Foodilicious : Kek Batik Kurang Manis Satu!

 






Kali ini permintaan Bong. Memandangkan Bong baru terlibat dengan kemalangan,
dan doktor berikan MC selama satu minggu, jadi dapatlah Bong berehat di rumah.


RESEPI KEK BATIK SIMPLE (KURANG MANIS)
  • Vico (selalunya orang buat guna serbuk milo)
  • Susu Pekat
  • Biskut Marrie
  • Buttercup
1.Pertama sekali cairkan Buttercup (kalau selalu beli yang 500g tu, potongkan
dan bahagi dua. Ambil separuh (250g) sahaja dan cairkan dengan api kecil.

2.Bila semua buttercup dah cair, bancuhkan 1 cawan vico dan susu pekat sikit 
(selalunya orang guna setengah tin tapi kalau nak kurang manis, boleh kurangkan
susu pekat tu)

3.Bila dah siap bancuh vico & susu pekat tadi,masukkan ke dalam buttercup yang
kita cairkan dalam kuali tu tadi. Teruskan kacau lagi.

4.Kacau lagi hingga gelegak & boleh rasa sikit (adjust nak manis atau nak kurang manis)

5.Patahkan biskut marrie dan masukkan ke dalam kuali tu tadi & adukkan semua.

6.Setelah rata semua,tuangkan ke dalam bekas & tekan-tekan ratakan semua.

7.Masukkan dalam peti sejuk untuk biarkan tekstur kek batik mampat padat helok.

8.Setelah sejuk,boleh potong & selamat menjamu selera!


Buat sendiri lebih puas sebab boleh adjust tahap manis ikut kita suka.
Tapi kalau nak lebih mudah, boleh terus beli je & support peniaga hehehe

17 comments:

  1. Kudapan petang-petang best ni.

    ReplyDelete
  2. Bong tu adik Ana ya? Untung jadi Bong. Order saja…terus dapat! 😁
    Dah lama saya tak buat kek batik, terliur tengok kek batik Ana.

    ReplyDelete
  3. Best ni kek batik makan sikit tak cukup. Hihi

    ReplyDelete
  4. sedap ni... buat sendiri memang puas

    ReplyDelete
  5. kek batik kalau dia x manis sangat sedap, kalau manis sangat tu sedap juga tapi tak boleh nak makan banyak hehehe

    ReplyDelete
  6. yummy , lama tak buat kek batik ni . CCL suka buat sendiri kalau teringin nak makan , boleh ejas tahap kemanisan tu , kadang jual diluar terlalu manis

    ReplyDelete
  7. Mengancam.. Buat sendiri lagi puas hati dan boleh kurangkan kemanisan dia..

    ReplyDelete
  8. lama tk buat kek batik...yum222

    ReplyDelete
  9. uiiii
    sedapnyaaaa
    kalau mkn sejuk2 kek ni
    mmg tak terasa
    cpt je habis
    hahahah

    ReplyDelete
  10. Sesekali makan kek batik ni memang sedap. Dah lama juga tak buat ni. Cuti-cuti sekolah ni bolehlah nak layan buat kudap-kudap sambil tengok tv.

    ReplyDelete
  11. saya suka tambah serbuk coklat bila buat biskut batik, nak kasi rasa pahit2 manis sikit

    ReplyDelete
  12. sedapnye kek batik ni... buaqt sendiri lagi sedap kan.. :D

    ReplyDelete
  13. Dap dapnya! Akak suka kalau kek batik tak manis sangat. Sedang-sedang ja. Barulah enjoy makan.

    Moga Bong dikurniakan kesembuhan sepenuhnya.

    ReplyDelete
  14. Dulu masa kecik abg rajin buat benda ni.. dia la yg selalu buat ada je dlm peti ais.. huhuu

    ReplyDelete
  15. Dulu saat kek batik nih viral, saya buat juga. Krn mudah tak payah oven kan. Memang sedaaap 😍😍😍.

    Lihat ini, jadi nak buat lagi 🤭😄. Bisa utk cemilan saat buka puasa.

    ReplyDelete