Salam Merdeka

Semoga engkorang semua sihat sejahtera hendaknya. Untuk sahabat yang sedang diuji dengan pelbagai dugaan, aku doakan engkorang tabah menghadapi hari-hari mendatang. 

Sempena 31 Ogos 2019, aku terlibat sebagai Biro Aktiviti bagi Program Sambutan Kemerdekaan anjuran bersama Pusat Internet, Tabika Kemas, Persatuan Belia Felda dan Pengurusan Felda Gunung Besout 2,Sungkai,Perak.

 Banyak aktiviti dijalankan dan yang utama tentulah perbarisan anak-anak cilik walaupun mereka belum mengetahui erti merdeka tapi kefahaman tetap diterapkan seawal usia mereka 4 tahun (tabika sini terima murid usia 4 tahun tapi bergantung pada kuota yang masih ada).

Aktiviti wajib lain adalah pertandingan mewarna kanak-kanak dan Pintar Patriot khas untuk ibu bapa penjaga. Slot Pintar Patriot terbahagi kepada 4 slot :

  • Teka Lirik Lagu Patriotik
  • Susun Gambar Perdana Menteri 
  • Teka Silangkata Merdeka
  • Susun Bendera Negeri-Negeri di Malaysia
Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah dan jamuan makan. Semoga dapat memberi manfaat kepada semua yang terlibat. Merdeka !



7 comments:

  1. bestnye aktiviti..
    kalo dkt blh join skali.. hihi..

    salam merdeka!
    salam maal hijrah!

    ReplyDelete
  2. Kak ana sempat ke tabika kemas syafi. Ada beberapa aktiviti yg dijalankan. Seronok budak2 tu.

    ReplyDelete
  3. selamat hari merdeka!

    aduh kalau teka lagu patriotik tu, memang kita pun tak dapat hahahahaha.. perdana menteri tu boleh.

    cool juga poster. simple je

    ReplyDelete
  4. Alahai! bertabahlah ya kena kerja gamaknya tu.
    Mrs. A duk rumah je tapi kerja jugaklah dengan kerja-kerja rumah yang tak pernah settle.

    ReplyDelete
  5. Salam Merdeka dan Salam Maal Hijrah

    ReplyDelete