Sate Korban

Hari Raya AidilAdha macam biasalah memang berkait rapat dengan daging korban. Kat kampung tempat aku tinggal ni pon tak terkecuali dengan proses korban lembu dan jugak kambing. Ayah aku antara yang tak ketinggalan dalam proses gotong-royong menumbangkan dan melapah daging lembu dan jugak kambing tu.

Selalunya, siapa yang rajin turun padang dan bergelumang dengan bau lembu / kambing, maka akan dapatlah sedikit habuan agihan daging lembu atau pon kambing tadi tu. 

Alhamdulillah ayah aku tak ketinggalan dapat sikit sekilo dua daging korban tu. Selebihnya yang lain ayah aku tolong jadi posmen agihkan dari rumah ke rumah ahli-ahli kariah sekitar kawasan kejiranan tempat aku tinggal ni.

Petang tu pulak,




Disebabkan Abang Long dan Akak Ipar aku ada balik beraya, semangat raya kami pon lebih sikit daripada biasa. Sebabnya adik beradik aku tak ramai mana so kalau Abang Long aku balik beraya di Terengganu (rumah orang tua akak ipar aku), rumah family aku akan jadi suram gila. Ditambah pulak cucu mak aku ada sorang je (anak Abang Long aku tu), so hari raya kami akan jadi lagi tak meriahlah kalau si budak nakal sorang tu beraya di Terengganu sana.

Tapi disebabkan tahun ni turn beraya kat rumah kami, bersemangatlah kami sekeluarga nak membakor sate petang raya tu. Sebenarnya malam sebelum raya tu lagi dah nak membakor tapi si adik-adik aku pulak kata nak bakor esoknya. Sudahnya, malam sebelum raya tu, aku je dengan akak ipar aku bakor otak-otak. 

Otak-otak ni akak ipar aku order daripada kawan dia. Order dua beg (1 beg 50 pieces RM 26.00). Tekak aku ni entahla, memang suka makanan jenis cenggini terutamanya otak-otak, sata, nasi kerabu, dan paling feveret meleleh ayaq lioq aku kalo nampak laksam. Akak ipar aku selalu usik aku. Dia kata:

"Ana ni nanti dapat 'orang jauh pantai timur' agaknya nanti ni. Selera dah ada dah tu. Cari calon cepat.. Nanti senang balik pantai timur dapat makan benda ni selalu"

Berdekah mak ayah dan adik beradik aku yang lain tolong gelak. Chissss~ takpe takpe. Kalo aku dapat calon orang sana nanti tawula. Aku eksyen kat diorang nanti hahahaha

Sate ni pulak kamiorang perap dari pagi (lepas ayah aku dapat bawak balik) sampai petang. Dapatlah perap dalam 7-8 jam gitu lebih kurang. Ada sate kambing dan sate ayam. Lembu tak sempat nak buat sate sebabnye adik-adik aku kalut suruh buat sup untuk kuah mee sup. Kengkawan nak datang serang beraya katanya. Berperanglah dengan asap kejap untuk bakar sate hasil perap sendiri. Alang-alang dah dapat daging kambing sekilo dua tu, tak rugi jugak buat sate cenggini. Kami family tak berapa ramai, setakat 5-6 puluh cucuk size XL gitu cukuplah. Kalo family ramai tak cukuplah citernye kehkehkeh


Salam Aidil Adha ;)



22 comments:

  1. Otak-otak! Sedapnya!Ya Allah, saya dah dekat 9 bulan teringin nak makan otak-otak ni :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. huii lama dah tu 9 bulan. balik malaysia nanti boleh la makan kan Farah..

      Delete
  2. hihi. nanty dah ada calon kasi tahuu haaa. hihik

    ReplyDelete
  3. terliur tgok otak2.. lame xmkn.. huhu.. teringinnya nak makan!

    selamat hari raya aidiladha ana!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ezy buleh arrr mkn slalu. dok ganu kan? rawrrrr~ hehehe

      selamat hari raya aidiladha ezy!

      Delete
  4. rajinnya..kitorang buat sup je.hehe.salam Aidiladha :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jadi rajin sebab ade akak ipar yang rajin ajak buat hehe.
      salam Aidiladha jugak kak sal hehe :)

      Delete
  5. ehem.. ehem... satay nok se..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehem ehem~ sakit tekak ke amir?
      nok se je? meh arrr amek sini hehe

      Delete
  6. Tergoda tengok sate! Bestnyaaa!

    ReplyDelete
  7. Rajinnya buat sate dgn daging korban.
    Aku daging korban buat sup je.
    Tapi daging fresh memang lain rasanya, sedapnya mengancam sungguh :)

    Sate tu sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat membuatkan aku mengidam.
    Esok nak gi cari sate laa...heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la daging fresh lain macam rasa dia kan cEro.
      tambah pulak ada akak ipar aku. dia lah yang rajin ajak.
      kalo die takde, aku takdela jadi rajin cenggitu kikiki

      wow. 'sangat' kau tu nampak memang teruk sangat tu hehehe

      Delete
  8. bestnya ramai2 satu family bbq ehehe..
    CT otak2 sukalah.. sata xleh telan sangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. family ana xdela ramai sgt pon CT, 5-6 org je hehe.
      ana suka otak2 & sata sekali hehehe

      Delete
  9. Slurrpp...sedapnya weh kalau dpt makan sate dgn otak2 ni. Kalau aku asal raya je, daging mesti masak rendang/sambal kacang.
    Tak pernah pulak raya2 g makan sate... Terliur pulak tgk gambar ni..grrrr.... :P

    Salam aidiladha, ana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rendang dgn sambal kacang tu pon ada gak buat tapi raya kalini gedik lebih membakor sate pulak hehehe. sory weyhhh buat hang terlior =P

      Salam aidiladha jugak Bro Ley :)

      Delete
  10. laksam! kita suka juga. tapi bukan sebab nak dapat jodoh orang pantai timur. heheh :P

    aamin. kita doakan dapatlah kak Ana berjodoh dengan orang sana.

    bestnya beraya haji ramai ramai. tahun ni x dapat beraya sama dengan family sebab sibuk final exam.

    ReplyDelete
  11. waduhhhhhh sodap nyerrrrrrrrrrrrsaiz xl tu koooooo

    ReplyDelete