan sekerja aku terpaksa memilih untuk berhenti kerja baru-baru ni, jadi pihak atasan mengarahkan aku untuk iklankan kekosongan jawatan dan aku terlibat dalam penerimaan dan pemilihan resume calon-calon yang mencuba nasib.

Walaupun aku hanya menerima je resume yang dihantar, tapi disebabkan jawatan yang perlu diisi tu merangkap bakal rakan sekerja baru aku nanti maka sikit sebanyak, Boss aku tetap ambil kisah tentang 'mana satu dan siapa calon' yang aku berkenan berdasarkan pada resume-resume tu semua.

Macam yang aku kata awal tadi : 'dapat grab perhatian'

Itu keyword dalam kita buat resume ni sebenarnya.
Kalau ada KABEL takyah cerita.
Resume cincai pon takde hal sebab engko dah ada kabel tolong kipas.
Ini untuk yang hantar resume tak guna kabel.
Orang atasan tu tak kenal langsung siapa kita dan macam mana kita.

Bila aku bagitawu si polan si polan yang aku rasa berkenan,Boss aku mesti tanya apa sebab dan faktor yang menyebabkan aku pilih si polan tu?

Jawapan : mestilah berdasarkan pada resume. KEMAS & PADAT.

Tak perlu 2-3 helai bazirkan kertas. 1 page je dah cukup.
Paling penting bahagian GAMBAR & PENGALAMAN KERJA / KURSUS.
GAMBAR tu lagi kemas kalau background dia transparent je.
Macam biasalah manusia kan suka tengok pada yang cantik.
PENGALAMAN KERJA / KURSUS tu susun ayat biar ringkas tapi power.
Isi pengalaman tu biar yang berkenaan dengan jawatan yang kita pohon tu.
*ada jenis buat 1 resume je pastu print resume yang sama untuk mohon jawatan lain
*bukan tak boleh tapi kurang 'kick' sebab kat bahagian PENGALAMAN/KURSUS tu lah

Nak taknak orang atasan memang akan tengok berdasarkan pada pengalaman kerja/kursus.
Kalau takde berkenaan langsung dengan jawatan yang dipohon, payahlah sikit chances nak dipilih.

Ok setel part resume.
'Partner Baru' aku dah dipilih.
InshaAllah bakal melapor diri akhir Januari nanti hehehe